Saturday, January 14, 2012

Jawapan kepada soalan "Kenapa KL main home di Melaka?"

Gambar dicedok dari twitter KLUltras. Double thumbs up to KLUtras. Banner yg mereka hasilkan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan kembali spirit peminat KL yg dah lama merindui zaman kegemilangan Skuad IbuKota semasa dibawah tampuk kepimpinan Tan Sri Elyas Omar .

Kembali ke tujuan asal iaitu menjawab soalan encik Nami. Selaku penyokong Kuala Lumpur, saya merasakan soalan Nami mengenai hal Kuala Lumpur bermain di luar KL iaitu Melaka sebagai home ground adalah sangat-sangat mudah.

Kita sudah tahu Stadium KLFA di Cheras itu sedang menjalani pembaikpulihan.Nami ada bertanya kenapa tidak bermain di Stadium Merdeka? Ah, Nami. Takkan awak tak tahu, kata ikot perkembangan semasa tanah air. Stadium Merdeka sekarang dah jadi port orang buat konsert. Padang situ pon memang nampak gaya tak menepati kriteria dan piawaian FAM. Nak buat kat Bukit Jalil, saya rasa kami tak se-desperate Selangor yg sanggup merosakkan stadium sendiri semata-mata nak main kat Bukit Jalil. Ye la, dah berapa tahun Selangor tak dapat merasa main BJ ye dak? Kekeke.

Anyway, KL tak main SNBJ ada sebabnya. FAM tetapkan cuma 2 team sahaja yang boleh gunakan satu-satu stadium sebagai gelenggang 'home'. Selangor dah booking awal, begitu juga Harimau Muda B. Jadi kena la cari stadium lain. Sebab itu juga lah KL tak main di stadium berhampiran seperti Stadium Selayang dan Stadium MBPJ.

Ada 3 sebab kenapa Kuala Lumpur bermain di Melaka. Pertama, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya pasukan di Malaysia yang mempunyai fan base dan cawangan di setiap negeri. Beberapa minggu sebelum kempen Liga Super bermula, terdapat permintaan dari kelompok penyokong KL yang berada di Melaka untuk menjadikan Stadium Hang jebat sebagai gelanggang home. Jadi, untuk menghormati permintaan tersebut, KLFA bersetuju. Lagi pon sebelum ini KL memang pernah main kat Melaka pon.

Sebab yg kedua, Melaka merupakan tanah jajahan Kuala Lumpur. Melaka mula dijajah Kuala Lumpur selepas era pemerintahan British di Tanah Melayu. Setiap tahun, Melaka perlu membayar wang pitis kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sehinggalah pada tahun 2012, Kuala Lumpur memansuhkan pembayaran wang pitis tersebut namun Melaka perlu membenarkan KL menggunakan stadium mereka. Ini merupakan sebahagian pengkolonian dalam bolasepak.

Sebab yg terakhir adalah Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Ali Rustam pernah membesar di Flat Sri Melaka yg terletak di Cheras. Pengalaman membesar di kawasan tersebut telah mengajar beliau erti kehidupan sebenar dalam mendewasakan diri ini mengharungi liku-liku dan pancaroba sehingga membantu beliau diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka. Untuk membalas jasa yg tak terhingga Flat Seri Melaka, beliau telah memberikan hak istimewa kepada KLFA untuk menggunakan Stadium Hang Jebat.


Jadi saya berharap jawapan-jawapan yg diberikan berjaya memuaskan hati saudara Nami. Cuma satu je saya nak tanya kepada Encik Nami. Ye la, ko tanya aku boleh, takkan aku tanya ko tak boleh?

Soalannya, En.Nami ni orang Johor kan? Tapi sokong Selangor? Hrmm tak pe lah saya dah tahu dah jawapannya. Google translate "Kemuliaan Pemburu" untuk mengetahui jawapannya. Kikiki.

10 comments:

encikmister said...

yang part Ali Rustam tue ala butui ka? haha

AimYou said...
This comment has been removed by the author.
AimYou said...

ini baru betul glory hunter.. tau la Johor FA takde 32.. tapi agak-agak la~ baru ku tahu~ kahkahkah

Cob Nobbler said...

Saya lahir di Johor.
Membesar di Selangor.

Sama seperti Bob Paisley.
Lahir di Sunderland.
Membesar di Liverpool.
Selamanya di Liverpool.

Titik.

Tempat lahir tak boleh dijadikan isu wahai Berto.
Macam tu - baik KJ jadi wakil rakyat di Kuwait.
Kenapa di Malaysia?

Keh!

Cob Nobbler said...

AimYou:tak tau fakta tentang saya - janganlah buat konklusi cepat sangat.

Sila semak resume saya - mana ada saya pernah bersekolah di Johor.

Saya lahir di Johor - duduk di sana tak sampai dua bulan dah balik Selangor.

Dan lagi satu,
Tak sangka pulak KL ni sandarkan pada kenangan.
1987,88 dan 89 tu semua kisah lama.
Keh!

Berto said...

Kakaka. Rileks la Nami. Ramai lagi Gloryhunter kat Selangor tu. You Never Walk Alone. Keh keh

Mohd Rasydan said...

Lepas ni kalau Young Lions menang Liga Super, mesti ko sokong Young Lions kan abam Nami? apa ada hal dengan lompat kelab kan abam Nami kan?
Keh Keh Keh!

Cob Nobbler said...

Pantang aku sokong Young Lions. Pantang.

Kalau aku sokong Johor pun rival, apa lagi aku sokong Selangor.

Rival. Umpama menyuruh Berto sokong 1860 Munich.

Shane Falco said...

alaaaa...ramai je yg tak lahir kat manchester, london n sewaktu dengannya sokong team2 penjajah tu...apedehal!! kire oklah tu masih sokong team dalam liga malaysia drpd team omputeh tu!

Berto said...

Aku dulu masa darjah 2 slalu guna 1860 Munich main FIFA.