Tuesday, July 26, 2011

Singapura: Apa Pon Tak Boleh!!

Selepas digesa Daniels SokerLeaks untuk menulis entri pasal game di Singapore itu hari (2 wakil SL ke sana), gua up entri ringkas, padat dan sendat pasal game ni.

1. Penyokong Malaysia dilarang membawa gendang, drum dan instrumen muzik yg lain termasuklah hon. Hanya HOME team sahaja boleh bawak masuk benda-benda ni. Bila ditanya , alasannya "THIS IS OUR RULES". Pihak stadium juga meletakkan speaker punya la besar depan fan Malaysia, diorang kasi pasang chant2 dari fan Singapore. Tapi itu semua tak melemahkan semangat penyokong Malaysia untuk bersorak, sampaikan paper sana turut meluahkan rasa goyang mereka bila bakal ke BJ nanti.

2. Singapura menunjukkan keangkuhannya sebelum sepak mula perlawanan lagi bila 5 jet pejuang mereka terbang betul-betul atas stadium. Ah, nak heran apa, Malaysia ada kapal selam  dgn cincin 24 Juta la woi!

3. Dalam MRT masa pergi ke stadium, gua dan rakan-rakan pakai jersi Malaysia bawak bendera. Semua bagi laluan kat kami. Nak pandang pon takut. Cuak tak cuak la depa dgn Harimau.

4. Pihak FAS (Persatuan Bolasepak Singapura) pula dilihat kurang bertoleransi bila tidak membenarkan penyokong Malaysia duduk setempat. Ye lah, gua tahulah geng Malaysia yg beli tiket grandstand (15Dollar) kena la duduk dekat grandstand, tapi fan Malaysia dah mintak elok-elok, siap nak tukar dengan fan Singapore yg duduk area 7Dollar lagi. Tapi FAS tetap berkeras. Tengok apa jadi lepas tu, aksi memprovoke kedua-dua penyokong menyebabkan sedikit insiden kekecohan berlaku sehingga dipercayai seorang penyokong Malaysia terpaksa dibawa ke hospital. Kalo asing-asing kan lagi molek?

5. Fan Malaysia juga tidak boleh membawa masuk stick banner. Malahan, FAS merampas 2 banner yg dipasang di bahagian grandstand, satu dari SokerLeaks, dan satu lagi dari Ultras Malaya. Bila ditanya kenapa tak boleh pasang, macam biasa alasan mereka; "THIS IS OUR RULES".Nak kata tak boleh pasang banner kat belah grandstand, gua tgk Singapore pasang x de pon nak dirampas. Cilaka betul.

 Dirampas. *gambar credit kpd Farid Photography, syarikat fotografi yg diusahakan oleh salah seorang pengulas SokerLeaks yg turut hadir ke Stadium Jalan Besar.

6. Referee cilaka.

7. Linesman pon sama lah.

8. Fan Malaysia juga dilarang merokok didalam stadium. Ok yg ni mmg semua orang tak boleh isap rokok dalam stadium ni.

9. Lepas game, gua cari polis yg rampas banner tu, nasib baik jumpa dan dia bagi balik. Masa tu jugak gua kasi rentang. Berbulu terus budak-budak Singapore tengok. Haa, mesti la lu berbulu, celah mana plak China,Bosnia dengan Serbia tu terletak dalam Singapura.

10. Best betul bila fan Malaysia chant "Import! Import! Import". Ada bunyi racist tak tu?

11. Aleksander Duric, berumur 40 tahun  tu pernah mewakili Bosnia di Sukan Olimpik 1992 Barcelona dalam acara berkayak. (sumberL Wikipedia)

12. Singapura boleh berbangga dengan Ismail Yunos, anak jati Singapura kerana mengutip kad merah. Mereka juga boleh berbangga dengan Jumaat Jantan, kerana selain namanya yg unik, anak Pakcik Jantan ni kuat benor berlakon injured.

13. Amoi Singapore kebanyakan pakai skirt pendek. Geram betul gua tengok.

14. Dalam MRT masa balik dari stadium, orang-orang Singapore semua gelak nipis tersengih-sengih kat kitorang. Ouhhh, menganjing ye? Ko tunggu la ko tunggu kat BJ nanti.

15. Jika Singapore merasakan mereka dah bagi pengalaman neraka kat fan Malaysia, gua cakap awal-awal, stadium 6k tu pon gua rasa fan Malaysia lagi havoc. Tapi takpa, lu nak tau neraka dunia macam mana, tunggu Khamis ni, orang Malaysia kasi tunjuk sama lu macam mana mereka sokong pasukan mereka yg "100% ORIGINAL".

16. Tapi gua nak ucapkan trimakasih banyak-banyak kepada drebar teksi yg tidak mengenakan bayaran langsung buat gua dan rakan-rakan dari Jalan Sultan ke Stadium Jalan Besar. Terimakasih pakcik. Padahal patutnya jalan kaki pon boleh, tapi semua tak larat berjalan sebab dah bantai murtabak Singapura.

17. Drebar teksi itu turut menyuarakan kekecewaan dgn team national mereka yg dilimpahi pemain import, beliau merindui zaman Fandi Ahmad dan Dollah Kassim. Katanya lagi, team Singapore skarang ni tak kuat mana, tapi team remaja mereka U-16 tu memang kuat, katanya lah.

18. Masa menunggu kat stesen MRT, ada sorang uncle singapore ni kompelin pasal kalah betting. Dia bet Malaysia menang. Rugi habis dia itu hari. Player jual game??? Gua rasa takde, player Malaysia bermain bermati-matian bai, lagi-lagi main atas padang tiruan, penat dia jangan cakap la.


19. Muka gua masuk paper. Paper Malaysia. Paper Singapore gua tak tahu.

20. Sekiyan.

21. Datang tau SNBJ Khamis ni!!

23 comments:

Wadi AR said...

main kasar one more. aku dtg BJ kamis ni.

Aie Isa said...

nanti letak cincin 24 juta tu kat sbj. tengok dorang gerun tak gerun.

AlexiaAqram said...

inilah barisan kita!

Ibu Ammar said...

Jumaat Jantan boleh dapat award best actor!

qiuchungho said...

kat snbj ado gak amoi pakai skirt !!!! =.='

lets hell!!!
Our Terrace, Our Rules...

Tongkat Warden said...

wa dtg nnt..m'sia meng 4-1..confirm!!!

pawangBuaya said...

bukan padang je tiruan.. ngan orang orang skali tiruan.. bukan ori punya orang tu.. haha..

Zaid said...

dah ni tulis blog gaya CheDet apehal plak? kah kah.

C.e.n.g.k.i.h said...

blink2 mata ni baca no 2..24juta tu..err,rugi xbeli paper! haha

Meor Iszwan said...

mampukah jumaat jantan menunjukkan kejantanannya di malam jumaat pada khamis ini di bukit jalil?? haha

despyan said...

bab kapal selam ngn cincin 24 juta tu yg wat gua gelak tu..
hahahaha

dear anies said...

kehkehkeh..komprem dtg snbj!


Sayang, you'll never walk alone!

Sandokhan said...

Pehhhh..nie yg makin berkobar-kobar gua nk ke stadium ni!

THIS IS OUR RULES? Pasnie diorang merasa la plak...Heh! In yerrr face!

Bear-Kun said...

apakata kat BJ nnti bawak bendera Serbia, Bosnia, China and England bagi foreigners tu ingat sikit 'kampung asal' dan rasa bersalah main utk Singapura keh3

Solahuddeen said...

gua datang! nak beli tiket hari ni gak! tunggu lu singapore!

Asrulsani said...

Yang Singapore under-16 tu memang hebat. Ari tu aku tengok diorang main masa Lion City Cup final lawan kelab Flamengo... tapi kalah penalti.

Under-15 diorang pun masuk gak tournament tu, tapi kalah kat semi final (lawan Flamengo). Diorang dapat tempat ketiga, kalahkan Juventus dengan 4-0. Masa group stage lawan Newcastle diorang buat dramatic comeback menang 4-3.

Setakat yang aku tengok tu, dua2 team guna anak tempatan. Harap FAM ambil perhatian, jika tidak mungkin kita akan dipintas Singapura dalam 5 tahun lagi.

Cob Nobbler said...

100K beb.mana nak sama dengan 6k tu.6k tu macam semut je.

kamon Malaysia!

Unknown said...

24 juta dollar...aka rm73.6 cincin

FahmiRoslan said...

congrates team Sokerleaks...

Ozgur Cek said...

eyaahh.. btul @van der Rui cakap team U-16 dorang mmg hebat..harap2 team kita pun lebih maju ke hadapan...
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!

talkIZcheap! said...

aku (yang tak dapat tiket ni) berharap benor yang gi stadium tu, selain menjaga tatasusila seperti tidak melempar objek dan mercun ke padang dan bermain laser, mereka jugak dapat menunjukkan semangat dan sorakan padu kepada tim Malaysia! Kalau nak psiko keeper diorang sikit-sikit pun takpe... Lontar mercun jangan, lontar suara/sorak boleh!

Jangan pergi just sekadar nak melaram, bawak awek, dah lar tak reti tengok bola, sorak apa tah lagi...

Kalo boleh soraklah sampai 90 minit + waktu kecederaan, waktu tambahan jika ada! Jangan pulang awal!!

Kalau tak, baik bagi aku je tiket tu, free...!!

joel said...

sora aoi....sora aoi

ct izzah said...

weyh.buat la entry baru pasal bola baru2 ni.. ><