Showing posts with label agen mossad. Show all posts
Showing posts with label agen mossad. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Kalau Dah Team Bakal Cempien Tu..



Berarak menuju cempien - Asia untuk Asia!

Semalam niat di hati nak buat live tweet dari Restoran Al-Mashur di Pudu - tapi last-last BlackBerry out of juice(takde bateri pulak).Doidogok - gagal.Maka semalam saya dan kawan menonton Jepun-Qatar yang berlangsung di Stadium al-Gharafa di Doha semalam.

Perlawanan kali ini saya sifatkan antara perlawanan paling menarik dan sengit.Qatar membuka jaringan pemain Wilayah Selatan Uruguay - Sebastian Soria.Pak sheikh Arab bersorak sambil gua dalam hati menyumpah-nyumpah macam Asamoah Gyan menyumpah Luis Suarez bila dia melompat-lompat bila Gyan tak jaring penalti last minute pada World Cup lepas.Namun jaringan Shinji Kagawa menyemarakkan semangat Nippon - seperti seorang Nobita mendapat gajet baru dari Doraemon selepas menangis dibuli Giant.

Keadaan diburukkan lagi bila Maya Yoshida pemain kelab VVV Venlo pulak kena red card.Gua dah tensi.Johan member gua dah cakap - "woit apasal kau nak anti Arab ni,dorang main bagus apa".Tetapi sebagai seorang agen Moss..oops,gua harus menyokong penghapusan hegemoni Arab dalam bolasepak Asia.

Separuh masa kedua pasukan Qatar banyak mengasak.Dari sokongan padu 20,000 penyokong tuan rumah itu tidak memadam semangat Nippon dari terus melakukan counter attack - sama ketika perasaan Perang Jepun-Russia dan menakluk Korea.Err,bekas jajahan je Korea ni.

Pun begitu pemain dari Wilayah Selatan Londrina Brazil - Fabio Cesar menjaringkan gol dalam keadaan kucar kacir Blue Samurai - seperti kucar-kacirnya di Okinawa semasa Perang Dunia Kedua.Aku kembali murung - seperti Nobita yang direject cintanya oleh Sizuka.Sial.Tetapi tujuh minit kemudian sekali lagi Shinji Kagawa menjaringkan gol dalam keadaan defensive error oleh pemain-pemain Qatar yang tidak lagi kearaban.

Dan dalam masa tambahan - wonder boy pemain Kashima Antlers - Masahiko Inoha menjaringkan gol yang gua sifatkan sangat menikam dada 20,000 penyokong Qatar.Macam Pearl Harbor tu.Dan dalam semangat Asia untuk Asia - bukan Arab untuk Asia,bukan Oceania lompat benua macam kanggaru masuk Asia,bukan Syiah untuk Asia,bukan bekas Soviet perasan Asia atau Wonder Girls untuk Asia - tapi Asia untuk Asia.Ini baru cempien sejati!

Sementara itu perlawanan seterusnya menyaksikan penghapusan etnik Arab dalam Piala Asia kali ini berterusan - kali ini White Wolves Uzbekistan menewaskan Jordan 2-1.Dan sekiranya malam ini team Munirah Zahari,Hugh Jackman,Nicole Kidman,Silverchair dan Kylie Minogue ini akan menentang dengan satu-satunya harapan Arab - juara bertahan iaitu Iraq.Seluruh dunia Arab hanya bergantung kepada negara yang bergolak dengan penaklukan Amerika ini untuk kekalkan hegemoni - diharapkan Tim Cahill akan bertinju dengan bendera di penjuru malam ini.

Dan sama ada Syiah atau Wonder Girls,teman tak kisah.Sebab team bakal cempien - seperti juga Nippon zaman perang dulu - hati kering - Amerika pun dorang bedal,inikan lagi Syiah atau Wonder Girls ni.

BANZAIIIIIIIIIIII!!!!


Itekimaaaassss!

Wednesday, January 19, 2011

Entry #100 - Leah Dizon Dan Hugh Jackman Layak Ke Suku Akhir.



Arigato kerana mengharumkan nama Nippon!

Just in case kalau takde orang update entry ni - entry gua ni adalah entry yang ke #100 Sokerleaks(tepuk pengakap - pap pap pap pap!)

By the way sorry to Berto sebab dia suruh gua tulis pasal Nippon dan gua tak tulis-tulis.Gua tak tulis sebab 2 hari gua takde kesempatan disamping internet takde kat BlackBerry sebab takde kredit.So hari ni barulah berkesempatan nak menulis.

So - Leah Dizon belasah geng Wahabbi 5-0.Biasalah - team bakal cempien memang macam tu.Seganas dan sebrutal Jeneral Yamashita yang juga nickname dia Harimau Malaya.Habis rakus geng Wahabbi dibelasahnya.Tu nasib baik geng Wahabbi hidup zaman modern ni.Kalau zaman perang dulu memang konfirm kena minum air sabun.Kena belasah - takpun hantar jadi buruh bina Jambatan Maut kat Burma.

Sebagai bakal team cempien - Nippon kali ni benar-benar mengikut kata-kata agen Mossad dan Israel yang benar-benar berpengalaman dalam mempertahankan negara yang dikelilingi negara Arab.Seperti mana cempiennya Israel dalam geopolitik Asia Barat - macam tu jugaklah Jepun dalam kumpulan B yang dipenuhi negara Arab.Kacis je nak gaduh dengan serbanistas ni - troll sikit,lepas tu dorang emo - and then belasah sampai habis.Tu je taktik dia.Bagus Nippon sampai lima kau pulun si Wahabbi ni.

Selain itu - kumpulan C - Australia yang menggulai-karikan India serta tidak berjaya mengkimchikan Korea Selatan - tetapi bermain biasa-biasa je mengrotipitakan Bahrain.Socceroos yang disokong oleh awek cun Munirah Zahari juga berjaya menjadi cempien dalam group C.Dan sekiranya jangkaan nujum tepat - Australia mungkin akan bertemu Iraq - negara yang kena gulai oleh Amerika masa perang 2003 - yang turut dibantu oleh Australia.Iraq - juara bertahan pastinya tidak rela digulai lagi - dah la perang kena gulai,ni bola pun nak kena gulai ke?Sementara itu Iran yang dah confirm juara group D akan bertemu dengan Wonder Girls.Sudah tentu skuad Iran mahu Wonder Girls memakai tudung labuh seperti gadis-gadis lain di Teheran dan sudah pasti Wonder Girls akan disebat habis-habisan nanti.Tapi kalau menang Iran - kena lawan dengan Leah Dizon mungkin pak lebai serbanistas ni luruh jantung kot.

So - saingan yang lebih sengit sudah tiba.5 pasukan Arab - Wahabbi,Muaiwiyah,Salman al Khalifa,dan Sabah al Hamad al Sabah(doidogok ni orang Sabah ba?) serta Manchester City(yang ni nampak cam bakal-bakal je kerana sumpah team ni membosankan) akan tersingkir.Kim Jong Il?Boleh balik dengan Hennessey dia.

Persaingan semakin sengit ke kemuncak cempien Piala Asia kali ini.Tahun 2007 di Bung Karno - Younis Mahmoud dari Iraq menjulang piala.Siapakah menjulang piala tahun ini?Stadium Khalifa akan menentukannya!

Thursday, January 13, 2011

Perjuangan Menyekat Hegemoni Arab Diteruskan,BANZAI!



Abam Nami hari nieh kita main kurung-kurung lagiew kan?Sebab tak nak model Syria nama Arsene tu kacau Abam Nami,Leah tak sukew taw!

(kau ingat Manager Terbaik Dunia Sepanjang Abad yang tak menang apa-apa since 2004 tu ke je nama Arsene,huh!)

Shalom aleichem kepada semua - hegemoni Arab perlu disekat.Semalam China gagal memanfaatkan walaupun video ucapan Mao berkobar-kobar menyebar propaganda untuk proletariat kaum Tiongkok - namun gagal dengan semangat internasionalisme Qatar yang rata-rata pemainnya berasal dari Senegal dan Uruguay seperti Fabio Cesar Montesin dan juga Lawrence Awuley Quaye.Tetapi jika rancangan Mossad untuk menyekat hegemoni Arab ini berjaya - memerlukan kerjasama Uzbek untuk kalah sambil buat Qatar dan Kuwait bergocoh sampai lebam tapi goalless draw.Emen.

Dan malam ini - team Nippon harus berhadapan dengan tentera Bashar al-Assad dengan semangat penuh berani seperti yang pernah dikatakan oleh pemimpin ulung Tojo Hideiki.Semangat Yamashita yang menakluk Malaya,semangat perwira-perwira yang menakluk Korea yang Berto suka tu serta Manchuria,membuktikan bangsa Nippon bukan satu bangsa yang cepat givap.

Jadi - arahan dari Mossad hendaklah dilaksanakan.Jika gagal misi kali ini,anda kalian harus lakukan harakiri demi menjaga kehormatan bangsa.

Kerjasama Zionis-Nippon dalam Piala Asia ini sejajar dengan Group B - yang dikelilingi negara-negara Arab.Kita mesti mempertahankan kekuatan kita dan menang bersama Syria malam ini!

Toda raba,dan mazel tov kepada skuad Nippon!

TAMIR PARDO
Pengarah,
Agensi Institut Operasi Khas dan Pengintipan
Mossad
Beit Aghion,
9 Smolenskin Street,
off Balfour Street,
97000 JERUSALEM.

Monday, January 10, 2011

Shalom Aleichem Alberto Zacherroni Manager Nippon!



Shalom buat Alberto Zacherroni serta keseluruhan pasukan Blue Samurai Nippon.

Malam semalam di Doha Qatar,rancangan strategik kita hampir digagalkan oleh Jordan - sebuah negara jiran saya.Seperti yang kita telah bincangkan strategi semasa pertemuan rahsia agen Mossad saya dengan anda,dimana pasukan Blue Samurai dalam kumpulan B dikelilingi negara-negara Arab - macam negara saya - dan agen Mossad saya telah pun memberikan tips-tips yang terbaik untuk mengatasi hegemoni Arab ini.

Malangnya skuad Blue Samurai tidak melaksanakan apa yang dirancangkan oleh Mossad.Pengarah Agensi Mossad - Tamir Pardo telah memberi laporan lengkap di pejabat saya di Knesset pagi tadi menyatakan betapa kecewanya Mossad terhadap pencapaian Blue Samurai ketika ini.Kami telah memberi dana berjuta-juta shekel kepada Blue Samurai namun gagal melaksanakan untuk memusnahkan hegemoni Arab ini.Seperti yang kami berikan kepada Uzbekistan,China serta seorang wartawan sukan Sokerleaks yang saya tidak boleh sebut namanya atas dasar keselamatannya.Tugas wartawan sukan Sokerleaks itu bertujuan untuk memastikan pembaca untuk membenci hegemoni Arab serta memudahkan pihak kami - Zionis untuk menguasai pemikiran rakyat.Tetapi,tatkala Uzbekistan dan China serta wartawan Sokerleaks itu berjaya dalam melaksanakan strategi Mossad,tidak pula kepada Blue Samurai.Mengapa jadi begitu?Pasukan Jordan bukannya power macam Michael Jordan - atau bersuara oktaf lapan macam Jordan Sparks.Atau berus gigi power macam Jordan.Tapi Jordan adalah pasukan yang lemah dengan rajanya suka berjimba-jimba dengan makwe cun.Apa yang susah sangat?

Saya tidak mahu Blue Samurai gagal lagi.Hampir dimalukan saat-saat akhir nasib baik si Maya Yoshida score - kalau tak,lagi riak dan angkuhlah geng-geng serbanistas dan pencinta hegemoni Arab.Dah bangunan tertinggi dunia dorang dapat,dah World Cup 2022 pun dorang dapat - kita jangan bagi pengaruh mereka menguasai penduduk dunia.

Saya ada juga menghubungi beberapa agen Freemason di Tokyo,sekiranya pasukan Nippon gagal - Freemason akan mengupah beberapa Yakuza untuk memaksa seluruh pasukan Blue Samurai lakukan harakiri.Jangan ulangi ini lagi.Misi kita untuk menumpaskan hegemoni Arab masih lagi jauh.

Toda raba dan L'hitraot.Shalom aleichem.

Yang berkhidmat,

BENJAMIN NETANYAHU.
Perdana Menteri Israel dan Presiden Parti Likud.

Surat ini bercetak komputer maka ia tidak perlu sebarang tandatangan.