Showing posts with label afiqsiddhartha. Show all posts
Showing posts with label afiqsiddhartha. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Comeback Of The Year? No?

GEEEEZZZAAASSSS!!!!!!!!

Mesti ramai yang kecah dengan cerita saka merah kena makan dengan serigala. Aku tumpang gembira. Aum! Mari kita imbas kembali sejarah pasukan Newcastle United dalam kisah konon dongeng yang tak banyak pasukan lain boleh buat. Baru awal tahun lagi ni awak, at least teman harap game malam tadi boleh dianggap sebagai game bersejarah dalam liga Premier League. Team effort. Dah banyak kali aku cakap dekat diri sendiri. EPL bukannya liga yang tertumpu kepada skil individu, langsung. Aku juga masih erpendapat bahawa, EPL adalah pentas teater penunjukan kebijakan strategi peneraju pasukan. Kunyah-kunyah chewing gum baca buku maxim pun tak guna bro. Aku memang tak berkenan dengan CR7. Baiklah. dua jenis contoh comeback paling menaikkan bulu roma.

2001, zaman superior Shearer. Ketinggalan 3 gol di belakang, tak ada hal bagi si tua bijak muka tenang Bobby Robson. The Toon dengan penuh kacak mengejar macam pacuan peluru dari kalashnikov. Padu dan rambang. Jenis cuba tak nak mengalah. Sayang sekali Newcastle yang sekarangnya tak mampu nak kumpul pemain-pemain semi-prolifik dalam pasukan macam Solano dan Dyer.

1997, Emile Heskey my ass. ini punya game pun sama. Meruntun jiwa dengan ketinggalan 3 gol dibelakang berbalas satu di awalan permainan. Watdehel man. Kau ingat The Toon ni urban legend sampai tak ada benda yang boleh dibanggakan? Shearer punya penangan ada macam Van Nistelrooy. Jenis ada di tempat yang betul dan tunggu nak taji muka goalkeeper. WATDEHEL! The best comback sebelum tibanya malam kegemilangan semalam. Masa ni aku rasa CR7 masih lagi dibuli dalam tandas sekolah. Jenis cakap besar macam sesetengah peminat team terdahulu beliau. Tapi aku masih sedih. Sedih dengan konsistensi pasukan yang diminati dari kecil lagi. Carroll, produk yang boleh juga dibanggakan. Harap-harap kau tak buat penyokong Liverpool ludah-ludah bekas team kau. Jaga diri.

Kepada Tiote, kau dah buat aku jatuh cinta.Pergi mati dengan tiga gol terawal. Gol kau dah buat Arsene Wenger balik rumah minum susu ibu. Lagi sekali aku nak tekankan, EPL tak menekankan skil individual. Aku harap semua yang selama ni duduk puja CR7 boleh bezakan antara permainan cantik dan lakonan yang cantik.

Banyak cakap pun tak guna. Aku tujukan lagu ini untuk peminat The Toon di luar sana.



Sunday, January 9, 2011

Bagi Aku Jersi Kau, Celaka!


Inilah yang akan kau kecapi bila kau cuba memalukan diri sendiri depan The Toon. Bukan game yang memberangsangkan. Badan Mike Williamson nyata sungguh tak fleksibel. Tapi dia tak boleh disalahkan walaupun dua gol pantas dalam masa lima minit sebelum tu yang sebenarnya buat otak-otak player tercirit konsentrasi. Paling tak relevan bila Alan Smith yang dah lama tak ada flow bila diharapkan perform, digantikan dengan Tiote. Aku rasa Tiote ni memang berasal dari kawasan paling ghetto dalam dunia. Salah arena dia masuk.

Susah kalau aku tak kritik team sendiri. Tapi memang kena buat tak kira apa jadi. Kira semangat bersatu The Toon dengan pasukan nak kena relegate memang sama kuat. Cuma kami bukan ayam-ayam la. Jangan angkat sang Danglish tu tinggi sangat yaw. Kecewa nanti, kami gelak lagi. Hikhik

Mamat yang tumbuk-cilok jersi player stevenage ni memang ada gaya penyokong mencester. Dah menang pun nak agresif macam tak pernah menang. Chillax cuzz.

Total KO. Falcon Punch.

Monday, January 3, 2011

The Toon

Selamat semuanya!

Kemenangan pasukan The Toon beberapa jam yang lepas ke atas Wigan tidaklah dijulang meriah seperti kemenangan-kemenangan pasukan-pasukan Big Four(Liverpool tiada dalam list) yang lain. Namun begitu, anggaplah setiap peluh titisan pahlawan Magpies ini sebagai satu batu loncatan ultimatum.

Berada di dalam lingkunan 10 pasukan terbaik liga selepas mengharungi musim suram dan ditendang keluar liga, dikira sebagai satu prestasi yang boleh dibanggakan.

Shola Amoebi, pemain yang berasal dari Nigeria dan juga merupakan antara produk yang berguna dari kem The Toon tidak boleh disamakan dengan pemain-pemain berkulit hitam sepertinya yang lebih suka bermain ikut hati daripada menggunakan otak. Ini fakta. Sayang Carroll mengada-ngada tak nak main dengan bersungguh-sungguh. Kalau ada gandingan mereka berdua ini, mesti kena kitai seperti mana yang pasukan Chelsea kena 3 bulan lepas.




Saturday, January 1, 2011

Ke Arah Mencapai Jati Diri Sebagai Seorang Peminat Yang Hardcore

Tahun baru yang indah untuk semua. Semoga!

Kelajuan arus penampahan peminat pasukan bola sepak kebangsaan dan kebanggaan baru kita semakin deras. Walaupun benda ini boleh dilabelkan sebagai 'fenomena timbal balik', kita semua seharusnya berbangga dengan semangat juang pasukan Malaysia dalam perang piala AFF tempoh hari. Boleh kita dengar dengan cukup kuat ngauman singa lapar yang dahagakan kejayaan manis. Kalau boleh sampai telinga kita bernanah-nanah pun tak apa. Berbeza dengan pasukan Liverpool yang layu bagai. Sungguh berbeza.

Salah satu langkah paling mujarab untuk sesuatu pasukan bola sepak itu mengekalkan prestasi unggulnya adalah dengan menyantap segala jenis aura sokongan penuh inspirasi penyokongnya. Jadi di sini, ingin saya 'faktakan' tiga perkara yang harus dielakkan, juga diamalkan kita-kita yang berbeza jenis semangat dan patriotik diri.

1. Diharamkan sama sekali kita menyarung jersi/baju lain selain jersi/baju kebangsaan kita. Walaupun saya punya cinta terhadap pasukan Magpies/Toon sangat mendalam, tak mungkin sama sekali akan saya sarung jersi mereka bila tiba satu hari nanti mereka adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan. Yang ramai-ramai pakai jersi pasukan glory-hunter kelolaan abramovich dan keluarga glazer semasa perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini sebenarnya tak berapa boleh nak dimaafkan sangat. Tapi mereka ada hak. Hak untuk berpaling tadah dan jatuhkan moral negara sendiri. Sula secara virtual adalah hukuman yang paling cocok/enak sekali untuk mereka-mereka ni.

2. Menyokong dan meraikan kisah cinta pemain-pemain kita. Janganlah dikutuk betapa tidak sesuainya rupa dan fizikal mereka dengan pasangan mereka. Jika dilihat dari prestasi adik-beradik kembar Zaquan dan Aidil, jelas nampaknya mereka sukar dilihat untuk berada di tahap kecergasan dan cara permainan yang tak bermutu. Sentiasa sahaja mereka beraksi dengan penuh hardcore. Ini adalah hasil daripada sokongan para peminat. Tak pernah saya dengar(setakat ini), percintaan mereka dikutuk dan dicaci kecuali kutukan pencemburu dari rakan sejawat, ustakberd. Jenis-jenis tak sedar diri macam beliau ni memang kita tak patut ambil kisah. Juga diharapkan Khairul Fahmi yang semakin tertera namanya di hati-hati gadis satu Malaysia, berhati-hati dengan perang psikologi peminat. Kalau dah ramai orang minat, mesti hatinya goyah bila peratusan lambakan dari gadis-gadis sunti untuk bersamanya semakin bertambah. Bila wujudnya perkara-perkara begini, agak sukar untuk mereka beraksi di tahap tertinggi. Jadi, gadis-gadis kita seharusnya pandai kawal diri, tidak terlepas juga mereka-mereka yang bernafsu tidak berapa hendak lurus. Bayangkan anda yang berada di atas padang untuk negara tetapi minda anda berada di atas katil, hendak bertekak dengan pasangan kerana dituduh curang. Rosak semangat. Boleh anda faham apa yang saya cuba terangkan?

3. Ambil tahu. Ambil tahu dengan corak permainan pasukan kita. Ambil tahu dengan progress pasukan kita. Menyokong dan memberi semangat yang padu itu sangat bagus dan cukup mengharukan, tetapi jika kita ada inisiatif nak kaji dan faham dengan setiap ceruk gaya dan kebolehan pasukan kita, ini secara tidak langsung boleh membantu dalam mendalami lagi rasa jati diri kita mempatriotikkan diri. Di mana logiknya? Ianya lebih kepada perasaan-perasaan kita. Setiap hantaran bola dan percubaan untuk menjaringkan gol sebenarnya adalah sejenis 'adrenalin rush' yang membawa jutaan jenis kebaikan. Kita boleh tahu kemampuan sebenar pasukan kita. Bukan kita tak boleh belajar apa yang patut kita belajar. Seringkali saya disajikan dengan analisis-analisis perlawanan pasukan-pasukan luar. Seronok, tapi saya sudah mula bosan. Same shit, different match. Lagi-lagi dengan analisis pasukan kelolaan si tua gadang Fergie. Semuanya jenis mendatar tak tentu hala.

Walaupun saya tak berkemampuan hendak menonton perlawanan pasukan kebangsaan secara live buat masa ini, saya akan sentiasa menyemak semula vidjeo-vidjeo rakaman para pengguna internet. Tidaklah saya hendak kata pengetahuan saya bagus, tapi jika dibandingkan dengan ustakberd, saya ada benda yang boleh dibanggakan. Banyak lagi langkah-langkah yang boleh difaktakan. Kita sendiri boleh fikir. Walaupun mungkin K.Rajagopal tak ambil peduli, kita sebagai peminat, tahu fungsi kita. Buat kerja penuh efficient.

Tak lupa juga, kita perlu ganti pengulas sukan yang lebih 'berpelajaran'. Selalu sidekick kepada Hasbullah Awang merepek tak tentu hala. Tersasul sampai dikatanya penalti kepada wisel penamat memang tak boleh dimaafkan. Pengulas dan penganalisis perlawanan bola sepak adalah dua kerja yang besar bezanya.

Sehingga bertemu lagi.