Seeing is believing. Itu apa yang boleh saya perkatakan pada perlawanan di Anfield pagi tadi. Tidak ada "oook" atau "eeek" lagi. Liverpool 4-1 Chelsea. Team kedua, team kelapan ke, team ke dua ratus sekalipun, ini tercatit dalam catatan. Khalas, titik, tidak ada sebarang cakap-cakap lagi.
Ada fan Chelsea yang lepak di belakang meja saya menonton semalam "ramai player berehat untuk ke Munich". Bulshitasi sungguh. Apa guna jadi pemain bola kalau nak berehat? Apa perlawanan ini tak penting ke? Kalau kalah kedudukan anda untuk ke UCL tahun depan akan terjejas. Apa? Fokus ke final untuk menang? Anda ingat Bayern Munich tu kelab apa? Kelab ping-pong?
Anyway, kemenangan 4-1 ni bukanlah satu benda yang boleh dibanggakan bila kelab tercinta ini berada di tangga kelapan, but cubalah tanya penyokong kelab macam Wigan atau Sunderland, any wins can made our day. Besides, alang-alang nak habis season biarlah something yang dapat senyumkan kita. Well, ada juga fan Chelsea berkata, "ala kalau kau menang 10-0 pun bukan kau boleh menang balik FA Cup tu". Inilah akibatnya bila sesuatu sukan dikuasai oleh gloryhunters. Ada piala baru nak sokong. Takde piala tak nak sokong.
Ya, dari segi perlawanan menentang "kelab layer ketiga Chelsea" - kata fan Chelsea (err, Torres, Terry dan Ivanovic ni layer ketiga ke?) - aku masih tak berpuas hati dengan midfielder Liverpool. Well, aku sebenarnya mahu midfielder yang macam Xabi Alonso atau Steve McManaman, dua pemain ni di Santiago Bernebeu sangat memberi impak kepada Real Madrid. Hendo kalau diasah betul-betul boleh jadi seperti itu. Jonjo Shelvey gol nasib, tapi overall the season aku tak nampak apa yang dia boleh buat, tapi masa di Blackpool masa loan - dia memang power.
Overall, aku cuma harapkan magis dari Steve Clarke yang dahulu menjadi assistant kepada Jose Mourinho ketika di Chelsea. Dan aku harapkan mungkin pada season depan, Kenny boleh fokuskan pada midfielder. Winger seperti Steve Heighway memang sukar dicari ganti, seperti John Barnes atau second-striker seperti Peter Beardsley. Dalam hal ni aku rasa partnership Luis Suarez adalah sangat ngam ketika di Ajax bersama Klaas Jans Huntelaar, kena cari "someone like him". Kalau Ian Rush dengan partnership dengan Peter Beardsley atau John Aldrigde, Suarez juga perlukan partnership begitu.
Dari segi perancangan masa depan, Raheem Sterling dah boleh mungkin, main lebih kerap untuk dapatkan pengalaman. Lucas Leiva yang diharapkan baik dari kecederaan dapat menjadi defensive-midfielder yang power. Stevie G semakin tua, mungkin tak lama lagi - seperti juga Dalglish bakal jadi manager Liverpool.
Dari segi defender, aku merasakan kena mantapkan partnership Agger-Skrtel. Jose Enrique dan Glen Johnson. Selain itu, aku rasa penjaga gol pun dah boleh cari lain, Brad Jones misalnya - aku rasa performance dia cemerlang semasa semi final menentang Everton hari tu.
Mungkin fan non-Liverpool akan menyampah bila aku katakan tentang proses, mungkin kerana kebanyakan dari mereka adalah golongan muda yang selalu makan makanan segera dari McDonalds dan KFC, tu pun pakai pesanan telefon - mereka tahu segera dan cepat, tapi aku percaya kepada proses dan transisi. Dua puluh tiga tahun yang lalu perancangan yang silap dari Liverpool, bila Gerard Houllier dah set-up semua dan Rafa menuai hasilnya di Istanbul, tiba-tiba ada konflik dalaman dengan Tom Hicks dan George Gillett yang menganggu emosi pemain. Aku percaya kalau nampak beberapa masalah taktikal tu kalau diperbetulkan, "the years of bastion of invincibility" will come. Come on, Bill Shankly masa mula-mula took over Liverpool pun dari kelab Divisyen 2, dua tahun kemudian layak ke Divisyen 1 sebelum mengambil beberapa tahun untuk menjadi Champion. Seterusnya Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny Dalglish.
Mungkin ada beberapa fan non-Liverpool akan berkata "bla bla bla history lesson again" tetapi mereka yang berjaya pada masa depan selalunya belajar dari sejarah. Mungkin kegagalan negara Itali yang bankrap hari ini kerana kegagalan mereka belajar dari sejarah Rome, atau Greece gagal belajar dari Athens. Atau Malaysia gagal belajar dari Kesultanan Melayu Melaka. Mungkin, tapi kita semua tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Ayah aku pernah kata "Nottingham Forest adalah pasukan yang paling power pada djamannya", siapa sangka mereka kini di Divisyen Championship di tangga ke-19, bakal-bakal tersingkir. Begitu juga Leeds. Who knows, orang yang tak belajar sejarah mungkin tak tahu satu hari nanti Manchester United akan relegate ke Divisyen Dua. Bukan tak pernah pun.
Dan seeing is believing. Dengan melihat apa yang patut dilihat, baru boleh percaya. Dan aku mahu melihat proses. Tak kisahlah berapa tahun pun, lagipun, aku bukannya penggemar makanan segera McDonalds ni, semua nak cepat dan pantas je.
Showing posts with label chelsea takut liverpool. Show all posts
Showing posts with label chelsea takut liverpool. Show all posts
Wednesday, May 9, 2012
Thursday, September 1, 2011
Raul Meireles
"Awat la hang buat lagu macam tu, cheq kat sini dah menyesal tak berlagu dah. Hang ni tak piqiaq dulu la. Belum sempat cheq cakap hang dah pi sign. Hang tak piqiaq ke cheq hari-hari dok risau John Terry tibai bini cheq. Hang bukan tau orang London macam mana. Lantak pi hang la. Takpa la, ada jugak kawan cheq no. Boring orang London ni mana best macam kita dulu-dulu. Banner pun pi bantai kopipes. Malu aku weh"
- Fernando Torres dalam perjalanan pulang dari balik kampung.
Subscribe to:
Posts (Atom)
