Friday, March 4, 2011

Luis Moreno: Musuh nombor satu burung-burung seluruh dunia!

Luis Moreno, tidaklah sehebat David Luiz, tidaklah sejongang Luis Suarez.

Orang tua berpesan, jangan langsi dengan binatang, tak elok. Betul la kata orang-orang tua, benda ni kena setepek dekat Luis Moreno. Siapa Luis Moreno ni, siapa dia? Moreno ni sebenarnya adalah seorang pemain bolasepak dari Panama yang bermain untuk pasukan Deportivo Pereira, antara kelab utama di Liga Colombia. Selepas perlawanan menentang Junior Barranquilla, Moreno telah menerima ancaman bunuh oleh penyokong Junior. Sebab apa?

Sebabnya Moreno telah membunuh antara makhluk paling disayangi penyokong Junior ini iaitu seekor burung hantu. Burung hantu ni adalah maskot bagi pasukan mereka, kira pembawa tuah la kononnya. Semasa perlawanan sedang hangat berlangsung, burunghantu ni tak tahu apa sebab tetiba terbang ke dalam padang. Satu tindakan kurang bijak dilakukan oleh burung tersebut. Hasilnya, burunghantu malang ini terkena bola hasil rembatan padu seorang pemain.

Maka terbaring kesakitanlah haiwan malang ni diatas padang. Pembantu perubatan @ medic pula merasakan mereka tidak wajar untuk masuk ke dalam padang, kejadahnya depa nak masuk? Pengadil memberhentikan perlawanan sejenak, malangnya si Moreno ni dengan rakusnya menyepak burung tersebut dan melambunglah burung itu sejauh 3 meter. Ahhh, kau kejam Moreno, kau kejam!

 Sepatutnya sepakan padu tanpa bayang Moreno ni disalurkan ke atas bola, bukannya seekor burung.




Perbuatan keji Moreno ini mengundang nestapa. Penyokong Atletico (tidak dapat dipastikan mereka ultras atau tidak) melaungkan ungkapan "Homicida! Homicida! Homicida!" yang bermaksud pembunuh(3x). Selepas perlawanan tamat, Moreno meminta maaf atas kelakuan biadapnya itu.

'I apologize to the fans, it wasn't my intention, I did it to see if the owl could fly', ujar Moreno. Tapi semua itu sudah terlambat. Burunghantu tersebut yang diletakkan dibawah penguasaan sebuah klinik vaterinar akhirnya menemui ajalnya selepas 2 hari kejadian berlaku. T__T, hari hitam untuk semua burung-burung dan hantu-hantu diseluruh dunia.

Kejadian ini turut mengundang amarah dari persatuan kebaijkan haiwan setempat. Moreno dilaporkan digantung 2 perlawanan dan ura-ura mengatakan beliau akan dibicarakan dengan hukuman penjara 3 bulan menanti beliau. BTW, pemergian burung ini ditebusi dengan kemenangan 2-1 Junior terhadap Parreira.

Damai lah kau disana wahai burung.

Siapa yang bersalah sebenarnya? Burung ni sepatutnya tak terbang dalam padang, tapi beliau adalah seekor binatang, tidak adil meletakkan kesalahan keatasnya. Pengadil? Kenapa beliau memberhentikan perlawanan? Rasanya jika perlawanan diteruskan, mungkin burung tersebut tak disepak Moreno. Salah Moreno? Well, kalau aku, usahkan sepak, nak tengok pon aku tak berani, geli shiakk.

Sesungguhnya perbuatan menzalimi binatang adalah sangat-sangat tidak bermoral. Kami di SokerLeaks mengucapkan takziah kepada semua penyokong Junior dan semua pembela burung diseluruh dunia. Kami paham, kematian maskot pasukan adalah satu benda yang pahit untuk ditelan. Mungkin sebab itu Pahang tidak membawa masuk Gajah ke dalam stadium mereka.

Dijamin tidak akan kelihatan di Stadium Darulmakmur


*sumber dari DailyMail dan Zoo Negara.

9 comments:

MOFASAD said...

hahahahahaha

but

tendang burung tu memang jilaka

muCux said...

"kalau aku, usahkan sepak, nak tengok pon aku tak berani, geli shiakk."
nmpk cam macho rupanye penakot. . .

sian kat owl 2. . .apa kata kiter tendang burung dier plak apa dier rase agaknye :)

PELAUNG PULAU said...

perlu ke nak gantung 2 game??

Azfar Ridhwan said...

kejam tul sepak burung. aku sokong sepak plak kat burung dia :P

Berto said...

@mucux

keh2, aku geli la dgn burung

muCux said...

hihihihihi klakar siottt ko
aku pon geli ngan burung
bole? *wink*

Berto said...

@mucux

jap2,ni burung yg mana ko maksudkan ni..keh2

muCux said...

burung "berhantu" bole?
hahahahaha
choiii!!!

tuan director said...

rude boy