Showing posts with label Ish liebe dish Bayern Munchen. Show all posts
Showing posts with label Ish liebe dish Bayern Munchen. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Tahniah Bayern Munich! Mia San Mia

Entri ini sepatutnya di-publish pada 20 Mei 2012, namun terpaksa diawalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.



Tahniah Bayern Munich, tahniah di atas kejayaan memenangi Liga Juara-Juara Eropah 2011/12, sekaligus menjulang kejuaraan tertinggi untuk saingan kelab-kelab Eropah buat kali kelima selepas memenanginya pada tahun 1974, 1975, 1976 dan 2001.

Kemenangan tahun 2012 ini lebih manis kerana ianya dimenangi dihalaman sendiri, sesuatu yang hanya dapat dilakukan Real Madrid pada tahun 56/57 dan Inter Milan (64/65). Kali terakhir salah satu finalis beraksi di laman sendiri adalah pada tahun 1984 dimana Rome menjadi gelanggang akhir, namun AS Roma tewas dalam penentuan sepakan penalti ditangan satu pasukan dari England yang buat masa ini sekadar merebut tempat ke-7/8 dalam kejuaraan EPL. (dan sentiasa mengungkit kejayaan-kejayaan zaman silam mereka)

Perjalanan Bayern menjulang kejuaraan kelima ini bukannya mudah. Di peringkat kumpulan, anak buah Jupp Heynckes brada dalam kumpulan yang dikatakan Group Of Death; dibarisi 4 pasukan ternama dari 4 liga terhebat Eropah. Manchester City, Napoli dan Villareal bukannya team kecil-kecil anak, namun Bayern membuktikan bahawa selaku pasukan paling berpengalaman dalam kumpulan, mereka tidak boleh tersingkir awal; tidak seperti Manchester City dan jiran mereka yg tewas ditangan pasukan dari Switzerland, FC Basel.

Ironiknya, FC Basel merupakan pasukan yg Bayern tewaskan di peringkat 16 terbaik. Macam mana la ada team boleh kalah dengan Basel ni, sayur betul. Kemudian, Bayern bertemu dengan jagoan Perancis, Marseille. Macam biasa, Marseille bukan tandingan Bayern selepas tumpas 0-4 secara agreget. Marseille cuma tandingan Arsenal.

Dan di separuh akhir, cakap-cakap orang yg mengatakan final bakal menjadi pertemuan El-Classico cukup melucukan. Tapi tak mengapa, rata-rata yg meramalkan Real Madrid akan bertemu Barca di final adalah mereka yg baru mengenali bolasepak pasca Piala AFF 2010. Kecekapan Manuel Neuer menyelamatkan sepakan penalti dari Ronaldo dan Kaka jelas menunjukkan dia adalah individu yang tepat menggantikan Oliver Kahn. Neuer memang bertindak bijak untuk berhijrah ke Bayern dari Schalke 04, bukannya berpindah ke kelab England yang sekadar beraksi di Liga Europa, itu pon kalah dengan Athletic Bilbao.

Perlawanan akhir menentang Chelsea ini sebenarnya telah diketahui keputusannya 3 minggu sebelum sepak mula lagi. Chelsea beraksi tempang tanpa beberapa tonggak utama, ditambah pula berdepan dengan atmosfera Allianz Arena yang sentiasa bergema dengan sorakan padu penyokong Bayern.



Nyanyian Kefetebeh (KTBFFH) dari penyokong Chelsea tenggelam dengan nyanyian Stern Des Sudens. 2 gol dari Mario Gomez, dan satu masing-masing dari Arjen Robben dan Franck Ribery sudah cukup untuk membawa Phillip Lahm menjulang trofi yang belum pernah dimenangi Arsenal ini.

Bagi Chelsea, ini satu kekalahan yg pedih buat mereka, terutamanya buat kapten mereka yg yidak dapat beraksi, John Terry. Ada hati konon nak julang trofi. Puiii. Mengakhiri kempen EPL di tangga keenam, The Blues bukan sahaja perlu menang untuk mendakap kejuaraan pertama, malah mereka juga perlu menang untuk menghidupkan peluang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/13. Namun, Bayern terlalu unggul buat mereka dan akhirnya kekalahan 0-4 ini bermakna anak buah Roberto Di Matteo (pengurus Chelsea setakat 20 Mei 2012, kemungkinan besar beliau akan digantikan dengan entah siapa-siapa pula) terpaksa beraksi bersama Liverpool di Liga Europa...(dan Spurs juga)

Tahniah sekali lagi buat Bayern, tahniah. Herzlichen Glückwunsch Bayern Munchen! Mia San Mia!

Monday, May 2, 2011

Glückwunsch Dortmund!

Headlines akhbar Bild; "Viel schöner als Kate" (lebih manis dari Kate - ala bini si Prince William tu la).

Dekat Kicker pula menyebut lebih kurang 100,000 manusia dari seluruh pelosok Ruhr berpesta meraikan kejayaan Die Schwarzgelben (The Black Yellows). Tiada kekacauan berlaku, cuma ada beberapa kes pergaduhan antara penyokong yang mabuk sesama sendiri, biasa la, Jerman dengan beer, mana boleh berpisah ibarat ManUtd dengan Howard Webb.

Dortmund mengesahkan kejuaraan Bundesliga mereka setelah menumpaskan Nurnberg 2-0 didepan penyokong sendiri di Signal-Iduna Park (dahulunya dikenali sebagai Westfalenstadion) , ditambah pula pencabar terdekat Bayer Leverkusen tewas FC Koln 0-2. Ini adalah kejuaraan ke-7 untuk Dortmund, namun mereka memerlukan satu lagi kejuaraan Bundesliga untuk menambah 1 lagi bintang ("Verdiente Mesitervereine") diatas lambang mereka. Sebagai perbandingan, Bayern ada 4 bintang, so tarak hal lah! Untuk info lebih lanjut pasal bintang ni, sila baca entri ini.

Akhirnya, bini Jurgen Klopp ni dapat merasai kembali nikmat berkasih sayang setelah satu musim laki dia busy manage team dia ni.


Kevin Großkreutz menunaikan nazarnya untuk membotakkan kepala setelah memenangi kejuaraan.


Begitu juga dengan Mutt Hummels. Bukan rezeki untuk Ayu Raudah dengan Zaquan Adha nak buat macam ni nanti sebab Jang dah jauh ketinggalan dalam Liga Super.


Sesi melempar tuak


The Unity - Dortmund Ultras. Dekat Germany ada free standing area. Dan Signal-Iduna Park ni adalah stadium terbesar sekali di Jerman, almost sold-out every game. Di Malaysia, Stadium Shah Alam antara stadium yg terbesar digunakan dalam MSL, tapi yg datang? Lu tanya la mopasad sendiri.


Juara bertahan, Bayern Munich pula ketika ini semakin steady dalam pemburuan tempat ke-3 yg menjamin slot ke qualification Champions League setelah kembalinya Robben dari penggantungan. Bayern mengamok di Allianz Arena, 4-1 membantainya semi-finalis Champions League; Schalke.

Jadi sebagai penyokong Bayern, saya mengucapkan tahniah kepada Borussia Dortmund. Hampa memang layak menang, konsisten dari awal sampai habis musim, tapi musim depan tak dapat la der, Bayern ambik balik title tu.

__________________________________________

Sementara itu di Barat Daya Jerman, iaitu negara yang bersempadan dengannya; Belanda, kejuaraan liga Eredevise bakal ditentukan di perlawanan terakhir musim ini. Dan lebih manis, kedua-dua pencabar kejuaraan akan berentap sesama sendiri! The perfect way to decide a title race! FC Twente (71 mata) pendahulu liga akan menentang Ajax (70 mata) di Amsterdan Arena. Aku harap Astro akan tayang, plis Ananda Krishnan, pelissss!

Dan sebagai pengulas kem Spurs, aku tak nak cerita banyak pasal kekalahan tempoh hari, yg aku dengor, Manuel Neuer nak main kat Spurs kalau tak jadi ke Bayern, ganti si Gomes telur tu. Gomes dengar kabor dah jadi duta kain pelikat cap gajah terbang. 

Sekiyan.

Monday, April 18, 2011

Orang Kata

Orang kata, musim depan Bayern beraksi di Europa League, bukannya Champions League. Orang kata lah.

Orang kata, lepas Loius Van "Gagal" blah, Bayern tetap takkan ke Champions League.

Orang kata, memang dah sah Borussio Dortmund menang Bundesliga musim ni, Bayern dah memang tak de harapan.

Orang kata, minggu ni memamg Bayern kene bantai dengan Leverkusen. Orang kata lah.

Tapi..

"main cempiyen league lagi la kita ni gomez kan?"
"ye gua tahu, tapi yang lu pergi seligi kepala gua tu buat apa, schweini?"

Mairo Gomez kata, dia malas skor banyak-banyak. 3 bijik pon jadi la. Ambik ko, 5 bijik Bayern bantai.

Cuma, orang kata, bila Bayern menang besar 5-1 ni, kredibiliti pengurus Leverkusen, Jupp Heynckes diragui. Yer la, Heyckens ni bakal pengemudi Bayern, so orang akan kata dia saja-saja bagi Bayern menang supaya musim depan boleh la Bayern main UCL. Kalau benar apa orang kata, tak profesional la macam tu ye dak?

Apa-apa hal pon, Bayern tetatp terbaik.

Sementara itu di Emirates...

certeka yang mana satu tedi bear?

Orang kata dia ni legend, orang kata la.

Legend legend jugak, tapi dalam hati  mesti kena ada taman. Apa punya buruk la tedibear Arsenal ni.

Wednesday, January 12, 2011

The 2011 Puskas Award

Sebagai peminat Bayern Munich, menjadi tanggungjawab saya untuk mereview kemenangan Hamit Altintop di Malam Gala Ballon D'or. 

Gila, apa yang mamat turki ni menang woi? Anugerah pemain turki paling hensem??, kembar paling comel (bersama Halil Altintop)?? Apa dia menang woi ,apa?

Ok, Hamit ni menang anugerah 2011 FIFA Puskas Award. Puskas ye, bukan puskis atau pussy, Puskas faham. Award ni adalah untuk gol terbaik tahunan. Hamit berjaya menewaskan Lionel Messi, Van Bronckhost, Samir Nasri, Siphiwe Tshabalala dan ramai lagi termasuk sorang pemain wanita, Kumi Yokoyama. Bayern juga ada sorang lagi calon dalam anugerah ini iaitu Arjen Robben. Ish liebe dish la Bayern!!

Hamit menerima Puskas Award ni dari Andrei Sidelnikov.

Siapa Andrei Sidelnikov ni? Siapa? Dah la botak macam Markus. Ekceli, Sidelnikov ni sama macam Markus Indon, kerana mereka berdua adalah penjaga gol dan Sidelnikov ni adalah penjaga gol Kazakhstan yang melepaskan gol kemenangan Altintop ni masa game kelayakan Euro 2012.

Senarai gol-gol yang dicalonkan Puskas Award boleh diusha dalam video ni:


Setuju dengan pemilihan FIFA ini?? Atau korang ada pilihan sendiri? Kalau ada, cer citer cer citer.

Kepada Altintop,tahniah. Semoga anda menjaringkan lebih banyak lagi gol-gol lawa especially bila lawan Inter Milan di Champions League nanti. Insya-Allah Hamit, Insya-Allah.