Friday, February 3, 2012

AfrikaLeaks: Piala Negara-Negara Effa Owana, Francis Doe, Lelo Mbele dan Danny Antwi


Beberapa hari yg lepas, SokerLeaks menerima banyak email berbaur ugutan dalam bahasa yg tidak dapat dikenalpasti. Selepas digoogle translate, barulah kami mendapat tahu bahawa email ni ditulis dalam bahasa  Berber, Igbo, Somali, Swahili, Oromo, dan Yoruba. Kandungan emel tersebut, yg rata-ratanya datang dari alamat UIA, mempersoalkan layanan kami terhadap pembaca SokerLeaks dikalangan warga Afrika. Mereka tanya kenapa SokerLeaks tak kaver Piala Negara-Negara Afrika.

Rupanya SokerLeaks sudah menembusi pasaran global terutamanya afrika. Mungkin kelibat Effa Owana dan Francis Doe membantu memperkenalkan imej SokerLeaks di benua Afrika ini. Sebenarnya, bukan kami taknak ulas pasal ACN (African Cup pf Nations) ni, tapi kami masih berdendam dengan beberapa brader Nigeria yg sering menjual jam tangan palsu di pejabat kami. Tapi lepas kami bahan Nigeria tak layak ACN tahun ni, terus brader Nigeria tu merajuk dan tak menjual jam tangan palsu lagi.

Sedikit sejarah mengenai ACN; edisi pertama diadakan pada 1957 dimana hanya ada 3 pasukan yg menyertainya iaitu Egypt, Sudan dan Ethiopia. Pada mulanya Afrika Selatan turut dimasukkan dalam kejohanan sulung ini namun pihak menganjur menarik balik penyertaan mereka kerana skuad Bafana Bafana ini tidak mahu menghantar multi-racial skuad (keputusan Afrika Selatan menghantar pemain dari kalangan caucasian sahaja merupakan salah satu bentuk diskriminasi terhadap warga afrika). Mesir memenangi kejohanan edisi pertama ini.

Bola rasmi ACN 2012; Comocequa dimana ia dinamakan sempena nama sungai yg menghubungkan kedua-dua negara tuan rumah (Gabon dan Eqotorial Guinea) iaitu Sg. Como

ACN adalah kejohanan dwi tahunan dan edisi tahun ini yg diadakan di Equotorial Guinea dan Gabon ini sudah mencecah edisi ke 28. Mesir mendahuli rekod kejuaraan terbanyak iaitu sebanyak 7 kali diikuti Ghana (4x), Cameroon (4x), Nigeria (2x), Rep. Demokratik Congo (2x) dan masing-masing satu dari Tunisa, Sudan, Ivory Coast, Algeria, Ethopia, Morocco, Afrika Selatan dan juga Congo. Selepas ini edisi ke-29 akan dijalankan pada tahun depan iaitu 2013. Ini kerana CAF (Konfederasi Bolasepak Afrika) mahu ACN ni diadakan pada tahun yg tidak sama dengan penganjuran Piala Dunia. Jadi 2013 akan diadakan di Afrika Selatan, 2015 (Maghribi) dan 2017 (Libya). Sepatutnya 2013 tuan rumah diberikan pada Libya tapi kerana pergolakan politik yg masih berkecamuk maka mereka tukar dgn Afrika Selatan.

Juara Terbanyak: Mesir
Mengenai trofi ACN ini pula, ini adalah trofi ke-3 yg digunakan dalam kejohanan ini. Trofi pertama iaitu Abdelaziz Abdallah Salem Trophy dinamakan sempena Presiden CAF yg pertama iaitu pakcik Abdelaziz ni la. Trofi ini seterusnya menjadi hak mutlak utk disimpan oleh Ghana seletelah pasukan The Black Stars ini menjadi pasukan pertama yg menjadi juara sebanyak 3 kali pada tahun 1978. Tahun 1980 hingga 2000, trofi yg digunakan ialah trofi Trophy of African Unity. Setelah memenangi 3 kejuaran dalam tempoh tersebut, trofi African Unity ini diberikan kepada Cameroon. Dan semenjak 2002, trofi yg ala-ala trofi Piala Dunia ini terus digunakan hingga ke edisi 28 ini. Setakat ini Mesir sudah memenanginya 3 kali berturut-turut, tak tahu la pulak kalo CAF nak bagi terus piala ni kat Mesir. Rekod penjaring terbanyak masih dipegang Samuel Eto'o.

Trofi Piala Negara-Negara Afrika semenjak 2002
Dalam kalendar CAF ini, ada 2 kejuaraan penting. Yg pertama yg ACN ini la, yg kedua pula adalah African Nations Championship. Harus diingat African Cup of Nation (ACN) dan African Nations Championship (ANC) adalah 2 kejohanan berbeza. ANC diadakan berselang dengan tahun berlangsungnya ACN. Salah satu perbezaan utama antara 2 kejohanan ini adalah ANC hanya membenarkan pemain-pemain yg bermain di liga negara sendiri sahaja, maksudnya team Sudan dalam ANC ni tak boleh ada pemain yg bermain di liga selain liga Sudan. Langkah ini bagi memberi peluang kepada pasukan Afrika mencungkil bakat baru dan memberi peluang kepada pemain liga tempatan yg terpaksa melupakan hasrat mewakili negara mereka dalam ACN (yg jauh lebih prestij) kerana sememangnya team-team yg bertanding lebih suka menggunakan khidmat pemain yg berkelana di Eropah /luar Afrika.

Trofi African Nations Chamiponship (ACN)
ACN ni selalu menimbulkan ketidakpuashatian kelab-kelab Eropah bilamana mereka terpaksa melepaskan khidmat awang hitam deme ni. Kita boleh lihat disini prestasi semasa pasukan yg bergantung kepada bintang afrika mereka sejak kehilangan tonggak utama mereka ini; Newcastle tanpa Demba Ba hanya menang 2 daripada 4 perlawanan termasuklah tewas 2-5 dgn Fulham dan tewas ditangan Brighton di Piala FA. Man City pula tanpa kelibat Yaya Toure hanya menang sekali dalam 4 perlawanan itupon menang tipis 1-0 dgn Wigan.

Satu lagi pasukan yg begitu terkesan dengan ACN ni adalah Arsenal. Dalam 4 perlawnan liga, Arsenal tak menang satu pon perlawanan. Begitu besarnya pengaruh Maruonne Chamakh ni. Takde Chamakh ni, terus Arsenal tak menang-menang. Oh lupa plak Gervinho ni main untuk Ivory Coast. Kiranya Arsenal sekarang kelihatan begitu sayur akibat ketiadaan Chamakh dgn Gervinho la ni?

Betapa terumbang-ambingnya Arsenal tanpa beliau. Ini lah dia Chamakh; lejen Arsenal no.1, mengalahkan RVP dan Henry.



Sebenarnya semua info pasal sejarah ACN ni aku cedok dekat wikipedia je. Aku tukang translate je pon. Jadi ada baiknya aku sambung terus pasal preview Suku Akhir ACN ni.

 QF 1


Chipolopolo (The Copper Bullets) vs Falcons Of Jediane
71 : RANKING : 120
Naib Juara 1974,94 : PENCAPAIAN TERBAIK : Juara 1970
Emmanuel Mayuka (Young Boys) : AYAM TAMBATAN : Entah, macam takde
.

Ulasan SokerLeaks: Berjaya menewaskan team favourite iaitu Senegal dan tuan rumah bersama, Eqotorial Guinea, dibantu dengan beberapa pemain yg berkelana di Eropah, Asia disamping mempunyai pemain yg pernah beraksi di Piala Kelab-Kelab Dunia bersama TP Mozembe, kelebihan besar buat Zambia berbanding Sudan yg rata-ratanya dibarisi pemain di liga Sudan sendiri sahaja.

Ramalan SokerLeaks:

Zambia menang 2-0
QF 2
Les Elephant vs Nzalang Nacional
18 : RANKING : 151
Juara 1992 : PENCAPAIAN TERBAIK : QF 2012
Satu team : AYAM TAMBATAN : Randy (Las Palmas)

Ulasan SokerLeaks: Walaupon bermain atas kapasiti tuan rumah di Malabo nanti yakni mereka akan dibantu ribuan penyokong setia Nzalang Nacional, agak mustahil untuk EQ ini menewaskan Ivory Coast selaku pasukan pilihan kejohanan. Disamping itu, berdasarkan persembahan peringkat kumpulan, EQ boleh dikatakan memiliki tuah sahaja kerana 2 perlawanan mereka memenanginya pada saat akhir termasuk perlawanan kontroversi menentang Senegal. Tempat separuh akhir nampaknya hampir pasti milik Drogba dan rakan-rakan

Ramalan Sokerleaks:
Ivory Coast menang 2-0 hasil jaringan Drogba dua bijik.

QF 3
Les Pantheres vs Les Aigles
91 : RANKING : 69
QF 1996: PENCAPAIAN TERBAIK: Naib Juara 72
Pierre Aubameyang (St.Etienne) : AYAM TAMBATAN : Seydou Keita (Barcelona)


Ulasan SokerLeaks: Kedua-dua pasukan agak seimbang kekuatan mereka dimana kebanyak pemain utama mereka menimba pengalaman di Eropah. Gabon akan menggunakan kuasa serangan 3 pemain handalan mereka; Aubameyang (digelar Neymar Gabon kerana rambut yg sepesen), Danial Cousin (ex-Hull) dan juga Bruno Mbanangoye (freekick dia lawan Morocco mmg power habis). 9 mata dari 3 perlawanan menunjukkan Gabon antara pasukan yg perlu diberi pilihan.  Persembahan Mali di peringkat kumpulan pula kurang meyakinkan walaupon memenangi 2 perlawanan. Lambang Mali yg seakan-akan kumpulan gangster Melayu tidak mampu menakutkan pemain-pemain Gabon nanti.

Ramalan SokerLeaks:
Gabon menang penalti walaupon pemain jersi 9 ini, Aubameyang akan miss sepakan penalti tersebut.

QF 4
Black Stars vs The Eagles of Carthage
18 : RANKING : 59
Juara 1963,65: PENCAPAIAN TERBAIK : Juara 2004
Asamoah Gyan (Al-Ain) : AYAM TAMBATAN : Youssef Msakni (Esperence)


Ulasan SokerLeaks: Juga satu perlawanan seimbang dan bakal berlangsung sengit. Tapi diatas kertas kelebihan sedikit dimiliki oleh Ghana. Hanya Tunisia sahaja wakil Afrika Utara ketika ini dimana 3 edisi sebelum ini dimenangi oleh wakil Afrika Utara iaitu Mesir. Namun untuk Tunisia mengulangi pencapain itu agak mustahil sebenarnya bila Ghana nampaknya lebih mempunyai kekuatan seimbang disemua posisi berbanding Tunisia.

Ramalan SokerLeaks
Ghana menang tipis 2-1. Muah muah abang ni kata.
Dan selepas itu masuk la peringkat separuh akhir. Sebab dah penat menulis aku pon buat rumusan je la; Ghana lawan Zambia, Ivory Coast lawan Gabon. Ghana menang melangkah ke final bertemu dengan salah satu tuan rumah bersama iaitu Gabon yg berjaya membuat upset dgn menewaskan Ivory Coast.

Jadi final tahun ini adalah Gabon vs Ghana. Ramalan terakhir Sokerleaks, Ghana menang 2-1. 
 
"Thanks SokerLeaks sebab ramal team saya menang" ujar Asamoah Gyan dengan bangganya.
Itulah sahaja entri AfrikaLeaks ini. Harapan kami agar Effa Owana tidak berkecil hati bila Cameroon tak layak langsung tahun ni. Dan kami juga berharap pelajar-pelajar antarabangsa UIA tidak lagi menghantar emel berbaur ugutan setelah kami menyiarkan entri African Cup of Nation ini.

Saya akhiri penulisan ini dengan video lagu rasmi ACN 2012 yg catchy habis ni.



P/S: Patice Evra berasal dari Senegal. Nampak gaya Luis Suarez jenis selidik latar belakang oppenent sebelum perlawanan ni.

6 comments:

azfar hranica said...

P/S: Patice Evra berasal dari Senegal. Nampak gaya Luis Suarez jenis selidik latar belakang oppenent sebelum perlawanan ni

hahahhaha evra memang tak sedar diri,ingatkan melayu mudah lupa.dah ada pepatah baru - negro tetap negro

Cob Nobbler said...

RIP to all victims in Port Said.

Cob Nobbler said...

By the way, Afrika ni tak padan benua miskin, tapi buat kejohanan sampai 2 tahun sekali. Siap ada selang setahun dengan ANC pulak.

Europe pun buat selang 4 tahun. Amerika Latin buat selang 4 juga(dulu 3).

Lepas tu nak Confederation Cup macam mana pulak?

Buat 4 tahun je lah, bukan apa - Liverpool bukan ada player Afrika pun, tapi rimas tengok team ramai Afrika (Arsenal, Chelsea, Barca, Man City etc.) balik-balik complaint.

KhaiRin - anies said...

miskin harta tp x miskin bakat...itulah rakyat d benua afrika...

old_trafford said...

Kita tinggal kan dulu Piala ini. lol..

Sapa yang xdak Tv mlm ni meh tengok Malaysia dalam kelayakan Olimpik kat sini.

Live Streaming Malaysia Vs Bahrain

am3r0L said...

gampang gila kutuk chamakh ! ahaha.