Showing posts with label leah dizon. Show all posts
Showing posts with label leah dizon. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Asia Untuk Asia!Cempien Asia Yang Awesome.



BANZAIIIIIIIIIIII!!!

Sudah terang lagi bersuluh - Jepang adalah kuasa besar Asia.Tidak ada jiwa di dalam Asia ini yang benar-benar kuat dalam benua ini kecuali Jepang.Jepang adalah satu-satunya negara di Asia ini yang advertising untuk jadi porn star boleh didapati dalam surat khabar atau di iklan-iklan.Jepang adalah satu negara yang sangat awesome sampai siapa yang tengok hentai pun boleh jizz sebab dia punya lukisan yang super awesome.Imaginasi orang Jepang sangat tinggi dan cool sampai boleh cipta robot yang gempak-gempak seawal usia Darjah Empat.Kita?Tingkatan Tiga baru buat LED punya board bunyi lagu monotone pateri-pateri dalam Kemahiran Hidup.

Keawesomean Jepang di benua Asia ni sejak dari dahulu lagi.Dahulu bila Kublai Khan dari tentera Mongolia nak takluk Jepang - orang Jepang dilindungi oleh tsunami yang menghancurkan tentera Mongolia dengan badai yang sangat kuat.Tentera Jepang ditakuti Amareka pada Perang Dunia Kedua.Dah meletup kena bom atom pun steady boleh ekonomi kuat.Cuba kalau bom atom meletup kat Malaysia - and we're going back outside the civilization for ages la.

Jadi perlawanan final semalam secara honestly tak la awesome mana sangat.Kedua-dua team takut untuk bermain power macam Argentina.Semuanya segan-segan macam pertandingan sekolah-sekolah daerah.Ini tak sama macam game seawesome dengan Korea Selatan hari tu.Entah,Australia main tak berapa best pulak.Second half ada serangan-serangan berbahaya dari kedua-dua pasukan tapi Blue Samurai yang akhirnya menjadi awesome dengan jaringan gol dari Tadanari Lee dari kelab Hiroshima Sanfrecce telah cukup menjadikan team Asia untuk Asia ini menjadi cempien Asia yang awesome.

Terbukti yang Asia memang untuk Asia.Bukan Asia untuk Arab,bukan Asia untuk bekas republik Soviet,bukan Asia untuk sebuah negara bukan Asia yang nak masuk Asia sebab nak layak senang masuk World Cup,atau Asia untuk Wonder Girls.Asia untuk Asia.


Cempien yang awesome!

Cuma lepas game tu gua tunggu je - ada tak Leah Dizon lari bogel - macam yang pernah dijanjikan oleh Larissa Riquelme dari Paraguay masa World Cup dulu.


What?Wonder Girls?Apa teruk sangat taste you ni Berto?Nasib baik abam Nami ada taste yang awesome kaaaaaaaaaannn...

Wednesday, January 26, 2011

Matahari Terbit Di Negara Cempien!


Mitsubishi Zero untuk menakluk Korea.

Semalam game Piala Asia cukup dramatik.Lebih dramatik dari filem drama swasta Cerekarama.Lebih dramatik dari segala drama yang ada.Ini rivalry selama 101 tahun - sejak Jepun menakluk Korea tahun 1910.

Liverpool pun tak bermusuh dengan Manchester United selama tu kot?

Anyway sudah menjadi hakiki bahawa Jepang adalah cempien untuk Asia.Tak kiralah dari segi ekonomi atau bolasepak.Ada mamat-mamat bajet genius berkata China sudah memecut ekonomi Jepun tahun lalu dengan kadar KDNK yang memberangsangkan - tapi eksport China dari lighter ke handphone tiruan ke China Doll pun masih orang cakap "ah ni China mali tak mau la" tapi kalau Nippon punya barang orang mau.Betul tak - kalau lu pegi Low Yat pun seboleh-boleh si apek tu cakap "ini bukan China mali punya..".

Anyway - Wonder Girls datang untuk mengkimchikan Nippon - tapi dia lupa ini siapa.Ini Nippon la.Bekas penjajah Korea.Berani dorang nak lawan Nippon - bagero!Mereka score awal-awal seawal minit ke tiga.Cibai time tu teh o ais limau aku ais belum cair lagi dia dah gol.Awal-awal dah penalti.Jap lagi awek-awek beringtonekan Wonder Girl menjerit ceria.Bingit telinga bingit!

Tetapi jaringan cantik pemain kelab Jubilo Iwata Ryoichi Maeda memang membuatkan aku terkesima.Kali terakhir aku tengok gol cantik macam tu masa tengok Barcelona ayamkan pasukan Arsenal kat Camp Nou dulu.Peh terkesima game Jepang macam tu.

Dan second half kedua-dua pasukan melancarkan serangan namun gagal.

Sampai extra time bila pemain FC Ausburg Hajime Hosugai menjaringkan gol - geng-geng lelaki penonton porno Maria Ozawa pula bersorak.Gua rasa masa ni Berto tengah pasrah.Tapi game belum berakhir lagi - tiba-tiba pemain Suwon Bluewings Hwang Jae Won menjaringkan gol.Potong stim.Ini macam tengah sedap bersenggama tiba-tiba suara garau "sedap bang?"

Terbantut nafsu gelas ketiga nescafe o aku.

Tetapi melihat Korea Selatan mengambil penalti macam Wonder Girls - sudah dijangka bahawa Jepang telah mencapai destinynya.Bakal cempien akan tiba nanti - bertemu dengan pasukan Australia yang membelasah Uzbekistan 6-0.

Ingat Nippon cuak ke lu nak pukul 6-0?Hah hah?


Sementara tu gua masih lagi tunggu statement Leah Dizon untuk dia lari bogel kalau Jepang menang Piala Asia.Gua sangat sangat menunggu!

Itekimaaaaassssss!


p/s:sudah tiba masanya untuk kita hentikan muzik sampah dari Korea - Wonder Girls la,Rain la,apa la - ini baru muzik Asia sebenar!kahkahkah!

Saturday, January 22, 2011

Kalau Dah Team Bakal Cempien Tu..



Berarak menuju cempien - Asia untuk Asia!

Semalam niat di hati nak buat live tweet dari Restoran Al-Mashur di Pudu - tapi last-last BlackBerry out of juice(takde bateri pulak).Doidogok - gagal.Maka semalam saya dan kawan menonton Jepun-Qatar yang berlangsung di Stadium al-Gharafa di Doha semalam.

Perlawanan kali ini saya sifatkan antara perlawanan paling menarik dan sengit.Qatar membuka jaringan pemain Wilayah Selatan Uruguay - Sebastian Soria.Pak sheikh Arab bersorak sambil gua dalam hati menyumpah-nyumpah macam Asamoah Gyan menyumpah Luis Suarez bila dia melompat-lompat bila Gyan tak jaring penalti last minute pada World Cup lepas.Namun jaringan Shinji Kagawa menyemarakkan semangat Nippon - seperti seorang Nobita mendapat gajet baru dari Doraemon selepas menangis dibuli Giant.

Keadaan diburukkan lagi bila Maya Yoshida pemain kelab VVV Venlo pulak kena red card.Gua dah tensi.Johan member gua dah cakap - "woit apasal kau nak anti Arab ni,dorang main bagus apa".Tetapi sebagai seorang agen Moss..oops,gua harus menyokong penghapusan hegemoni Arab dalam bolasepak Asia.

Separuh masa kedua pasukan Qatar banyak mengasak.Dari sokongan padu 20,000 penyokong tuan rumah itu tidak memadam semangat Nippon dari terus melakukan counter attack - sama ketika perasaan Perang Jepun-Russia dan menakluk Korea.Err,bekas jajahan je Korea ni.

Pun begitu pemain dari Wilayah Selatan Londrina Brazil - Fabio Cesar menjaringkan gol dalam keadaan kucar kacir Blue Samurai - seperti kucar-kacirnya di Okinawa semasa Perang Dunia Kedua.Aku kembali murung - seperti Nobita yang direject cintanya oleh Sizuka.Sial.Tetapi tujuh minit kemudian sekali lagi Shinji Kagawa menjaringkan gol dalam keadaan defensive error oleh pemain-pemain Qatar yang tidak lagi kearaban.

Dan dalam masa tambahan - wonder boy pemain Kashima Antlers - Masahiko Inoha menjaringkan gol yang gua sifatkan sangat menikam dada 20,000 penyokong Qatar.Macam Pearl Harbor tu.Dan dalam semangat Asia untuk Asia - bukan Arab untuk Asia,bukan Oceania lompat benua macam kanggaru masuk Asia,bukan Syiah untuk Asia,bukan bekas Soviet perasan Asia atau Wonder Girls untuk Asia - tapi Asia untuk Asia.Ini baru cempien sejati!

Sementara itu perlawanan seterusnya menyaksikan penghapusan etnik Arab dalam Piala Asia kali ini berterusan - kali ini White Wolves Uzbekistan menewaskan Jordan 2-1.Dan sekiranya malam ini team Munirah Zahari,Hugh Jackman,Nicole Kidman,Silverchair dan Kylie Minogue ini akan menentang dengan satu-satunya harapan Arab - juara bertahan iaitu Iraq.Seluruh dunia Arab hanya bergantung kepada negara yang bergolak dengan penaklukan Amerika ini untuk kekalkan hegemoni - diharapkan Tim Cahill akan bertinju dengan bendera di penjuru malam ini.

Dan sama ada Syiah atau Wonder Girls,teman tak kisah.Sebab team bakal cempien - seperti juga Nippon zaman perang dulu - hati kering - Amerika pun dorang bedal,inikan lagi Syiah atau Wonder Girls ni.

BANZAIIIIIIIIIIII!!!!


Itekimaaaassss!

Thursday, January 13, 2011

Perjuangan Menyekat Hegemoni Arab Diteruskan,BANZAI!



Abam Nami hari nieh kita main kurung-kurung lagiew kan?Sebab tak nak model Syria nama Arsene tu kacau Abam Nami,Leah tak sukew taw!

(kau ingat Manager Terbaik Dunia Sepanjang Abad yang tak menang apa-apa since 2004 tu ke je nama Arsene,huh!)

Shalom aleichem kepada semua - hegemoni Arab perlu disekat.Semalam China gagal memanfaatkan walaupun video ucapan Mao berkobar-kobar menyebar propaganda untuk proletariat kaum Tiongkok - namun gagal dengan semangat internasionalisme Qatar yang rata-rata pemainnya berasal dari Senegal dan Uruguay seperti Fabio Cesar Montesin dan juga Lawrence Awuley Quaye.Tetapi jika rancangan Mossad untuk menyekat hegemoni Arab ini berjaya - memerlukan kerjasama Uzbek untuk kalah sambil buat Qatar dan Kuwait bergocoh sampai lebam tapi goalless draw.Emen.

Dan malam ini - team Nippon harus berhadapan dengan tentera Bashar al-Assad dengan semangat penuh berani seperti yang pernah dikatakan oleh pemimpin ulung Tojo Hideiki.Semangat Yamashita yang menakluk Malaya,semangat perwira-perwira yang menakluk Korea yang Berto suka tu serta Manchuria,membuktikan bangsa Nippon bukan satu bangsa yang cepat givap.

Jadi - arahan dari Mossad hendaklah dilaksanakan.Jika gagal misi kali ini,anda kalian harus lakukan harakiri demi menjaga kehormatan bangsa.

Kerjasama Zionis-Nippon dalam Piala Asia ini sejajar dengan Group B - yang dikelilingi negara-negara Arab.Kita mesti mempertahankan kekuatan kita dan menang bersama Syria malam ini!

Toda raba,dan mazel tov kepada skuad Nippon!

TAMIR PARDO
Pengarah,
Agensi Institut Operasi Khas dan Pengintipan
Mossad
Beit Aghion,
9 Smolenskin Street,
off Balfour Street,
97000 JERUSALEM.

Wednesday, January 5, 2011

Ahlan Wal Sahlan dari Dawlah al-Qatar:Kem Nippon Melaporkan.



Gambate,Kakeruuuuu!

Piala Asia 2011 telah menjelang tiba - dan ketiadaan pasukan Garuda seperti dalam tahun 2007 menyebabkan saya memilih pasukan Blue Samurai - Nippon dalam kejohanan kali ini.Selain itu juga saya akan turut mengulas team Socceroos untuk rakan saya di Sydney - Munirah Zahari yang rajin mentweet saya.Sebagai seorang kawan yang baik sudah tentu saya tidak keberatan untuk mengulas tentang Australia - walaupun dia seorang Liverpool tapi dia tak kisah team negaranya diketuai ketua pasukan Tim Cahill dari Everton.Sungguh Merseyside dia ini.

Selalunya saya memilih pasukan negara berdasarkan sejarah dan impaknya dalam hidup saya.Saya menyokong pasukan Argentina dalam World Cup kerana imej Diego Maradona yang berdiri megah seperti Jose de San Martin bapa kemerdekaan Argentina.Jadi kerana imej ketokohan Diego Maradona yang hebat dan lebih berketrampilan berbanding dengan pasukan lain - menyebabkan saya menjadi penyokong Argentina.Jadi - saya menyokong pasukan Nippon kerana ada satu anime yang memberi impak kepada saya untuk mencintai sukan ini.

Kalau dalam buku Cerita Piala Dunia - Lucius Maximus ada bercerita tentang Captain Tsubasa - saya pula ingin bercerita tentang satu lagi impian Jepun dalam sukan bolasepak ini - Ganbare Kickers yang heronya Kakeru dari Sekolah Menengah Kitahara.Kisah seorang anak muda yang bersemangat untuk menubuhkan pasukan bola sepak dan menang.Dan musuh utama pasukan Kickers adalah pasukan Naino atau "Red Devils".Peh - macam Manchester United pulak yang diketuai oleh penjaga gol gila babi power - Uesugi.Kehebatan goalkeeper ini terlampau hebat sampai orang cakap team ni tak mampu dikalahkan.

So perlawanan pertama Kickers menentang "Red Devils" ni berkesudahan Red Devil atau Naino menang besar 10-1.Aku ingat lagi bila Kakeru score satu gol tu - Uesugi muka macam tercengang - macam tak pernah lepas gol.Lepas tu pulak ada kisah cinta Kakeru dengan adik si Uesugi - macam-macam.Tapi sebenarnya masa itulah - anak muda turun ke padang bermain bolasepak.Dengan cuba menjadi macam Kakeru - tetapi kartun selalu aksinya lagi gempak dari realiti.Tengok hentai pun lagi hebat dari tengok pron kadang-kadang.

Despite anime ini bersaing dan tewas dengan Captain Tsubasa untuk menjadi anime bolasepak nombor satu di Jepun - tapi ini tak bermakna ia tak diterima ramai.Bahkan perbualan gua dan rakan sekolah masa darjah 3 dulu pun bercakap "kalau Captain Tsubasa lawan dengan geng Kakeru siapa boleh menang ek?".Walaupun kartun tapi mereka cukup menginspirasikan rakyat Jepun sehingga layak ke Piala Dunia.

Dan semasa tahun 2002 - semasa team kesayangan Argentina pulang awal kerana penalti David Beckham,saya menyokong Blue Samurai demi semangat Asia untuk Asia.Tetapi pasukan Korea Selatan lebih menyerlah dengan layak ke separuh akhir.Tapi saya selalu berharap seperti harapan Captain Tsubasa dan Kakeru - Jepun akan maju lagi.Kalau dulu Mahathir nak jadi maju refer Jepun,why bolasepak tak nak refer Jepun?

Jadi sempena Piala Asia kali ini - saya akan memberi tumpuan kepada dua pasukan - Jepun dan Australia.Dan kalau Berto menayangkan Wonder Girls - apalah sangat Wonder Girls berbanding janda Bun si hairstylist.Leah Dizon namanya.



Janda berhias paling mantop di Jepang ketika ini!