Wednesday, May 9, 2012

Seeing Is Believing.

Seeing is believing. Itu apa yang boleh saya perkatakan pada perlawanan di Anfield pagi tadi. Tidak ada "oook" atau "eeek" lagi. Liverpool 4-1 Chelsea. Team kedua, team kelapan ke, team ke dua ratus sekalipun, ini tercatit dalam catatan. Khalas, titik, tidak ada sebarang cakap-cakap lagi.

Ada fan Chelsea yang lepak di belakang meja saya menonton semalam "ramai player berehat untuk ke Munich". Bulshitasi sungguh. Apa guna jadi pemain bola kalau nak berehat? Apa perlawanan ini tak penting ke? Kalau kalah kedudukan anda untuk ke UCL tahun depan akan terjejas. Apa? Fokus ke final untuk menang? Anda ingat Bayern Munich tu kelab apa? Kelab ping-pong?

Anyway, kemenangan 4-1 ni bukanlah satu benda yang boleh dibanggakan bila kelab tercinta ini berada di tangga kelapan, but cubalah tanya penyokong kelab macam Wigan atau Sunderland, any wins can made our day. Besides, alang-alang nak habis season biarlah something yang dapat senyumkan kita. Well, ada juga fan Chelsea berkata, "ala kalau kau menang 10-0 pun bukan kau boleh menang balik FA Cup tu". Inilah akibatnya bila sesuatu sukan dikuasai oleh gloryhunters. Ada piala baru nak sokong. Takde piala tak nak sokong.

Ya, dari segi perlawanan menentang "kelab layer ketiga Chelsea" - kata fan Chelsea (err, Torres, Terry dan Ivanovic ni layer ketiga ke?) - aku masih tak berpuas hati dengan midfielder Liverpool. Well, aku sebenarnya mahu midfielder yang macam Xabi Alonso atau Steve McManaman, dua pemain ni di Santiago Bernebeu sangat memberi impak kepada Real Madrid. Hendo kalau diasah betul-betul boleh jadi seperti itu. Jonjo Shelvey gol nasib, tapi overall the season aku tak nampak apa yang dia boleh buat, tapi masa di Blackpool masa loan - dia memang power.

Overall, aku cuma harapkan magis dari Steve Clarke yang dahulu menjadi assistant kepada Jose Mourinho ketika di Chelsea. Dan aku harapkan mungkin pada season depan, Kenny boleh fokuskan pada midfielder. Winger seperti Steve Heighway memang sukar dicari ganti, seperti John Barnes atau second-striker seperti Peter Beardsley. Dalam hal ni aku rasa partnership Luis Suarez adalah sangat ngam ketika di Ajax bersama Klaas Jans Huntelaar, kena cari "someone like him". Kalau Ian Rush dengan partnership dengan Peter Beardsley atau John Aldrigde, Suarez juga perlukan partnership begitu.

Dari segi perancangan masa depan, Raheem Sterling dah boleh mungkin, main lebih kerap untuk dapatkan pengalaman. Lucas Leiva yang diharapkan baik dari kecederaan dapat menjadi defensive-midfielder yang power. Stevie G semakin tua, mungkin tak lama lagi - seperti juga Dalglish bakal jadi manager Liverpool.

Dari segi defender, aku merasakan kena mantapkan partnership Agger-Skrtel. Jose Enrique dan Glen Johnson. Selain itu, aku rasa penjaga gol pun dah boleh cari lain, Brad Jones misalnya - aku rasa performance dia cemerlang semasa semi final menentang Everton hari tu.

Mungkin fan non-Liverpool akan menyampah bila aku katakan tentang proses, mungkin kerana kebanyakan dari mereka adalah golongan muda yang selalu makan makanan segera dari McDonalds dan KFC, tu pun pakai pesanan telefon - mereka tahu segera dan cepat, tapi aku percaya kepada proses dan transisi. Dua puluh tiga tahun yang lalu perancangan yang silap dari Liverpool, bila Gerard Houllier dah set-up semua dan Rafa menuai hasilnya di Istanbul, tiba-tiba ada konflik dalaman dengan Tom Hicks dan George Gillett yang menganggu emosi pemain. Aku percaya kalau nampak beberapa masalah taktikal tu kalau diperbetulkan, "the years of bastion of invincibility" will come. Come on, Bill Shankly masa mula-mula took over Liverpool pun dari kelab Divisyen 2, dua tahun kemudian layak ke Divisyen 1 sebelum mengambil beberapa tahun untuk menjadi Champion. Seterusnya Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny Dalglish.

Mungkin ada beberapa fan non-Liverpool akan berkata "bla bla bla history lesson again" tetapi mereka yang berjaya pada masa depan selalunya belajar dari sejarah. Mungkin kegagalan negara Itali yang bankrap hari ini kerana kegagalan mereka belajar dari sejarah Rome, atau Greece gagal belajar dari Athens. Atau Malaysia gagal belajar dari Kesultanan Melayu Melaka. Mungkin, tapi kita semua tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Ayah aku pernah kata "Nottingham Forest adalah pasukan yang paling power pada djamannya", siapa sangka mereka kini di Divisyen Championship di tangga ke-19, bakal-bakal tersingkir. Begitu juga Leeds. Who knows, orang yang tak belajar sejarah mungkin tak tahu satu hari nanti Manchester United akan relegate ke Divisyen Dua. Bukan tak pernah pun.

Dan seeing is believing. Dengan melihat apa yang patut dilihat, baru boleh percaya. Dan aku mahu melihat proses. Tak kisahlah berapa tahun pun, lagipun, aku bukannya penggemar makanan segera McDonalds ni, semua nak cepat dan pantas je.



13 comments:

dear anies said...

pedulikan spesis2 mcm tu..depa ckp je berdegang2 tp otak kosong..

Apostolos Velios said...

ala team diorang tak bole tibai chelsea 4-1 banyak bunyik plak,ingat senang ke nak calit taik kat muka di mati o tu?

SmithSonian said...

memang x penting pon match nih..sedar la wahai penyokong2 liverpool...113m hbs akhirnya dapat laukkan second team chelsea.ulasan kau sikit pon x menunjukkan kau ni pakar bola lah.rest tu penting kalau nak hadapi game besar.chelsea pon mmg dah terlepas UCL pon.kau ni x tgk kedudukan liga ke? mmg semua team nak menang tapi match semalam mmg game liverpool cuma terry,ivanovic n ramires je dr 1st team.so kalau chelsea menang smlm pon xde effect

Thaqif Ismail said...
This comment has been removed by the author.
redzabes said...

dey Cob, hang tak penah main/manage bola tak yah nak sembang kosong la,
kalo hang perasan suma player yg main semalam takkan main untuk final UCL nanti, JT, Iva, Rami suma suspended,
rest ni penting sebab dari bulan 2 lagi chelsea main every 3 days, depa pon manusia gak bukannya robot,
lagi satu RDM nak simpan la players takut injured nanti, dah la 4 players suspended,
tapi i have to admit Chelsea semalam memang main teruk gila smlm, maybe sebab banyak sangat changes, so tak serasi sikit,
indeed seeing is believing, yes i believe Everton is better than Liverpool based on what i see on league position with 1 match to go

Cob Nobbler said...

redzabes:fuyoooooooo pernah manage bola...fuyooooo pernah main bola.

power power

Cob Nobbler said...

afterMasihi:match lagi 2 minggu.
Ada satu match kau boleh rest.
Kalau kau kalah ni - peluang ke UCL tak kesampaian.
Uh well, korang macam dah confirmed kan boleh kalahkan Bayern di Allianz Arena ni nanti? I like your confidence.

Bagi aku kepoweran player ialah bermain day in day out tanpa kira lagi berapa match atau tak pentingnya match. Aku ingat masa MU vs Wigan in final match in 2008 EPL - Ferguson bubuh semua skuad kuat, walaupun minggu depan nak lawan Chelsea di Moscow. Walaupun aku tak suka MU, tapi aku cakap - tu team yang power.

Macam tu lah. Bukan lagi dua minggu kau nak simpan.

Oh ya, berapa ramai player kau suspended by the way? And Meireles, dia tak injured ke apa kan? Kenapa dia tak main sedangkan dia takleh main di final?

Kamon try harder lah aiyooo

Berto said...

amende match team pertengahan liga pon nak bising ni woi? cilaka betul

Apostolos Velios said...
This comment has been removed by the author.
Apostolos Velios said...

113 milion punya spend sibuk chelseal ni bising. yang dia tu dah habeskan 642 584 000 juta pound sejak roman abramovich ambik alih dan hasilnya = uefa champions league satu pun tak pernah dijulang.

8 manager dah pegang chelsea dalam tempoh tu termasuk di mati 0. tapi satu pun tak pernah menang UCL sungguh memalukan

Fairuz said...

Sejarah lagi? Bosanlah.

Apostolos Velios said...

sejarah dan bakal sejarah

skulluv said...

kadang-kadang sejarah itu menarik.