Tuesday, August 28, 2012

Piala Malaysia yang suram.


Aku pergi tengok Selangor vs Pahang sabtu lepas. Game best. Banyak gol. Full time 2-2. Pahang rasanya lebih gembira berbanding Selangor dengan result ni. Main away and sepatutnya menang tapi bolos nearing the end. Pahang nampak lebih bahaya dalam match ni berbanding Selangor. Jentera serangan Pahang nampak tajam. Azamuddin Akil sekali lagi membuktikan kenapa K.Rajagobal pilih dia untuk sarung jersi Harimau Malaya.

Game tu best. No doubt. But unfortunately game tu clash dengan EPL. Man United vs Fulham. So, attendance kuranglah macam biasa. Stadium tak sampai separuh. Ciput je attendance. Well, to say ramai lebih prefer Man United vs Fulham is probably correct, but tak boleh salahkan diorang. Apa-apa pun kita kena tengok diri sendiri dulu. Aku budak KL, datang dari KL ke Shah Alam untuk tengok match tu. Ya, Selangor bukan team aku. But KL tak masuk Piala Malaysia. So, aku pergi atas dasar untuk memeriahkan Piala Malaysia. Tolak tepi rivalry, well, bukan aku pergi untuk sokong Selangor or Pahang, aku datang sebab nak tengok bola. Ok, stop the crap now. Apa yang aku tak nampak bila start lepas tol batu tiga dan nak menghala ke stadium? Well, aku tak nampak any advertisement or banner pasal game tu. Selangor yang konon nak kejar misi 33 katanya, tapi promosi untuk hangatkan misi 33 tak ada. Kalau dah area Shah Alam pun tak ada promo or banner, apatah lagi kawasan macam Gombak, Ampang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Klang dan mana-mana yang jauh dari stadium.

Some would say, itu tanggungjawab kita untuk sedar game pasukan sendiri. Well, true, tapi bukan bermaksud pihak bertanggungjawab perlu lepas tangan. Nak jual burger pun kau kena pandai promosi, bukan bukak gerai burger, lepas tu tunggu orang datang. Iklankanlah sikit. Tak ada duit? Takkan nak harap duit dari FAM je? Pandai-pandailah cari duit untuk buat promosi. Bukannya suruh buat iklan juta-juta pun. Cukuplah sekadar maybe ada billboard kat Federal Highway tu untuk highlight game, or simple banner kat setiap daerah di Selangor. Kalau tak nak setiap daerah pun, ambiklah yang nearby Shah Alam.

EPL jangan sekadar tayang kat TV and support je, kita perlu belajar dari diorang. Especially untuk FA Negeri dan FAM. Tengok macam mana cara diorang promosi and dapatkan keuntungan. Selalu FAM bawak team luar negara untuk national team belajar and improve,well, FAM pun kenalah improve. Tengok cara marketing diorang. Ya, we live in a capitalist world where money is essential. But you won't gain any profit without loosing some.

Piala Malaysia ni dah masuk 3rd game. Banyak kejutan. Pasukan pilihan macam Selangor,Kelantan,Perak,Lions semua start slow. Team underdog macam Pahang and ATM yang main liga perdana yang nampak mantap. So, siapa kata Liga Malaysia predictable and tak best? We do have our own history. Cuma perlu di hype kan sikit. Korek sikit arkib negara tu, tengok history setiap pasukan, Buat analisis pre,match dan post match. Tak susah pun. Johor vs Lions tu, banyak sejarah tu.

Aku tau, apa aku tulis ni bukan FA negeri and FAM akan baca pun. Diorang tau goyang kaki je. Bukan dengar pun keluhan peminat. Kalau dengar, dah lama dah Presiden letak jawatan. So, entahlah. kita cuma mampu berharap jelah. Harap harap besok pagi bangun FAM dah dirombak. Atau mungkin kita hanya mampu bermimpi FAM dirombak dan kita menang Piala Dunia. Macam tak biasa.

4 comments:

belon said...

sedih sangat ayat terakhir kau
aku faham, walaupun aku budak Johor FC, tapi aku selalu pergi stadium. walaupun Johor FC selalu kalah, menang kat home pun kadang-kadang, aku respek dengan penyokong Johor FC.
'setia walau kalah, menang dabik'

walaupun stadium pasir gudang tu kecil, takde balapan, tapi itu lah tempat permainan aku.

aku faham perasaan kau, Malaysia punya bola sepak dah dipolitikkan. kita tak macam negara luar. bola sepak dipegang oleh pilihan bukan perlantikan atas nama.

betul lah,
Era Piala Malaysia makin suram.

Hazwan said...

boleh pergi Kelantan..banner red warrior dimana2..


btw, aku penyokong tganu

fitri5 said...

boleh pergi Kuantan.. stadium macam baru.. harap2 penyokong pon ramai...


btw, aku penyokong liverpool..

skulluv said...

aku try tanya apek kedai buku yang selalu cerita pasal bola, masuk bab Piala Malaysia terus senyap...