Sunday, May 20, 2012

Laporan & Statistik : Final Piala FA, Sime Darby vs Kelantan


Bukit Jalil, 19 Mei - Jaringan sepakan penalti oleh Ghaddar pada minit ke-59 membawa Kelantan muncul juara Piala FA buat kali pertama. Full house di Stadium Bukit Jalil dengan rata-rata penyokong dari Kelantan membanjiri stadium menenggelamkan penyokong Sime Darby, kira-kira 10% dari jumlah kapasiti stadium yang dibenarkan.

Perlawanan ini turut disaksikan sendiri oleh Presiden Kelantan FA iaitu Tan Sri Anuar Musa dari tempat duduk biasa di mana, kemenangan ini cukup manis buat beliau yang dalam proses menjalani hukuman dari FAM.

statistik penuh perlawanan akhir Piala FA


maklumat terperinci perlawanan akhir Piala FA

Sejujurnya, perlawanan ini membosankan, tidak mencerminkan tahap permainan sebenar saingan akhir Piala FA yang diidam-idamkan. Harus diakui, beginilah tahap permainan bola sepak di Malaysia dan perubahan harus dilaksanakan demi meningkatkan lagi kualiti permainan. Sila rujuk FAM.
  • kedua-dua pasukan bermain dengan penuh berhati-hati sepanjang permainan
  • tiada urgency dalam mencari gol awal atau pendahuluan
  • kurang percubaan-percubaan tepat ke sasaran
  • gerakan banyak berkisar dibahagian tengah dan mudah dipatahkan pertahanan lawan
  • kurang kretiviti di bahagian tengah dalam membuat serangan
  • ketumpulan barisan serangan menghasilkan jaringan

statistik playmaker Sime Darby vs Kelantan

Tak perlu diulas panjang. Tahniah untuk pasukan Kelantan dengan mencipta sejarah menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah setelah mencuba sebanyak 3 kali di pentas final. Kelatan juga dijangka mampu mencipta double jika menjuarai Liga Super, di mana ketika ini ketinggalan 4 mata tetapi memiliki kelebihan 5 perlawanan berbanding pendahulu liga.

Tahniah juga untuk pasukan Sime Darby, menjadi kelab pertama dalam sejarah melayakkan diri beraksi di peringkat final. Tidak perlu berasa terlalu kecewa kerana pasukan ini dilabel sebagai pasukan underdog dan jika diuruskan dengan betul, tidak mustahil menjadi salah satu kelab terbaik di Malaysia, menyaingi Johor FC, T-Team, dan Felda United.

3 comments:

Gambit said...

gud job abu dolah!

amilin halim said...

shakir patut lama dah dlm 1st eleven malaysia. passes completed, tackles won. he was unsung heroes for the past 3 years.

chahmie said...

rekod penyokong paling ramai dlm malaysia..100000 full house..ada yg xde tempat duduk..gate antre pykong xde langsung..pykong kelantan 90 ribu manakala sime derby 10 ribu..tahniah kedua2 pasukan