Tuesday, March 19, 2013

Alasan apa lagi?


Memetik kenyataan Ketua Jurulatih Negara, K. Rajagobal terhadap kekalahan kepada Arab Saudi Ahad lalu.

" Kita turun tanpa S.Kunanlan, kalau kita nak main corak menyerang kita kena ada pemain seperti dia. Hanya Mat Yo penyerang sebenar, Amri pula diletakkan di belakang. Kita juga tak ada Safee Sali yang menjadi penyerang kita sejak dua tahun lalu. Dalam Liga kita sekarang, cuba lihat siapa yang main sebagai penyerang. Kita kena terima hakikat ini, kita tak boleh buat apa-apa." - K.Rajagobal

Persoalannya, betul ke kita tak ada penyerang selain Safee dan Mat Yo? Kenapa Fauzi Roslan atau lebih dikenali sebagai Koji tak dipanggil sedangkan dia merupakan pemain tempatan yang paling banyak jaringkan gol? Memang tak dinafikan, bahawa penyerang import menguasai carta penjaring dalam liga kita dengan Marlon Alex James mendahului senarai penjaring dengan 6 gol. Tapi Fauzi Roslan di tempat kedua dengan 5 gol. Amri Yahyah pula di tangga keempat dengan 3 gol berkongsi dengan Effa Owona,Mat Yo dan Patrick Ronaldinho. Daniel Guiza di tangga ketiga dengan 4 gol. Safee Sali pula hanya 1 gol. (Rekod setakat 9 Mac 2013)

Kenapa hanya Safee dan Mat Yo? Bukankah kita ada Hadi Yahaya,Manaf Mamat,Afiq Azmi, Rozaimi dan ramai lagi penyerang? Isunya bukan kerana ketiadaan penyerang, tapi over reliant Rajagobal kepada anak emasnya. Ingat tak Rozaimi pernah diletakkan sebagai defend kiri dalam satu perlawanan walaupun dia baru sahaja menjaringkan gol yang banyak untuk Harimau Muda dalam satu kejohanan? Koji pula dibawa masuk dan tak diberi peluang bermain dalam perlawanan menentang Qatar?

Tidak salah untuk mempercayai pemain, tapi apa yang RG buat adalah terlampau mempercayai anak emasnya walaupun jelas dan nyata mereka tidak mampu menunjukkan prestasi yang sama seperti di kemuncak. Rajagobal sering mengatakan bahawa beliau kenal pemainnya, tapi takkan dia tak nampak yang pemain dia tengah off form? Tiada mulut yang akan mencemuh jika Safiq Rahim menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam liga untuk JDT. Malangnya tak, tapi tetap dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan. Norazlan pula terus dipandang sebelah mata walaupun prestasi yang dipamerkan oleh dia untuk Selangor adalah lebih bagus berbanding Khairul Fahmi. Ada masanya prestasi lebih penting berbanding nama.

Perkara ini sebenarnya dah lama disebut. Dari kes Piya lagi. Berapa kali piya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kancah liga, tapi tak dipanggil? Sekarang dia dipanggil. Itu satu perkara yang bagus. Tapi ada juga rahsia di sebalik beliau dipanggil. Itu cerita lain.

Terlampau bergantung dan percaya kepada pemain merupakan satu perkara yang salah jika ia berlebihan. Ia membuatkan mata tidak nampak bahawa pemain itu main macam sampah dan tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kesetiaan ni adalah dua hala. Tak guna jurulatih percayakan pemain kalau pemain itu tak membalas balik kepercayaan jurulatih dan terus main macam sampah.

Apa-apa pun, kita tengok perlawanan menentang Yemen Jumaat ini. Kalau teruk juga, ada baiknya kepercayaan terhadap anak emas itu dicampak ke dalam lombong dan FAM boleh mula dirombak. Tiket pun mahal. RM30. Puiii!


1 comment:

Pangeran said...

Masalah dia juga. Pasaipa pulak nak bereksperimen walaupun dalam perlawanan penting. Player banyak diletakkan out-of-position. Kesudahan semua taktikal carca marba..

Kecewa juga KRG yang bersikap terlalu yakin. Statement dia masa sebelum match menentang Qatar, dia yakin Harimau Malaya boleh tewaskan Qatar yg rata2 skuad baru dibentuk melalui muka2 baru. Hasilnya tewas juga sebab memandang rendah keupayaan lawan.