Monday, February 28, 2011

Who is Brader Leplep actually???

Linglung said,

"sejak azali lagi kitorang yang bernaung di bawah sokerleaks ni belum kenal pasti siapakah puaka ini yang sebenarnya. tapi yang pasti, beliau adalah penyokong setia Arsenal."



Welcome To The Gunners Parade - Deus ft. Orih.

When I was, a young boy.
 my father took me into the mamak.
we watch a soccer match together.
my father said,
 if you choose the team that "sudah lama tak pegang cup",
you are loser.

then, i was realised,
that the team was :

Auksenal de Gannes. 

"once gooners, forever gooners." - Brader Leplep/areleaf-Sokerleaks

Budak-Budak Bangang Tak Sudah

Cuba kau tengok gol ni, cuba.


Ada 3 watak bangang dalam gol kemenangan Birmingham ni. Bangang yang pertama, Obafemi Martins.


"Itu gol paling mudah yang pernah aku sumbat sepanjang hidup", kata penjaring gol kemenangan Birmingham City mengalahkan budak-budak hingus hijau pekat asuhan Wenger. Martins ni memang tak patut, suka benar dia dapat score lawan budak-budak. Orang kalau lawan Arsenal, tak payah celebrate, budak-budak je pun, belum matang lagi. Setakat score gol lawan diorang tu pemain Pakistan pun boleh buat. Orang tak hairan score lawan Arsenal derr, rileks rileks sudah.

Kedua bangang adalah kiper hingusan Szczesny, tapi iya la, nama pun budak-budak, tak hairan la kalau dia bangang.


Belajar kejar dan tangkap ayam dulu dik. Dah mahir tangkap ayam nanti, tererlah tu nak tangkap bola. Kiper Malaysia sekarang ni masa kecik-kecik dulu main tangkap-tangkap ayam dekat kampung, tengok sekarang ni, muda juga macam awak tapi kemain hebat. Dia sekarang main Kelantan FA je pun, tapi awak ni dik, main team boleh tahan ada nama, tapi awak punya bangang............ya tuhan! Mengucap lapan kali!

Yang terakhir bangang, macam biasa lah, mesti budak-budak hingusan juga, Koscielny namanya. Nama dah pesen lebih kurang dengan abam kiper bangang, ada NY kat belakang, padan la sama bangang.


Tahap bangang dia ni dengan sedara sehingusan dia Szczesny kat atas tu boleh kata sama paras. Jenis tak reti nak bercakap dalam padang. Main bola pesen bisu tak ada suara. Ini kalau buat jenis budak bangang yang tak sudah-sudah, tak lama lagi main Liverpool la dua budak kecik ni gayanya.


Macam biasa, Arsenal dengan alasan biasa, pasukan muda, bergetah lagi, tengah nak cari pengalaman....bla bla bla bla bla.....sembang sampai tujuh purnama pun tak habis lagi kalau nak cerita alasan muda diorang ni.

Hak tuii! 

Friday, February 25, 2011

Suit-Up

Siapa layan 'How I Met Your Mother', pasti mengenali trademark Barney Stinson. Selain perkataan 'Legendary', dia juga selalu sebut "Suit Up". Yes, kita tak boleh tipu, sememangnya bila ber-suit ni, kita akan nampak lebih sweet. You become sweet when you suit then will make people sweat. Ah, apejadah gua ngarot ni.

Cenggini citer dia. Sekumpulan saintis sukan di Universiti of Portsmouth telah menjalankan satu kajian mengenai kesan penampilan seseorang jurulatih itu terhadap persembahan atlet/pemain itu. Huh, malangnya kajian ini dilakukan hanya selepas Portsmouth relegated ke Coca-Cola League, kesian.

Dr. Richard Thelwell selaku ketua kajian berkata; "We have found that the clothing that coaches wear can have a direct effect on the players' perceptions of the coach's ability. Players look to their coach to provide technical skills, to motivate them and to lead them". Ok, gua malas nak translate, lagipon lu orang semua ambik English Education kan? Tak sia-sia gomen nolong.

Kajian membahagikan jurulatih/coach kepada 4 jenis; coach ramping ber-suit, coach besar ber-suit, coach ramping pakai tracksuit dan coach besar ber-tracksuit. Keputusan kajian menunjukkan coach yang memakai tracksuit dikatakan seswai untuk pembangunan atlet dan bagus dari segi teknikal. Kiranya sesuai untuk coach-coach atlet muda la. Berbeza pula dengan coach yang pakai suit; mereka dikatakan terbaik dalam menyusun strategi -yes, in other words- seorang yang strategist. Dan strategi ni adalah sesuatu yang penting dalam sukan bolasepak. Sehebat mana pon Christiano Ronaldo kalau tak ada strategi abam Maurinho tak guna juga ye dak?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kajian ini, silalah klik link di University of Portsmouth ni.

Selepas meng-usha beberapa gambar, gua rasa ada betulnya kata Dr.Richard ni;

'The Special One' segak ber-suit. Semenjak mengemudi Porto, Chelsea, Inter Dan Real, Maurinho masih belum tewas di tempat sendiri selama 9 tahun!


    "Menyesal titeww tak pakai suit hari ni, kan dah kalah. Frust nonggeng titeww" - ujar abam Weng yang terlupa mengambil suit beliau di dobi.

Walaubagaimanpon, kajian Dr.Richard ni ada jugak yang boleh di-argue. Nak tau kenapa, lu tengok gambar-gambar bawah ni:-

Suit-up tapi kena pecat jugak, FAILED! Mungkin suit dia ni yg bersulamkan lambang Liverpool tak bawak ong. Keh keh. Kat West Brom gua rasa Hoksen ni akan jadi lebih power!

Suit-up plus rambu-ramba but then, FAILED!

tak perlu suit, King Gopal is always a KING!


Gua rasa coach bola kat Malaysia ni tak perlulah nak bersuit-suit. Malaysia ni panas, karang baju dah basah, juboq dah berpeluh, macam mana nak concentrate menjadi strategist untuk team sendiri ye dak?

Tapi kalau tak nak ber-suit sekalipon, gua harap mereka semua ni takde lah nak tiru perangai coach Engleng ni. Buruk bebenor!



"cilakak SokerLeaks, mana ada orang pakai suit pergi mandi laut!!" - Kapilo

Thursday, February 24, 2011

Cadangan Untuk Pemain Pakistan

SYABAS HARIMAU-HARIMAU MUDA SEKALIAN!


Budak-budak Pakistan yang main lawan Malaysia malam semalam pesen tak cukup vitamin C, D dan E. Kena bodi sikit tergolek. Kena tolak sikit, berpusing. Kena terjah sikit, mengerang. Itu belum lagi kena sergah dalam gelap, mahunya terkincit keluar capati. Pesen bapok! Tak gemar sungguh gua kalau tengok bola sekejap-sekejap jatuh pegang kaki, injured. Sekejap-sekejap berguling-guling macam buat video klip cerita hindustan. Kalau tak boleh sakit sikit, tak boleh kena sentuh sikit, baik tukar karier pergi main sukan-sukan ni.

Gimrama. Sukan ni tak ada risiko kena terajang dek orang.

Catur. Ini paling-paling kuat pun kena tampar, kalau pihak lawan stress.

Boling padang. Sukan ni selamat, tapi mengantuk woi!

Lompat getah. Kalau kena Peter Crouch yang pegang getah, makan pasir lu lepas lompat.

Ok, yang ni bahaya sikit. Gua tak rasa budak-budak bapok dari Pakistan malam semalam berani main sukan ni. Sukan ni perlukan larian deras, pemain Pakistan ada? Sukan ni juga perlukan pemain ligat yang boleh buat dummy zig-zag. Pemain Pakistan ada? Sukan ini juga perlukan pemain yang kalis sakit dan tahan lebam. Sekali kena baling dengan selipar jepun Tat Sing..naah! Seminggu kau tak pergi kelas!

Kepada pemain-pemain Pakistan kalau lu orang baca cerita sukan ni, lu pilih la salah satu sukan ni buat ganti karier lu orang sebagai pemain bola sepak. Nak main bola kena keras, kena tahan sakit, bukan pesen-pesen lembik macam lu orang tunjuk semalam.

Karpet bulu Pakistan satu!


Wednesday, February 23, 2011

Penyokong Misi Olimpik Harimau Malaya


Malam ini mari kita menyokong, jangan sekadar menonton. Pesen yang menonton sambil layan kuaci masa game itu dah biasa. Pesen yang datang 'menyaksikan' game sambil belek-belek handphone itu juga biasa. Pesen yang mencemuh, memaki, mencarut dan macam-macam benda palat lain lagi itu juga super biasa. Cuba buat benda yang tak biasa dan yang tak selalu ada pulak, barulah kemas! Apa kata kita hadir, berikan sokongan biar semua yang beraksi atas nama Harima Malaya atas padang ini malam ada lebih tujahan untuk beraksi lebih mantap. Sokong ada macam-macam jenis, ada jenis menyanyi, ada jenis berjoget, ada jenis buat formasi, koreo apa jadah haram semua, macam-macam.

Pos Deus pasal Pengacau Bola Sepak sebelum ni ada yang komen katanya dia bukan datang nak menyanyikan lagu sokongan untuk pasukan negara, tapi nak menyaksikan kebangkitan bola sepak Malaysia. Gua cakap tak payah nak buat susah la. Kalau lu jadi pemain bola kat tengah padang, ada sepuluh ribu penonton datang menyaksikan lu main tapi duduk tercongok diam sunyi sepi, apa cerita? Sebagai pemain, lu boleh rasa semangat lebih dari mereka? Tak berapa nak rasa. Kerja penyokong yang bersemangat menyanyi tak henti-henti tu tak lain tak bukan untuk bagi feel dan semangat tu sampai kepada pemain yang tengah beraksi. Pendek cerita, penyokong dan penonton adalah dua spesies berbeza.

Apapun, datanglah menyokong mahupun menonton ini malam, berikan sokongan untuk menjayakan misi skuad bola sepak kita melangkah ke Olimpik. Jangan la bila dah cempien saja baru nak mengaku sokong bola sepak  negara. Siapa lagi nak sokong negara sendiri kalau bukan kita? Ini malam Malaysia lawan Pakistan. Jangan ada yang pergi stadium hoki ingat ada game hoki pulak sebab Pakistan main. Memang orang Pakistan terer main hoki dan handal jual karpet, tapi gentel bola pun dengar cerita mereka mahir. Nak tahu lebih dalam pasal Pakistan dan bola sepak, datang beri sokongan di Stadium Shah Alam ini malam. 

Auuumm!

Monday, February 21, 2011

Jonathan Tehoue


I beasted Song and Gibbs, my work here is done i'm off to kill a few chickens, Tehoue's hungry.


WHO's THE MAN!? TEHOUE'S THE MAN! UP THE O's!


Dipetik dari page tak berapa rasmi Jonathan Tehoue.





Siapa Jonathan Tehoue? Beliaulah yang berjaya mengheret Arsene Wenger dan budak-budak Arsenal yang belum cukup baligh ke pertemuan ulangan Piala FA di Emirates nanti. ki ki ki ki.

Thursday, February 17, 2011

Bersaranya Seorang Lagenda

Antara lipas kudung paling femes di dunia satu ketika dahulu. 

Kelincahan beliau terutamanya di penghujung tahun 90an dulu sering membuatkan ramai menjerit 'wow!'. Ketajaman penyudah beliau di depan gol sering membuatkan kiper pasukan lawan berkata, "ah babi!". Kehandalan beliau juga membuatkan ramai budak-budak yang duduk asrama pada tahun 1998 fly keluar hostel nak tengok abam Ronaldo ini main masa Piala Dunia 98, termasuk gua. Power tak usah cakap, gentel bola pesen melekat dekat kaki, gila babi mamat ni.
.

Beberapa hari sudah abam Ronaldo original ni dah mengumumkan untuk bersara. Menitik juga air mata beliau, emosional tu derr. Salah seorang lagenda hidup yang pernah bermain dengan Real Madrid dan berjaya mengucup piala kejuaraan La Liga di tahun pertama beliau dengan Los Blancos. 2004, hat-trick beliau membenam cabaran Mengyu di suku akhir Champions League, itu gua tak boleh lupa. Pemain yang menggemari masakan ibu ini juga pernah 3 kali ditabalkan pemain terbaik dunia oleh FIFA, hebat kemain!

Obesiti membataskan kelincahan beliau selepas cedera lama sakit lutut.

Gigi ke depan bukan penentu masa depan pemain bola sepak.

Layan video ini untuk mengimbas ke'wow'an beliau. Sokerleaks mengucapkan selamat maju jaya kepada abam Ronaldo, dirgahayu Ronaldo!


Nama penuh: Ronaldo Luiz Nazario de Lima
Nama glamer: Ronaldo
Nombor fevret: 9
Kelab: Cruzeiro (1993), PSV (1994-1996), Barcelona (1996-1997), Inter (1997-2002), Real (2002-2007), Milan (2007-2008), Corinthians (2009-2011)

Wednesday, February 16, 2011

Bodoh macam lembu? Salah, bodoh macam Gattuso.


Joe Jordan : "Buekkkkkkk. LOSER"
Gennaro 'Buto' Gattuso : "Fakyu la orang tua!"
Harry Redknapp : "Woi lembu, apa main cekiak-cekiak orang tua ni. Bodoh. Tak pa aku tolong hang cekiak belah belakang"

Cilakak sungguh AC Milan, main nak bunuh orang. Tapi tu semua tak kan menghalang kehebatan SPURS. Gol dari Peter Crouch membezakan team awesome dengan team cilakak. Berikut adalah rating pemain dalam game tersebut:-


SPURS (Gua tulis team power dulu, team sampah gua kemudiankan)

  • Gomez - 10★ (Mantap. Berjaya menyelamatkan dua percubaan merbahaya dari Mario Yepes)
  • Micheal Dawson - 10★ (Solid. Kental)
  • William Gallas -  10★ (Solid juga)
  • Benoit Assou-Ekoto -10★ (Berjaya mengekang Rubinhu dan Abate)
  • Vedran Corluka -10★ (Aksi yang meyakinkan sebelum terpaksa keluar. Teruk nmpaknya kecederaan beliau)
  • Wilson Palacios -  10★ (Bagus)
  • Sandro - 10★ (Good Job. Ketiadaan Huddlestone ditcover baik oleh Sandro. Semakin bagus permainan beliau)
  • Steven Pienaar - 10★ (Bukanlah permainan yang terbaik ditunjukkan beliau, tapi tetap memuaskan)
  • Aaron Lennon - 10★(Membuatkan Antonini & Nesta berpeluh ketiak mengejar beliau. Tukang assist gol)
  • Van Der Vart -10★ (Nice game, tapi dia tak tunjuk power dia habis lagi. Banyak gol yang boleh dihasilkan sebenarnya)
  • Peter Crouch -10★ (Penjaring gol tunggal perlawanan. Tak perlu gol melipat-lipat mcm mamat Manchester, cukup skadar gol yang simple)
Subs:- Nico Krancjar, Luca Modric, Jonathan Woodgate - Semua  10★ (Semua mantap, gua takde kompelin)


"Aduhhh. Sakit woi, sakit gila" Corluka.
"Barua hang Flamini. Siapa ajaq hang main macam cilakak ni haa?" Dawson.
"Sori sori, Wenger ajaq aku masa kat Arsenal dulu. Sori wei tak sengaja. Hangpa power sangat apa lagi aku parap la" Flamini.


AC MILAN 
  • Marco Amelia - 0★ (SAMPAH.Bagi la masuk mana-mana keeper pon, sama ja sampahnya)
  • Mario Yepes -0★ (TUNGIK. Nama dah la kelepes, tanduk 2 kali pon tak masuk. Bodoh)
  • Alessandro Nesta - 0★ (TUA TAK SEDAR DIRI. Bodoh)
  • Luca Antonini -0★ (Mangkuk. Dan juga bodoh)
  • Ignazio Abate -0★ (Bodoh juga. Crossing ntah hapa-hapa)
  • Clarence Seedorf -1★ (Nasib baik gua minat cara lu main, kalau tak lu pon bodoh jugak)
  • Thiago Silva -0★ (Lu pon bodoh jugak lah)
  • Mathieu Flamini -0★ (Yang ni cilakak. Kerja nak parap kaki orang. Bodoh. Fakyu!)
  • Gennaro 'Buto' Gattuso- 0★ (Yang ni lagi cilakak. Main hantuk kepala kat coach lawan. Fakyu!)
  • Robinho - 0★ (Main la kau kat EPL ke, Seria A ke, kau tetap bodoh)
  • Zlatan Ibrahimovic - 0★ (Ni satu lagi bodoh. Nak score sampai main tolak orang. Patut la Barca jual kau bodoh)

Subs:- Christian Abbiati, Alexandro Pato (Semua bodoh)



"Tu belum gua main lagi fammakk!"

Tuesday, February 15, 2011

pagi gua suam suam indah.

ini adalah benda yang paling indah untuk pagi ni.

 ini adalah player yang paling indah untuk pagi ni.

ini pulak benda yang paling tak indah untuk pagi ni.
termasuk mamat ni.




Sunday, February 13, 2011

Bicycle-Kick Rooney adalah Awesome? Yuol silap.

Eksyem kemain abe Roo ni.


"Tuh dia abam Rooney bukan main dia melipat masa score lawan Man City itu hari" kata seorang pakgard UiTM kepada rakannya sambil mencucuh rokok gudang garam beliau.

"Ini adalah antar gol terbaik pada musim ini" kata Edleen Ismail kepada Rashid Salleh yang tergagap-gagap dalam Nadi Arena.

"Ko tengok, player Menyu je boleh buat goal macam ni ko paham" seorang kipas-susah-mati ManU yang melalak tak habis-habis dengan gol Rooney ini.

"มันไม่น่าทึ่งมาก ฉันมักจะทำในหน้า Futra Ghani" kata Supsak Phanseub dengan angkuhnya kepada Tony Jaa.

Aiseyhman brader, Peter Crouch pernah buat masa main lawan Galatasaray kat Liverpool dulu la brader. Safee Sali pon pernah buat. Gua tengok gol rooney ni biasa-biasa saja. Ok la untuk memuaskan hati semua setans-setans (RedDevil), gua admit gol abam rooney ni kira lawa la jugak, 1st klass. Tapi bukan yang ter-cempiyen skali diantara gol-gol bicycle kick yang pernah dihasilkan.

Bicycle-kick yang paling KICK sekali pernah gua tengok adalah kick yg ada dalam video ni. Kalau tak KICK lu orang boleh KICK gua.


KICK tak? Kena kat abam Rooney, kompem nangis habaq hang!


Dan video ni pulak kepada yang bercita-cita nak tiru buat gol abam Rooney dgn abam Uruguay apantah nama dia ni.

Tak dapat overhead kick, buat Scissors Kick pon jadi la kan?

.sebelom dan selepaih

Selamat siang semua.

Sebelum deme sampei, deme ghope cenggini.



Lepaih je deme main tendang teghajang tanduk tengah padang 90 minit, deme tetibe bertukor jadi cenggini.


Tumpor deme! Awok dah pesan, jangan buat nyaden je. Jangan jadi rusa masuk kampong.

Ade le teman dengor bebudok ni sembang, katenye kalau dicicoh dengan tempoyok memang sampei jilat dindin.

Ajenye ye!

Friday, February 11, 2011

Safee Sali Is Always Be A Lejend.



Sokerleaks:Apa perasaan anda bila Safee Sali bersama team Pelita Jaya nanti?
Ali Raouf(bukan nama sebenar):Perasaan saya amatlah bangga sebab penjaring gol terbanyak Suzuki Cup bersama kami.

(Sebenarnya dialog ni aku tetambah je sebab aku tanya dia - dia jawab balik "kari apa?ayam ka ikan?Dialog ni saje je aku tetambah so Daniel Sokerleaks nampak aku buat kerja)


Derbi Lembah Klang datang lagi.Seperti Manchester Derby - Manchester United dan Manchester City - begitu juga dengan Selangor dan Kuala Lumpur.Kedua-dua pasukan ini pernah berkongsi stadium keramat Stadium Merdeka - dan kalau aku tak silap aku,masa aku kecik dulu bapak aku bawak tengok Derbi Lembah Klang ni dalam Piala Sumbangsih Haji Ahmad Shah tahun 1990.Time tu aku 6 tahun aku tak ingat result dia sampai aku kena google baru aku ingat - keputusan 0-0 dan Selangor menang menerusi sepakan penalti.Apa yang aku nak ceritakan ialah semasa itu rivalry Selangor dan Kuala Lumpur sangat kuat - lebih kuat dari Selangor-Kedah,Selangor-Perak atau Selangor-Singapura.Selangor-Kelantan,Kelantan?Masa tu team tu hanya power kat Piala Emas Raja-Raja.

Anyway pengalaman aku tengok Derbi Lembah Kelang sangat cool.Berusia 6 tahun - papa payung aku burger yang tak sejuk serta air kotak.Burger kat stadium sekarang hampeh - dah la daging nipis sayur pulak sayur bila dia bagi.Oh ya tak lupa Fisherman's Friend.Lagu team KL - Kuala Lumpur Menyinari Hidupku dichanting kuat-kuat oleh sebelah kiri stadium.Sebelah sana penuh Merah Putih.Di sebelah Selangor pula bila time lagu "Merah Kuning Lambang Kebanggaan" sambil pegang mafla macam The Kop kat Anfield.Cool sial.

Masa tu Kuala Lumpur skuad yang power.Aku masih ingat lagi Razip Ismail,K Kannan,Fandi Ahmad,dan juga Malek Awab.Oh tak lupa juga abang Subadron Aziz yang pernah kawin artis dulu,sape eh nama bini dia?Pelik orang Malaysia ni lagi kenal artis dari pemain bola - gua terbalik pulak.

Anyway pada perlawanan Selangor-KL ni adalah farewell party untuk hero Malaya Safee Sali sebelum bermain di Pelita Jaya.Buat pengetahuan Safee Sali pernah bermain untuk kedua-dua pasukan ini - macam Carlos Tevez dan Peter Schmichel la ni.Walaupun rivalry tapi masih lagi orang Selangor kerja Wilayah macam aku ni ha.Tapi orang Wilayah jarang aku dengar kerja kat Selangor.Pfft!Anyway aku rasa Safee Sali layaklah untuk diraikan bukan saja fan Selangor tapi fan KL as well.Tak fair la legend dorang gak tu kan?

Tapi kalau nak samakan Derbi Lembah Klang ni macam Manchester derby memang boleh,cuma satu la - at least KL pernah menang piala Malaysia 3 kali serta Piala Sumbangsih sekali - Selangor jangan cakap la - 32 kali menang Piala Malaysia - seluruh Malaysia digabungkan jumlah juara tu pun tak boleh beat Selangor lagi.Manchester United pulak dah juara Premier League 18 kali,Manchester City pulak dah tak pernah menang piala selama hampir 43 tahun - walaupun duit masyuk.

To Safee Sali,all the best you in Pelita Jaya - and jangan asyik turun Kramat Tunggak je kerja.Oh by the way in case korang tak pernah pergi Jakarta - Kramat Tunggak adalah kawasan pelacuran terbesar di muka bumi - kalah penjajah dia kat Amsterdam tu.Awek dia lagi cun - pesen Nia Ramadhani pun leh dapat.Harga,bisa diatur dong!

OK ini Sokerleaks bukan Youjizz.

Anyway,good luck to Safee Sali and all the best to Lembah Kelang Derby - diharap kedua-dua Ultra dapat meriahkan suasana untuk farewell Safee Sali.

Nyanyikan lagu "Safee Sali Is Always Be A Lejend" itu lagi!

Thursday, February 10, 2011

"Pengacau Bolasepak"


“Saya tidak mahu pembakaran mercun atau ‘flare’ ini menyebabkan tragedi dan selepas itu orang ramai takut pula untuk ke stadium. Kita juga tidak mahu penonton kita menjadi seperti apa yang pernah berlaku di Eropah suatu masa dulu apabila ramai peminat hilang rasional semasa menyaksikan perlawanan bola sepak. "Saya mahu semua yang melakukan kesalahan terutamanya "PENGACAU" bola sepak di hadapkan ke muka pengadilan dengan kadar segera" -" - Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan.



Hai Datuk Menteri, pergi stadium tak semalam? Tak pergi ke???Tak apa, SokerLeaks menghantar saya, Siggplus, Mofasad dan Linglung ke stadium semalam. Blog cinta buatan Malaysia, Terfaktab pun menghantar seorang wakil semalam iaitu Shafiq Helmi. Datuk? Tengok kat Arena je ke? huk alohhhh.

Datuk tahu tak semalam, seluruh "pengacau bolasepak" dari seluruh Malaysia bersatu semalam untuk membuat "kacau" di stadium Shah Alam semalam. Semua "pengacau" ini datang dari pukul 3 petang lagi. Bukan saja dari Lembah Klang, yang datang dari Melaka, ada yang dari Kelantan, dari Kedah, dari Negeri Sembilan, dari Johor, dari Terengganu, dari Perak, dari Pahang, boleh kata semua negeri ada lah. Ada yang sanggup ponteng kelas, ada yang sanggup balik kerja awal, ada yang sanggup minta cuti, semuanya demi bolasepak Malaysia yang tercinta. Semuanya dengan usaha sendiri, dengan duit sendiri, dan tiada apa-apa subsidi dari sesiapa pun. Untuk Harimau Malaya, semuanya sanggup "para pengacau" ini korbankan.

Para "pengacau" ini di stadium duduk pun jauh dari orang. Mereka tak nak kacau penonton lain yang nak menonton perlawanan. Biarlah orang lain dengan cara sendiri. Para "pengacau" ini dengan cara mereka sendiri, dengan gendang mereka, dengan bendera besar mereka, berdiri dan bersorak tanpa henti selama 90 minit. Semuanya demi Malaysia yang tercinta. Demi Harimau Malaya.

Para "pengacau" ini membuktikan semangat kenegerian dalam bolasepak hanya sekadar bila berlangsungnya aksi Liga Malaysia. Bila tiba masa untuk Harimau Malaya, semua bersatu memberi sorakan. Tak kira lah dari Selangor, dari Kelantan, dari Negeri Sembilan, dari Kedah, dari mana-mana negeri pun, semua "pengacau" ini bersatu. Jelaslah, kalau Datuk nampak, bolasepak lah merupakan alat perpaduan yang terbaik untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Nak harapkan politikus dua-dua belah, melingkuplah jawabnya. Berpecah-belah lah jawabnya.

Saya malas nak cerita panjang. Cukuplah gambar-gambar di bawah dari "pengacau bolasepak" istimewa untuk Datuk Menteri yang dulu pernah berbuih mulutnya masa berdebat.









Ada sambutan khas untuk penyerang Safee Sali yang akan berhijrah ke Pelita Jaya FC tidak lama lagi. Pelik juga saya Datuk, macam mana penyerang bolasepak lebih berminat berlari ke arah "pengacau bolasepak". Pelik saya, kenapa dia tak pergi ke grandstand tempat VIP saja??? Lagi satu, masa ni ada bakar flare, tak ada pula saya dengar orang mati atau cedera parah masa ini. Ke Datuk tak tahu beza mana satu flare dan mana satu mercun?





Itu saja mengenai "pengacau bolasepak" khas untuk Datuk. Kalau Datuk tak tahu, semalam Malaysia menang 2-0. Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal yang jaringkan. Kalau Datuk tak tahu lah, kalau dah tahu bagus lah. Bagus sedikit saja.

Akhir sekali, kalau Datuk nak tahu, "pengacau bolasepak" ini ada nama. Dari seluruh negeri-negeri di Malaysia, "pengacau bolasepak" ini bersatu. Nama mereka Ultras Malaya. Sekian.

Tuesday, February 8, 2011

Safee ke Pelita Jaya

PENDEKAR GUNUNG PARANG!

"Kami udah main bagus tapi nggak ada yang bisa mencetak gol, kami butuhkan penyerang", ujar pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Pelita Jaya ketika diminta mengulas perpindahan Safee Sali dari Selangor ke Pelita Jaya.

Memang sekali dengar nama kelab bola Pelita Jaya ni pesen tak boleh pergi jauh, ala-ala kelab Melodi Jaya dari Johor pun ada. Tapi jangan buat gila, nama besar 70-80an Mario Kempes dengan Roger Milla pernah main kat sana, kemain lagi! Harap-harap Safee boleh jadi legend macam Kempes jugak nanti, jangan kempis pancit sudah.

Kelab yang turut diperkuatkan oleh 4 pemain import lain (2 orang Jepun, 1 Argentina dan 1 Mali) ni dah 125 tahun wujud di muka bumi, hebat sungguh bunyi dia. Tapi setakat hari ni, Pelita Jaya belum pernah menang gelaran liga, ok, dah tak hebat kan bunyi dia? Selepas 13 game, Pelita Jaya menang 3 kali, seri sekali dan kalah 9 kali, ok, makin tak hebat bunyi dia. Dalam 13 game tu, Pelita Jaya score 13 biji dan bolos 19 biji, pun tak berapa sedap bunyi dia. Dan lagi buat tak sedap, Pelita Jaya sekarang ni adalah team tercorot Liga Indonesia di tangga ke 15, makin tak hebat kan bunyi dia? Sabar..sabar.

Ok, tak payah kesah sangat corot ke tak corot, cerita dia Safee sahih pergi Pelita Jaya, bukan pergi pekena nasi kandar Pelita kat sana, tapi pergi main bola. Leaks yang kami dapat, Nasi Kandar Pelita tiada kaitan dengan Pelita Jaya FC, malah tiada langsung restoran nasi kandar tersebut yang dibuka di sana. Jadi harap-harap tak ada peminat yang menuduh Safee pergi ke Pelita Jaya kerana dipengaruhi faktor nasi kandar, desas-desus tersebut adalah tak betul dan tak logik sama sekali.

Tiada kaitan sama sekali dengan Pelita Jaya.

Di sana beliau bakal menyarung jersi bernombor 10. Dari sudut posotif, liga Indonesia lebih kompetetif dengan adanya pemain import. Dari situ Safee boleh banyak belajar daripada mereka samada daripada pemain Pelita Jaya sendiri atau pemain import pasukan lawan. Dulu pun masa zaman semi-pro bola sepak Malaysia, pemain kita main sedap-sedap tak banyak sikit sebab banyak bergasak dengan pemain import dalam liga Malaysia sendiri. Sebut Alistair Edwards, Abbas Saad, John Hunter, Olubunmi Adigun, John Janostak, Alan Davidson, Scott Ollerenshaw dan bla bla bla ramai lagi yang gua ingat sampai sekarang, siapa tak kenal? Sebab mereka juga lahirnya ramai pemain tempatan handal-handal masa tu hasil saingan dan tunjuk ajar, skil dan pengalaman yang dicedok daripada pemain import.

Hujung minggu ini, Selangor lawan KL, ramai-ramailah penyokong Selangor dan peminat Safee pergi beri sokongan. Jangan bakar jersi Pelita Jaya yang ada nama Safee Sali sudah. Itu pesen orang tak boleh terima kenyataan, pesen tak berterima kasih dan tak matang. Oh lupa, itu pesen penyokong Liverpool, jangan ikut, tak molek.
 Semoga semuanya bagus-bagus untuk lu Safee! 
Khabarnya gaji beliau di Pelita Jaya nanti cecah ribuan juta, gila babi tau!

Old Firm Gangster

Aumm. Ini shuffle Celtic punya style yoww Diouf!

Old Firm derby, antara greatest football derby di mukabumi selain Merseyside derby, Manchester derby yang bakal berlangsung minggu ni , Istanbul derby antara Galatasaray vs Fenerbahce mahupon 'Klang Valley Derby' pada 12haribulan ni yang menjadi game trakhir Safee Sali sebelum berhijrah ke Pelita Jaya. 

Old Firm derby ni boleh tahan dahsyat jugak. Perseteruan Celtic-Rangers ni bukannya sekadar mengenai bolasepak. Ianya lebih daripada itu sebenarnya. Old-Firm derby sering dikaitkan dengan sectarianism. Apa itu sectarianism? Mengikut apa yang ditranslatekan oleh Google, sectarianism bererti sektarianism. Fark, tak boleh harap sangat google translate ni. Senang citer cenggini lah, sektarianism ni macam perseteruan antara mazhab; macam Syiah-Sunnah atau Protestant-Catholic.

fan Rangers dikenali dengan pengibaran Union Flag manakala fan Celtic setia dengan mufler hijau-putih yang sinonim dengan Irish tri-colour 

Di Old Firm derby, kerap berlaku pergaduhan antara golongan Protestant (Rangers) dan juga Catholic (Celtic). Ia juga berkait dengan fahaman politik mereka dimana kebanyakan penyokong Rangers iaitu penganut Kristian Protestant adalah secara tradisinya menyokong British Unionism.Sebaliknya, penyokong Celtic (penganut kristian Catholic) kebanyakkannya adalah berketurunan Scottish-Irish. Tapi buat masa ini perseteruan Old Firm derby ini tidaklah se-ganas seperti perseteruan tahun 80'an (berlaku rusuhan dalam padang ketika final Scottish Cup ini berlangsung, Celtic menang 1-0). Malahan ketidakganasan Old Firm derby ketika ini dapat dilihat dengan adanya fan Rangers dari golongan Catholic dan begitu juga sebaliknya.

Ahh apehal pulak aku cerita pasal mazhab-mazhab ni. Ini bukan blog serbanitas, ini bola bola. Yang sebenarnya aku nak cerita pasal 2 orang gangster di Galsgow ni iaitu El-Hadji Diouf dengan Scott Brown. Siapa tak kenal Diouf ni. Dia ni antara badboy@villain yang aku minat selain Vinnie Jonnes. Insiden ludah-meludah gocoh-bergocoh dah jadi lumrah hidup abam Diouf ni. Tapi jika lu ingat Rangers sudah cukup gangster dengan adanya Diouf, lu silap. Dekat Celtic juga ada gangster mereka iaitu kapten mereka tersendiri, abam Scott Brown. Abam Brown ni punya gedebe buleh tahan ganas; pernah menganjing fan Reading serta menujah kepala beliau terhadap Kyle Lafferty, pemain Rangers. 

Dan baru-baru ni ada Old Firm derby, 5th round Scottish FA Cup. Rangers mendahului seawal minit ke-3 melalui Jamie Ness sebelum disamakan Celtic menerusi Kris Commons. Rangers kembali didepan menerusi penalti Steven Whittaker pada minit ke-41. Dan topic kita hari ni berbicara mengenai gol penyamaan Scott Brown pada minit 65, ekceli bukan gol yang nak diceghitakan, tapi celebration gol beliau yang cukup sinis nganjingannya.


(0.15), lu memang lejen Brown.

Kalau lu orang ditempat Diouf, tipu la kalau lu orang tak pissed-off. Tapi Diouf tak seperti kebiasaannya, kali ni beliau rilek dan tenang setenang pilihanraya kecil tenang (Fatty Rangers menang kalahkan ustazah Celtic, kah kah). Malah Diouf menempelak kembalik Brown dengan mengatakan  “I refused to react. Why should I react to him? Nobody knows him – I’m too big and strong for him". Lu respek la Diouf ni sikit Brown, dia 2002 World Cup All-Star kau tahu tak!

Scott Brown, lu memang silap besar kalau lu buat cenggini depan Halim Napi.

*muka Brown tu memang tak menahan aku tengok, macam ultraman pon ada.

Kitorang mana layan menang satu kosong, dua kosong bhai.

Lionel Messi, The Magician - 24 Gol La Liga.

citer banyak tak gune, cer layan video ni.



Sunday, February 6, 2011

6th Feb 1958 - Munich Air Disaster





Ya - semalam tau la Manchester United kalah first time dalam season ni,sedih-sedih kalah dengan Wolverhampton Wanderers tapi none of Manchester United's fan ever mentioned pasal benda ni.Paling memalukan - benda ni diberitahu oleh member gua Johan - seorang Liverpool.

Sebagai bekas fan Manchester United - aku sentiasa menyambut hari 6 Februari ini dalam suasana hiba.Masa kecik dulu - bapak aku pernah cerita tentang kehebatan Busby Babes dan akhirnya kapal terbang terhempas di Munich.Cerita ini membuatkan aku selalu bermurung setiap tarikh 6 Februari sehingga gua dihalau oleh fan Manchester United dalam forum Myspace.

Dah 2 tahun aku tak menyambut hari ini.Mungkin dikalangan fan Manchester United memanggil aku katak,lalang,pelompat parti atau apa jua gelaran - tapi aku tak pernah lupa tarikh ini.Seperti mana aku menulis puisi kepada Heysel dan Hillsborough kepada Liverpool satu masa dulu - sudah pasti aku akan menulis puisi kepada mereka yang terkorban pada hari itu.

Sudah pastinya jika Duncan Edwards,Roger Byrne,Geoff Bent,Eddie Colman,Billy Whelan,Tommy Taylor dan lain-lain ini tidak terlibat dalam kemalangan ini - pada aku mungkin Real Madrid tidak menyapu bersih lima kali juara berturut-turut.Ini bukan aku je cakap - semua orang cakap termasuk fan Real Madrid sendiri.

Salam salute kepada mereka yang terkorban - dan kepada fan Manchester United - jangan ignore tarikh ini.Jika tanpa mengingat sejarah - kita akan jadi lupa diri.

The Martyrs of Manchester

The martyrs of Manchester
Choking in a debris,smoke and fire
February sixth chill cold winter
The day that change the club forever

May all of you rest in peace forever
In a heaven where there's a green green football pitch grass
The martyrs of Manchester
You're the best - from the first til the last

You'll never forgotten
By your teammates and club fan
The best Manchester United team ever had
It's a day that they're should be sad.

Cheers,peace!

Satu, Dua, Tiga dan Empat. eh empat??????

4 sama dowhhh!!!!!Bangangnya!!!!!!


Kalah buat pertama kali musim ini memang perit
Tapi seri selepas mendahului 4-0 lebih perit, pahit dan jimbit

Kalah dengan team no. 20 memang sukar untuk diterima
Tapi seri dengan team no. 10 selepas mendahului 4-0 lagilah sukar untuk diterima

Gagal pertahan rekod tanpa kalah memang sadis
Tapi kalau kali terakhir menang piala beberapa tahun lepas memang lagi sadis dan boleh berkudis

Naik bosan pegang trofi EPL, ki ki ki


Additional time- Masih #1 dan dijangka hingga ke akhir musim #1. erk erk erk