Friday, February 17, 2012

Pembubaran Yang Merugikan

1. Hal Johor. Biar elok orang Johor yang ulas dan setel-kan. Orang negeri lain, atau orang tempat lain mungkin tak faham apa dan kenapa ini semua terjadi. Kalau tak faham antara membahagikan keupayaan dan peluang untuk semua. Mari kita fahamkan kat sini. 

2. Kalau kau tanya aku. Mula-mula sekali aku terkejut tiba-tiba ada mesyuarat luar biasa dari Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor FA). Rupa-rupanya pasal lantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai Presiden Johor FA. Bagi aku, itu okay lah. 

3. Memandangkan komitmen dan usaha yang TMJ tunjuk sejak-menjak ini yang kerap turun padang tengok perlawanan-perlawan melibatkan Johor FA. Tanpa rasa segan (ye lah, anak Sultan kot), duduk dekat bench substitute, pakai tracksuit, muka serius menunjukkan minat pada perkembangan memajukan bola sepak Johor. Kita salut lah. Anak sultan Pahang yang jadi Presiden Pahang FA pun tak duduk sebelah Dollah Salleh. Anak Sultan Johor berani buat macam ni. Dekat dengan rakyat jelata yang minat bola sepak. Itu bagus. Memang layak lah TMJ jadi Presiden Johor FA.

4. Aku kagum sebenarnya dengan komitmen yang ditunjukkan TMJ. Bagi aku bukan mudah, TMJ adalah anak sultan, apa orang cakap? Mencemar duli. Memandangkan yang selalu kita nampak Presiden bola sepak negeri atau kelab lain paling tidak mesti duduk kat kerusi empuk di grandstand dengan kot atau t-shirt 1Malaysia, paling tidak pun pakai baju batik. Poyo betul pakai baju batik pergi tengok bola. Heh.

5. Tambah pula dengan beberapa usaha yang dilakukan oleh TMJ seperti membawa masuk Fandi Ahmad, dan paling terbaru, lagenda Argentina, Gabriel Batistuta untuk membantu meningkatkan pasukan Johor FA. Ternyata, memang sah dan tepat kerusi presiden Johor FA itu diberi kepada TMJ. Lagipun, mestilah TMJ boleh cari sumber sumber kewangan melalui usaha dan pengaruhnya kan? Elok lah sangat.

6. Nak harap Presiden Johor FA lepas? Aku rasa kamu faham memang nampak tak banyak perkembangan yang ada. Kalau ikut secara tradisi, Menteri Besar yang kena jadi Presiden bola sepak negeri. Ikut tradisi lah. Tapi, mengenangkan Menteri Besar Johor yang lebih kuat berzapin dan berghazal, tak minat bola sepak, tak support bola sepak negeri secara serius. Lupakanlah tradisi itu. Sekarang ini lebih banyak dataran bersimen dari padang bola di Johor tahu? Menteri Besar Johor punya pasal.

7. Hal lantikan TMJ sebagai Presiden Johor FA dah boleh dikira setel. Cuma sekarang yang menjadi isu mengenai komen TMJ  yang berbunyi ;

"Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding"

Ini saja yang jadi masalah. Aku mula-mula tak pasti sama ada ia kenyataan berbentuk 'kemestian', 'arahan', 'pandangan', 'ketetapan', ataupun 'cadangan'. Tetapi bila merujuk ayat 'Saya tidak faham' dan kenyataan media di Harian Metro pula menyebut 'TMJ menyarankan hanya satu pasukan beraksi di Liga M', highlightkan perkataan 'menyarankan'. Jelas menunjukkan sebenarnya TMJ kurang arif tentang apa yang di-inginkan sebenarnya oleh peminat, pemain dan pelabur kancah bola sepak di Malaysia.

8. Kita tak perlu gelabah sangat dalam hal ini. Tak perlu nak geram, marah sangat memandangkan ia hanya sebuah 'saranan berbentuk pandangan', bukannya 'arahan yang mesti di ikut'. Atau lebih mudah, perkara ini masih boleh dibawa berbincang. TMJ tak faham, jadi biarlah kita semua memahamkan TMJ dengan fakta yang mudah. Iaitu fakta ; 

'Kenapa rakyat Johor dan peminat bola sepak Johor mahu lebih banyak pasukan bola sepak di Johor?'

9. Faktanya mudah. Rakyat jelata Johor bilangannya makin bertambah. Rakyat Johor yang minat pada bola sepak semakin bertambah. Rakyat Johor yang boleh bermain bola sepak juga bertambah. Rakyat Johor yang seharusnya layak bermain bola sepak secara amatur, semi-pro mahupun pro juga telah bertambah. Jadi, relevenkan perlu hanya ada satu sahaja pasukan? Mestilah tidak releven. Satu pasukan untuk memenuhi permintaan yang bertambah? Kerja gila namanya. Rugi rugi rugi.

10. Rugi sangat jika ada satu pasukan (atau dua pasukan termasuk pasukan liga simpanan) yang menyertai kacah bola sepak kebangsaan sebenarnya. Tidakkah terfikir nanti kesannya akan ramai pemain bola sepak yang berbakat, tetapi tidak layak bermain kerana sudah cukup kuota satu pasukan, akan bermain untuk negeri lain atau kelab di luar Johor? Kasihan. Sepatutnya boleh menabur bakti untuk negeri sendiri, tetapi kerana saranan yang tak berapa nak tepat ini. Yang kita dapat ialah kerugian di masa depan.

11. Lagipun, aku berpegang pada prinsip asas bola sepak yang pihak FIFA pernah kempenkan dalam kongres-kongres lepas. Football For All. Bola sepak untuk semua. Semua orang berhak bermain bola sepak, meminati bola sepak, menubuhkan kelab bola sepak, melabur dalam bola sepak, dan bercakap mengenai bola sepak. Jadi, saranan TMJ ini sudah tentu melawan prinsip asas bola sepak yang dikempenkan FIFA bukan? 

12. Jikalah TMJ mendengar apa yang rakyat mahukan, aku cuma nak cakap, kalau boleh rakyat mahu lagi banyak kelab bola sepak, lagi bagus. Lagi banyak peluang pekerjaan. Sebab bola sepak juga menjadi cabang pekerjaan pada era kini. Rugilah jika satu pasukan saja dan membubarkan 3 kelab lain iaitu Johor FC, MP Muar dan MBJB. Peluang pekerjaan akan berkurangan, pengangguran berlaku. Kemanakah nanti pemain-pemain dan  pengurusan bola sepak sedia ada sekarang hendak mengerjakan apa yang mereka minat? Kalau dapat ke kelab lain, kalau tak? Jadi Halim Napi nombor dua. Tambahan itu, pelaburan bola sepak akan mengecil dan tak meluas. Dari banyak syarikat di Johor yang berminat dan boleh hendak menaja, tak pasal-pasal kerana nak satu pasukan sahaja, pelaburan berkurang. Perlaburan berkurang, duit tarak masuk lah. Duit tarak masuk, lambat laun melingkup. Takkanlah tak suka dengan duit?

13. Bola sepak untuk semua. Bukan sebab kejayaan sahaja. Kejayaan belakang kira, yang penting apa yang kita boleh beri kepada masyarakat atau rakyat dalam mengembangkan kancah bola sepak negeri kita. Bila dah berusaha untuk merancakkan, barulah kejayaan akan datang. Itu saja karma-nya. Setel.


p/s : Tolonglah kembalikan balik J-Kid dan rancakkan Liga Bola Sepak Negeri Johor. Itu yang patut dibuat dahulu.













Gambar saja suka-suka.


11 comments:

Fahmi Ismail said...

Ulasan yang bernas dan membina.suka artikel ni dan tulisan dari saudara Lucius Maximus dalam sokernet punya blog

hazwan said...

aku sokong artikel ni...
lagi banyak team lagi meriah liga Malaysia..lagi-lagi kalau dua-dua jadi team yg power satu hari nanti...
btw, teringat dulu pun main JKID taun 1999...

El said...

nor fazura hot!



by the way. aku setuju. lbih byk team lg best. persaingan makin sengit, player pun makin power

dear anies said...

mmg betul apa yg admin ckp tu.. ms ni kite perlu ambil peluang utk memeriahkn bola sepak. andai kata nnt kalu buat 1 team je then lps tu relegated x bgn2 otomatik sokongan pon krg.. dan ms tu la br terhegen2 nk tubuhkn kelab tu la, kelab ni la...

Anisa Hang Tuah said...

fazura bukan org johor ke?

Fitri K. said...

bagi la link ni kat twitter TMJ..bior dia bace..

wanbu said...

semua idea mmg bernas belaka.. tapi sape yang berani mengadap TMJ dan luahkan apa yg terbuku... TMJ juga tak kisah kalau ada pandangan yg membina untuk diluahkan... pintu umah baginda sentiasa terbuka..

Masalah skrunk kena ada individu yang berani tampil menerangkan apa yg mereka perlukan... itu jerk. Org ckp face to face lagi afdal diluahkan dari yg lain, takut nanti disalah ertikan.

Paolo Balam said...

tahun 1999 aku pernah tanam cita-cita nak join J-kid. #sadis

miestuff said...

hopefully johor will bring back thee glory days like 90's

fir said...

TMJ cakap mcm tu ada alasannya. mungkin juga nak mengelakkan penyalahgunaan kuasa dari segi pemberian peruntukkan utk kelab bola. mungkin peruntukkan yg di beri tak sampai ke kelab yg sepatutnya. lg satu dia kan taknak rakyat dia berpecah dgn menyokong pasukan yg dtg dari negeri yg sama.

Mohd Izwan Othman said...

saya sokong Jkids dihidupkan semula.. bakat2 baru perlu dicungkil dari usia kecil lagi..itu lagi penting dari membeli pemain lain.