Sunday, July 31, 2011

Malaysia vs Singapore- Ulasan Yang Penuh Kejujuran

Ok, seperti mana kita tahu dan tonton sendiri, Malaysia tumpas pada Singapura. Pasukan dari negara kerdil ini mampu sekali lagi menidakkan kemaraan kita. Kecewa bukan main. Itu saja gua boleh kabor. Gua menonton kedua dua game iaitu di Jalan Besar, Singapura dan Bukit Jalil. Game pertama gua menonton di kaca tv. Game kedua gua pergi Bukit Jalil dengan harapan Malaysia menang. Tanpa sangsi. Pada mulanya.

Malaysia bermula gopoh, bersemangat dan terkinja kinja. Ada time laju bukan main sampai tertinggal tingal bola kat belakang. Ada time laju sangat sampai terpassing pada pihak lawan. Lepas tu kejar serupa orang gila. Gua tengok pun penat. Dah dapat bola kemudian passing semula pada pihak lawan. Bagus. Aksi lipat pula memang cantik, tapi sayang bola jauh langsung dari kaki. Gua menjerit sampai kering kering tekak. Air pulak orang ramai pergi lempar ke padang. Patutnya lempar pada orang memerlukan serupa gua ni.

Gua tak tahu nak ulas apa sangat, apatah lagi Malaysia memang main tak bagus malam tu. Terlalu mengharap Safee Sali, Amirul Hadi yang entah hapa nak dibuat, mid field yang passing bersepah, passing kepada player yang dikawal sedangkan diri sendiri takda pressure adalah merupakan punca kepada main macam setan Malaysia. Berebut bola tinggi sampai ke sudah tak dapat. Kalau dapat pun, jenis tanduk kena sipi, tanduk meraban dan juga tanduk pejam mata. Habis cemana nak gol? Apa yang gua perhati, Malaysia sekadar berlegar legar dalam kawasan lawan kemudian bola entah ke mana. Lepas tu kejar ramai ramai macam kejar babi. Apa yang jelas, Malaysia bermain dalam tekanan. Ye laa, kalau gua pun tekanan. Tapi bagi gua, level level diorang patut dah boleh handle tekanan apa semua ni.

Kita tolak tepi hal lakonan Singapura, hal import apa semua. Hal itu terlalu babi untuk diceritakan. Sekarang kita cerita pasal kita, kenapa kita main tak bagus? Kenapa tak cari ruang sendiri kalau dah tahu kawan kita dikawal ketat? Ko rembat tak kuat ke apa? Gua tengok speed player memang mencanak canak perginya. Tapi sayang tak dapat dimanfaatkan. Defense pula masih lemah sehingga Apek terpaksa berkerja keras dan akhirnya lunyai. Kalau Apek tak bagus malam tu memang malu kita kena ratah.

Tapi dalam pada kekalahan tu gua dapat lihat satu perkara positif. Perkara yang penting bagi menaikkan bola sepak kita iaitu sokongan. Tapi tu la, menyokong padu macam mana pun, kalau main macam setan tetap macam setan juga kesudahannya. Namun, bagi gua adalah sesuatu yang manis bila stadium Bukit Jalil tu penuh dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang terjerit jerit menyokong. Mana dengan benderanya, mafla lagi, banner lagi, memang padu. Paling gua puji adalah bila mana Malaysia sudah di ambang kecundangan, penyokong masih bersorak walau masing masing mata dah berkilat. Gua harap lepas ni stadium Bukit Jalil penuh dan bergegar lagi. Tapi kalau boleh nak menang la ye dak? Kalau tidak sia sia saja gua panjat pagar masa nak keluar. Kalau tersangkut kaki seluar pada pagar tu tak ke bersidai gua tepi pagar?

***

Gua kesian betul tengok brader ni. Sebelum game hampa pasal tiket bini dia takda. Lepas game hampa lain pulak. Jadi kepada K Rajagopal and his boys, dont break this brader's heart anymore..


Tuesday, July 26, 2011

Singapura: Apa Pon Tak Boleh!!

Selepas digesa Daniels SokerLeaks untuk menulis entri pasal game di Singapore itu hari (2 wakil SL ke sana), gua up entri ringkas, padat dan sendat pasal game ni.

1. Penyokong Malaysia dilarang membawa gendang, drum dan instrumen muzik yg lain termasuklah hon. Hanya HOME team sahaja boleh bawak masuk benda-benda ni. Bila ditanya , alasannya "THIS IS OUR RULES". Pihak stadium juga meletakkan speaker punya la besar depan fan Malaysia, diorang kasi pasang chant2 dari fan Singapore. Tapi itu semua tak melemahkan semangat penyokong Malaysia untuk bersorak, sampaikan paper sana turut meluahkan rasa goyang mereka bila bakal ke BJ nanti.

2. Singapura menunjukkan keangkuhannya sebelum sepak mula perlawanan lagi bila 5 jet pejuang mereka terbang betul-betul atas stadium. Ah, nak heran apa, Malaysia ada kapal selam  dgn cincin 24 Juta la woi!

3. Dalam MRT masa pergi ke stadium, gua dan rakan-rakan pakai jersi Malaysia bawak bendera. Semua bagi laluan kat kami. Nak pandang pon takut. Cuak tak cuak la depa dgn Harimau.

4. Pihak FAS (Persatuan Bolasepak Singapura) pula dilihat kurang bertoleransi bila tidak membenarkan penyokong Malaysia duduk setempat. Ye lah, gua tahulah geng Malaysia yg beli tiket grandstand (15Dollar) kena la duduk dekat grandstand, tapi fan Malaysia dah mintak elok-elok, siap nak tukar dengan fan Singapore yg duduk area 7Dollar lagi. Tapi FAS tetap berkeras. Tengok apa jadi lepas tu, aksi memprovoke kedua-dua penyokong menyebabkan sedikit insiden kekecohan berlaku sehingga dipercayai seorang penyokong Malaysia terpaksa dibawa ke hospital. Kalo asing-asing kan lagi molek?

5. Fan Malaysia juga tidak boleh membawa masuk stick banner. Malahan, FAS merampas 2 banner yg dipasang di bahagian grandstand, satu dari SokerLeaks, dan satu lagi dari Ultras Malaya. Bila ditanya kenapa tak boleh pasang, macam biasa alasan mereka; "THIS IS OUR RULES".Nak kata tak boleh pasang banner kat belah grandstand, gua tgk Singapore pasang x de pon nak dirampas. Cilaka betul.

 Dirampas. *gambar credit kpd Farid Photography, syarikat fotografi yg diusahakan oleh salah seorang pengulas SokerLeaks yg turut hadir ke Stadium Jalan Besar.

6. Referee cilaka.

7. Linesman pon sama lah.

8. Fan Malaysia juga dilarang merokok didalam stadium. Ok yg ni mmg semua orang tak boleh isap rokok dalam stadium ni.

9. Lepas game, gua cari polis yg rampas banner tu, nasib baik jumpa dan dia bagi balik. Masa tu jugak gua kasi rentang. Berbulu terus budak-budak Singapore tengok. Haa, mesti la lu berbulu, celah mana plak China,Bosnia dengan Serbia tu terletak dalam Singapura.

10. Best betul bila fan Malaysia chant "Import! Import! Import". Ada bunyi racist tak tu?

11. Aleksander Duric, berumur 40 tahun  tu pernah mewakili Bosnia di Sukan Olimpik 1992 Barcelona dalam acara berkayak. (sumberL Wikipedia)

12. Singapura boleh berbangga dengan Ismail Yunos, anak jati Singapura kerana mengutip kad merah. Mereka juga boleh berbangga dengan Jumaat Jantan, kerana selain namanya yg unik, anak Pakcik Jantan ni kuat benor berlakon injured.

13. Amoi Singapore kebanyakan pakai skirt pendek. Geram betul gua tengok.

14. Dalam MRT masa balik dari stadium, orang-orang Singapore semua gelak nipis tersengih-sengih kat kitorang. Ouhhh, menganjing ye? Ko tunggu la ko tunggu kat BJ nanti.

15. Jika Singapore merasakan mereka dah bagi pengalaman neraka kat fan Malaysia, gua cakap awal-awal, stadium 6k tu pon gua rasa fan Malaysia lagi havoc. Tapi takpa, lu nak tau neraka dunia macam mana, tunggu Khamis ni, orang Malaysia kasi tunjuk sama lu macam mana mereka sokong pasukan mereka yg "100% ORIGINAL".

16. Tapi gua nak ucapkan trimakasih banyak-banyak kepada drebar teksi yg tidak mengenakan bayaran langsung buat gua dan rakan-rakan dari Jalan Sultan ke Stadium Jalan Besar. Terimakasih pakcik. Padahal patutnya jalan kaki pon boleh, tapi semua tak larat berjalan sebab dah bantai murtabak Singapura.

17. Drebar teksi itu turut menyuarakan kekecewaan dgn team national mereka yg dilimpahi pemain import, beliau merindui zaman Fandi Ahmad dan Dollah Kassim. Katanya lagi, team Singapore skarang ni tak kuat mana, tapi team remaja mereka U-16 tu memang kuat, katanya lah.

18. Masa menunggu kat stesen MRT, ada sorang uncle singapore ni kompelin pasal kalah betting. Dia bet Malaysia menang. Rugi habis dia itu hari. Player jual game??? Gua rasa takde, player Malaysia bermain bermati-matian bai, lagi-lagi main atas padang tiruan, penat dia jangan cakap la.


19. Muka gua masuk paper. Paper Malaysia. Paper Singapore gua tak tahu.

20. Sekiyan.

21. Datang tau SNBJ Khamis ni!!

Thursday, July 21, 2011

Khamis Bisu #2

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday Edisi SokerLeaks


Bangsat....Forever and Ever

Penyokong MU yg gagal

Tahu tak kenapa ManUtd menjadi pasukan no.1 paling dibenci diseluruh dunia? Ahh, bukan nak kata haters ni jeles pasal kejayaan Menyu ni, tapi rata-ratanya menyampah Menyu ni kerana perangai fan Menyu yg berlebih-lebihan seperti seorang Presiden PERKASA yg terlampau ekstrimis dengan perjuangan perkaumannya.

Macam semua dah tau, masa Liverpool trening, ada mamat MU sesat datang memprovoke penyokong-penyokong Liverpool ni.

 Alangkah indahnya kalau mamat MU ni ditukarkan menjadi seorang Larissa Riquelme.

Malahan, gua dapat sumber, masa game Liverpool-Malaysia itu hari, ada sekumpulan fan MU datang ke stadium pakai jersi MU tapi diselindungi dgn jaket la. Gila apa, nanti tak pasal-pasal kena rogol. Tapi lagi haru bila kumpulan fan MU ni datang membawa banner dgn bunyi yg semestinya memanaskan hati penyokong Liverpool. Diorang nak buat macam fan MU yg bawak banner nganjing Liverpool kat Anfield itu hari. Tapi nasib baik banner tersebut disekat oleh penjaga pintu masuk stadium. Keh keh, x power betul geng2 Menyu ni seludup. Kalo Rooney tahu ni, mesti dia malu ada fan Menyu bangang tak reti nak bawak masuk banner.

Tak cukup dengan Liverpool, arrogant Menyus datang provoke time Chelsea trening pula. Memang la tak salah nak pakai baju team ko, tapi gua rasa ni kes nak suruh Rooney panggil dia lejen leteww. Lejen mendenya siap kena togel pakai jersi team lain?

 Fan MU ni kelihatan seperti salah seorang pengulas SokerLeaks. Tapi setelah diselidik, memang bukan dia. Lagipon dia dah kurang skit sokong MU ni. Siapa dia? Terserah anda untuk meneka.

Gua rasa, fan Menyu gagal menjadi provokers yg berjaya. Kalo lu perasaan, fan MU tak kacau Arsenal, kenapa?

Ha, ni gua nak cerita. Benda ni tak disebarkan kat mana-mana, dipercayai untuk menjaga airmuka Wenger dan fan Arsenal ni. Ni gua selaku peminat Spurs nak ajar kat geng2 MU yg gagal ni macam mana nak jadi provokers yg berjaya. Mcm lu orang tahu, rival utama Arsenal adalah Spurs berdasarkan kedudukan geografi kedua-dua pasukan ni yg terletak di London Utara.

Masa Arsenal trening itu hari, gua datang sambil pakai jersi Spurs, sama la macam budak MU ni buat kat Liverpool dgn Chelsea. Lu org tahu apa reaksi fan Arsenal kat stadium masa tu? Semua menyirap bai. Semua datang ke arah gua, siap ada yg cabut kerusi lagi nak hentak kepala gua.

Penyokong-penyokong Arsenal ni semakin dekat dengan gua. Marah mereka bukan kepalang. Tapi gua kekal steady. Nak takut apa, team kanak-kanak, kalo bukan makwe yg minat, rakan-rakan sebaya mereka jugak yg jadi penyokong team ni. Gua angkat sedikit jersi Spurs gua, kasi tunjuk perut gua yg ada 6 Packs ni, sambil mata gua merenung tajam mereka semua, tanda muka garang. Habis kecut semua fan Arsenal. Semua buat-buat kutip sampah, tak berani nak riot gua. Awek-awek Arsenal plak ada yg mintak clash dengan balak mereka gara-gara terpikat dengan kemachoan gua.


Lepas berjaya meng-pissed-off-kan fan Arsenal, gua turun ke padang, meluru ke arah Wenger. Pangggg! Lempangan berpusing gua kasi kat dia. Menangis ko tahu. Beberapa pemain Arsenal diketuai Van Persie cuba masuk campur, tapi lepas dorang perasaan gua pakai jersi Spurs, dorang sepak bola jauh-jauh lepastu kutip sendiri. Takut leteww.

Habis menampar Wenger, gua pulang kerumah dengan hati yg tenang. Haa, macam tu la nak jadi provokers yg berjaya fan MU! Ini tak, ko provoke, ko yg kena rogol kena togel. Memalukan sungguh.

___________________________________________

Ini hiburan untuk peminat EPL semata-mata. Tak perlu nak mempersoalkan patriotisme seseorang. Lu Chelsea ka, MU ka, Arsenal ka, Barca ka, Real ka, at the end kita tetap sokong Harimau Malaya jugak kan? So, x perlu kita cakap org tu x patriotik ke x sensitip ke, sebab kalau nak ikotkan, bolasepak ni sendiri datang kat Malaysia hasil bawaan penjajah, lebih baik layan takraw, caklempong atau konda-kondi, ye dak?

Benda EPL-Tour ni pon dah nak habis. Gua harap semua kembali tenang. Perkara yg dah lepas berlaku tu biarkan berlalu. Fuh, dah macam lagu Wings. Yg penting 23 hbulan 7 ni kita bersama Harimau Malaya menentang Singapore. Siapa yg tak berkesempatan ke sana, datang stadium 28hb tu plak kat Bukit Jalil. Dan kalo boleh, pakai jersi Malaysia. Memang la tak salah disisi agama kalo pakai jersi kelab-kelab luar time Malaysia main, tapi gua nak lu pikir dgn ayat yg dipinjam dari Apit penulis Terfaktab;

players x nmpak apa dlm hati kita minat mana, mereka hnya nmpak outfit kita (baca: jersi, mafla dll).

Sekiyan.

Thursday, July 14, 2011

Update: Copa America 2011

Copa America telah masuk ke peringkat suku akhir. Nampaknya, ramalan awal gua untuk edisi kali ni tak berapa nak mengena sangat. Argentina dengan Brazil main serupo mace tahi! Messi? Neymar? Pfftttt. 2 pusingan awal peringkat kumpulan menyaksikan dorang semua ni macam main golf; gol tak banyak, sebijik je kalo menang. Lepas masuk final round group stage, baru la nak main bersungguh-sungguh, macam Argentina ni. Cuak letew. Tak pasal-pasal jumpa seteru utama, Uruguay.

Berikut adalah preview perlawanan suku-akhir:-

COLOMBIA - PERU

Dgr kabor punca dua-dua negara ni berperang sebab benda ni; Perjanjian Salomon-Lozano.

Dua-dua team yg membuat kejutan. Colombia menciritkan Argentina dengan menjadi juara kumpulan A manakal Peru menciritkan Mexico dalam merebut satu slot ke suku-akhir. Dulu, Colombia dengan Peru ni pernah berperang tahun 1932. Pasal apa? Wiki la sendiri. 69 tahun kemudian, kedua-dua negara ini kembali berperang diatas padang. Dijangkan dua pemain yg bakal menjadi duri dalam daging untuk setiap pasukan adalah Falcao dan juga Paolo Guerrero.

PredictLeaks: Ramai yg ramal Colombia menang, tapi entah kenapa gua rasa macam Peru nak buat upset skit kali ni. Colombia 1 - Peru 2.


ARGENTINA - URUGUAY
Yg dua negara ni plak bergaduh pasal kilang pulpa.

Silap dua-dua pasukan pilihan ni bertemu awal. Yg Argentina bebal sebab lawan Bolivia pon boleh seri je. Yg Uruguay pon sama, dapat no.4 Piala Dunia tapi nak beat Chile dengan Peru pon tak lepas. Nak hambik dua-dua jumpa kat QF. Kedua-dua negara pernah berkonfrontasi dalam bolasepak, begitu juga diluar bidang bolasepak, kedua-dua pasukan berebut kilang pulpa. Pulpa tak pulpa, gua rasa Messi tetap main tak power jugak game ni. Argentina mungkin perlu mengharapkan kehebatan Aguerro menantu abah, dan Uruguay pulak, harapkan abam Suarez yg terlepas aksi sarkas di Malaysia je lah, nak harapkan kuda tua Forlan pon dah macam tak boleh nak berharap sangat ye dak?

PredictLeaks: Hrmm, kalo boleh, gua nak Uruguay menang, sebab gua mencik dgn Argentina ni. Vamos football la apa la, nyampah ai. Sori ye Nami. Keh keh. Tapi gua bersikap realistik la, Argentina menang 2-0.

BRAZIL -PARAGUAY

Ironiknya, penampilan pertama Larissa bertelanjang bulat buat adalah ketika  beraksi di majalah Playboy edisi Brazil. In 3D lagi.

Brazil, pasukan paling meletop dalam edisi kali ni. Dikatakan The Selcao bakal ke final dengan mudah. Ok, itu sebelum start tournament, sekarang dah masuk QF, nampaknya Brazil bukanlah Brazil zaman Zico,Pele mahupom Ronaldo botak. Dan sekali lagi mereka bertemu dengan pasukan yg telah mereka hadapi semasa peringkat kumpulan, Paraguay. Keputusan semasa itu adalah seri 2-2. Pemain Paraguay juga harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana melepaskan peluang menjadi top-2 dalam peringkat kumpulan selepas membiarkan Venezuela menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum tamat permainan ketika mereka selesa mendahului 3-1. Hasilnya, Paraguay layak ke QF atas kapasiti pasukan ke-dua terbaik dikalangan tempat ke-3 setiap kumpulan.

PredictLeaks: Skuad wanita Brazil sudah pon pulang ke Rio de Jeneiro selepas tewas peringkat suku-akhir di tangan US. Skuad lelaki pula mungkin mengikut jejak langkah yg sama namun kelebihan ketika ini berpihak pada Brazil. Brazil 2 - Paraguay 0. Sekali lagi rakyat Paraguay kecewa kerana gagal melihat Larissa Riquelme berbogel.

CHILE - VENEZUELA

 
'Mi Gorda Bella', telenovela yg telah diadaptasi di Malaysia menjadi Manjalara dan berjaya dengan suksesnya disini. Mungkin pasukan bolasepak Venezuela juga boleh mencapai kejayaan untuk edisi Copa America 2011 ini.
 

Chile, juara kumpulan C akan bertemu dengan Venezuela, naib juara kumpulan B. Chile sudah dijangka akan ke QF, manakala Venezuela pula menjadi antara pasukan paling mengejutkan. Venezuela merupakan pasukan rangking ke-dua terendah dalam senarai pasukan Copa America 2011 selepas Bolivia. Venezuela tidak pernah beraksi dalam Piala Dunia meskipon mereka dapat utk beraksi pada tahun 1958 dan 1974, hanya untuk mereka tarik diri. Kejayaan ke suku akhir ini mengulangi pencapaian mereka edisi 2007. Chile mungkin mempunyai Alexis Sanchez, tapi harus diingat, Venezuela ada Nicolas Fedor, penyerang berbisa yg menyarung jersi Getafe di La Liga.

PredictLeaks: Venezuela akan buat kejutan. Percayalah. Venezuela akan menang tipis.

Sekiyan laporan saya dari Argentina. Teruskan bersama kami untuk mengikuti perkembangan bolasepak antarabangsa, tapi jangan pernah lupa, Harimau Malaya tetap no.1 dihati okeyh?

Wednesday, July 13, 2011

Majulah Singapura!



Fandi Ahmad kapten pasukan Singapura dan jurulatih Douglas Moore - kali terakhir juara Piala Malaysia - tahun 1994.

Sebagai penyokong setia Selangor Darul Ehsan setelah sekian lamanya - saya amat gembira bila rival utama pasukan kami - Singapura kembali ke Piala Malaysia. Ini sangat bagus. Sebagainya sedihnya saya bila pasukan River Plate relegated ke division bawah, dan sebagaimana sedihnya saya bila satu hari nanti jika pengurusan kewangan yang lemah serta hutang berlambak membolehkan Manchester United terjerumus ke divisyen dua, saya sedih bila Singapura meninggalkan Liga Malaysia. Apabila Singapura kembali ke Piala Malaysia saya gembira sangat. Walaupun tidak pernah ke Stadium Nasional Kallang seperti djaman ayah saya dulu namun apabila National Sports Hub siap dan Stadium Nasional siap direnovate, mungkin Deus dan rakan-rakan penyokong Selangor pergi - dan saya juga mahu turut serta.

Saya sempat pada djaman-djaman Singapura di era Fandi Ahmad, Malik Awab, K Kannan, Alistair Edwards dan Abbas Saad bermain di Liga Malaysia. Dan dengan kehadiran kembali Singapura ke Piala Malaysia - laungan Kallang Roar akan kembali - ini baru gempak.



Singapura kali terakhir menjulang piala Malaysia. Masa tu Najib masih lagi misainya lebat tak macam sekarang.

Sementara itu - relegatenya Pahang memberi berita duka kepada kawan-kawan Pahang saya - @arilunited, @ezmira86, @faridabutalib, @pipiyapong dan juga Zharif dan juga Jimmy anak Lipis. Siti Nurhaliza turut berduka tapi at least Datuk K orang Kedah. Sultan Bola mahu tak mahu terpaksa menelan hakikat bahawa feudalisme sudah lama digulingkan di Perancis untuk terus maju.

Seperti yang aku pernah cakap - aku tak kisah kalau Pahang ni power tahap gaban macam djaman Khairul Azman dan Azizul Kamaluddin - well deserved champion - tu okaylah. Kalau ada protect itu protect ini, tukar sistem memanjang ini sudah parah. Samalah macam River Plate djaman junta tentera dulu.

Anyway - good riddance to Pahang and welcome back Singapore! Majulah Singapura!24 times Malaysia Cup Champions!

Tuesday, July 12, 2011

Menantu Abah...



Dalam politik Malaysia, adalah standard menantu, mentua, sepupu, sepapat, adik beradik, saudara, laki bini join politik. Baik yang berbaris baik yang berpakat ataupun berkita. Sama je. Kronisme dan nepotisme adalah perkara yang tak dapat dimaafkan.

Tapi tak semua kronisme ni busuk dan jahat seperti yang didakwa pembangkang (walhal dia pun sama gak ada kronisme dan nepotisme), ada juga kronisme dan nepotisme yang bagus. Contohnya Theodore Rossovelt dan Franklin Delano Rossovelt - dua Presiden Amerika yang genius. Theodore Rossovelt membangunkan Barat Amerika Syarikat hingga California hari ini menjadi negeri paling maju di Amerika. Franklin pula walaupun menghidap polio tapi masih lagi membangunkan Amerika dari negara penuh dengan hutang pasca Great Depression kepada sebuah kuasa besar dunia yang menang perang dalam Perang Dunia Kedua.

Di Malaysia, kita tahu mat ngantuk zzzz berharap dengan menantu abah. Di Argentina, walaupun otai macho gangsta sudah dibuang akibat kegagalan paling sial dengan Jerman(dendam Italia 1990 masih belum terbalas) - tapi kita tahu ada sinar disebalik menantu abah yang bernama Sergio Aguero. Mamat ni punya cemerlang sampai aku hampir terlupa pemain terbaik dunia sekarang ni berasal dari Argentina tapi tak timbul-timbul. Siapa eh nama dia? Oh dia orang Barcelona. Entah kenapa dia main kat Argentina entah.

Oh mamat siapa entah tu akhirnya ada assist kepada Angel Di Maria yang walaupun cemerlang di Real Madrid tapi masih tidak melupakan asal-usulnya. Bagus Mourinho. Good job - mendidik anak-anak buah dengan baik dan sempurna.

Anyway - lawan Costa Rica - pfft, are you kidding me? Ini bukan standard Argentina der. Hari tu seri dengan Colombia sebab awek Gerard Pique. Tapi Costa Rica takde awek comel macam awek Gerard Pique tu kena belasah. Bolivia? Bolivia ni memang negara badi. Dari kena belasah 6-1 kat La Paz, dari djaman Che Guevara mati dibunuh - negara ni memang suwey sikit bagi Argentina.

Syabas menantu abah - Sergio Aguero. Dan lihatlah jaringan-jaringan dari Argentina Copa America!

Monday, July 11, 2011

1988:Aku Berusia Empat Tahun Dan Aku Bertemu Dengan Mokhtar Dahari



Tahun 1988 apa yang aku ingat ialah air tin Sudi Sudirman, Olimpik di Korea Selatan dimana maskotnya seekor harimau, dan pengalaman aku bertemu dengan Mokhtar Dahari.

Aku ini sejenis manusia yang pelik. Aku rasa pelik sebab benda yang sekejap aku boleh terlupa tapi benda lama aku boleh ingat. Contoh macam aku letak kunci rumah atas meja - tak sampai 5 minit aku boleh lupa. Aku ada short term memory lost. Jadi kadang-kadang aku tak boleh ingat apa yang aku tweet, apa yang aku cakap, apa yang aku telah buat. Kadang-kadang aku serba salah aku dah cuci ke belum pinggan aku makan tadi walhal tadi baru aku basuh. Tapi aku ada long term memory. Benda-benda lama macam Soviet Union, Perang Iraq, sejarah aku masa kecik-kecik semua aku boleh ingat. Ingatan aku menerobos jauh ke tahun 1988 - bila aku bertemu dengan hero aku, Mokhtar Dahari.

Ayah aku bawak aku pergi Stadium Merdeka sejak aku kecik lagi. Ayah aku ni macam kebanyakan ayah-ayah di England - kalau kat Malaysia bawak anak pergi masjid ke surau tapi kat England bawak anak pergi stadium bola. For some reason mungkin masa muda ayah aku seorang yang sekular. Macam aku jugak. Stadium Merdeka - sebelum ia cuba ingin dijadikan pentas Bersih 2.0 - sebelum ia cuba diruntuhkan oleh Madey - ia adalah stadium keramat. Bukan sahaja untuk Malaysia tapi dua pasukan bola sepak - Selangor dan Kuala Lumpur. Apa yang aku ingat ialah tahun 1988 aku ke Stadium Merdeka menyaksikan perlawanan antara kelab apa entah vs Kwong Yik Bank yang berlangsung di Stadium Merdeka. Ayah aku bukan ada akaun Kwong Yik Bank, atau memiliki saham di Kwong Yik Bank, tapi ayah aku merupakan penyokong sejati Selangor. Tetapi dia adalah legend Selangor - dia wajib diraikan walau game melibatkan Kwong Yik Bank.

Ayah aku ada kawan yang bekerja yang juga bermain di Kwong Yik Bank bersama Mokhtar Dahari. Biasalah - ayah aku seorang proletariat yang bekerja di Kuala Lumpur - kawan-kawan dan member-member, kenalan mesti ada. Jadi memandangkan ini bukanlah perlawanan yang melibatkan FA - tapi pertandingan antara bank-bank maka ayah aku boleh selambaland je masuk ke padang tanpa masalah. Ayah aku memimpin tangan aku ke padang dan terus bertemu dengan kawannya berborak-borak. Tiba-tiba aku nampak seorang yang berambut panjang, bermisai lebat dan tidak lokek dengan senyuman. Aku menarik-narik kaki seluar ayah aku.

"Pa, tu Mokhtar Dahari ke?"

Ayah aku tersenyum sambil mengangguk. Ingin aku berlari menuju ke arahnya tapi aku takut ayah aku marah.

"Pergilah cakap dengan dia" kata ayah aku.

Aku terus memacu kaki aku lari ke arah dia. Sampai di depan dia aku berhenti.

"Awak Mokhtar Dahari ke?"

Dia hanya tersenyum dan menggosokkan rambut aku. Aku tersenyum. Ayah aku dari jauh menjerit, "pergilah salam dia!"

Aku salam dan melihat dia sedang kepenatan selepas bermain bola di padang, aku membiarkan dia pergi ke bilik persalinan.

Hari ini aku coretkan - 20 tahun yang lalu aku mendengar khabar berita ini, aku menangis dalam sepi. Hero aku sudah tiada lagi. Semasa perlawanan Selangor vs Kedah(kalau tak silap) pada perlawanan Semi Pro, satu penghormatan khas dilangsungkan di Stadium Merdeka menghormati Allahyarham. Aku turut membaca al-Fatihah untuk Mokhtar Dahari.

Walaupun aku pernah bertemu Azman Adnan dan Roy Keane sepanjang aku hidup - tapi perasaan itu takkan sama macam aku bertemu dengan Mokhtar Dahari.

Jasamu dikenang. Pergimu tiada galang ganti.

Saturday, July 9, 2011

Hala Bersih!



Lepas ni bolehlah Linglung letak gambar ni besar-besar kat UYA, boleh tak Linglung?

p/s:Lepas ni gua cari gambar Messi pulak pegang logo Patriot kot-kot jumpa...

Thursday, July 7, 2011

The Red Warriors juara Liga Super 2011


Kita ada juara Liga Super baru. Juara yang lain dari sebelum-sebelum ni. Juara yang hebat, juara yang power, juara yang gah! Kelantan.

Pasukan Kelantan atau lebih dikenali dengan gelaran The Red Warriors memulakan kempen Liga Super 2011 dengan membenam Selangor dengan jaringan 2-0. Perlawanan tersebut juga merupakan perebutan Piala Sumbangsih.

Saingan Liga Super musim ni boleh tahan sengit sehingga juara ditentukan pada perlawanan terakhir. Pendahulu liga pula acap kali bertukar tangan. Kalau tak Kelantan, Selangor yang ambil alih. Walaubagaimanapun pasukan Kelantan lebih lama bertahan sebagai pendahulu liga. Kah kah kah!

Manakala Terengganu juga sempat mendahului liga. Walaupun hanya dalam 4 hari saja namun itu sudah cukup membanggakan penyokong skuad Penyu. Apa ingat senang ke nak duduk nombor satu macam Kelantan buat? Susah tahu.

Perlawanan tiga penjuru malam tadi memang cukup mendebarkan. Sebenarnya mendebarkan sebelum game start saja. Tengok game Selangor lawan Perak sepuluh minit terawal pun dah boleh agak dah. Tak boleh pergi jauh ni. Silap-silap turun ranking. Tengok. Kan dah betul turun ranking.

Game Terengganu lawan Felda kat Petaling Jaya pula lain cerita dia. Terengganu ni nak sungguh-sungguh piala ke apa. Sampai baham abang-abang kelapa sawit kita 6 gol. Tapi benda tu dah jadi lumrah bagi pasukan yang hebat. Kelantan pun pernah kasi 6 biji kat Abang sawit.

Di Likas Matyo menjadi hero Kelantan. Menjaringkan 2 biji gol sebelum bolos kepada pasukan Sabah. Mantap juga penyokong Sabah ni. Dah dapat gol sebiji terus riuh stadium kasi semangat kat player sampai habis game. Respek lah kat mereka. Walupun masih ketinggalan jaringan dan kedudukan dalam liga tidaklah bahaya, namun semangat menyokong tak hilang. Penyokong Kelantan pun tak kurang hebat dia. Ramai betul yang pergi stadium. Ni yang duduk Sabah ke yang datang dari semenanjung woi.

Jadi tamatlah saingan Liga Super untuk musim ni. Jelas menunjukkan pasukan Pantai Timur pegang bola sepak Malaysia musim ini. Juara dan Naib juara Piala FA dari situ. Juara dan nombor 2 Liga Super dari situ.

Manakala Juara tak pernah turun liga juga dari situ.

Hanya di Malaysia: Pengulas Sukan

Khairi Zainudin, defend Perak. Antara pemain bola yg boleh dibuat teladan kerana menyimpan janggut/jambang serta menutup aurat semasa bermain bola. Sejuk mata memandang.

Khairy Jamaludin, bekas timbalan Presiden FAM.


"Safik Rahim dikawal ketat Khairy Jamaludin. Maaf, Khairi Zainudin. Tersebut nama Ketua Pemuda UMNO pula" ujar Haji Hasbullah Awang semasa mengulas perlawanan Liga Super2011 melibatkan pasukan Perak-Selangor.

Haji, jangan buat kelakor ji. Tersedak KJ atas kapal flotila tu.

_______________________________
Makin menjadi pengulas sukan Malaysia. Tersilap sebut nama tu ok lagi, ini AWAY GOAL rules pon tak tahu, jadah menda nak jadi pengulas bolasepak. Haihh.

Astro patut try bagi orang muda pulak peluang mengulas sukan. Kalau muka lama dah selalu kena kompelin, bekas pemain pulak lebih banyak meng-kelakarkan ulasan dari mengulas permainan, bagi je peluang kat bakat-bakat muda.

"Ala, kat Kafe Sukan hari isnin lepas dorang dah berdegor cabar orang muda ambil alih tugas dorang, tapi orang muda tak berani"

Tuii!
Gua bukan nak ungkit la, dulu gua pernah teman member gua pergi audisyen/ujibakat pengulas sukan Astro Arena, buat kat Stadium BJ. Macam hawau dorang conduct ujibakat. Merapu-rapu, buat naya yg datang ujibakat je. Gua tengok ada sorang dua termasuk bakat muda memang boleh pergi jauh dalam bidang ni, tapi sampai sekarang batang idong dorang tak keluar jugak dekat kaca televisyen.

Gua syak Astro Arena bukan serius sangat pon nak cari pengulas sukan baru tu, ni nak promote cenel dorang je lebih. Astro, paham - paham je la. Haihh, apa pon tak boleh.

Monday, July 4, 2011

Brazil O Brazil.


"Sokong Brazil? Loser."

Bila Argentina seri dengan Bolivia, fan Brazil bising apa? Bola celah kangkang la, loser la, apa la, forever gagal lah. Tapi semalam bila team Mis Tres Hermanas La Usupadora ni boleh relax-relax santai je draw dengan Brazil, samting rong samwer.

Juara World Cup 2014? Haha.

p/s:Neymar tu siapa? Orang dok kecoh macamlah dia tu Ronaldinho ke apa, gua nampak macam takde siapa pun Neymar tu.

p/s lagi satu:Hari ini gua terpaksa ketepikan hero gua Luis Suarez. Ini kerana pantang seorang La Albiceletes menyokong Uruguay. Kamon Peru kamon Alberto Fujimori!

Batapa Rendahnya Kasta Liverpool

Malam semalam sesudah berakhirnya Pesta Buku Selangor 2011, Osman Sani bersama beberapa rakan penerbit dan penjaya program berkunjung ke sebuah kedai makan iaitu sebuah restoran nasi kandar yang nasi kandarnya sekadar ala kadar sedapnya. Selepas duduk dalam beberapa saat, Osman Sani ketawa terkekek-kekek bila terpandang sebuah banting ada muka Gerrard Liverpool. Osman Sani bukan gelak sebab kesian ke gerrard yang lama tak menang piala, tapi sebab...ahh bacalah sendiri. Tengok tu kedai apa yang jadi penaja

REJECT SHOP!

Mana pergi Maxis? TM tak mahu sponsor? Celcom? Power Root? Uya Distro? Makjun Bondaku? Minyak Angin Cap Kapak? Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak? Kedai Cermin Mata Hajah Rokiah dan Suami? Kenapa kampeni besar-besar ni buat tak tahu saja? Tak minat ke rasa hina kalau jadi penaja? Tahu la yang Liverpool ni tak ada class, tapi takkan sampai semua kampeni besar-besar pejam mata tak ada selera nak sponsor? 

Jadi semalam, Osman Sani jadi tak lalu nak makan. Cukuplah Osman Sani kenyang bergelak-ketawa bersama rakan-rakan.

TEAM REJECT ikut dan macam Liverpool ni nampaknya hanya mampu menarik KEDAI BARANG REJECT untuk menaja mereka. Syabas Liverpool. Teruskan kalah kerana itu adalah budaya kalian. Ye dak?

Apa komen anda penyokong-penyokong Liverpool dan para seteru Liverfool?

Saturday, July 2, 2011

Kisah benar dan menyentuh perasaan: Margatania FC

 L'equip Petit: The Little Team. Margatania FC.

Dulu, abam Linglung pernah mengepost satu entri pasal betapa powernya sebuah pasukan amatur di Thailand (Panyee FC) yg tak memiliki padang bola sebab duduk di kawasan perkampungan nelayan. Alah, lu orang pon ramai yg dah tengok video tu ye dak?

Sekarang, muncul satu lagi video pasal bolasepak. Kali ni melibatkan kanak-kanak.

Dan, gua boleh kata, video ini adalah tersangat AWESOME!!

Video ni buat gua ketawa, senyum, sedih pon ada dan paling penting sekali membuatkan gua terpikir balik tujuan asal kita ber-bolasepak ni. Ya, kadang-kadang kanak-kanak ni boleh jadi cikgu jugak kepada kita yg dah berusia ni.

Video memaparkan kisah sebuah pasukan kanak-kanak Sepanyol; Margatania FC yg tak pernah menang hatta tak pernah skor sebijik gol pon. Kah kah, gua tergelak barai bila baca apa yg budak-budak ni cerita (ada translation). Senang kira, lu orang adalah rugi besar kalau tak tengok video ni. Rugi-serugi-ruginya.

Banyak cerita tak guna. Selamat menonton video 9 minit yg mengancam ni. Tengok sampai habis tawww.


Dulu zaman hingusan, kalau team gua kalah 9-0, 15-0, memang gua tampor sorang-sorang teammate gua tu. Nasib baik la team gua power, tak pernah kalah, selamat rakan-rakan sepasukan gua Keh keh.


P/S: SokerLeaks mengharapkan ada pembikin short-film atau pemilik kamera DSLR yg ada video tu untuk membuat video-video bola pesen macam ni atau video Panyee FC tu. Sedikit sebanyak dapat membangkitkan kembali semangat bolasepak dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan kanak-kanak. Nak harapkan MOFASAD? Video Prema Yin jugak yg dia like kat fesbuk. Ape pon tak boleh!

Piala Dunia Gadis (part 4 dan akhir)

Setelah menjenguk kekuatan dan mencuci mata gadis-gadis kumpulan A,B dan C, kini tiba masanya kita menjenguk kumpulan D.

Tumpuan utama kumpulan D pastinya terarah kepada Brazil, pasukan ranking ke-3 dunia. Brazil adalah pasukan yg tidak pernah terlepas aksi Piala Dunia Wanita ini sejak diperkenalkan 1991. Malangnya, gadis-gadis samba ini tidak pernah menjulang gelaran juara dunia berbanding pasukan lelaki mereka. Paling hampir pon edisi lepas, iaitu pada tahun 2007, dimana mereka menjadi naib juara setelah ditewaskan Jerman.

Jika nama seperti Ronaldinho, Neymar mahupon Kaka sinonim dengan kekuatan skuad lelaki The Selcao, bagi skuad wanita, tidak perlu diperkenalkan lagi dengan pemilik tubuh bernama Marta, yg dilabel 'Pele Yang Memakai Skirt". Marta, pemain paling banyak caps, dan pemegang rekod penjaring terbanyak, merupakan FIFA World Player of the Year dari tahun 2006 hingga lah 2010, secara berturut-turut; satu rekod yg masih belum dapat ditandingi pemain lelaki, paling hampir pon Zinedine Zidane, itu pon cuma 3 anugerah saja.

"woi Ronaldo, gua 5 kali bai menang benda ni. Lu brapa? Gua tumbuk lu mesti nangis, nampak tak biceps gua yg berketak ni?" sindir Martha terhadap CR7 yg merupakan jaguh air mata daerah Madrid.

Terus terang kabor, mencari pemain bola wanita Brazil yg seksi+cantik+aummm adalah lebih sukar dari mencari pemain wanita Brazil yg hebat+skillful+powerfull. Untuk edisi kali ni, tiada calon dari Brazil untuk dianugerahkan pemain paling menggugat iman lelaki. Namun demikian, takhta HOTTEST FEMALE PLAYER IN THE WORLD masih lagi digenggam erat oleh  pemain kelahiran Brazil, tak lain tak bukan, Laisa Androili. Klap klap klap, kocak kocak kocak.

Baru berumur 22 tahun. Heran jugak kenapa nama beliau tak tersenarai dalam skuad Brazil, padahal dengar kabor pernah pegang rekod menimbang bola paling banyak, kalah Titus James Palani. Pernah berpacaran dengan bekas bintang Brazil, Denilson (gila, x de taste langsung). Gambar bogel beliau boleh didapati dengan percuma digoogle. SokerLeaks mahu menjaga imej gud-gud blog kami. Ekekekeke.

Bagi Equatorial Guinea yg diranking 61 dunia, penyertaan pertama mereka di Piala Dunia mungkin sekadar menimba pengalaman. Namun, keputusan tewas tipis dengan jaguh Eropah , Norway memungkinkan mereka bakal menjadi salah satu team yg bakal membuat upset edisi kali ni, ditambah pula status mereka sebagai Juara Afrika 2008 dan Naib Juara Afrika 2010. Lebih membimbangkan pihak lawan, ramai pemain Equatorial Guinea yg tidak ada kene-mengena langsung dengan Equatorial Hotel ini berasal dari Brazil, dan kebanyakkannya bermain di Liga Wanita Brazil.

Bukan niat untuk mendiskriminasi, rata-rata pemain mereka tidaklah mempunyai susuk tubuh yg seksi mahupon rupa paras yg cantik walaupon kita tahu cantik itu sesuatu yg subjektif. Justeru itu sudah pasti pasukan ini paling tidak mendapat tempat dihati peminat lelaki, lebih-lebih lagi bila timbul isu gender dikalangan pemain mereka. Jika dilihat rupa, memang kejantanan itu terserlah, namun kita tidak patut menyalahkan mereka sewenang-wenangnya. Di Malaysia pula, makin ramai wanita nak jadi lelaki, dan begitu juga sebaliknya.

Genenova Annonma. Ketua pasukan Equatorial Guinea. Beraksi bersama kelab di Jerman. Menjadi sasaran Nigeria FA dan Ghana FA selepas ditewaskan EG kerana kata mereka dia ni lelaki. Tak tahulah teman. Tengok rupa , masih terpancar wajah keibuan sebenarnya. Tapi beliau masih selamat utk bermain di Piala Dunia.

Yg ni namanya Salimata Simpore. Ok, yg ni memang jelas terserlah kejantanannya. Akibat tekanan yg sama dari pihak Nigeria dan Ghana, EG terpaksa menggugurkan beliau dari skuad Piala Dunia. Kesian. "Abang" beliau, Bilguisa Simpore turut digugurkan. Kesian lagi.

Australia, satu lagi wakil Asia. Jika skuad lelaki digelar Socceroos, skuad wanita Australia pula bergelar Matildas. Matildas layak ke Piala Dunia Wanita bermula tahun 1995, 1999 dan seterusnya 2003. Ketiga-tiga edisi ini mereka mewakili OFC (Ocenia Football Confederation) dan semuanya berakhir di peringkat kumpulan. 2007, mereka membawa cabaran Asia. Mungkin tuah Asia menyelebelahi mereka bila Matildas berjaya melangkah ke suku-akhir edisi tersebut. Perlawanan pembukaan edisi 2011 ini mereka tumpas tipis ditangan Brazil, 1-0. Matildas kini berada di tangga ke-11 dunia.

Antara pemain Matildas yg perlu diberi tumpuan pihak lawan adalah pemain berusia 17 tahun, Emily Van Egmond. Beliau mendapat caps pasukan senior semasa mengambil PMR. Beliau juga adalah anak kepada  bekas pemain bolasepak Newcastle Jets, Gary Van Egmond. Seorang lagi yg dijangka menyinar adalah Lisa De Vanna. Lisa satu-satunya pemain Australia yg beraksi di Amerika. Lisa sebenarnya disingkirkan dari kem latihan Piala Dunia pada bulan May oleh jurulatih pasukan namun dipanggil balik beberapa minggu sebelum sepak mula kejohanan bermula. Nampak sangat dia ni star. Star-star si Lisa ni, kerja kat stesen minyak jugak lepas habis Piala DUnia 2007 dulu. Kui Kui.

 Ni namanya Emily. Boleh tahan la jugak ye dak?

Ini Lisa De Vanna. Pergh, gengster betul dia ni.

Bagi kaum lelaki, take noted 2 pemain ni. Melissa Barbieri dan Ellyse Perry. Melissa Barbieri tiada kene mengena dengan Biiber fever. Beliau penjaga gol yg mempunyai wajah ala-ala anak mami penang. Namun, sebenarnya dalam banyak-banyak player Piala Dunia seluruh dunia, Ellyse Perry yg paling mengancam. Ya, bukan sebab wajah yg cantik sahaja, tapi beliau adalah atlet serba-boleh.

Melissa Barbieri. Tanpa mekap pon masih sedap mata memandang. Pandang lama-lama macam Miranda Kerr pon ada.
 .
Ok, yg ni memang terbaik. Lawa dia memang 1st klass. Tapi yg lebih aumm pasal Ellyse Perry ni, dia adalah pemain kriket kebangsaan dan pada masa yg sama pemain bolasepak kebangsaan. Osemmmmm. Dan beliau mewakili Australia dalam Piala Dunia baik sukan kriket mahupon bolasepak, Osemmmm. Untuk sukan kriket, beliau menjadi wanita pertama Australia menentang pasukan lelaki. Osemmmmm. Untuk sukan bola, beliau tak main pon masa opening match lawan Brazil. Tak brapa Osemmmmm. Dan paling utama, tahun ni dia tersenarai dalam majalah FHM: 100 Sexiest Women In The World. OSEMMMMM.

Pasukan terakhir sekali untuk diulas adalah Norway. Norway adalah naib juara edisi pertama (1991),juara 1995, semi-finalist tahun 1999 dan 2007 serta quarter-finalist tahun 2003. Hebat bukan? Tapi macam tak berapa kena dengan ranking mereka, ke-9 dunia. Patutnya tinggi lagi. Ayam tambatan mereka pastinya diletakkan pada kapten pasukan, Ingvild Stensland. Ingvild dibesarkan bersama keluarga bolasepak. Ayahnya seorang jurulatih, kakaknya juga seorang pemain bolasepak. Beliau antara pemain tengah handalan di Eropah, mau tak handal, kecik-kecik dia training dengan geng lelaki. Kini beraksi bersama Olympic Lyon.

7 orang anak tidak menghalang beliau menjadi kapten Norway.

Guro Knutsen adalah calon pemain yg mampu mencucuk mata lelaki. Feberet quatation beliau "It can lead to good", dan apa benda yg lead to good tu tidaklah saya ketahui. Yang saya tahu cuma dia ni sudah berpunya, dan orang yg bertuah tersebut adalah Kim Andre Mienna, seorang pengurus konsultan yg berpengaruh dalam bolasepak Norway.

Ai dah berpunya banggg

Habis sudah ulasan awal untuk Piala Dunia Wanita 2011 ni. Jangan lupa saksikan wanita urat besi tulang dawai ni beraksi di kaca televisyen anda. Jujurnya, gua sampai ke hari ni tak sempat nak menengoknya, nanti dah masuk final nanti baru la gua try jenguk.

Prediction gua; Jerman vs USA. USA menang. Sekiyan.

Review Argentina vs Bolivia.



Dulu, ada seorang player di Liverpool FC yang melepaskan bola dari celah kelengkang lalu gol. Bill Shankly punya mengamuk masa tu. Dia kemudian meminta maaf kepada Bill "Boss, sorry bos, saya tak sepatutnya bukak kelengkang saya sebesar tu."

Bill Shankly membalas, "bukan salah kau. Patutnya mak kau yang tak bukak kelengkang masa beranakkan kau dulu."

Anyway, Ever Banega, tu quote aku untuk kau hari ini. Bola celah kelengkang, pfft!

Nasib baik menantu abah jaring gol cun - kalau tak, mau mengamuk hangin aku satu hari ni!

Friday, July 1, 2011

Sokerleaks Di Stadium


Pengerusi bahagian kewartawanan Sokerleaks dan Bendahari Sokerleaks turut sama mencemar duli datang menyokong pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam memberikan sokongan tak berbelah bagi  dalam misi ke Brazil 2014.


Malas nak tunjuk muka sangat nanti ramai tergila-gilakan kami. Pernah kami menonjolkan diri sebelum ini, ada seorang makwe tidur basah. Ada kes yang menangis-nangis macam kena santau. Ada yang kencing malam seminggu straight. Ada yang tak mampu bercakap kerana terpesona. Jadi, kali ini kami tutup muka.

Di perlawanan-perlawanan seterusnya, bendera Sokerleaks akan berkibar megah di stadium. Kalau rasa diri tu rakyat Malaysia, datanglah sokong sama-sama. Kumpul duit sikit-sikit dari sekarang untuk membayar tiket kepada FAM kapitalis!

Copa America 2011

Semenjak gua aktif buat ulasan pasal Piala Dunia Wanita seronok betul gua buat preview-preview pasukan ni, dah macam editor Rembat KOSMO la pulak. Sikit hari lagi mungkin SokerLeaks boleh buat majalah macam FourFourTwo. Lepas tu, buat tv show plak. Masa tu Azlan Johar jadi pengacara. Fuhh, habis la Rizal Hashim tak boleh cari makan lepas ni. Scoreboard TV3 plak jadi cupboard sudah la. Keh keh, kemain berangan.

Kali ni, SokerLeaks memaparkan ulasan tentang COPA AMERICA 2011. Jeng jeng jeng.

Sedikit info tentang Copa America ini:-    
  • Dimulakan pada tahun 1916 dimana tuan rumahnya adalah Argentina, dengan nama kejohanan  'Campeonato Sudamericano de Selecciones'
  • Juara edisi pertama adalah Uruguay. Juara bertahan adalah Brazil, paling banyak juara adalah Argentina dan Uruguay.
  • Nama kejohanan ditukar kepada Copa America pada tahun 1975. Masa tu dimainkan sepanjang tahun, tak ada venue tetap. Kiranya macam kelayakan Piala Dunia la format dia.
  • Pernah ditangguhkan beberapa kali akibat dari serangan virus dan perseteruan antara Argentina FA dengan Uruguay FA.
  • Setakat ni ada 6 negara jadi pasukan jemputan; Kanada, Mexico, Costa Rica, USA, Honduras dan Jepun.
  • Format kejohanan, 3 group 4 sepasukan. Juara dan naib juara kumpulan layak ke QF. Turut menyertai ke QF adalah 2 team terbaik ditangga ketiga antara 3 kumpulan ini.



Cukup pasal info, sekarang kita fokus pada setiap pasukan dalam kumpulan masing-masing. Marilah kita mulakan dengan Group A. (nombor dalam kurungan adalah rangking FIFA semasa)
Group A
(Argentina, Colombia, Bolivia, Costa Rica)

Ramalan:-

Juara Kumpulan
(10)
Argentina adalah pasukan kegemaran salah seorang pengulas Sokerleaks, Nami. Nami meramalkan tahun ni Argentina cempiyen. Mereka tuan rumah. Mereka ada Messi, campur Angel DiMaria, Javier Pastore, Carlos Tevez, Gonzalo Higuan, Sergio Aguero dan ramai lagi. Fuyohhhh. Mungkin barisan pertahanan menjadi sedikit penghalang buat mereka. Masih ingat lagi bagaimana mudahnya Jerman meratah mereka dalam Piala Dunia? Messi dijangka menyinar dalam kejohanan kali ini berbanding Piala Dunia, kerana di Copa America, pasukan-pasukan lebih suka menari dari tak macam Eropah, sana kalo main, selagi kaki lawan tak patah, selagi itu la pantai tak berubah. Yang paling menyebabkan Argentina akan menjadi juara (setidak-tidaknya juara kumpulan) adalah tiada lagi Diego Maradona. Keh keh.
.
Nai Juara Kumpulan
 (41)
 Shakiiiiira shakiiiiiira. Colombia dijangka menjadi pesaing utama Argentina dalam kumpulan A ini. Tidak banyak yg diketahui mengenai Colombia ini melainkan siri soup opera 'La Usupadora' dan "Yo soy Bety La Fea' yg menjadi kegilaan ibu-ibu Malaysia satu masa dulu (kini fenomena 'MARIMAR' yg menjadi ganti). Dua pemain berbisa skuad ini Los Caffeteros (pembuat kopi) ini pastinya adalah Falcao yg bermain untuk Porto serta Hugo Rodallegga (Wigan). Berakhirnya Copa America nanti, kedua-duanya dijangka sibuk untuk berpindah, dengan Falcao dilaporkan bakal ke Arsenal mahupon Spurs, manakala Rodallegga berkemungkinan ke Everton.

Ketiga
(53)
Costa Rica sebenarnya menjadi bidan terjun untuk pasukan jemputan. Sepatutnya Jepun yg menghantar skuad mereka namun disebabkan bencana gempa bumi yg berlaku beberapa bulan lalu, Jepun membatalkan rancangan tersebut. Skuad Copa America Costa Rica kali ni dianggap tidak menyengat kerana hampir kesemua pemain utama yg beraksi di Gold Cup tidak akan beraksi di Copa America ini, termasuklah penyerang berisa Bryan Ruiz. Mereka cuma menyandarkan kepada pemain liga tempatan sahaja. Lauk jugak lah agaknya.

Keempat.
(97)
Jika dilihat dari kedudukan ranking, nampak gayanya Bolivia sebenarnya adalah pelengkap kejohanan sahaja. Bolivia pernah menjadi juara Copa America pada tahun 1963. Itu lama punya cerita, sekarang? Sandaran utama mereka mungkin menjadi milik pemain berjersi nombor 9, Marcelo Martins yg beraksi untuk Shakhtar Donestk.


GROUP B
(Brazil, Paraguay, Ecuador,Venezuela)

Juara Kumpulan 
(5)
  Bila sebut bola, orang akan ingat Brazil. Bila sebut Brazil, orang akan ingat Samba. Skuad The Selcao kali ni berbeza kerana kali ni mereka tidak mengharapkan pemain berpengkalan di Eropah. Mereka mengharapkan kehebatan 3 pemain utama mereka, Neymar dan Ganso (Santos), serta Lucas, bukan Lucas liverpool tu, ni Lucas Sao Paolo marii (tapi Lucas Leiva masih tersenarai, waterboy agaknya). Dijangkakan pemain seperti Robinho (Milan), Sandro (Spurs) serta David Luiz (Chelsea) turut akan menyinar sedikit. Sedikit je la yer. Brazil dilihat berpotensi untuk mempertahankan kejuaraan buat kali ke-3 berturut-turut.
.
Naib Juara
(32)
Kejayaan melangkah ke suku-akhir Piala Dunia membuatkan peminat bolasepak Paraguay terutamanya Larissa Riquelme mengharapkan Paraguay mampu menjelmakan persembahan yg sama 2 tahun lepas. Tonggak utama mereka pastinya disandarkan kepada penyerang lincah juara Bundesliga musim ini (Borussia Dortmund) iaitu Lucas Barrios. Paraguay turut mempunyai senarai penyerang berbisa seperti Roque Santa Cruz dan Nelson Valdes.

Ketiga
(64)
Pencabar utama Paraguay dalam menghuni slot tempat ke-2 kumpulan B. Legasi Agustin Delgado pasti ditagih peminat Ecuador, namun kini mereka ada bintang baru, semestinya Luis Antonio Valencia. Tapi bolasepak bukanlah permainan individual. Valencia mempunyai tugasan berat membawa Ecuador sekurang-kurangnya ke suku-akhir. Terdapat dua  pemain Ecuador yg bermain dengan kelab Barcelona iaitu Maxmo Banguera, Giovani Nazareno. Jangan tertipu, Barcelona yg saya maksudkan bukanlah Barca yg dilawati Justin Bieber, ini Barca  team liga Ecuador da.

Keempat
(68)
Venezuela. Jap, gua kompius, "La Usopadora" tadi tu soap opera Colombia ke Venezuela? Ahh, macam mana boleh lupa ni. Apa-apa hal, Venezuela dijangka menjadi pasukan belasahan, tapi sekurang-kurangnya bila bertemu Ecuador, mungkin mereka mampu mengubah keputusan. Pemain utama; Juan Arango (Borussia Mochgeladbach), Giancarlo Maldonado (Atlante) serta Tomas Rincon (Hamburg)



Group C
(Chile, Peru, Mexico,Uruguay)

Juara Kumpulan
Kejayaan menggondol tempat ke-4 Piala Dunia 2010 bukan nasib semata-mata. Uruguay memang hebat, bak kata Shebby Singh, uruguay ni sleeping giant. Dan sekarang dah terjaga dah pon dari lumanan mimpinya. Kebangkitan Uruguay ditunjangkan pada sijongang Liverpool, Luis Suarez. Kuda tua Diego Forlan mungkin tidak dapat menjelmakan aksi sama ketika di Piala Dunia yg lepas, namun La Caleste (Awan Biru) masih ada pemain-pemain berbahaya yg lain seperti Edison Cavanni, Abel Hernandez, Martin Caceres dan semestinya penjaga gol mereka, Fernando Muslera.

Naib Juara
(27)
La Roja, the red one. Tumpuan untuk pasukan ini pastinya terarah pada bintang yg dikhabarkan bakal ke Barca namun masih belum rasmi lagi selepas Man City beria-ria inginkan beliau juga, itu lah dia ; Alexis Sanchez. Selain itu, mereka turut mempunyai Arturo Vidal, yg menjadi rebutan Arsenal dan Bayern Munich. Sesungguhnya mereka berdua perlu menunjukkan kehebatan sebenar sebelum nilai pasaran mereka jatuh tergolek dok. Rakyat Chile berharap persembahan bertenaga skuad bolasepak mereka dapat menghidupkan kembali keceriaan terhadap negara yg baru sahaja dilanda gempa ini.

Ketiga
(9)
Ranking ke-9 dunia dan baru sahaja menjuarai kejuaran Gold Cup. Jangan tertipu adik abang sekelian. Ini bukanlah skuad juara 'Gold Cup' Mexico selaku pasukan jemputan. Anda tidak akan dapat lihat Javier Hernandez aka Chicarito beraksi selepas SAF mahukan beliau berehat. Skuad Mexico juga terpaksa menyingkirkan 6 orang pemain mereka dari skuad asal kerana terbabit dengan skandal pelacuran. Hanya seorang pemain yg beraksi di Eropah bakal bersama skuad El Tricolor ini iaitu Giovani Dos Santos (adik beliau Jonathan Dos Santos salah seorang yg terlibat dgn skandal)

Keempat
(49)
Dua individu Peru paling dikenali diseluruh dunia adalah Alberto Fujimori dan Nolberto Solano. Ada rakyat Peru mengangkat Fujimori sebagai hero dan ada yg melabelnya sebagai tua kutuk tak sedar diri. Tapi buat Nolberto Solano, dia antara pemain terkemuka Peru dan mempunyai hasrat untuk membawa Peru ke Piala Dunia. Namun buat masa ni, tugas jurulatih digalas Sergio Markarian. Peru dijangka tersingkir awal di Copa America 2011 ini, dengan Paolo Guerrero sebagai bintang utamanya mungkin tidak dapat menjaringkan gol.

Selesai sudah preview Copa America 2011 ini. Kebiasaannya, game Copa America start pukul 8, 9 pagi. Makanya, produktiviti pekerja di pejabat dijangka merosot buat sementara waktu. SokerLeaks meramalkan Brazil dan Argentina akan bertemu di final, dan secara individunya, gua merasakan Brazil akan menang. Pilihan anda?

Pengadil nafi hak Malaysia

abdrahim@hotmail.com

Saya menulis rencana ini selepas kali pertama menjawat jawatan sebagai penyelaras akademi bola sepak Proton fc pada 2005.

Selepas skuad 1980 yang melayakan diri ke temasya olimpik Moscow,saya berangapan skuad ini akan menamatkan penantian seluruh warga Malaysia untuk layak ke Piala dunia 1982 yang berlangsung di Sepanyol.Namun jangkaan saya meleset kerana jelas sekali,ketika pusingan kelayakan mereka cukup megecewakan.Tetapi,selepas itu,muncul skuad olimpik 1984 yang diketuai oleh Ahmad Yusof.Pasukan ini berjaya melangkah hingga ke pusingan ke 3 olimpik sebelum disingkirkan Kuwait.Dan skuad ini dikekalkan menjelang kelayakan Piala Dunia 1986 yang berlangsung secara round robin.

Segalanya nampak berjalan lancar ketika Malaysia menundukan Korea selatan 1-0 dalam aksi pembukaan hasil jaringan Dollah Salleh di stadium Merdeka.Namun ada sesuatu yang tidak kena apabila skuad ini seri 0-0 bertemu pasukan kerdil,Nepal. Namun,ketika perlawanan ke 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur,Malaysia membelasah lawan yang sama dengan jaringan 5-0,hatrik dari Zainal Abidin Hassan. Dan ibarat perlawanan penentuan ke Olimpik 1980,Malaysia sekali lagi dipertemukan jodoh dengan musuh tradisi,Korea Selatan. Skuad kita terbang ke Seoul dengan pelbagai provokasi yang ditimbulkan oleh pihak media Korea pada ketika itu. Begitulah tahapnya kegentaran Korea kepada Malaysia.

Kecederaan pemain tengah serba boleh, Lim Teong Kim dan penjaga gol utama,Rashid Hasaan memberi peluang kepada pemain skuad belia,A.Anbalagan dan penjaga gol muda berpotensi Kedah,Azmi Mahmud tersenarai skuad ke Soeul. Namun Azmi Mahmud hanya menjadi pilihan ke 2 di belakang Ong Yu Tiang. Setibanya di Soeul, pasukan kebangsaan kita disambut seperti pengganas dengan tohmahan serta cacian di airport. Namun,mental pemain sedikit pun tidak terjejas. Bagaimana hak kita untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan keadaan stadium juga dinafikan. Kita hanya berlatih di padang awam di pinggir bandar Soeul. Korea berjaya dalam merosakan mental pasukan kita dengan langkah pertama.

Langkah ke 2 ialah dengan melantik pengadil dari Jepun untuk mengadili perlawanan, dan diluluskan oleh FIFA tanpa bertanya mengapa perlu pengadil negara jiran?? Memang Korea bimbang akan ditumbangkan Malaysia di kandang sendiri,kegentaran mereka sudah sampai ke kemuncak dengan mendakwa pemain jersi 12 Malaysia(Azizul Abu Haniffah) seperti membawa kain hitam yang diletakan di dalam seluar. Dasyat bukan? Fitnah Korea bukan kepalang.

Dan jelas,10 minnit pertama Malaysia menguasai perlawanan sebelum Ong Yu Tiang menghadiahkan penalti kepada Korea apabila menjatuhkan Park Chang Sun, dan Park sendiri mengambil sepakan tersebut dan meletakan Korea dihadapan. Keadaan di tanah air ketika itu mula mempertikaikan pemilihan Yu Tiang ketika itu dan kemungkinan gopoh merupakan tindakan beliau menjatuhkan Park. Namun mereka terlupa kerana pilihan ke 2 ketika itu,Ahmad Sobri Ismail diharamkan beraksi kerana provokasi terhadap Presiden FAM(sultan ahmad shah).

Tiada pilihan selain meletakan Azmi sebagai pilihan pertama dan penjaga gol vateran,A.Arumugam sebagai pilihan ke 2. Dan Ketika Malaysia masih mencari semula rentak selepas ketinggalan, sekali lagi Ong Yu Tiang ibarat membuang tiket ke Mexico 1986 apabila gagal menampan kemas rembatan pemain Korea yang mudah bergolek masuk.

Masih teringat kata pengulas ketika itu,Dato Rahim Razali yang mengatakan "bye-bye Mexico" merujuk kepada peluang Malaysia ke piala dunia sudah tertutup. Hilangnya rentak Mokhtar Dahari memberi peluang Dollah Salleh mengantikan beliau selepas rehat. Itu merupakan perlawanan antarabangsa terakhir arwah bersama skuad kebangsaan. Separuh masa ke 2,barulah Malaysia bertukar wajah namun harapan untuk melihat Malaysia bangkit hampir menjadi kenyataan sebelum jaringan Dollah dibatalkan kerana mengasari pertahanan lawan. Bukan sedikit kekecewaan Malaysia,lambungan menarik Azizul yg jelas melepasi garisan gol juga tidak dikira,jelas sekali memang berbaloi Korea melantik pengadil dari Jepun mengadili perlawanan.

Dan hasilnya,Korea berjaya ke penentuan kelayakan akhir dan menewaskan Korea Utara untuk menempah tiket ke Mexico 1986. Di kem Kebangsaan, kekecewaan jelas terpancar disebalik hadiah paling pahit sempena persaraan Mokhtar Dahari. skuad kebangsaan dicemuh ketika pulang ke tanah air. skuad yang dilihat terbaik pernah dilahirkan akhirnya terkulai. Namun,bagi saya pengadil yang bertangungjawab di atas kekalahan ini. Juga perlu dingatkan bagaimana mental pemain kita diganggu dan di provokasi dengan teruk ketika tiba di Soeul. Inilah pengalaman skuad beharga. Jika lawan terlalu takut,pelbagai cara akan digunakan.

ABD RAHIM BIN HJ KHAMIS
23 JUN 2005

....

Kredit : Abd Rahim Khamis dari noted FB Beliau

Piala Dunia Gadis (part 3)

Ulasan kumpulan C Piala Dunia Wanita


1. SWEDEN

Nama Manja: Blagult
Ranking: 5
Pencapaian Terbaik: Naib Juara (2003, USA)
Pemain Harapan: Jessica Landstorm
Jelitawan Harapan: Jessica Landstorm juga.

Badan solid, muka cantik, terer main bola, Landstorm diibaratkan bidadari bolasepak Sweden. Satu sahaja perkara yg mengecewakan, beliau adalah lesbian. Menggigit je la jari laki-laki Sweden.

2. COLOMBIA

Nama manja: Tiada
Rangking: 31
Pencapaian teraik: Tak ada. 2011 ni 1st time masuk.
Pemain Harapan: Yoreli Rincon
Jelitawan Harapan: Tatiana Ariza

Yoreli Rincon. Antara pemain termuda yg beraksi untuk edisi Piala Dunia 2011 ini. Umur baru mencecah 17 tahun. Mula bermain bola semenjak darjah 6. Kini menjadi rebutan beberapa kelab di Amerika Syarikat. Posisi beliau adalah penyerang. Moto hidup beliau "Serang serang serang, serang kubu depa, depa sudah kalut tak boleh buat apa".

Tatiana Ariza, lemah lembut orangnya. Umur 20 tahun. Masih menuntut di Austin Peay State University, dimana disitu beliau turut mewakili pasukan bolasepak wanita Universiti. Tatiana ada kembar, Natalia Ariza, juga bermain untuk Austin Peay State Universiti, malangnya Natalia tak cukup hebat macam Tatiana untuk mewakili Colombia.

3.DPR KOREA

Nama manja: Korea Utara
Rangking: 8
Pencapaian terbaik: Suku akhir 2007 di China.
Pemain harapan: Tidak dapat dikenalpasti*
Jelitawan harapan: Tidak dapat dikenalpasti*

*Disebabkan Korea Utara terlampau berahsia terhadap identiti pemain dan pasukan mereka, SokerLeaks tidak dapat mengenalpasti siapa yg hebat, siapa yg lawa. Harap maaf.

haa, pilihlah yg mana berkenan dihati.

4. USA

Nama manja: Amerika Syarikat / The Yanks
Ranking: 1 / pertama
Pencapaian terbaik: Juara 1991 dan 1999
Pemain Harapan: Abby Wambach
Jelitawan Harapan: Ramai...

Abby Wambach. Edisi 2007, pernah mengalami kecederaan dikepala sehingga terpaksa dijahit 11 jahitan. Pernah juga mengalamai kecederaan kaki yg serius. Tak mudah berputus asa dia ni. The Next 'Mia Hamm' barangkali?

Untuk jelitawan harapan, USA antara penyumbang terbanyak...

Heather Mitts. Pernah bergambar untuk majalah FHM, Maxim dan Sports Illustrated. Dilabel oleh ESPN sebagai 'Hottest Female Athlete' untuk tahun 2004. Sudah berkahwin dengan seorang pemain hoki ais.

Kelley O'hara. Masih bujang. Tapi di University, beliau terkenal dengan gelaran 'heartbreaker'.

Amy Rodriguez. Wajah cantik dan potongan badan yg menggiurkan membawa tuah pada beliau apabila beliau berjaya ditaja oleh PUMA. Hanya ada 3 wanita Amerika yg disponsor PUMA.

Alex Morgan. Seorang Party Girl. Pada mulanya beliau menceburi sukan softball, tapi akibat bosan, beliau mencari sukan yg lebih perlu banyak berlari. Alex sudah pon berpunya, balak dia bermain bolakeranjang untuk Seatle Sounders.