Friday, June 24, 2011

Tak pergi tengok Malaysia-Lebanon? Rugi, rugi..

Fuh, inzal beb, inzal. Dah lama tak merasa feel yang cenggini. Bukit Jalil kembali bergema, kali ni bukan atas nama Kelantan, Terengganu, Selangor mahupon Melaka. Kali ni MALAYSIA punya aksi.

Walaupon kehadiran taklah seramai yg dijangkakan, tapi masih boleh la nak dibanggakan. Mungkin kerana ini game kelayakan Olimpik, bukan kelayakan Piala Dunia, makanya tak ramai yg turun. Jadi yg tak turun stadium tu, lu orang memang rugi, memang rugi.

Diawal perlawanan, kelihatan satu bendera Lubnan digrandstand, menandakan ada jugak org Lubnan datang ke stadium. Tapi yg sedihnya yg datang tu pak arab, bukan mak arab. Kalau mak arab ala-ala Haifa Wehbe, boleh jugak cuci mata. Dan kelihatan juga bendera Itali dan juga Iran. Aku pon tak paham kenapa ada bendera 2 negara ini. Tapi peduli apa,janji ribuan Jalur Gemilang terus bekibar dgn megahnya di Bukit Jalil.

Game bermula dengan rancak. Gol awal dari Irfan Fazail serta gol bertaraf lima bintang dari Wan Zack Haikal membuatkan seluruh penyokong Harimau Muda naik sheikh mengalahkan sheikh org Lubnan. Rugi der siapa tak datang, rugi. Mungkin pertahanan agak goyah sedikit bila melihat betapa mudahnya pemain no.4 lubnan yg pakai boot kaler oren senang-senang menggelecek 3,4 pertahanan Malaysia. Satu rembatan beliau juga berjaya mengegarkan palang gol yg dikawal rapi Apex. Tapi gegar palang je la, tak de nak heran sangat pon.

Gadis-gadis di stadium tak kurang juga meriahnya. Tatkala bola sampai ke Khairul Fahmi dan Wan Zack Haikal, semua menjerit bagai nak rak. "Hensemnya dia, hensemnyaa". Ketika ini lah aku mula menyesal tak main bola sungguh-sungguh dulu. Kalau tak, mungkin akulah orang disorak mereka.

Semasa rehat, suasana stadium masih tidak berubah. Semua yg datang masih penuh spirit Harimau Muda nya. Dikala beberapa warga Lubnan sedang menghisap rokok tanda kekecewaan, peminat Malaysia pula bersorak ramai-ramai lagu Ewau Bule (Wau Bulan). Kat mana lagi boleh tengok orang Kelantan main gendang bersama-sama dengan orang Selangor. Game Malaysia je wehhh. Memang spirit habis masa ni. Masa ni tak kira lah lu Pakatan ke, Barisan ke, lu pergi BERSIH 2.0 ke, lu PERKASA ke, semua menyokong satu nama, MALAYSIA.

Kalau PM kita masih tercari-cari formula menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dengan 1Malaysia nya, nasihat aku ini jawapannya. Melayu, Cina, India semua bersatu dan bersorak untuk pasukan kebangsaan. Eh, PM tak ada ucapan apa-apa ke kat skuad muda negara? Takkan fanatik MU sangat kot sampai team Olympic menang tak kata apa-apa?

Separuh masa kedua memang mendebarkan. Ketika Gary Steven Robbat diarahkan keluar padang, semua mula resah. Dan keresahan itu bertambah bila Lubnan berjaya merapatkan jurang walaupon pada awalnya Apex punya refleks berjaya menghalang percubaan pertama sebelom disudahkan seorang lagi pemain Lubnan. Dan 15 minit terakhir, memang azab gila. Dia punya debar tu mengalahkan debaran menunggu result SPM kluor. Bukan main bersungguh Lubnan ni nak skor. Tapi 15 minit terakhir tu jugak lah satu stadium tak mengalah. Nyanyian lagu 'Inilah Barisan Kita' bergema, ditambah lagi sorakan dan 'chant' yg dahsyat dari geng Ultras.

Akhirnya wisel penamat dibunyikan pengadil. Masa ni beb, feel dia, perghhh, cuma orang yang pergi stadium je boleh rasa. Inzal beb, inzal. Cuma ada 3 perkara yg aku kurang gemar sedikit.

1) Perangai main laser. Eh kemon la, main laser ni #SoYesterday ok?

2) Main baling botol. 80 minit permainan, aku rasa aku dah boleh andaikan ini first game aku tengok tak ada balingan botol ke dalam padang. Tapi 10 minit terakhir, mungkin kerana perasaan serabut tengok bola clear merapu membuatkan penyokong Malaysia membaling botol.

3) nasihat aku, kalau datang tgk game Malaysia, pakai la baju yg melambangkan Malaysia. Simpan kejap jersi MU, Barca, Liverpool tu. Kalau game lawan kelab EPL tu aku boleh trima lagi, mungkin nak menandakan korang tu 'part of ManUtd', tapi ini lawan Lubnan, tak de kene mengena dengan team luar. Ini melibatkan maruah negara, pakai la jersi Malaysia.

Buat Ong Kim Swee dan anak buah, tahniah diucapkan. Yuolls sekarang top-12 Asia! Iran, Korea Utara, Kuwait pon tak lepas. Dan Malaysia satu-satunya wakil ASEAN dalam qualifying group Asia ni. Jadi ini membuktikan lagi bahawa Malaysia is King Of ASEAN (secara kebetulannya sultan bola pon tengah jadi presiden AFF). Mungkin ada suara-suara sumbang yg mengatakan 'heh, Lebanon je pon'. Eh, Lebanon beat Qatar yg kitaikan Malaysia 4-0 tu tau! Dan kalau Lebanon ni tak terer, macam mana dorang boleh dapat seed favourite team sebaris dengan Jepun,Korea,Iran & Australia. Dan tak payah main 1st qualifying round (Malaysia kena lawan Pakistan).

Terimakasih yg datang memberikan sokongan kat stadium. Lu orang memang bertuah. Yang tak pergi, rugi beb, rugi. Nasihat aku siapa yang terlepas aksi Malaysia-Lubnan ni, datang la stadium rabu ni (29 Jun) tengok team senior beraksi. Malaysia-Taiwan, kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Tak mustahil Malaysia boleh pergi Brazil, so jangan terlepas peluang menjadi saksi kebangkitan bolasepak negara.

Akhir kata dari SokerLeaks, siapa tak pergi stadium game tadi, dia rugi serugi-ruginya mengalahkan kerugian yg ditanggung Adinda Evans. Ekekekek. So jangan lupa rabu ni di Bukit Jalil, kita kasi 'neraka' sikit dekat Taiwan!!

18 comments:

Fiffy Hazirah said...

kahkahkah.

kalau malaysia vs libepul nt, ada pulak org meleisia g stadium pakai jersi liverpul, bawak banner liverpul.

MuzEe said...

gua nak kumpul duit buat g brazil, sebab tu xg

Berto said...

@fiffy

kalau lawan kelab EPL, mmg x de hal sebenarnya nak pakai baju Liverpool ke, Chelsea ke atau Arsenal.Pakai je jersi EPL time game tu nanti. Sebab itu hanyalah perlawanan pertunjukan, takde signifikan pon.

Tapi utk game2 mcm qualifying round, adalah lebih molek jika tunjukkan semangat patriotik kita melalui baju yg dipakai

Sekadar 2 sen saya.

@muzee
gua follow, gua folow. kita singgah karnival kejap kat Sao Paolo

Anonymous said...

Damn it... aku tak pergi terasa sangat rugi....

Hazwan said...

yg main laser tu mmg bodoh

Azrul Hisham said...

memang rugi sape tak gi stadium malam tadi...ramai naik syeikh..kah3x

Azfar Ridhwan said...

serius rugi sape tak pegi. tapi malam tadi ramai true hardcore fans. so tak rase kurang orang. sume sorak bergema satu stadium. even halftime sume sempoi nyanyi ramai2 ewa bulan :D

sampai bila last 5 mins, sume jerit suh jersi no. 7 keluar(padahal scorer Irfan Fazail) coz tak lari support counter attack. Ong Kim Swee dengar and terus substitute dia keluar!

Jom penuhkan stadium utk skuad senior World Cup qualifiers 29 Julai. Safee Sali dah confirm main!

haffizmohdnoor said...

memang rugi..arghHHH!!!

dear anies said...

kalu x krn keje da lama nk g

x pe.nk try g jg utk game mas vs taiwan nnt!

bersemangat waja ni!!

SEPHIA said...

ai bantai pakai baju Wallabies Aussie. tp sumpah ai sokong Malaysia! hihi..itu baju kuning yg hadoo..jesi Malaysia amatlah besau.

Tengku Firmino said...

bendera iran dan italy tu mungkin sebab memang ada player lubnan yg main kat Italy (AC siena) dan sorg dua main kt liga iran..itu pasal kot..huhu..anyways malaysia mmg terbaik!

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Tahukah anda, saya salute kepada geng Ultras Malaya yang sudah membuka baju, menari serta menyanyi penuh emosi sementara menanti masa perlawanan tamat?

Mr Up Yours! said...

@berto: lwn epl tu pon patutnya pakai jersi malaysia. x pernah beranak lverpool, x pernah pergi lverpool, maknanya BUKAN ORG LIVERPOOL, toksah la sibok2 sokong liverpool.

Diorang dah ramai fans pon. Bola malaysia x cukup fans lagi.

Patenggg said...

terharu aku..
rasa mau menangis tauuu ???
HAHA

abu_dolah said...

yeah! sgt merugikan pada yg tak pegi. berto, rabu lepak sama lagi eh? hahahaha.. tak sabau nak tunggu next game.

Anonymous said...

Lu betulkan lu punya fakta... lwn taiwan 29 jun bkn 29 julai la

Berto said...

terimakasih anonymous

malware_h4n5 said...

just watching video "ewau bule".. mmg x d nafikan lg, penyokong klntan telah menghidupkan suasana bolasepak negara since kbangkitan team diorg.. harap fans kat negeri2 lain pun ada spirit mcm fans klntan gak.. x salah nk sokong negeri masing2.. tp kalo blh sokong la malaysia skali.. jgn sokong team negeri jer.. sokong negeri plak jgn sokong time menang jer..time kalah trus kosong stedium.. tak rock la beb.. so, kalo korang rse nk idupkan suasana bola sepak di malaysia, korang kne la sokong team korang spnjang masa x kira time kalah atau menang..pastikan stedium d stiap negeri penuh tiap2 kali ade match..then bru la fans kat negeri korang ade feel nk sokong malaysia time ada internation match.. ape2 pun, tahniah pd fans klntan krn menjadi model pd kami..wa salute sama lu..sblm ni international match kat SNBJ x pernah semeriah masa mas vs lebnon.. gua harap kemeriahan ini trus bkekalan.. all da best Malaysia!