Wednesday, July 13, 2011

Majulah Singapura!



Fandi Ahmad kapten pasukan Singapura dan jurulatih Douglas Moore - kali terakhir juara Piala Malaysia - tahun 1994.

Sebagai penyokong setia Selangor Darul Ehsan setelah sekian lamanya - saya amat gembira bila rival utama pasukan kami - Singapura kembali ke Piala Malaysia. Ini sangat bagus. Sebagainya sedihnya saya bila pasukan River Plate relegated ke division bawah, dan sebagaimana sedihnya saya bila satu hari nanti jika pengurusan kewangan yang lemah serta hutang berlambak membolehkan Manchester United terjerumus ke divisyen dua, saya sedih bila Singapura meninggalkan Liga Malaysia. Apabila Singapura kembali ke Piala Malaysia saya gembira sangat. Walaupun tidak pernah ke Stadium Nasional Kallang seperti djaman ayah saya dulu namun apabila National Sports Hub siap dan Stadium Nasional siap direnovate, mungkin Deus dan rakan-rakan penyokong Selangor pergi - dan saya juga mahu turut serta.

Saya sempat pada djaman-djaman Singapura di era Fandi Ahmad, Malik Awab, K Kannan, Alistair Edwards dan Abbas Saad bermain di Liga Malaysia. Dan dengan kehadiran kembali Singapura ke Piala Malaysia - laungan Kallang Roar akan kembali - ini baru gempak.



Singapura kali terakhir menjulang piala Malaysia. Masa tu Najib masih lagi misainya lebat tak macam sekarang.

Sementara itu - relegatenya Pahang memberi berita duka kepada kawan-kawan Pahang saya - @arilunited, @ezmira86, @faridabutalib, @pipiyapong dan juga Zharif dan juga Jimmy anak Lipis. Siti Nurhaliza turut berduka tapi at least Datuk K orang Kedah. Sultan Bola mahu tak mahu terpaksa menelan hakikat bahawa feudalisme sudah lama digulingkan di Perancis untuk terus maju.

Seperti yang aku pernah cakap - aku tak kisah kalau Pahang ni power tahap gaban macam djaman Khairul Azman dan Azizul Kamaluddin - well deserved champion - tu okaylah. Kalau ada protect itu protect ini, tukar sistem memanjang ini sudah parah. Samalah macam River Plate djaman junta tentera dulu.

Anyway - good riddance to Pahang and welcome back Singapore! Majulah Singapura!24 times Malaysia Cup Champions!

5 comments:

dear anies said...

agak nyer pahang mmg da lama pasang impian nk trn sm2 dgn river plate ke div 2


Bila dalam hati ada taman

rashideeshukri said...

gua sebenarnya tak pernah setuju Singapura keluar dari Piala Malaysia. tapi katanya diorang nak concentrate dalam pembangunan bola sepak diorang sendiri.

dalam negara autokratik Singapura, sukan tak pernah dititik-beratkan. semua hiburan sukan berlegar-legar dalam bulatan kapitalis. mana yang betul-betul buat duit, yang tu la diorang fokuskan. macam F1, siaran langsung EPL, dan jugak snuker.

mungkin Singapura rasa bahawa kalau nak ikut kaki diorang sendiri je, sampai bila diorang nak maju? lagi-lagi Malaysia dengan Indonesia sekarang tengah naik. Filipina pun dah menampakkan kebangkitan. Thailand masih lagi kingpin ASEAN. dan kalau diorang masuk balik Liga Malaysia, ada jugak la benda yang aku nak relate dekat pakcik-makcik aku dekat Singapura tu.

talkIZcheap! said...

masuknya Singapura untuk dibelasah Kelantan... keh keh :p

abu_dolah said...

nami, ko lupa sorang lagi - @maksurozana. dia pon peminat no.1 pahang. hehehehe..

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Betul kah Singapura Senior, atau Anak Singa Kacuk bawah 23 tahun?