Showing posts with label keganasan bolasepak. Show all posts
Showing posts with label keganasan bolasepak. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Puisi untukmu duhai kekasihku..

Abang mulakan entri ni dengan serangkap puisi..

Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah..
Yang akan membahagiakan, Syurga dalam rumahtangga..

Hanya itu yang ku inginkan
, Dari insan yang amat kusayang..
Damaikanlah resah hatiku, Aku rindu kasih dan sayangmu..
Terimalah seadanya, Akulah hiasan pelamin hidupmu..

Penat betul abang pikir nak karang puisi ni tau, 3 minggu tak tidur.
Puisi ini ditujukan khas untuk wanita-wanita diluar sana...
khususnya kepada..
Sian Massey..

Siapa Sian Massey??
Sian Massey di luar padang. Sexy kan?

Sian Massey di dalam padang. Sweet kan?

Massey bukanlah seorang pemain bolasepak, walaupon namanya ada iras-iras pemain bolasepak paling payah nak ditekel buat masa ini. Cuma Adebayor sorang sahaja mampu melakukannya (merujuk kepada perlawanan Barca-Real 2nd Leg UCL) Massey seorang gadis yang biasa, macam omputih cakap, girl next door. Walaupon begitu, Massey adalah seorang assistant referee dalam sebuah sukan yang dipelopori kaum Adam.

Kehebatan Massey terserlah bila beliau dipilih menjadi  linesman untuk perlawanan EPL. Malangnya, kerana beliau seorang wanita, Massey menjadi serangan sexism, sehingga membawa kepada pemecatan pengulas terunggul SkySports, Andy Gray.

Dan sekali lagi, Massey diserang lagi. Kali ini bukan dari segi mental, tapi dari segi fizikal. Massey bukannya dirogol atau diliwat, tapi apa yang terjadi pada beliau ni, sungguh melukakan hati abang ini sayang. Abang kan dikenali sebagai seorang pencinta wanita (bukan Playboy). Tengok je la video tu.


Ahhh, tak sanggup lagi abang melihat. Bila abang tengok, huluhati abang pedih mencuck-cucuk. Buat Massey, tabahkan hati mu dalam dunia bolasepak yang dikuasai lelaki ni. Sentiasa sematkan dalam hati awak, abang sayang Massey hari-hari.

Monday, March 7, 2011

Don't cry Nani, don't Nani


Ya, saya percaya ramai yang mengutuk Nani kerana menangis. Bahkan ada yang mengatakan beliau berpura-pura, dan berlakon untuk mendapatkan aungerah Oscar, sehinggakan mengikut sumber dari akhbar UK, Rooney turut menggeleng kepala melihat aksi berlebih-lebihan Nani ni.

Tapi bila melihat gambar ini, seharusnya Nani layak menangis. Sakit woo.

darah meleleh deras sederas air mata Nani mengalir

Boleh tahan ganas abam Carragher ni bagi.

Mungkin kecederaan ini adalah karma bagi Nani yang selalu berpura-pura. Dilaporkan juga, Nani tidak mahu bercakap dengan siapa-siapa dalam bilik persalinan setelah kecederaan ini terjadi kepada beliau, mujur Sir Alex Ferguson dapat menenangkan beliau. (parodi semata-mata, cilakak, gua pon terkena)

Apa-apa pon, semuga Nani cepat sembuh agar beliau dapat beraksi seperti biasa. 

Bukan apa, Nani ni antara penyumbang terbanyak dan konsisten untuk team Fantasy aku.

Sekian.

*Leaks terbaru: The following picture has been taking rounds on the internet giving a perception that the winger’s leg has a cut of around 6 inches. The picture is quite misleading and what seems an open wound is in fact blood.  

Nampaknya Nani benar-benar propa.