Tuesday, December 6, 2011

R . I . P (Matinya seorang manager)

 
RIP Speed  (8 September 1969 – 27 November 2011)

Mati itu pasti. Semua orang akan mati, termasuklah manager-manager pasukan terkemuka dunia. Minggu lepas dunia dikejutkan dengan pembunuhan diri oleh Gary Speed, pengendali Wales. Minggu ni Socrates pula menemui ajal beliau. Aku taknak cerita pasal Socrates, dia bukan seorang pengurus/coach. Aku nak cerita pasal kematian pengurus. Lagipon aku tak seempat rasa zaman kegemilangan dia walaupon based on youtube, Socrates memang power sepower Tottenham Hotspur.

Kembali bercerita mengenai Gary Speed. Speed ni aku sempat tengok dia main masa zaman dia sarung jersi Newcastle dengan Bolton. Nak kata laju, takde la selaju nama dia. Nak kata power, boleh kira power la jugak sebab dia pernah terpilih untuk masuk team fantasy aku musim2 dulu. Keh keh. Ah x baik la gelak bila story pasal mati ni. Sorry sorry.

Speed mati dalam keadaan tragis. Mayatnya dijumpai dalam keadaan tergantung. Teori kuat mengatakan Speed mati membunuh diri. Sebab apa? Antara sebab yg paling femes berkaitan pembunuhan diri beliau adalah berhubung skandalnya yg bakal didedahkan tabloid UK (not sure sama ada tabloid yg sama membocorkan tabiat buruk abam Giggsy). Skandal pasal apa? Skandal pasal Speed ni seorang gay sebenarnya. Akibat tidak dapat menerima kenyataan, Speed pon membunuh diri. Ini orang kata la, bukan aku kata.

Jadi buat tabloid-tabloid, blog-blog hiburan tempatan, engko kaver je la hal ehwal artis. Tak payah nak 'melodi' sangat hal ehwal pemain bola. Pasal pemain bola punya gosip bior SokerLeaks yg setel. Dulu pon weol dah buat entri berbaur gosip. Nah baca ni.

Selain Speed, ramai lagi manager yg menemui ajal semasa tugasan. Ada yg tragis, ada yg tak berapa tragis, yg kelakor pon ada juga sebenarnya. Ish brapa kali cakap pasal mati ni jangan buat lawak. Sorry sorry.



Tom Bromillow

Thomas Bromillow, bekas pemain Liverpool, menjadi pengurus Leicester pada tahun 1939-1945. Beliau kemudiannya menjadi pencari bakat untuk Leicester pada tahun 1959. Dalam perjalanan menaiki keretapi untuk melakukan tugasan scouting pada perlawanan Wrexham dan Merthyr Tydfil, beliau menemui ajal, dalam keretapi tersebut.

Dick Bayliss, pengurus Coventry City pula meninggal dunia pada tahun 1947. Masa tu Britain dilanda 'the great freeze', cuaca sejuk melampau. Sewaktu pulang dari latihan, Bayliss mula demam, dan sakit, dan kemudiannya mati. Jadi adik-adik semua, jangan main banjir.


Herbert Chapman the lejen
Herbert Chapman. Ha Gooners sekalian, kenal tak dia ni. Setakat Wenger tu apa la sangat. Takde Chapman ni, Arsenal tak power ko tahu?  Cilaka, Arsenal mana power. Ok, x de Chapman ni, Arsenal tak de la dapat top10 engko tahu? Dia ni dulu membawa Arsenal menjuarai empat 1st Division title pada era 30an. Malangnya dia tak sempat tengok team dia menjulang kejuaraan ke-5 kerana telah menemui ajal semasa pulang dari menonton perlawanan 3rd team Arsenal. Sebelum tu masa dia tinjau game next opponent Arsenal iaitu Sheffield Wednesday, dia dah demam dah. Balik dari game 3rd team Arsenal menentang Guidiford City demam dia makin menjadi-jadi dan akhirnya, mati. Tragis. Sebenarnya Chapman ni banyak berjasa pada dunia pengurusan bolasepak moden ni, tapi tak pa, next entri aku cerita pasal dia. Aku tak kisah sangat cerita pasal manager Arsenal ni, dia ni pon pernah main Spurs jugak.

Harry Griffiths (Swansea) dengan Williams Holmes (Clapton Orient) pula mati di premis kelab masing-masing. Griffiths mati di bilik kecederaan manakala Holmes menemui ajal selepas pengsan di padang.

Tapi dalam banyak-banyak kes, John Hacking la paling tragis. Hacking adalah pengurus Barrow. Pada tahun 1955, beliau telah dipecat. Teka bila John Hacking ni mati? Semasa dimaklumkan mengenai pemecatannya, dia mengalami heart-attack. Malang tidak berbau, pemecatan tersebut bukan sahaja menamatkan kariernya malahan turut menamatkan kehidupannya sebagai seorang manusia. Tragis.

Okeh. itu sahaja benda aku nak share. Kalo perasan semua yg disebut ni English manager. Yang non-English aku tak tahu. Semua ni pon bersumberkan dari buku tulisan Barney Ronay The Manager: The Absurd Ascent of the Most Important Man in football dan juga wikipedia.

Sekian dari saya. Ingatlah semua, ajal maut di tangan tuhan. 2012 pulak orang kabor nak kiamat. Renung-renungkan dan selamat beramal.

 
  
*sekadar gambar hiasan

3 comments:

mirul said...

budak budak arsenal sekarang mane kenal herbert chapman.

yang tau nye IAWT je.

dear anies said...

da ajal dia.dia gay ke dia les ke dia ttp akn mati. dan kite semua...

TheBentPencil said...

"thanks to Socrates' skills, Brazil win the world cup three times. now you see without him? no more World cup champion..."

-me dad on socrates.