Saturday, October 22, 2011

Ramalan dan ulasan sambil lewa saya mengenai Piala Malaysia 2011

Ok, kurang dua puluh empat jam dari sekarang kita akan dihidangkan dengan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia bagi pusingan kedua. Macam yang kita tahu Terengganu dan Negeri Sembilan masing masing boleh dikatakan selesa dengan dua jaringan di tempat lawan. Malam karang bermain di tempat sendiri. Memang selesa.

Selepas gua menonton perlawanan Selangor berlawan Terengganu tempoh hari, gua dengan ini tanpa ragu ragu meramalkan Selangor akan tumpas sekali lagi. Sebenarnya gua bukan tengok full juga pasal gua ralit tengok drama Cinta Elysa di TV3. Zila Bakarin tu body dia bukan main solid lagi. Lagipun TV1 gua macam gampang tak clear langsung gambornya.

Andai dilihat dari sudut persembahan dan corak permainan, Terengganu akan ke final Piala Malaysia. Kita sendiri dapat lihat betapa berkesannya jentera tengah Terengganu menguasai tengah padang dan mengayam ayamkan sahaja pemain pemain Selangor di Stadium Shah Alam, di depan penyokong lawan, di atas padang yang jahanam. Jadi sudah tentulah ianya menjadi lebih mudah di Terengganu nanti.

Selangor pula pasti akan bermain bermati matian, menyerang tak tentu hala, dan juga merembat bola sepakan percuma tinggi tinggi ke atas. Kemudian tengah gila babi menyerang tiba tiba Terengganu yang dapat gol. Selangor hilang akal dan bermain serupa takda pedoman. Kejar bola tak dapat kemudian panas hati dan main kasar. Ini adalah standard of procedure bagi pemain pemain yang diambang kekalahan. Sorang dua player Selangor kena red card. Kad kuning bersepah. Akhir sekali, Terengganu ke final dengan tersengih sengih.

Bagi perlawanan di antara Negeri Sembilan dan juga TTeam pula gua rasa Negeri Sembilan menang. TTeam akan main serupa Selangor juga cuma bezanya TTeam tak rembat bola sepakan percuma tinggi tinggi ke atas. Dia rembat rendah. Rendah sikit je la tapinya.

6 comments:

El said...

haha. serius shit. ni yg rasa aku nak jadi penulis sini jugak ni. boleh troll team sesuka hati

apa.tak layak? dah agak dah

syj said...

o

cikpia said...

ha ha.... camtaik ulasan. aku yang buta bola pun bley tulis ulasan sukan camni.....

aljambz said...

pahang apa cerita?

Wann Zaorish said...

kah kah kah..!! penghanjingan tahap tinggi.

poyotito said...

ha tengok, Selangor dah kena sebijik. Nampak tak gua punya sambil lewa cemana?