Wednesday, June 6, 2012

Boys In Green

Kenapa Republic of Ireland mampu membuat upset dan sekaligus menjulang Kejohanan Eropah tahun ini?
Sebab yang pertama;

Giovanni Trappatoni atau Il Trap. Antara jurulatih terulung Eropah dengan 10 kejuaraan liga di 4 liga berbeza (setanding dengan Jose Mourinho). Walaupun kurang berjaya ketika mengemudi Itali, nasib Trappatoni dijangka bakal menyerlah bersama Ireland tahun ini.

Sebab yang kedua;

Ukhwah diantara pemain sangat kuat. Hal ini berbeza ketika kempen Ireland di Piala Dunia 2002 yang menyaksikan kapten pasukan Roy Keane bertelingkah dengan pengurus pasukan; Mick McCarthy. Biasa la, budak Menyu memang poyo. Jadi dengan ketiadaan pemain MU dalam skuad ireland tahun ini, pastinya peluang lebih cerah untuk layak ke pusingan seterusnya.

Ermm, tu je la kot sebabnya. Biasa la, team underdog ni tak payah kecoh sangat, kena buat rileks je. Jadi untuk kempen Ireland dalam peringkat kumpulan nanti, ini adalah ramalannya;

Lawan Croatia (menang 2-1)
Lawan Spain (menang 3-2)
Lawan Itali (menang 2-0)

Ah, mudahnya kumpulan C ni. Tak tercabar langsung budak-budak Irish ni. Apa-apahal dengarkanlah football anthem paling bersemangat untuk Euro 2012 kali ini.


COYBIG!

4 comments:

azfar zafar afzar said...

bila tengok style permainan ireland aku tengok lebih mirip team EPL macam everton,aston villa,fulham,newcastle dengan tempo permainan yang rancak dan laju. tapi bila tengok team england main macam player2 ni main kat airtricity league pun, tak nampak langsung ciri-ciri player wakil england ni macam main kat EPL

Cob Nobbler said...

Selamat John O'Shea dah bertukar menjadi Sunderland.kahkahkah!

kaki bola said...
This comment has been removed by the author.
fitsepet said...

lepas ireland kalah dgn croatia,nampak sgt ko ni x reti nak tgk bola...ape jadah ireland nak menang euro 2012 ni?sayur2hhhh