Tuesday, September 20, 2011

Bai-bai abam Devan

"Sabarlah kosh, takde rejeki letewww" Rudie menenangkan Devan setelah Selangor sah menamatkan khidmat beliau.

K.Devan sah meletak jawatan sebagai pengendali pasukan Selangor. Ececeh, letak jawatan konon. Padahal nak kena pecat. Konon nak bagi sedap la tu? Suka hati mu la. Walaupon begitu, K.Devan masih lagi merupakan antara jurulatih yg memiliki rekod kejuaraan terbanyak setakat ini ; 3X Juara Liga Super, 1X Liga Premier, 1X Piala FA dan 2X Piala Sultan Haji Ahamd Shah. Piala Malaysia je dia tak pernah menang.

K.Devan juga mempunyai gelaran tersendiri dimata peminat bolasepak tempatan iaitu "Mr. Puas Hati". Ya, Devan seorang yg senang untuk berpuas hati. Jarang la nak tengok dia tak puas hati. Mari kita lihat betapa berpuas hatinya Devan ini.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Saya sangat berpuas hati dengan permainan anak buah saya malam ni. Walaupon kalah, kita lebih banyak menguasai bola" - Devan ketika ditanya mengenai persembahan Selangor selepas tewas dengan T-Team pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

"Ya, saya berpuas hati Selangor dibelasah 5-1dengan Kelantan di Stadium Shah Alam. Sepatutnya kita kalah 12-1, tapi pertahanan kita bermain dengan baik kerana hanya memboloskan separuh sahaja gol yg sepatutnya dijaringkan. Jadi saya puas hati" - K.Devan ketika ditemubual selepas Selangor diratah Kelantan pada semi Piala FA.


"Saya puas hati dengan pencapaian Selangor mendapat tempat ke-3 liga Super. Cukup puas hati. Kita juga layak ke semi FA Cup, cukup puas hati. Terbaru, kita hampir terkandas Piala Malaysia di peringkat kumpulan. Itu pon saya cukup puas hati. Cuba you tengok Pahang, Melaka n Penang, grouping pon x masuk. Jadi saya puas hati Selangor berada di atas PDRM dalam kumpulan D ketika ini. Cukup puas hati" - Devan semasa diminta mengulas persembahan Selangor setakat musim ini.


"Saya puas hati dengan misi 33 kali ni. Saya minta peminat Selangor terus B3LI3VE terhadap kepuashatian saya. Selangor harus berbangga mereka ada koleksi 32 kali juara Piala Malaysia, tapi satu pon tak dihasilkan masa saya jadi coach Selangor ni. Jadi fan Selangor memiliki alasan kukuh seperti Liverpool; sentiasa mengenangkan memori silam mereka. Tapi skarang Selangor selalu kalah dan bermain seperti Arsenal, jadi saya puas hati. Bukan mudah untuk memberi gelaran Liverpool Jelmaan Malaysia / Arsenal Jelmaan Malaysia dekat Selangor ni" - K.Devan semasa ditemui di rumah terbuka Menteri Besar Selangor di i-city beberapa minggu yg lepas.

"Saya puas hati dengan kehadiran penyokong di Stadium Shah Alam ini, sangat puas hati" - ujar K.Devan selepas ditanyakan soalan mengenai kehadiran 897 orang peminat Merah Kuning yg datang ke Stadium Shah Alam yg berkapasiti 70,000 orang penonton.

"Saya puas hati dengan pemecatan ini. Eh silap, perletakan jawatan ini. Saya puas hati. At least saya kena buang pada hujung musim. You compare dengan Ahmad Yusof (Kedah), dia kena pecat lagi awal tawww. So, I sangat puas puas hati" - jawab K.Devan ketika diminta mengulas perletakan jawatan beliau.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Merah kuning lambang kebanggaan
K.Devan merancang kegagalan
Gemuruh sorakan menggegarkan
Misi 33 boleh la bawak ke tahun depan

hik hik hik. Sementara itu media ada menyatakan Kenny Daglish dan Arsene Wenger berkira-kira untuk menjadi pengendali Selangor musim depan selepas kedudukan mereka di Liverpool dan Arsenal semakin hari semakin tak menentu.

Walaubagaimanapon, bila ditanya peminat Selangor mengenai pilihan mereka untuk mengemudi The Red Giant ni, hampir 95% daripada mereka bersepakat memilih pengendali hebat dari seberang...



 Semakin hampir ke Stadium Shah Alam

*Ni entri rekaan semata-mata. Statement first Devan je yg betul, yg lain tu gua reka je. keh keh. Jangan K.Devan saman gua lepas ni sudah la, memang betul-betul dia x puas hati nanti.

4 comments:

Unknown said...

pemilihan yg sgt baik!!

sEtuLusQasiHku^_^ said...

kakaka....

f.islahi said...

melihat prestasi semasa. pic tuh last kot sbb liver UCL pun tk masuk. ape tah lagi UEFA. haha

Cob Nobbler said...

Kita semua tahu bahawa 32 lebih banyak dari 3.

Dan kita semua tahu bahawa KL minum air dari Selangor - kang Syabas sekat air baru padan muka.