Friday, December 31, 2010

APADAHAL?

Liverpool kalah tempat sendiri dengan Wolves?

Kesian yo?

Sekarang demam Harimau Melaya beb

Boo EPL sekarang ni

Kesian yo?

Suara gua pun hilang angkara meraikan kejayaan pasukan negara

Bab air mata gua menitis tu jangan kata lah,

Memang sweet habis


Sekian dari gua, wakil Liverpool dan Selangor

Tahun Baru, Azam Baru, Kelab Baru

Ding dong... loceng rumah berbunyi.

Shahrul berkejar untuk membuka pintu rumah.

"Baguslah kau selamat sampai. Seronok bercuti dekat Langkawi?" tegur Shahrul.

"Bolehlah tahan. Ni aku ada beli jersi M.U" balas Farid.

"Aikk. Bukan kau fan Liverpool?"

"Walewe, tahun baru, azam baru la. Aku beli tiga helai. Satu untuk kau, home dan away untuk aku. Member cam kau, aku ingat"

"Hehe.Terima kasih. Bagus-bagus. Welcome to club"

"Okaylah aku mahu masuk bilik"

Farid berjalan megah ke kamarnya.

Sebaik sahaja dia membuka pintunya, dia senyum puas.

"Banyak kerja aku kena buat ni" desus dia dalam hati.



Cadar bakal jadi langsir.
Sarung batal jadi pengelap lantai
Tabung duit bakal jadi astray.
Poster Torres bakal jadi kapal terbang kertas.

Walawe!

Thursday, December 30, 2010

.tawaran kerja [pengulas Chelsea]




Kami sudah kumpul penyokong dari kelab-kelab ternama dunia untuk menyerikan lagi Sokerleaks ini, tapi setakat aku menulis entri ni masih belum ada lagi penulis dari kelab penyokong Chelsea yang mendaftarkan diri. So di sini aku nak buat satu tawaran kerja untuk sesiapa yang berminat menjadi penulis bagi Chelsea FC (ex-klasemen).

1. Fasih berbahasa Melayu dan mampu menulis entri dengan baik (baca: mudah dibaca)

2. Bukan dari suku kaum Indogs.

3. Menyokong Chelsea hingga mati. Kalau yang jenis Post-Avramovich baru nak sokong Chelsea amatlah tidak digalakkan.

4. Mempunyai teknik menganjing pasukan lawan yang tinggi.

5. Tahu apa pekerjaan Claudio Ranieri semasa di Chelsea dulu.

6. Tahu klasemen bermaksud apa, dan bekas klasemen tu apa.

7. Sekurang-kurangnya tahu bila adanya match Arsenal vs Chelsea, itu adalah match derby.

8. Kenal player Chelsea dengan sekali pandang, walau seberapa Essien/Obi Mikel pun warna kulitnya.

9. Tak pernah suka dengan Benayoun. Bola-bola jugak, tanggungjawab agama membenci Israel kena utamakan.

10. Tidak mudah emosi bila menulis sesuatu entri.

11. Sanggup bekerja lebih masa.

12. Gaji permulaan boleh dibincang

Aku saja letak ada gaji permulaan, sebab ramai penyokong Chelsea ni mencurah-curah datang sokong Chelsea lepas Avramovich ambil alih. Hasselbaink apa jadah pun tak kenal.


Jadi anda rasa anda layak? Anda boleh apply sekarang dengan gambar berukuran passport beserta sekeping gambar posing di tepi kolam renang ala-ala majalah Mangga ke pihak kami untuk dipertimbangkan.

Oh ya, penulis dari kalangan gadis adalah diutamakan, terutama yang berparas rupa ala-ala yang cameraman Final AFF Suzuki semalam selalu zoom in.

Janji Hodson


Saya akan bawa Liverpool ke persada liga sebelum tengah tahun ini.


Saya akan bawa Liverpool ke top 4 sebelum Krimas ini.


Saya akan bawa Liverpool ke top 10 sebelum tahun baru.


SAYA AKAN PASTIKAN LIVERPOOL TAK KE DIVISYEN DUA.



Sebenarnya dia patut;

Saya akan pastikan saya tak kene 'reject' macam Benitez. Kikiki.


kitorang SERI weh!!!

dengan latihan yang gigih, kami Skuad Malaya telah berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010.




walaupun seri kitorang tetap berbangga dengan Skuad Malaya. - Pemain Arsenal.


gua la penyelamat team gua tempoh hari. kui kui kui - Bowyer, Birmingham City.




















sementara di Anfield.




"deme loni tak supo mulo"

Ini Tahun 2010!


sambungan dari entry "Itu Tahun 1992".

26 dan 29 Disember 2010 - hari dimana seluruh rakyat Malaysia riuh-pikuk di serata segenap negara.Dalam keriuhan tu - seolah-olah aku tengok rakyat Malaysia dalam kerinduan dalam menonton bolasepak sebenar yang klasemen tanpa bersandarkan pada kenangan.Ya - selalu kalau nak bercerita tentang bolasepak sebenar Malaysia yang klasemen - selalu mesti open cerita lama - sandarkan pada kenangan.

Ingin sekali gua menyentuh peristiwa yang berlaku kira-kira 18 tahun yang lalu.Kalau masa tu budak dilahirkan sekarang dia dah boleh bawak kereta.Ya - tahun itu Malaysia menang Piala Thomas.Lawan yang sama - Indonesia.Sememangnya dari segi politik dan sejarah - Indonesia dan Malaysia adalah rivalry yang cukup ketat sekali walaupun gua adalah peminat setia Nia Ramadhani.Indonesia dan Malaysia boleh gua katakan ada relationship yang "bittersweet" - rivalry hasil dari Konfrantasi Ganyang Malaysia Bung Karno,soal Pulau Sipadan,soal tarian dan kebudayaan,soal amah dirogol menteri sehinggalah soal laser.Semua benda pun nak rival.

Ya - Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992.Ada aku selitkan cerita celoteh gua kat link kat atas.Ya - itu tahun 1992.Tahun Malaysia menang Piala Thomas.Bila kali terakhir Malaysia menang Piala Thomas?Yeah - I still can feel the hype there.

So - bila riuh-riuh tahun ni mengingatkan aku terhadap 1992 - menentang negara yang sama - dan menang - lantas aku terfikir,apakah skuad bolasepak negara akan jadi sama macam skuad badminton negara.Menang sekali Piala Thomas lepas tu dah tak menang-menang dah?Dan terus bersandarkan pada kenangan tahun 1992 semata-mata.At least videoklip "Jika Kau Fikir Kau Boleh" selama 18 tahun gua hampir muak tengok video Piala Thomas 1992 - kita dah ada hero baru - team bola sepak Piala Suzuki 2010.Kalau dulu hero kita Rashid Sidek sekarang kita ada Safee Sali.Atau Khairul Fahmi mat jambu(first time gua dengar goalkeeper lagi famous dari striker).

Sepanjang 180 minit ++ dua perlawanan akhir - di Bukit Jalil dan Bung Karno - gua hanya menonton di office.Gua tak tengok kat mapley,kat kedai tomyam mahupun kat restoran ayam penyet.Masa 1992 pun gua tengok kat rumah je sebab zaman gua darjah dua mak aku akan sebat aku kalau kantoi keluar rumah malam-malam.Dan ya - kita menang Piala Suzuki dan aku percaya piala ini akan diusung sana-sini seluruh negara - macam Piala Thomas.At least Piala Thomas Malaysia menang lima kali - ni baru sekali - and football is the most popular sport in Malaysia - gua rasa hype dan impaknya lagi besar kot.

Anyway pasca-menang Piala Thomas 1992 - gua tengok ramai anak muda,dari tadika sampai ke tua kehulu kehilir bawak raket badminton.Semua orang menjadikan badminton sebagai trend.Semua orang menjadikan badminton sebagai hobi masa lapang.Hampir 90 peratus member-member gua kat sekolah masa itu menulis "badminton" sebagai hobi masa lapang.Gua je loser mengumpul setem.Dan walaupun Piala Thomas adalah Piala Dunia manakala Suzuki hanya peringkat rantau ASEAN - gua percaya hypenya jauh lebih besar dari Piala Thomas.Despite masa Malaysia menang Piala Thomas 1992 - stadium bolasepak - terutamanya gua Selangor,masih lagi penuh walaupun masa tu relegate ke Divisyen 2.Oh ya time tu Pahang juara double Piala Malaysia dan Semi Pro.

Cuma gua harap lepas ni - sama seperti semasa Malaysia menang Piala Thomas - bolasepak tak ditinggal - macam tu jugalah rakyat Malaysia sekarang melayan badminton nanti.Dan gua harap sukan-sukan lain juga - macam hoki juga pun bagilah sokongan juga.Dan gua harap kepada fan Indonesia yang nak bitter rivalry tu sangat tolonglah jangan emosional sampai nak bermaling-maling bagai.In fact maling pecah rumah time raya kat Malaysia ni banyak dari negara mana - oops,gua malas nak cakap.Kang dianggap provokasi pulak.

Dan gua harap lepas ni - Malaysia tak perlu tunggu selama 18 tahun nak mainkan lagu "Jika Kau Fikirkan Boleh" dengan berlatarkan Safee Sali dan skuad bolasepak Piala Suzuki - macam 18 tahun yang lalu video Piala Thomas 1992 saja.Mana tahu - satu hari nanti hoki Malaysia dapat jadi juara dunia.Atau mungkin bola baling.Mungkin bola tampar.Ragbi?Kalau dapat body macam Jonah Lomu rakyat Malaysia ni boleh kot.

Tahniah dari aku kepada pasukan bolasepak Malaysia dan K Rajagobal sebagai manager.Honestly,gua rasa team macam Thailand sibuk angkat Bryan Robson,si Indonesia angkat Alfred Riedl,Filipina Mcmenemy,Vietnam pun ambik Portugal,Singapura lagi bangsat ambik pemain-pemain sekali import - dan juga tak lupa juga Cristiano Ronal..eh,Gonzales(itu kata Hasbullah Awang) yang merupakan dari Kabupaten Montevideo Propinsi Uruguay Selatan.Malaysia semua ambik dari local talent - termasuk K Rajagobal sendiri.Poyo jugak gua tengok team ASEAN nak berimport-import ni.

So - keep up the good work and remember,jangan jadikan Suzuki Cup ni macam skuad Piala Thomas 1992.Dapat Datuk,dapat tanah,dapat duit dapat kereta - last-last 18 tahun nak tunggu jadi juara - tak juara-juara.

p/s:We are the champions my friend,and we keep on fighting til the end.We are the champions,we are the champions,no time for losers because we are the champion - Farrokh Bulsara.

gua still mengidam nak tengok dada julia perez








okay,singapore dah menang 3 kali..

thailand pon dah menang 3 kali..

vietnam entah macam mana dah menang sekali jugak..

malaysia dah menang sekali dan bakal menang banyak kali lagi..

persoalannya sekarang bila last indonesia menang trofi ni?




indonesia ni lebih kurang level liverpool je rupanye..keh keh keh..

Preview: Chelsea vs Bolton

Khairul kembali ke Kem The Blues


Khairul Fahmi, 21 tahun. Dijangka terus menerus ke Stamford Bridge dengan jet peribadinya. Fahmi selama ini berada bersama negaranya, Malaysia.

Ancelotti mengulas tentang kekalahan pasukannya pada Arsenal adalah disebabkan ketiadaan Fahmi.

"Kami terpaksa melupakan khidmat Fahmi (Khairul Fahmi)" di satu sidang akhbar.

"Kami terpaksa menggunakan penjaga gol kedua kami iaitu Petr Cech"


Khairul Fahmi selama ini berada bersama skuad negaranya untuk kempen Piala Suzuki. Beraksi dengan cemerlang sehingga membantu negaranya menang 4-2 dengan pasukan Indonesia.

Kami berharap Fahmi dapat bersama kami pada malam nanti- Lampard.


Indogs.




Jumaat ni cuti tak payah jaga pintu pagar. Happy la sikit.

Semoga Berjaya!



Saya sudah berjaya. Kamu semua bila lagi?


Raja, beritahulah rahsia kejayaan kamu tu...


Molek bebenor kalau kongsi rahsia taktikal kamu.


Pesen mintak bantuan manager lain, keh memang tak berkenan.



Sudah-sudah la. Tim guwe bakal menang. LOL.




Wednesday, December 29, 2010

warkah berlagu pilu.

pesen buat cewek Indon menangis.


keh keh keh. gua harap dengan kejayaan ni, Safee Sali dan rakan-rakan yang lain dapat 'epruf' gua dalam pesbuk.


"macam biasa, malam ni KTV. lagu Warkah Berlagu Pilu. Ok?"