Tuesday, August 7, 2012

Ini entri Lee Chong Wei.Bukan Sekadar Entri Bola.


Kali ni aku nak berbicara isu sukan. Bukan sekadar isu bola sepak. Well, sekali sekala tukar topik pun apa salahnya kan? Aku sure ramai tengok Final Badminton Olimpik di antara Dato Lee Chong Wei vs Lin Dan kan? Aku sure ramai yang melonjak gembira masa LCW menang first set, kemudian kecewa bila LCW kalah 2nd set and tak senang duduk masa 3rd set. Surely korang menitik air mata bila LCW kalah 3rd set walaupun dia almost menang dan sekaligus merangkul pingat emas pertama olimpik untuk Malaysia. Dan aku amat pasti, mostly masih rasa bangga dengan Dato Lee Chong Wei kerana telah berusaha sehabis boleh. Itulah dia sukan. Ia mampu menyatukan satu negara. Tak kira agama,bangsa, usia atau fahaman politik, semua bersatu kerana sukan.Sama jugak masa final Piala AFF Suzuki 2010 dan Final Sukan SEA 2011, satu negara menyokong pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda. Sukan itu besar pengaruhnya.

Politik dan Sukan tak dapat dipisahkan di Malaysia. Sebenarnya, di Malaysia, semua benda dipolitikkan. Bekerja sebagai Wartawan politik mengajar aku itu. Ramai ahli politik yang mahu memegang jawatan dalam persatuan sukan. Dato' Shahidan Kasim di KOAM, Tan Sri Anuar Musa di FAM antara contoh. Ini semua pun ada pro dan kontranya. Ianya akan jadi perkara yang mungkin baik jika ahli politik itu menggunakan pengaruh politiknya untuk membantu persatuan sukan tersebut probably macam apa TSAM buat dengan KAFA. Malangnya ada segelintir yang terbalik, menggunakan Persatuan Sukan untuk menaikkan nama dan populariti masing masing. Kerja tak jalan. Itu yang menyusahkan. Kemudian, ada jugak ahli politik yang tak terlibat dengan persatuan sukan tapi gunakan sukan untuk mendapatkan populariti murahan. Kata kalau parti dia menang, kita akan dapat rangkul pingat emas. Korang tau siapa.

Sekarang kita berbicara pulak pasal pembangunan sukan. Kita tolak tepi dulu bola sepak. Itu sukan paling popular. Kita ambik badminton. As i watch the match between Dato LCW vs Lin Dan, satu je aku terfikir selain berharap DLCW menang, menang atau kalah Dato' Lee Chong Wei, siapa akan mengambil alih tempat beliau 4 tahun lagi? Adakah kita akan terus memujuk beliau untuk terus bermain? Kita nampak dominasi China dari dulu. Sentiasa melahirkan player baru. Sama seperti Brazil dalam bola sepak.Kalau dalam Piala Thomas, kita tengok, harapan kita hanya pada Dato' LCW dan mungkin bergu Koo Kin Keat dan Tan Boon Heong. Kalah salah satu, kalahlah kita. Kita terus bergantung harap kepada kudrat Hafiz Hashim dan Wong Choon Han. Kenapa ini berlaku? kita tak ada pelapiskah? Rasanya ada. Kita ada Juara Remaja Dunia dan Asia dalam Zulfadli Zulkifli. Selain itu kita ada Arif Latif, Misbun Ramdan, Liew Darren. Kita ada youth player yang bagus. Kenapa biarkan mereka sekadar bermain di peringkat Remaja? LCW bermain sejak umur 17, samalah Lin Dan pun. Bahkan, player China lain seperti Chen Long, Chen Jin, mereka didedahkan sejak remaja untuk bermain di peringkat kompetitif. Bila lagi nak expose kan player muda kita? Sekarang? Sepatutnya dari dulu lagi kita dah mula exposekan mereka. Bukan tunggu Dato' LCW bersara baru sibuk nak expose kan. Itulah kesilapan paling besar BAM.

Setakat ni untuk bola sepak, dengan adanya Harimau Muda, kita mula exposekan player muda kepada perlawanan yang lebih kompetitif. Hasilnya kita dah mula nampak apabila sebilangan dari mereka dah diserap ke Skuad utama. Contohnya macam Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal, Nazmi Faiz dan paling latest Rozaimi. So, mungkin ia sedang mula menampakkan hasil.Well, itu selagi FAM tak buat hallah. Pembangunan tu penting supaya ada kesinambungan. Takkan dah menang sekali, kita tak nak menang lagi kan?

Sukan lain? Ya, kita ada SUKMA. Tapi buatlah SUKMA setahun sekali pun, tak nampak lagi apa selepas itu? Bertanding tengok negeri mana paling banyak emas. Lepas tu? Apa progres seterusnya? Not being negative here, just saying what i have observed. Dulu time SUKMA kita dapat cari pelapis untuk Olahraga. Itulah batu loncatan untuk Watson Nyambek, Azmi Ibrahim, Nazmizan dan ramai lagi. Sekarang? Aku tak nampak lagi yang menyerlah dalam Olahraga. Still, muka yang sama. Noraseela Khalid, Lee Hup Wei dan lain lain yang jadi muka biasa bertanding di Sukan SEA, Komanwel dan Sukan Asia. Mana entah pergi pelapis.

Untuk entri kali ni. Aku tak nak sentuh pasal bola sahaja. Itu untuk entri lain.Kali ni nak sentuh pasal Sukan secara menyeluruh. Well, maybe tak berapa nak banyak since aku pun mengantuk update entri pukul 3 pagi ni. So, ya, undian Piala Malaysia dah buat. So, pada semua yang team dia ada dalam Piala Malaysia, pergilah sokong. Team aku KL tak masuk. Relegated pulak tu. Tapi takpe, aku tetap akan tengok Piala Malaysia. So, selamat bertukar banter kepada anda semua. Kasi meriah sikitlah. Ini asyik bergaduh pasal liga luar, bagilah panas sikit liga tempatan pulak. Hehe. Selamat berbola sepak dan berpuasa kepada anda semua!


5 comments:

AZRI said...

first doh...

mie said...

itu la masalah utama sukan negara. tak konsisten, takde istiqamah. bila dalam satu2 sukan tu dah ada bintang bertaraf dunia, terus kita lupakan pelapis, duk ralit dengan bintang sorang yg kita ada. bila dia dah bersara, mula la kelam kabut kita persoalkan siapa pelapis yg kita ada. bukan setakat badminton, bnyk lg sukan yg berperangai camni, contohnya skuasy. tunggu la bila datuk nicol ann david tu stop, tgk la nnti skuasy kita ke mana. aku tak sure la kita ada atau tak pelapis yg boleh gantikan datuk nicol tu, tapi setakat yg aku nmpak problem dia cam badminton la, balik2 muka yg sama pegi tournament.

setakat ni contoh terbaik sukan yg dah ada pelapis yg power ialah bola sepak dgn hoki. tp mgkn disebabkan kita dah lama tak conquer dua2 sukan tu kat international nyer level, so nampak la skuad senior dgn skuad pelapis pun lebih kurang sama je bagusnya. well, selagi mentaliti most of malaysian, terutamanya ibu bapa yg setakat pikirkan sukan tu hanya sekadar hobi, tak boleh dijadikan kerjaya, tak kemana la sukan malaysia. tak percaya, tanya la sapa2 pun, sapa yg sanggup buat macam mak bapak nazmi faiz, tak yah amik spm, terus pegi main bola je.

Malaysian Boy said...

Well,I totally agree with you.Do we have to put hope on LCW from now on until 4 years later?I'm not sure he can play well or not because of age.

This is the time for BAM to move on.We don't have to put trust on veteren player or kuda tua such as Hafiz Hashim who cannot perform better in competitive tournament but we have to show the world that we have many new fresh player to conquer the world although they fail to win but experience is much more important for them.

Loose now is better than loosing forever.

deanzofq said...

Gua agree untuk artikel ni.

skulluv said...

patutnya sukma and sukan sea kita anta player muda-muda je. bagi pendedahan kaw2 punya untuk diorang.