Showing posts with label manchester united penghutang terhebat. Show all posts
Showing posts with label manchester united penghutang terhebat. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Man of the Match Man United vs Chelsea - HOWARD WEBB



Howard Webb bersama rakan sepasukan meraikan jaringan Javier "Chicharito" Hernandez dalam perlawanan menentang Chelsea semalam. Howard semalam menjaring 2 gol selepas United ketinggalan 3-0 dengan pasukan Chelsea. Fernando Torres, walaupun perlu bertemu dengan akak netball untuk ingatkan dia jaringkan gol, memberi assist cantik kepada Juan Mata untuk jaringan kedua.

Sementara itu, Howard Webb ketika ditemui berkata, "saya cukup berbangga dengan United malam ini, kerana hari ini kita mengenangkan kejadian Munich Air Disaster, saya cukup bangga menjaringkan dua gol. Semoga selepas ini, Alex Ferguson akan turunkan saya dengan lebih kerap lagi."

Sementara itu, tidak dikesan pula mana dia Ramli. Di game Man United pun dia tidak kelihatan, di game Malaysia vs Bahrain pun tak kelihatan.

Memalukan abah betul lah kau ni Ramli.



Sekadar melopong sambil makan sandwich udang di Old Trafford.

p/s:RIP to all Busby Babes Munich Air Disaster tragedy - from Liverpool fan.

Geoff Bent
Roger Byrne
Eddie Colman
Duncan Edwards
Mark Jones
David Pegg
Tommy Taylor
Liam "Billy" Whelan

Flower of Manchester

Wednesday, April 20, 2011

Antara Hashtag,Slogan Bola dan juga Maksud Sebalik Slogan.

Baru-baru ini aku bertweet sambil menonton Arsenal vs Liverpool.Sesungguhnya Twitter kini adalah Tuhan bagi segala internet sekarang - sila jujur dengan diri sendiri,timeline masih laju tatkala maghrib.Isyak,lupakan - time tu lagi laju.

Adapun begitu - menonton Arsenal vs Liverpool ini diselitkan juga dengan acara bakar membakar dan hanjing-menghanjing.Game sengit macam ni mesti ada acara pembakaran terbuka di Twitter.Jadi - berlambaklah hashtag-hashtag yang menunjukkan sokongan seseorang.

Paling common ialah #GGMU dan #YNWA.Ini ketara kerana inilah dua kelab paling popular di Malaysia dan dunia.Manchester United mempunyai 300 juta orang penyokong di dunia ini manakala Liverpool pula ada 180 juta orang.Pun begitu hashtag #YNWA ini tidak hanya digunakan oleh Liverpool,sebaliknya Celtic FC yang mempunyai 18 juta penyokong turut menggunakan hashtag tersebut.

Tiba-tiba aku ternampak hashtag #IAWT.Apakah ini?Apakah ini syarikat Indah Water punya hashtag?Oh bukan - rupanya ini hashtag untuk fan Arsenal - In Arsene We Trust.Macam tu rupanya - aku pun ooo panjang.Chelsea punya paling tak cool punya hashtag - #KTBFFH - lapan ratus kali aku garu kepala nak fikir.Rupa-rupanya Keep the Blues Flag Flying High.Sayang fan West Ham tak ramai kalau tak - ada hashtag #IFBB - I'm Forever Blowing Bubbles.

Sebagai fan Selangor aku pun initiate hashtag untuk Selangor - #MKLK atau Merah Kuning Lambang Kebanggaan.Kalau Kedah pulak patut guna #BJJK - Biar Jasa Jadi Kenangan.Dan fan Barca juga menggunakan hashtag #MQUC untuk menunjukkan bahawa mereka fan Barca - Mes Que Un Club.

Jadi,apakah maksud slogan-slogan ini dan diharapkan semua berfikir sejenak kenapa penyokong-penyokong pasukan ini memilih slogan ini.



#YNWA - You'll Never Walk Alone.

Hashtag yang digunakan oleh penyokong Liverpool dan Celtic.YNWA ini hampir semua fan Liverpool tau ringkasan ini kecuali seorang fan yang aku jumpa kat Facebook - pakai jersi Liverpool tapi tak tau apa itu YNWA.Dan slogan ini - You'll Never Walk Alone - bermaksud setiap penyokong Liverpool adalah bersaudara dan tidak akan ditinggalkan berseorangan.Ini adalah slogan paling sosialis dalam kelab bola sepak.Sebab tidak ada siapa yang akan ditinggalkan di belakang - dan tidak ada siapa yang boleh berjalan depan bajet star.Semuanya bersatu hati dan bekerjasama untuk maju.Jatuh bangun,walau berhadapan peristiwa Heysel dan Hillsborough - fan tetap bersatu hati.Ini baru kelab bola sejati beb!

By the way masa Hillsborough Disaster dulu,fan Celtic organize satu kutipan derma kilat untuk mangsa keluarga 96 orang yang terbunuh tu untuk majlis pengebumian mereka.Dan mereka juga akhirnya membuat perlawanan persahabatan Celtic vs Liverpool di Celtic Park untuk memungut derma untuk pertubuhan keluarga mangsa Hillsborough serta untuk lawsuit menentang The Sun.Nah - lihatlah - ini baru sosialisme sejati.No wonder John Lennon was born in Liverpool.Cool!



#GGMU - Glory Glory Man United.

Kelab ini seperti diketahui - mementingkan kegemilangan.Ini satu teras yang kuat dalam kelab ini.Buktinya - bila pasukan Man United tewas dengan Wolverhampton Wanderers,mereka tidak mempedulikan ulangtahun peristiwa Munich yang berlaku esoknya.Yang disebokkan "babi apasal Vidic tak form cibai,babi cibai Nani kaki lembik la!".Fan Manchester United - yang aku tau paling ramai mengutuk kelab sendiri bila kalah.Dan kelab ini juga penuh dengan gloryhunters.Bila menang baru penuh stadium,atau kedai mapley.Aku berani cakap tahun 2004-2005 time djaman-djaman Ronaldo masih lagi rambut sawang labah-labah dulu - yang datang tengok game MU boleh dikira.Betul tak @arilunited?Kan kan kan?

Tetapi mementingkan kegemilangan ni bagus sebenarnya.Seperti J or Ji berkata bahawa Manchester United sebuah kelab bernafsu untuk menjadi juara.Memang nampak sangat tu.Betul - mereka sentiasa bernafsu serakah untuk menjadi juara.Termasuklah juga beberapa peristiwa aneh seperti "Fergie Time",Howard Webb pemain ke-12 serta ada sahaja ajenda Freemason ni.Aku boleh katakan jika Liverpool ni Soviet Union yang sosialis - Man United ni Amareka.Hutang berjela-jela pun boleh di puncak klasemen lagi.



#KTBFFH - Keep The Blue Flag Flying High

Sekali nampak macam syarikat KTM diperbadankan.Nampak macam BFF best friend forever.Ini hashtag tak jimat ruang - orang empat huruf dia sampai enam.Bajet bagus lah sampai enam.Menang Champions League tak penah pun.Beli striker 50 juta pound dah dekat 700 minit pun tak gol-gol.Nampak sangat Liverpool pandai meletakkan agen provocateur ala KGB dalam Stamford Bridge.Bodoh punya Roman Abramovich - dulu kata pernah hidup djaman Soviet Union,kawan penuh kat KGB,takkan tak nampak ini satu ajenda Liverpool melumpuhkan The Blues ni?

Anyway - kelab ini sangat berbangga dan patriotik serta konservatif.Besides,Parlimen Chelsea and Fulham(nama kawasan parlimen ialah Chelsea and Fulham),adalah dimenangi oleh Parti Konservatif.Warna biru juga selalu diassosiasikan dengan mereka yang beraliran kanan,patriotisme - berbanding rebel warna merah.Sebab tu slogan dia - "Keep The Blue Flag Flying High" tidak ubah macam slogan Hari Kebangsaan.



#IAWT - In Arsene We Trust.

Hashtag ni sekali pandang macam Indah Water.Tapi lantaklah - it's In Arsene We Trust.Apakah maksud slogan ini?Maksudnya ini adalah penyembahan seekor Homo Sapiens yang menggelarkan dirinya sebagai Le Proffeseur - tapi perangai emo mengalahkan sekolah Taski Felda Kerayong III punya pemain.Boleh disenaraikan statement-statement emo si Arsene ni banyak - dari "pemain MU bermain kasar dalam bolasepak"(memanglah main bola kena bergasak,kau ingat ni menari balet?),ke "pemain Leyton Orient bermain anti-football kerana main defend je"(memanglah dah senarai harga player-player Arsenal tu dah boleh beli stadium Brisbane Road tu ha) dan macam-macam lagi "kids says the darnest thing" yang dikeluarkan oleh Arsene ni.

Pun begitu - fan Arsenal terus mendewa-dewakan mamat ni seolah-olah mamat ini adalah seperti Imam Mahdi yang bakal menjadikan Arsenal sebagai juara Eropah pertama dari wakil London.Mereka layak ke final tahun 2006 - tapi relaxlah,setakat layak ke final AS Monaco pun pernah.Well,aku rasa kalau dah 6 tahun tak menang apa-apa,termasuk kalah final dengan Birmingham City,aku rasa korang tak payah lah trust mamat ni.Tukar je la manager baru.Melihat karenah memuja Arsene ini seolah-olah seperti pengikut ajaran Ayah Pin yang sanggup minum air kaki.Bagi kelab yang mempunyai sejarah yang besar macam Arsenal,tak menang satu piala pun hatta Carling Cup - memang perlu ditukar manager.

Liverpool?We won it 5 times..

Lain-lain hashtag:

Barcelona:#MQUC - Mes Que Un Club.Bahasa Catalan bermaksud "lebih dari sebuah kelab".Dan aku tengok fan Barca memang menganggap FC Barca ni lebih dari sebuah kelab bolasepak.Mereka ada pilihanraya umum untuk memilih Presiden kelab.

FAM?Kalau lawan nanti kena tulah.LOL!

Tottenham Hotspurs - #GGTH - Glory Glory Tottenham Hotspurs.Ikut fakta,yang mula-mula guna Glory Glory ni ialah Leeds United masa layak ke final Champions League under Ian Dowie.Kemudian Tottenham Hotspurs pun buat Glory Glory.Hanya pada djaman Ferguson baru mereka guna Glory Glory.Pendek kata,Leeds ni macam Screaming Trees,pengasas grunge - Tottenham macam Mudhoney,tapi yang glamer ialah MU - macam Nirvana.

Selangor:#MKLK - Merah Kuning Lambang Kebanggaan.Slogan ni menunjukkan anak watan Selangor memang bangga dengan pasukan Red Giants ni.Cerita-cerita bega macam nak letak bintang kat jersi padahal baru menang sekali,cerita menang treble tapi gunakan khidmat mat Afrika ni tak payah.Gabungkan seluruh kejuaraan Piala Malaysia seluruh Semenanjung - vs Selangor 32 kali,still tak boleh beat.32 kali beb - ini baru klasemen.Sebab tu siapa yang pakai jersi merah kuning harus berbangga.

Monday, April 4, 2011

Minggu Ini Dalam Cempiens League.



3 manager - Jose Mourinho,Carlo Anchelotti dan Alex Ferguson sedang memburu kejuaraan kali ketiga sebagai pengurus.Pep Guardiola pula memburu kejuaraan kali ketiga sebagai pengurus dan pemain(tahun 1992).Shakthar Donetsk memburu kejuaraan untuk Eropah Timur setelah kali terakhir tahun 1991 oleh Red Star Belgrade.Schalke 04 pula mahu memecah tradisi Bayern Munich selepas pasukan Jerman selain Munich - Borussia Dortmund berjaya lakukan pada tahun 1997.Internazionale mahu menjadi pasukan pertama sejak tahun 1990 berjaya mempertahankan kejuaraan - iaitu pasukan musuh setempat AC Milan.Dan Tottenham Hotspurs mahu mencuba pasukan England pertama yang first time masuk terus juara - kali terakhir dilakukan oleh pasukan sang genius Brian Clough - Nottingham Forest pada tahun 1979.

Kepada semua,selamat berjaya.
Dari Bob Paisley.

Yang juara 3 kali as manager.Satu-satunya setakat ini.

Wednesday, March 16, 2011

Ya Ustaz Al Mufti - Ini Hukumnya Apa Ya Tuan Sheikh?



Terima kasih kepada seorang sahabat - kerana menemui ajenda FREEMENSEN yang menyesatkan umat manusia - nampak ini tuan-tuan - ajenda MENCESTER UNITED nampaknya dah menular terus menusuk ke dalam masyarakat seperti kuman HIV yang membunuh sel-sel imun badan.Lihatlah - kahwin pun sekarang nak diletak logo MENCESTER UNITED.Ingin bertanya kepada Mufti Johor Noh Gadot - ini apa hukumnya ya tuan sheikh?



Sekurang-kurangnya fan Liverpool jujur - mereka mengaku mereka kominis.Banner ni cool by the way - gua nak print dengan This Is Good baju ni nanti.

Saturday, March 5, 2011

Apabila Seorang Lalang Bersuara...


Lalalalalalang..bertiupan..


Nami aka Cob Nobbler aka Holden Caulfield aka @comradenami aka Nami-O-Fish mempunyai reputasi yang sangat buruk dalam arena bolasepak - mamat ini digelar mamat pelompat parti,Ibrahim Nami(konotasi Ibrahim Ali),lalang,tak tetap pendirian,Nicolas Anelka(sebab dia suka tukar kelab),seorang yang tidak boleh dipercayai tentang kesetiaannya sebab dia memang bullshit.Well,tetapi - tidak seperti lalang ini ditiup angin sebab angin kuat - lalang species Nami ini bergerak dengan MENENTANG ANGIN.Kalau dia ni lalang tipikal - dah lama circa 2004-2006 - dimana Manchester United berada di posisi yang agak sengal - kena main playoff Champions League dan paling malang - tak layak pusingan kalah mati Champions League tu - dah lama dia blah.

Semua pembaca blog Teh Tarik Gelas Besar yang baca dari hujung ke pangkal ni kalau baca tentang Manchester United akan faham kenapa mamat Ibrahim Nami ni lompat dari satu kelab ke satu kelab.Dari peminat tegar Manchester United sampai cover body scooter sanggup spend sampai beratus-ratus ringgit untuk buat design Manchester United - sehingga malaon Nami ni sanggup meletakkan King Kenny sebagai ikon avatar Facebook dan Twitternya.Ada tiga sebab kenapa malaon Nami ni meninggalkan kelab setan merah ni - definitely bukan kerana Mufti Johor Noh Gadot melarang umat Islam pakai jersi berlogokan setan sebab perangai si malaon ni pun dah macam setan.Tapi tiga perkara utama yang dia blah - hutang Malcolm Glazer,Dimitar Berbatov dan juga yeah,glory hunters.

Yeah - Nami pernah menulis tentang fake cheap Manchester United fan yang tak tahu siapa itu Eric Cantona.Boleh tak anda bayangkan - itu macam penyokong UMNO tapi tak kenal siapa itu Najib Tun Razak.Banyak juga fakta yang dia kemukakan yang dia sendiri encounter - seperti berjumpa dengan fan yang tak kenal siapa itu Matt Busby,fan yang tak kenal siapa itu Andrei Kanchelkis dan juga fan yang tak kenal siapa itu Massimo Taibi aka goalkeeper paling bangang di dunia.

Nami ni dulu masa djaman MySpace masih berkuasa - mengasaskan satu group MySpace yang diberi nama United Sampai Mati,which is mati awal kerana ada satu krisis.Well,Nami buat group ni sebab ramai fan MU dari Malaysia kena buli dengan fan-fan dari England kerana bahasa Inggeris mereka sangat teruk dan sampai satu tahap kena buli psiko tahap gila babi.Ye la - kau nak tulis kat dalam group England dengan guna bahasa tahap Zainuddin Maidin - memanglah kena kutuk memanjang.So,atas dasar "kami bangga kami anak Malaysia..uwoouwooo..uwoouwooo.." - Nami mengasaskan group Manchester United versi Malaysia.

The thing is - despite be a Manchester United fan at that time,Nami masih respect dengan culture menghormati fan lain.Apabila Eduardo Da Silva patah kaki dahulu - Nami mewakili Manchester United Malaysia menghantar kata-kata "Get Well Soon" kepada fan Arsenal.Apabila Liverpool menang Champions League pada tahun 2005 - Nami mengucapkan tahniah sambil give a full clap as a sign of respect.Dan tercetusnya krisis - bila pada hari Hillsborough - si Nami - seperti hari Munich - menulis puisi kepada mereka yang terkorban pada hari itu sambil meletak label "Justice For 96" dalam group MySpace MU itu.Oleh kerana sikap diplomatik dan suka berdamai Nami ini - menyebabkan Ultra MU Malaya(yang cerita bega pasal MU macamlah dia pernah makan kat kedai fish and chips Lou Macari kat Salford) - membantah tindakan Nami dan mahu banner "Justice For 96" itu dibuang dari group MU sambil berkata "ini group MU,bukan Liverpool".

Nami menegaskan,ini kerana group Liverpool - telah meletakkan banner "Flower of Manchester" pada hari Munich.Dan sebagai berlaku adil - Nami telah meletakkan banner "Justice For 96" pada hari Hillsborough.Dan sikap itu dilihat secara hostile oleh fan Manchester United Malaya.

Krisis bertambah teruk bila Nami mengkritik Cristiano Ronaldo sebagai "greasy hair diva primadona" apabila mendemand gaji yang lebih tinggi dari kelab.Memanggil Rio Ferdinand sebagai scumbag apabila dia demand gaji yang lebih walhal baru buat silly mistakes lawan Portsmouth dengan menjaringkan own goal.Dan krisis hutang Glazer menyebabkan Nami mengkritik Malcolm Glazer dalam blog sehinggakan ramai yang mengatakan Nami cuba menjadikan Manchester United sebagai "The Socialist Soviet United of Manchester" - dengan meminta semua peminat - yang mengaku "United Sampai Mati" - untuk mengumpul dana seluruh dunia untuk menghalau jembalang yang bernama Glazer ni.

Krisis bertambah dalam group United Malaya ni bila Nami mengkritik tindakan Alex Ferguson membeli Dimitar Berbatov dari Tottenham Hotspurs dengan harga £30 juta.Ini macam membeli Ajinomoto sepeket kecik dengan harga RM30.Tak berbaloi - kerana Nami mengatakan adalah berbaloi untuk maintain Carlos Tevez kerana mamat itu seorang yang rajin dan mampu mengucar-kacirkan pihak pertahanan.Sekarang ada orang argue "eh Nami,kau silap - kau tengok Berbatov sekarang banyak score apa.." but then,bagi aku football is team game.You need pengacau defender untuk jaring banyak gol - kalau tak - takkan that greasy hair bastard boleh jadi top-scorer tahun 2007/08?

Dengan memanggil Alex Ferguson sebagai "old fucking senile" dalam group - mereka semua meninggalkan group itu dan aku sendiri blah dulu sebab aku ada banyak terms yang aku tak bersetuju dengan group ini.For me,idolization of man - penyembahan manusia adalah perkara yang bangang.Kau berdarah merah - so does Alex Ferguson.Alex Ferguson pernah buat banyak mistakes bodoh - admit it - Djemba kuasa dua,Kleberson,Zoran Tosik - and the infamous Massimo "Mess-A-More" Taibi - goalkeeper terbangang di dunia.Admit it - ada masa Ferguson buat kerja bangang.Menyembah diktator yang 26 tahun tanpa menyoal salah-silap adalah ciri-ciri penindasan minda.

Then Nami starts to give up dengan Manchester United because of few things.Macam yang dimention diatas selain - gloryhunters.They can't even spell Tevez right - how can they call themselves - fans?



Fan Manchester United - tak tweet satupun tentang Munich - sampai Paul Dalglish,anak kepada Kenneth Mathieson Dalglish sebelum ayahnya yang kini merupakan manager kepada seteru MU - Liverpool retweet - dan sebelum diretweetkan lagi oleh member aku - seorang lagi fan Liverpool - tentang Munich.Fan Manchester United sekor pun tak tweet benda tu.And be fair - my friends are more Manchester United than Liverpool - and no one tweet about that.Nobody say about that.Nobody write about that - until 6:30pm 6 Februari tahun ni - Sokernet melalui Fdaus Ahmad yang menulis.

Fan MU hanya bising tentang rekod tanpa kalah lebur dengan Wolverhampton.

I mean - how come you say you love this club when you don't know absolutely about it.Macam orang mengaku dia agama Islam tapi tak tau surah yang takde Bismillah surah apa.Macam orang yang mengaku dia fanboy Radiohead tapi tak tau apa itu OK Computer.How can you say that "I bleed Red and United always in my vein" kalau kau tak kenal siapa itu Bobby Charlton,kau tak kenal siapa itu Dion Dublin,atau Gordie Strachan,atau Captain Maverick - Bryan Robson.Dan adalah melampau sampai tak kenal siapa itu Matt Busby.Adalah melampau tak tau apa itu Newton Heath - ini macam penyokong Barisan Nasional tak kenal apa itu Parti Perikatan.You have to know what you love.Kalau tak - you're talking cock with me.

Right now - be a Liverpool fan - adalah kerana observation aku selama ni.Fan Liverpool(yang sejati) adalah fan yang cool dan mencintai kelab mereka sepenuh hati.Mereka kenal siapa itu John Aldrigde,siapa itu Alan Kennedy,siapa itu Alan Hansen,siapa itu John Barnes tanpa merefer kepada wikipedia di dalam BlackBerry.Mereka juga tidak hanya limited dengan Steven Gerrard atau Jamie Carragher,tidak hanya limited dengan Fernando Torres atau Robbie Fowler.Even pemain macam Igor Biscan pun - rata-rata fan Liverpool - walaupun dia muda - dia kenal.Fan Manchester United - ada yang tak kenal siapa itu Giuseppe Rossi.Ada yang tak tau Gerard Pique pernah bermain dengan Manchester United.The worst part - ada yang tak tau Gary Neville sebelum bersara adalah kapten Manchester United.

"Ala Nami,relax la,budak-budak.."

That's make a differ between fan MU dan fan Liverpool.Sorry to say MU fans,budak-budak je fan MU ni.But I have to put my salute to those Manchester United fans who breath at their lungs and knows everything about the club.Yang tu you gain my respect.Yang tak tau apa-apa ni yang aku kutuk.

So - kalau nak panggil aku lalang - lalang bertiup ikut angin.Kalau ikut angin sekarang - Liverpool di nombor 6 - kenapa aku perlu lompat dari team cempien ke team nombor 6 yang tahun depan nak main Europa League pun tak tentu lagi?

Kata orang - kesetiaan ada batas.Bini yang baik dan mempunyai ciri-ciri muslimah yang solehah pun mintak cerai kalau dapat laki bangang dan kaki pukul.Aku bukan bodoh untuk bersama fanboy yang - dah la tak kenal siapa itu Bryan Robson,lepas tu ada hati nak sound aku bodoh sebab aku pays tribute kat Hillsborough victims.

Pendek kata - jangan layan orang bodoh sombong.And this Sunday - I will scream out loud and sing "You'll Never Walk Alone" - whatever the result is.Kalau kena belasah 6-0 pun Liverpool aku tetap nyanyi - sebab at least aku tak bersama orang yang bangang - tak kenal siapa itu Matt Busby tu siapa.

Dan keep on singing your "Glory Glory Man United" songs - which is "Glory Glory Tottenham Hotspurs" come first,which is "Glory Glory Leeds United" comes first 1975 European Cup.

p/s:kepada fan Manchester United yang knowledgeable,please,I beg you please - don't let them bring shame to your great club.This club rich with history - but please - I beg you - berikan mereka pendidikan untuk tidak memalukan kelab dari Salford ni.Please - aku dah give up.Kalau dorang ni bodoh sombong kau bagi tempeleng ayahanda je kat dorang ni.



Dedicate to all poseur gloryhunters Manchester United fan - jangan tepek sticker Manchester United kat moto kau,atau beli jersi - kalau kau tak tau satu hape pun pasal kelab ni.

Thursday, February 3, 2011

Tribute to Gary Neville.



Gary Neville is a Red,is a Red,is a Red
Gary Neville is a Red,
He hates Scousers!


(pfft!Rooney tu Scouse apa lancau pulak?LOL fan MU!)

Berita insan paling dibenci di Anfield Road ini bersara sudah diumumkan pagi tadi.Belum reda cerita Ephiliates of Trachis is Fernando Torres pengkhianat bangsa Scouse,cerita watak pembenci utama Scouse bersara pula menjadi cerita EPL.

Sebagai BEKAS penyokong Manchester United,saya kenal sangat watak si Gary Neville.Dia dan adiknya Phil adalah gandingan adik beradik mantap - semantap Brian dan Michael Laudrup dari Denmark.Gary Nevillelah yang membawa imej Manc sejati sejajar dengan jati diri seorang yang lahir di Bury Manchester.

Semasa beliau dilantik menjadi el kapitan ada juga ramai fan-fan Manchester United terutamanya yang tak tau kedai Banger and Mash Lou Macari kat mana tapi cerita koya pasal Manchester United sangat lebat.Saya merasakan watak Gary Neville ini adalah typical Manc yang saya kenal.Kerana itu Gary Neville dipilih sebagai el kapitan menggantikan Roy Keane.

Gary Neville bukanlah satu imej tokoh captain yang hebat macam Roy Keane atau lebih ekstrem Eric Cantona,dan dia ni takdelah pintar sangat macam Gary haiwan belaan Spongebob,tapi kerana keManchesteriannya itulah menjadikan beliau dihormati di Old Trafford.Kadang-kadang dia ada gak buat lawak bodoh(macam cium badge depan fan Liverpool tapi badge kat tempat lain) atau kadang-kadang nampak cool bila tunjuk jari tengah ke Carlos Tevez.Tetapi itulah sifat Manc yang sejati - cakap lepas.Tengok sahajalah Noel Gallagher - selamba adab kutuk Ryan Giggs dalam konsert yang takde kait mengait dengan bolasepak pun,atau memanggil vocalist Blur Damon Albarn penghidap HIV.

Saya follow Manchester United sejak Bryan Robson menjadi captain.Kemudian Eric Cantona.Kemudian Roy Keane.Dan kemudian Gary Neville.Kini - selepas mengaku murtad dari Manchester United dan bersikap afootballclub(non partisan),melihat penggantinya Nemanja Vidic dengan sikap no-nonsense especially dalam defensive,menampakkan prospek kekuatan Manchester United.Dan diambang diktator-diktator sedang digulingkan di Timur Tengah,Alex Ferguson perlu berusaha keras bagi memastikan diktatorshipnya selama 25 tahun tidak digulingkan dengan revolusi seperti di Tunisia dan rusuhan di Mesir.Dia perlu gembirakan peminat-peminat Manchester United.

Monday, January 17, 2011

Tak Guna Cempien Kalau Hutang Keliling Pinggang



Sikalang aaa..lu minang,minang,minang,tatak kalah manyak bagus...tapi utang wa lu tatak mau bayar..lu ada itu anak amoi manyak cantik..kasi sama saya kasi setel hutang..amacam?

Oleh kerana Berto wakil Tottenham Hotspurs mendiamkan diri atas mulut-mulut fan Manchester United yang tak pernah pun tau apa kedai makan banger and mash paling sedap kat Stretford(taunya lepak mapley bising-bising depan TV je),eloklah aku - sebagai seorang simpatisan Spurs(kerana tinggal di Walthamstow yang jaraknya 3.7 batu sahaja dari Tottenham),mengulas bagi pihak beliau.

Semalam Tottenham menyerang dan menyerang tapi United bertahan dan bertahan.Mungkin kali ini tidak ada gol poyo Nani akibat Gomes yang tidak baca buku peraturan FIFA.

Atau mungkin Gomes tak faham bahawa pemain ke-12,13,14,dan 15 Manchester United adalah referee,dua penjaga garisan dan mamat pemegang nombor substitute.

Kali ini van der Vaart gagal menembusi van der Sar,Peter Crouch hampir-hampir dan Wayne Rooney masih gagal menjaringkan gol sejak kantoi threesome dengan pelacur.

Well,untouchables.Siapa tak bangga team tak pernah kalah - especially bila ada referee yang handy yang sudi membantu.Cuba bayangkan lu berjudi blackjack dengan ramai orang - tapi tukang edar kad tu sebenarnya member kau - macam tu la rasanya Manchester United dengan referee ni.Apa,tuduhan palsu?Alex Ferguson pun dulu kena sidelined ban dari padang?Ah - itu semua drama sandiwara semata-mata.

Hakikatnya Manchester United adalah kelab paling banyak hutang dalam dunia.Satu tahap hutang mereka adalah £1.1 billion(RM5.32 billion).Berapa pinggan nasi goreng kampung boleh beli ni?Berapa gelas nescafe o ais kau boleh beli ni?Berbangga rekod klasemen tanpa kalah tapi hutang banyak tu samalah macam Kak Joyah beli langsir,perabot baru dan rumah paling glamer kat kampung tapi bila orang ketuk pintu cepat-cepat kunci rumah sorok diam-diam.

Sebenarnya berhutang ni normal dalam kehidupan manusia.Siapa-siapa pun ada hutang.Gua dulu pun hutang dengan ex-girlfriend gua C$300 masa aku mula-mula menganggur dulu.Standard la berhutang tu.Tapi masa aku berhutang - aku duduk diam-diam takdelah aku sibuk nak beli BlackBerry ke,beli kereta ke apa lagi nak berlagak.Kalaupun kau menang sesuatu - sesuatu tu harus disambut secara diam-diam kerana malu dengan si pemiutang.

Tapi aku dah settle semua hutang maka boleh la aku berlagak ke apa,betul tak?Sama jugak dengan pelajar universiti - dah hutang PTPTN maka tak boleh bersuaralah menentang kerajaan(which by the way duit tu sebenarnya duit rakyat pun).Tapi aku tak nak mengulas isu ni - ini Sokerleaks bukan Politikleaks.

Anyway - ramai gak yang tertanya macam mana kelab paling terkaya di muka bumi ni dulu boleh jadi kelab paling banyak hutang dalam dunia?Macam mana dulu duit berkepok sekarang boleh jadi hutang berbillion-billion?Apa benda yang korang makan ni sebenarnya sampai hutang macam ni?

Aku pernah explain benda ni dalam blog aku dulu tentang hutang Man United,so aku eksplain lagi macam mana boleh jadi hutang tu.

Ramai yang cakap lepas beli player and that's it.Tak payah fikir lagi kos apa lagi.Sebenarnya selepas juara Premier League tahun 2007 maka sebenarnya masalah ini mula berlaku.Membeli player seperti Anderson dan Nani dengan harga 30 juta pound,kemudian membeli ayam patah kaki Owen Hargreaves harga yang undisclosed(difahamkan cecah jugak 20 juta pound),itu tak termasuk kena kencing dengan agen Carlos Tevez,Kia Joorabchian lagi dan itu satu hal.Tu tak termasuk kenaikan gaji Cristiano Ronaldo dari 80,000 pound kepada 150,000 pound,serta gaji mamat Shrek yang baru up gaji sampai 250,000 pound tapi gol sebijik pun susah benar nak score.

OKlah,pening kepala nak sebut-sebut nombor.Mari aku beri satu analogi yang bagi korang semua senang nak faham apa masalah Manchester United ni.OK - katakan kau nak beli motokar.Tapi kau sebenak apa haram pun tak tau pasal jual-beli motokar.Lepas tu,kau beli pakai hutang.Ini bukan macam kau simpan duit dan pakai duit kau untuk beli motokar - bukan,ini kau hutang orang untuk beli motokar.Lepas tu motokar tu okay - laju tu memang laju,tapi high maintenance.Kau tu cuma penganggur cabuk lepas universiti pemalas nak mampos cari kerja.Memilih kerja high class dengan harapan dapat kumpul duit dan kahwin bini macam Lisa Surihani.Dengan hidup tak bekerja,dengan high maintenance motokar kau - kau mahu terus mengekalkan motokar kau sebab itulah cara kau mengadjust Suriyati awek kilang Indonesia kat kilang elektronik Telok Panglima Garang.Tetapi kegagalan kau bekerja untuk mendapatkan wang menyebabkan hutang kau semakin meningkat dan meningkat.

Memang dalam lumba kereta kau cempien,(Cool jugak perkataan cempien ni untuk digantikan dengan klasemen - baru ada jati diri sendiri),kau cempien lumba motokar tapi tiap kali kau menang je kerja kau bayar hutang.Dan kau bukan hutang Pak Long kau tapi kau pinjam Ah Long yang kenakan bunga 10 peratus setiap bulan.Jadi pada akhirnya,tak guna kau cempien racing motokar kalau akhirnya kerja kau bayar kat Ah Long.

So - pada akhirnya - sementara menantikan pak sheikh Qatar untuk bayar hutang si Glazer ni - cempien tanpa kalah pun apa nak heran.Cempien kalau hutang keliling pinggang pun tak guna.Lain la Daniel Levy seorang Yahudi yang bijak.Malcolm Glazer ni dah la Yahudi tak bijak,lepas tu pemalas pergi sinigog sembahyang kat Yawheh setiap hari Sabtu,Daniel Levy ada banyak back-up dari pelabur Yahudi yang bijaksana dalam bidang perniagaan ni.Si Glazer ni belajar malas,bapak suruh mengaji Torah pergi ponteng main guli tu yang bebal nak mampus.Lepas tu ada hati nak beli MU.

Jadi apa penyelesaiannya?

Selain mengharapkan saudagar Qatar untuk membeli Manchester United,peminat Manchester United sendiri pun boleh beli asalkan ada perpaduan ummah dikalangan kelab Setan Merah ni.Kata united - kenalah united benda-benda macam ni.Hutang Manchester United 1.1 billion pound - dikatakan penyokong Manchester United seluruh dunia ni berjumlah 300 juta orang.Biar aku lakukan sedikit calculation untuk fan Setan Merah ni.

1.1 billion pound bahagi 300 juta bersamaan dengan 3.60 pound.Ataupun RM17.40 sorang satu.Apa kata si deus yang hardcore MU ni ke,pergi calling-calling si Jorji,Fdaus Ahmad dan Nazri Sokernet ni buat kutipan derma sorang RM17.40 setiap sorang di kalangan fan MU.Pergilah kau dari Tanjung Bidara Melaka sampai ke Guangzhou,China,dari Seoul,Korea sampai ke Buenos Aires mintak amount ni.Jangan lebih jangan kurang.Lepas tu kau bagi sekelempuk kat si Malcolm Glazer pastu blah.Lepas ni boleh la korang ni semua berlagak - cempien tanpa hutang.Alah masa aku kat UK dulu 3.60 pound ni macam kudap-kudap je.Kau beli keropok potato chips je dah lepas.Bukan mahal sangat pun.Beli jersi ori kat al-Ikhsan mampu pulak.

Ada lagi satu inisiatif aku kepada fan MU untuk gembira - cempien tanpa kalah dan hutang.



Amalkanlah selalu lepas solat Subuh.Amin.