Friday, December 7, 2012

Apa Citer Bai?

Menjadi seorang rakyat negeri Johor tak bermaksud aku akan beri sokongan aku pada pasukan bola sepak Darul Takzim FC dan Johor United. Aku adalah penyokong bola sepak Universiti Sains Malaysia (USM FC), walaupun IC aku tertulis nombor 01.

Sebenarnya, kita sekarang boleh memilih apa-apa sahaja pasukan yang kita suka nak sokong. Contoh seperti walaupun kau lahir di Pahang, tidak-lah salah untuk kau menyokong pasukan bola sepak Selangor. Tidak salah sama sekali kerana menyokong pasukan bola sepak bukan macam memilih agama. Ia sekadar bola sepak.

Tapi, dulu sewaktu kecil dan sewaktu remaja, ya aku adalah penyokong pasukan bola sepak Johor FA. Sokongan hanya tamat pada zaman Rosdee Sulong dan Azmil Azali. Oh, juga pasca Trinity Johor. (Ervin Boban, Alistair Edwards dan Abbas Saad). Selepas itu, aku lebih banyak kecewa melihat pasukan bola sepak Johor terperosok ke divisyen dua. Walaupun ada Johor FC, hanya sekadar melihat perkembangan dari jauh sahaja.

Baiklah, aku ingin mengulas tentang video ini ;



Memang benar. Kini kerana duit, pemain boleh pergi ke mana-mana pasukan. Kerana duit, penyokong boleh tak datang stadium. Kerana duit, pasukan bola boleh lupus.

Perkembangan yang berlaku di Darul Takzim FC bagi aku adalah perkembangan yang terlalu drastik untuk suasana harmoni bola sepak domestik kita sekarang. Tapi sukacita aku ingin mengingatkan, benda ini sudah lama berlaku pada Selangor pada zaman David Mitchell, Tony Cottee dan Chris Kiwomya. David Mitchell pernah bermain untuk Newcastle United, Tony Cottee pernah bermain untuk West Ham dan Kiwomya pernah bermain untuk Arsenal. (celaka, selera ke EPL memanjang Selangor time ni)

Jadi, kita tidak perlu berasa hairan sebenarnya. Yang perlu kita rasa perlu; kritik untuk memastikan Darul Takzim FC tak terjebak sampai tidak terbayar gaji pemain. Hal tak bayar gaji pemain memang isu yang sering berlaku dalam bola sepak Malaysia, kan? Ini kerana pelaburan yang dilakukan Darul Takzim FC ini sangat besar. Pelaburan ini boleh mengoperasikan 3 pasukan Liga Super yang lain.

Cuma dari sudut kecil hati aku rasa kecewa. Beli pemain mahal-mahal, macam mana pula dengan perbelanjaan mencari pemain pelapis, dan lebih tepat, bukankah lebih baik wang yang banyak itu digunakan untuk memajukan akademi bola sepak di Johor khususnya. Lebih menarik bukan kalau pemain dari negeri Johor sendiri menjadi ayam tambatan pasukan Darul Takzim FC ini? Aku rasa semua orang akan setuju hal ini. Takdelah nanti orang bising;

"Hek eleh buat apa kalau pasukan power tapi bukan datang dari orang negeri sendiri? Orang negeri sendiri tak reti main bola keee?"

Banyak perkara yang aku lihat tentang masa depan Darul Takzim FC ini. Terutamanya dari hal Stadium Larkin yang berkapasiti 30,000 orang. Mungkin dengan kehadiran pemain-pemain mahal ini, Stadium Larkin akan penuh semula sebab penyokong hendak melihat aksi Darul Takzim FC dengan pemain-pemain mahal. Tapi, kita perlu ingat bahawa salah satu tabiat orang Malaysia yang susah nak dibuang ialah ;

Penyokong datang ke stadium unuk melihat pasukan bola sepak mereka menang.

Kalau tak menang, memang sukar ramai penyokong hendak datang menyokong pasukan bola sepak mereka. Itu yang terjadi pada Perlis, Pulau Pinang dan Melaka kini. Hakikat.

Apa-apa pun dalam diam, pasukan dan kelab negeri lain sebenarnya ada rasa 'gigil' juga melihat pembelian besar-besaran dari Darul Takzim FC. Kemungkinan juga ada yang cuba mencari bola tanggung supaya Darul Takzim diberi tekanan dan tak beli pemain-pemain bernilai. Ye lah, kita kena ingat satu fakta ini. Darul Takzim FC beli bekas penjaring terbanyak Liga Sepanyol season 2007-2008. Ulang suara, penjaring terbanyak pada zaman Liga Sepanyol ada; Samuel Eto, Lionel Messi, Thierry Henry, David Villa, Sergio Aguero, Diago Forlan, Iker Casillas, Victor Valdez dan Raul Gonzalez. Bermaksud, Daniel Guiza bukan calang-calang orang Darul Takzim beli. Ia seumpama perpindahan Didier 'Predator' Drogba ke kelab Shanghai Shenhua. 

Mau tak nya Pahang, Perak, Selangor dan Kelantan tak bising? Heh.

Kemudian beli Safee Sali, Mat Yo... senang cakap separuh dari player kebangsaan. Kalau Darul Takzim tak menang juga Liga Super season depan, tak tahulah nak cakap apa. Memang kena gelak 1Malaysia.

Chalo.

9 comments:

FF13 said...

untuk pengetahuan saudara,

Johor juga tidak melupakan pasukan pelapis mereka. Sebagai contoh, beberapa infrastruktur sedang dinaikkan.

FYI, Johor juga menjalinkan hubungan rapat dengan Johan Cruyff Institute Malaysia yang bertapak di Nusajaya, Iskandar Malaysia.

JCI juga akan membantu Johor dalam memasarkan bakat bakat muda untuk pasaran luar negara. Hope this helps. FF13

AlexiaAqram said...

terima kasih atas maklumat itu..

30rozali said...

untuk pengatahuan anda,
pasukan johor diliga perdana dibarisi oleh kebanyakan anak jati johor sendiri..
dan ia merupakan matlamat jangka panjang pbnj bagi melahirkan pemain2 yg berasal dr johor..

*akram, nt balik kg kte gi lepak tanjung ea.. =]

FF13 said...

nak menarik pasal pelapis ni, usha team Negeri Sembilan untuk tahun 2013.

Depa dah tubuhkan Akademi Yayasan NS. Jadi sebagai akademi negeri, state football centre.

Umur 16-17, dihantar untuk pertandingan Piala Belia bawah 19. Tiru konsep Harimau Muda.

paiseh said...

bkn ke dua2 mat salih tu dia loan saja..? mohon pencerahan~

amilin halim said...

Sebenarnya utk musim pertama ni mmg nmpk strategi market kpd penyokong melalui nama2 besar..

tp satu-satunya cara team nk sustain ialah pembangunan bakat bolasepak. pemain pelapis la yg akan memastikan kesinambungan pasukan.

so, usaha apa yg TMJ cuba buat ni mmg nmpk 'make-sense' juga. team Darul Takzim akan jadi team plg dicemburui dan sasaran team lain utk mengalahkan mereka.

kawe selaku ore Kelate seniri rasa x sabar nk tgu season baru Liga Super. Menarik!

kueh bakar said...

kelantan dulu pun sebelum ada nama macam piya, daud su, apek amik star juga - akmal rizal.indra putra. norfarhan. hai-o dan ramai lagi...

jepon pun sama la..amik pemain naturalisasi dri brazil dulu baru kuat level dunia...

ehem..fam kalau nak cepat pun kena import laa 3,4 orang baru merasa suku / semi piala asia..lepas tu anak tempatan dah power tahap asia...



kueh

-MsGoodNite- said...

Setuju. Kalo tak memang piala malaysia memang patut ke boo. Masa tu, jgn kecoh penyokong diorg bila kena bahan.

Nama pun takde aura.. adui!

despyan said...

wes,guiza skor 10 gol kot frenly kt melaka..perghh..hebat siot..mohon team2 lain angkat bendera putih la b4 lawan team hbt ni nt..tu xde lagi safi,mario,sapiq,perghh..kencang bhai rimau selatan ni..biso TMJ ni dih..=p