Monday, February 20, 2012

Cerita Terkini Bola Sepak di Johor.

9.00 MALAM 
19 FEBRUARI 2012 
ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU 

RINGKASAN MAKLUMBALAS “UNOFFICIAL MEETING” 

Misi dan Visi utama Tunku Mahkota Johor dalam mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Johor:-
  • Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
  • Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
  • Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
  • Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
  • Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
  • Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
  • Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
  • Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
  • Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk  pasukan Johor dan pasukan Johor B.
  • Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
  • Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya  Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
  • Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
  • Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
  • Mewujudkan “Johor FA Café” khas untuk rakyat Johor berkumpul, menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagai pusat untuk mendapat barangan atau cenderahati pasukan bolasepak Johor.

Wakil-Wakil Kelab Penyokong
  1. Ghazali Samad – Jengking Fan Club
  2. Azmin Eusope – Jengking Fan Club
  3. Mohd Alif Hafiz – Jengking Fan Club
  4. Mohamad Shah – Jengking Fan Club
  5. Daeng Zakaria Daeng Rahman – Jengking Fan Club
  6. Wan Hairul Azhar Wan Husein – Jengking Fan Club
  7. Mohd Roslan Omar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  8. Md Amri Ismail – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  9. Abd Halim Abdul Ghani – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  10. Mohd Norkhyree Sulaiman – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  11. Mohd Aimi Johar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  12. Mohd Hafiz Jaafar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  13.  Mohd Nazly Japar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
  14.  Muhamad Amirul  Asraf Mohd Shariff – Boys.Of.Straits (B.O.S)

Wakil – Wakil Pemain
  1. Thamini Shaiban – Pasukan Johor
  2. Mohd Hamzani Omar – Pasukan Johor
  3. Mohd Khairul Ismail – Pasukan Johor FC
  4. Eddy Helmi Abdul Manan – Pasukan Johor FC
sumber : Jengking Fan Club


Pendirian Sokerleaks?

Kami memperjuangkan penubuhan, pengekalan, dan pemuliharaan kelab bola sepak. 

Kami lebih menyokong sebuah kelab bola sepak di-swastakan atau (separuh swasta) dari di-kerajaankan (sepenuhnya) dalam menambah nilai kelab bola sepak. 

Kami lebih komited untuk merakyatkan bola sepak, bukannya mengistanakan bola sepak.

Kami kekal bersungguh mahu mendedahkan anasir rasuah dan politik dalam bola sepak di Malaysia.


Maka, apakah ini tahun terakhir buat kelab bola sepak bernama 'Johor FC'? 

Dah macam drama korea pulak aku tengok.....

7 comments:

Cob Nobbler said...

Sebenarnya senang je - benda yang jadi susah bila orang tak reti pisahkan antara politik dan sukan.

Takde drama mana pun.

Walaupun aku lahir kat Johor, tapi aku rasa aku takde right nak cakap apa-apa dalam hal ni. Sebab aku sokong Selangor (90% hidup aku dalam negeri Selangor)

So, pandai-pandailah orang Johor settle. Kata #JohorDarulAwesome.

Living Seed said...

loh menswastakan bola dah jadi mcm kapitalis pula nnt..

Nik Zulkhairi said...

saya menyokong pendapat tuan. meng'kerajaan'kan bolasepak bersifat komunis. men'swasta'kan bolasepak bersifat kapitalis. kalau nak maju, kena jadi kapitalis, bukan komunis.

Living Seed said...

tak heran nnt Tiket Naikkkk

Cob Nobbler said...

Ah kapitalis komunis, korang ni baca ke tidak buku Hayek ke Adam Smith ni, baca ke Karl Marx?

Ini takde kait mengait dengan kapitalis dengan komunis. Ini hanya berkait dengan ego seorang freeloader yang tak nak kalah dengan pasukan berstatus kelab.

Ini bukan kapitalis atau komunis, ini masih minda feudalisme.

dear anies said...

kdg2 x fhm..kenapala time situasi bola tgh naik...mcm2 nk diubahnya...

Lady Caca said...

Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.

aku tak jelas part ni? maknanya pasukan johor a dan pasukan johor b adalah totally pasukan baru ke apa? apsal dia cakap pemain2 johor and johor fc tidak dipinggirkan? maksudnya ada 4 team ke untuk johor.

please enlighten me.