Thursday, June 21, 2012

Save KLFA


Hari Selasa yang lepas, perlawanan di antara KL vs Kelantan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat yang merupakan Home sementara pasukan KL terpaksa dijalankan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV kerana ketiadaan wang untuk host home game. Hasil jualan tiket perlawanan ini KAFA serahkan kepada KLFA atas usaha untuk menyelesaikan krisis kewangan yang dihadapi oleh KLFA. Persoalannya, adakah setiap perlawanan Home game Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai The City Boys akan diadakan di venue Away? Dan berapa banyak pula team sanggup membantu KLFA? Aku tak rasa semua akan tolong kerana setiap pasukan (kecuali beberapa seperti Kelantan) mempunyai masalah kewangan mereka sendiri.



Ini satu perkara yang menyedihkan dan memalukan bagi pasukan yang terletak di Ibu negara Malaysia dan dikelilingi syarikat-syarikat gergasi tetapi tidak mampu mencari penaja untuk menjana kewangan? Ia seperti seorang manusia yang bekerja di kilang F&N tapi mati kehausan. Apakah tiada inisatif atau usaha dari pihak KLFA untuk menyelesaikan krisis kewangan ini? Jika ada, nampaknya usaha itu masih tidak cukup dan perlu lebih effort. Seriously.




KL sebelum ini ada ramai player berstatus bintang. Azman Adnan, Safee Sali, Lim Teong Kim,Subadron Aziz, Azrul Amri Burhan, Shebby Singh dan antara yang latest adalah Yong Kuan Yong yang ada di dalam skuad Ong Kim Swee ketika Harimau Muda menang pingat emas bola sepak Sukan SEA 2011 yang lepas. Striker utama negara, Safee Sali pun pernah bermain untuk Kuala Lumpur pada tahun 2003-2005.

Ketika Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Tan Sri Elyas Omar menikmati zaman gemilang di mana menang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut iaitu dari 1987-1989. Kali terakhir Kuala Lumpur memenangi piala adalah pada tahun 1999 di mana mereka menang Piala FA.



Persoalannya, bagaimana pasukan seperti Kuala Lumpur boleh mengalami masalah kewangan? Kuala Lumpur boleh dikatakan antara sleeping Giant dalam Bola sepak Malaysia? Adakah Kuala Lumpur akan mengalami nasib yang sama seperti Leeds United dan Nottingham Forest di England? Both team merupakan antara gergasi di liga bola sepak England suatu masa dahulu dengan bergelar juara liga dan Eropah terutamanya Nottingham Forest yang bergelar Juara Eropah 2 kali berturut-turut ketika dipimpin Brian Clough. Sekarang Nottingham dan Leeds tidak lagi bermain di liga utama, tetapi tersekat di Liga Championship, namun ada tanda kebangkitan terutamanya dari Leeds yang sebelum ni menanggung kerugian besar di bawah Peter Risdale. Leeds kini sedang bermain di Liga Championship di England dan berusaha untuk naik ke EPL selepas bermain di League One selama 3 tahun.



Sama dengan apa yang bakal terjadi kepada KL. Kuala Lumpur dikatakan bakal jatuh bankrap dan ada rumours mengatakan KLFA akan bubarkan pasukan kerana kekurangan dana. Jatuh ke liga perdana itu sudah pasti selepas KL tak menang dalam semua perlawanan Liga Super tahun ni. Tapi untuk disband team kerana tiada dana itu utter bullshit. Diharap perkara ini mampu diselesaikan dan KLFA akan put more effort untuk mencari dana. Be creative. Ramai anak kota yang mahu membantu tapi tidak tahu bagaimana caranya. Jangan duduk di ofis goyang kaki sahaja, keluar dan reach out kepada semua anak kota di luar sana. Semoga KL akan dapat diselamatkan.

Save KLFA

9 comments:

kaki bola said...

bukan kerajaan dah letak budget melambung utk sukan ke?

mcm mana masalah camni boleh jadi?

takpatut

Unknown said...

terbaik bro! (Y)
kita kena desak diorang ni.
harap2 datuk bandar KL baru ni sanggup menjana dana utk bangunkan bolasepak KL

KhaiRin : anies said...

mesti ada yg x kena ni..

Farhan Ahmad said...

bubar dari pasukan negeri, tubuhkan pasukan kelab. biar ada pengurus dan CEO sepenuh masa. Takyah terikat dengan Politik.

Imran Nang said...

apa susah - bubarkan KLFA jadi KL FC! sampai bila pasukan kita di takuk lama bawah ketiak FA? harap ehsan kerajaan negeri je, itupun kalu ada duit...

admin said...

kena buat tour dan kempen disekitar kl, tapi toksah duk harap bantuan raja nong chik laa.. mamat tu bkn minat nak majukan sukan kt kl pun..

Cob Nobbler said...

Raja Nong Chik!

penglipurlara said...

punca utama kegagalan kebanyakan persatuan bola sepak negeri dari segi kewangan adalah kerana terlalu bergantung harap pada kerajaan negeri suap dana.

Am_7riel said...

Nice artcle mate about this expose.my 2 cents,it is all come to sense of belonging of the club.i would wonder the affect if top mgmt were from business driven people and if the club were named according to community area like in this case to be named kl fc. The mgmt should emulate japan based club or nearest example like Vietnam based club which tied collaboration with big company that set up at the area. In return, the club giving name to the company as part of advertisement for the company like kl fc combined with hyundai for example and become hyundai kl fc. Who would come if u just named as sime darby or Felda united for another case here? Visit am7riel.blogspot.com