Monday, November 28, 2011

Dari sini, kita dah nampak bahawa bakat tu lebih penting dari pengalaman.

Ye dak?

Zulfadli Zulkifli, 19 tahun.

Mamat ni menjadi juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan awal November lepas. Wajah yang ada iras-iras Douglas Lim, kulit cerah dan mata sepet menyebabkan aku pada mulanya bertanggapan bahawa beliau adalah adik kepada Dato Lee Chong Wei. 

Secara realitinya, badminton kini dikuasai sepenuhnya oleh negara China dari perseorangan lelaki(nombor 1 jadahnya LCW ni kalau asyik kalah dengan Lin Dan) sehinggalah ke beregu campuran. Jadi, tak hairanlah mengapa di Malaysia sendiri, bangsa Cina sahaja yang majoritinya bersungguh-sungguh mewakili Malaysia dalam permainan ini berbanding bangsa Melayu yang hanya bersungguh-sungguh untuk main petang-petang dengan adik-abang. 

Dengan adanya Zulfadli, BAM tak perlu risau dan tidur sambil tangan atas dahi memikirkan nasib badminton negara, bila saat LCW sudah bersara dan menghabiskan wang-wang kemenangannya di klubing, kerana inilah dia The Second Misbun dan pengganti LCW. Nak harapkan Arif Latif? Ermmmmmmm...  Sayur la jawabnya.





Aaliyah Yoong Hanifah, 8 tahun.

Zaman aku 8 tahun dulu, aku tak pernah terfikir untuk menyumbang apa-apa kepada negara. Yang aku tahu, kalau terlepas Dragon Ball hari Ahad, memang sampai ke Youtube aku cari ulangan dia. Celaka apa , zaman itu aku sendiri tak tahu apa itu Youtube, haiwan kah? atau manusia kah? Jadi, berkubur macam tu sahaja lah impian yang aku pasang tiap-tiap minggu.

Berbeza dengan kanak-kanak ini. Mula bermanja-manja dengan air sejak berusia 7 bulan dan mula berkecimpung dalam industri ski air ini sejak usianya 5 tahun lagi. Peh.

Ternyata bakat menewaskan segala-galanya apabila Aaliyah berjaya merangkul pingat emas dalam acara ski air kategori tricking dengan menewaskan peserta yang jauh lebih berkedut dari dia, Sarreya, 34 dari Thailand dan seterusnya, memegang title sebagai peserta termuda memenangi pingat emas untuk SEAG.





Nazmi Faiz Mansor, 17 tahun.

Ketika rakan-rakan yang lain sedang berhempas-pulas mengharungi peperiksaan SPM yang serupa neraka, beliau(Faiz) secara drastiknya telah menunjukkan bakat dan kehebatan beliau yang sebenar kepada peminat bola sepak tanah air ketika beraksi di Sukan SEA baru-baru ini yang dianjurkan di negara yang masih belum mencapai tahap ketamadunan sebenar seperti mana yang telah negara kita capai. 

Seorang pemain berusia belasan tahun yang telah menyebabkan Mofasad meng-aplod video corak permainan beliau di laman Sokerleaks dengan harapan ejen-ejen luar dapat menilai dan mempelawa beliau untuk bermain di liga luar sudah semestinya satu perkara yang harus kita pandang secara positif dan berjaga-jaga.

Sekali lagi mamat tersebut membuktikan bahawa beliau layak untuk tidak menduduki SPM tahun ini setelah menyelamatkan Malaysia dari dibelasah 3-1 malam semalam. Ya, sepanjang karier aku sebagai penyokong bola sepak Malaysia, perlawanan malam tadi adalah perlawanan yang paling bangang dalam sejarah. 

Nazmi juga menyebabkan para makwe khususnya budak sekolah, menukar gambar profail mereka dari gambar depan cermin dengan kamera 2 m.p kepada gambar Nazmi gentel bola.

Nak tak nak aku juga kena terima hakikat bahawa tahap permainan dan skil aku pada umur sebegini belum cukup untuk menandingi kelincahan mamat ni. Kah.

+++

Moral of the story : Kalau tak ada bakat, ke laut juga jawabnya.

Moral of the other story : Safee Sali dulu pun pernah dikutuk padu oleh pendukung-pendukung bola sepak Malaysia, jadi tak mustahil lah jika satu hari nanti kita dapat lihat Fakri Saarani juga bermain di klub-klub luar. Liverpool atau Arsenal misalnya. 

Hah. Sekian laporan.







Gambor suka-suka

12 comments:

box boy said...

nazmi faiz main cm biasa je..tp kna sanjung lbih2..xphm2

old_trafford said...

Kecewa Malaysia kalah semlam.
Aku try la search cari profail pemain Bahrain..mana tau jumpa player yang terlebih umur main untuk Bahrain semalam.. boleh gak buat report klim 3 mata. kalau ada.. hahaa..

fatinizzati said...

aku pun pelik kenapa orang duk cakap datuk LCW stil pemain no 1 dunia even dah kalah banyak kali dengan lin dan. dekat tv dan radio especially

pex91 said...

Nazmi juga menyebabkan para makwe khususnya budak sekolah, menukar gambar profail mereka dari gambar depan cermin dengan kamera 2 m.p kepada gambar Nazmi gentel bola.

yang ini aku xpuas hati ni..jeles wooo..hahaha

Haziq said...

Pasal Nazmi aku gado ngan makwe aku!!

Anonymous said...

ler, zulfadli mng badminton remaja dunia haritu pun sbb china tak hantar wakil. kalau tak bungkus mcm tu jugak...

Ariffin Janal said...

gambar depan cermin dgn kamera 2mp? kahkahkah celaka betei.

dear anies said...

bdk2 skrg esp pompuan berduyun2 dtg ke SNBJ mcm smlm semata2 krn fakri...eh, krn nazmi..siap menjerit2 bla nazmi dpt bola:"adik, jaga bola dik!" "adik, pass kt org lain!" "yahoooo...adik aku score!"

wan_jb84 said...

@fatinizzati,
ikut ranking LCW mmg no 1 dunia..ape yg ko pelik?

nasz playersz said...

zulfadli tu dah bergelar juara asia sebelom jadi juara dunia. tak ksah la china anta wakil ke tak time kejohanan dunia.

kering said...

Kpd Box Boy..
Klu Lu letak Nadzmi tuh umur dia 23 tahun atau keatas,itu baru kena klo Lu kata dia main mcm biasa..
Dia main x sepadan dgn umur bro,budak sekolah main mcm senior..
Klu lu men liga kg sekalipun dgn umur lu 17 tahun,gua rasa lps 15 minit jer lu dh mintak keluar dh..hehehe..
Jgn menilai ikut selera lu jer bro,budak tu berbakat besar,lbh berbakat dari lu dan gua..
Jgn la lu letak spec Rooney yg maen Everton mase umur 16 atau Owen yg men England mase umur 17 tahun..itu bkn negara lu pun,bkn standard lu pun..
Nadzmi ada masa depan yg cerah jika dia fokus dan tidak terbuai dgn glamour spt yg menimpa pemain2 berbakat yg pernah kita lahirkan sekerat jalan dahulu..
Org dh x sebut nama Azman Adnan sbb fenomena Safie Sali,org pun dh lupa pd Azrul Amri Borhan yg berbakat besar digilap utk kelayakan olimpik,ttp tidak langsung dpt beraksi dikelayakan Olimpik akibat cedera lutut dek pemain England sewaktu menyertai kejohanan Remaja di Toulon,France..
Budak Nadzmi neh mirip kpd Azizol Abu Hanifah,meadfield terbaik yg pernah kita lahirkan di Era 80'an dan awal 90'an..Hantaran2nya berbahaya dan mengelirukan lawan sehingga pemain Bahrain terpaksa mencederakan pemain ini utk menang..

Xiǎo Xìngyùn 小幸運 said...

Yeah nazmi main memang power. style.

Aaliyah yoong style gila. Da la kecik je. Jeles =_=