Misi dan Visi utama Tunku Mahkota Johor dalam mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Johor:-
Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk pasukan Johor dan pasukan Johor B.
Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
Abd Halim Abdul Ghani – Kelab Penyokong Siber Johor FC
Mohd Norkhyree Sulaiman – Kelab Penyokong Siber Johor FC
Mohd Aimi Johar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
Mohd Hafiz Jaafar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
Mohd Nazly Japar – Kelab Penyokong Siber Johor FC
Muhamad Amirul Asraf Mohd Shariff – Boys.Of.Straits (B.O.S)
Wakil – Wakil Pemain
Thamini Shaiban – Pasukan Johor
Mohd Hamzani Omar – Pasukan Johor
Mohd Khairul Ismail – Pasukan Johor FC
Eddy Helmi Abdul Manan – Pasukan Johor FC
sumber : Jengking Fan Club
Pendirian Sokerleaks?
Kami memperjuangkan penubuhan, pengekalan, dan pemuliharaan kelab bola sepak.
Kami lebih menyokong sebuah kelab bola sepak di-swastakan atau (separuh swasta) dari di-kerajaankan (sepenuhnya) dalam menambah nilai kelab bola sepak.
Kami lebih komited untuk merakyatkan bola sepak, bukannya mengistanakan bola sepak.
Kami kekal bersungguh mahu mendedahkan anasir rasuah dan politik dalam bola sepak di Malaysia.
Maka, apakah ini tahun terakhir buat kelab bola sepak bernama 'Johor FC'?
1. Hal Johor. Biar elok orang Johor yang ulas dan setel-kan. Orang negeri lain, atau orang tempat lain mungkin tak faham apa dan kenapa ini semua terjadi. Kalau tak faham antara membahagikan keupayaan dan peluang untuk semua. Mari kita fahamkan kat sini.
2. Kalau kau tanya aku. Mula-mula sekali aku terkejut tiba-tiba ada mesyuarat luar biasa dari Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor FA). Rupa-rupanya pasal lantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai Presiden Johor FA. Bagi aku, itu okay lah.
3. Memandangkan komitmen dan usaha yang TMJ tunjuk sejak-menjak ini yang kerap turun padang tengok perlawanan-perlawan melibatkan Johor FA. Tanpa rasa segan (ye lah, anak Sultan kot), duduk dekat bench substitute, pakai tracksuit, muka serius menunjukkan minat pada perkembangan memajukan bola sepak Johor. Kita salut lah. Anak sultan Pahang yang jadi Presiden Pahang FA pun tak duduk sebelah Dollah Salleh. Anak Sultan Johor berani buat macam ni. Dekat dengan rakyat jelata yang minat bola sepak. Itu bagus. Memang layak lah TMJ jadi Presiden Johor FA.
4. Aku kagum sebenarnya dengan komitmen yang ditunjukkan TMJ. Bagi aku bukan mudah, TMJ adalah anak sultan, apa orang cakap? Mencemar duli. Memandangkan yang selalu kita nampak Presiden bola sepak negeri atau kelab lain paling tidak mesti duduk kat kerusi empuk di grandstand dengan kot atau t-shirt 1Malaysia, paling tidak pun pakai baju batik. Poyo betul pakai baju batik pergi tengok bola. Heh.
5. Tambah pula dengan beberapa usaha yang dilakukan oleh TMJ seperti membawa masuk Fandi Ahmad, dan paling terbaru, lagenda Argentina, Gabriel Batistuta untuk membantu meningkatkan pasukan Johor FA. Ternyata, memang sah dan tepat kerusi presiden Johor FA itu diberi kepada TMJ. Lagipun, mestilah TMJ boleh cari sumber sumber kewangan melalui usaha dan pengaruhnya kan? Elok lah sangat.
6. Nak harap Presiden Johor FA lepas? Aku rasa kamu faham memang nampak tak banyak perkembangan yang ada. Kalau ikut secara tradisi, Menteri Besar yang kena jadi Presiden bola sepak negeri. Ikut tradisi lah. Tapi, mengenangkan Menteri Besar Johor yang lebih kuat berzapin dan berghazal, tak minat bola sepak, tak support bola sepak negeri secara serius. Lupakanlah tradisi itu. Sekarang ini lebih banyak dataran bersimen dari padang bola di Johor tahu? Menteri Besar Johor punya pasal.
7. Hal lantikan TMJ sebagai Presiden Johor FA dah boleh dikira setel. Cuma sekarang yang menjadi isu mengenai komen TMJ yang berbunyi ;
"Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding"
Ini saja yang jadi masalah. Aku mula-mula tak pasti sama ada ia kenyataan berbentuk 'kemestian', 'arahan', 'pandangan', 'ketetapan', ataupun 'cadangan'. Tetapi bila merujuk ayat 'Saya tidak faham' dan kenyataan media di Harian Metro pula menyebut 'TMJ menyarankan hanya satu pasukan beraksi di Liga M', highlightkan perkataan 'menyarankan'. Jelas menunjukkan sebenarnya TMJ kurang arif tentang apa yang di-inginkan sebenarnya oleh peminat, pemain dan pelabur kancah bola sepak di Malaysia.
8. Kita tak perlu gelabah sangat dalam hal ini. Tak perlu nak geram, marah sangat memandangkan ia hanya sebuah 'saranan berbentuk pandangan', bukannya 'arahan yang mesti di ikut'. Atau lebih mudah, perkara ini masih boleh dibawa berbincang. TMJ tak faham, jadi biarlah kita semua memahamkan TMJ dengan fakta yang mudah. Iaitu fakta ;
'Kenapa rakyat Johor dan peminat bola sepak Johor mahu lebih banyak pasukan bola sepak di Johor?'
9. Faktanya mudah. Rakyat jelata Johor bilangannya makin bertambah. Rakyat Johor yang minat pada bola sepak semakin bertambah. Rakyat Johor yang boleh bermain bola sepak juga bertambah. Rakyat Johor yang seharusnya layak bermain bola sepak secara amatur, semi-pro mahupun pro juga telah bertambah. Jadi, relevenkan perlu hanya ada satu sahaja pasukan? Mestilah tidak releven. Satu pasukan untuk memenuhi permintaan yang bertambah? Kerja gila namanya. Rugi rugi rugi.
10. Rugi sangat jika ada satu pasukan (atau dua pasukan termasuk pasukan liga simpanan) yang menyertai kacah bola sepak kebangsaan sebenarnya. Tidakkah terfikir nanti kesannya akan ramai pemain bola sepak yang berbakat, tetapi tidak layak bermain kerana sudah cukup kuota satu pasukan, akan bermain untuk negeri lain atau kelab di luar Johor? Kasihan. Sepatutnya boleh menabur bakti untuk negeri sendiri, tetapi kerana saranan yang tak berapa nak tepat ini. Yang kita dapat ialah kerugian di masa depan.
11. Lagipun, aku berpegang pada prinsip asas bola sepak yang pihak FIFA pernah kempenkan dalam kongres-kongres lepas. Football For All. Bola sepak untuk semua. Semua orang berhak bermain bola sepak, meminati bola sepak, menubuhkan kelab bola sepak, melabur dalam bola sepak, dan bercakap mengenai bola sepak. Jadi, saranan TMJ ini sudah tentu melawan prinsip asas bola sepak yang dikempenkan FIFA bukan?
12. Jikalah TMJ mendengar apa yang rakyat mahukan, aku cuma nak cakap, kalau boleh rakyat mahu lagi banyak kelab bola sepak, lagi bagus. Lagi banyak peluang pekerjaan. Sebab bola sepak juga menjadi cabang pekerjaan pada era kini. Rugilah jika satu pasukan saja dan membubarkan 3 kelab lain iaitu Johor FC, MP Muar dan MBJB. Peluang pekerjaan akan berkurangan, pengangguran berlaku. Kemanakah nanti pemain-pemain dan pengurusan bola sepak sedia ada sekarang hendak mengerjakan apa yang mereka minat? Kalau dapat ke kelab lain, kalau tak? Jadi Halim Napi nombor dua. Tambahan itu, pelaburan bola sepak akan mengecil dan tak meluas. Dari banyak syarikat di Johor yang berminat dan boleh hendak menaja, tak pasal-pasal kerana nak satu pasukan sahaja, pelaburan berkurang. Perlaburan berkurang, duit tarak masuk lah. Duit tarak masuk, lambat laun melingkup. Takkanlah tak suka dengan duit?
13. Bola sepak untuk semua. Bukan sebab kejayaan sahaja. Kejayaan belakang kira, yang penting apa yang kita boleh beri kepada masyarakat atau rakyat dalam mengembangkan kancah bola sepak negeri kita. Bila dah berusaha untuk merancakkan, barulah kejayaan akan datang. Itu saja karma-nya. Setel.
p/s : Tolonglah kembalikan balik J-Kid dan rancakkan Liga Bola Sepak Negeri Johor. Itu yang patut dibuat dahulu.
Berat buat Wenger, berat lagi nak menjawab pada peminat.
Dalam bola sepak, ada dua faktor yang kita akan nilai sama ada kita berpuas hati atau tidak dengan keputusan sesuatu perlawanan. 2 benda je, menang-kalah dan corak permainan. Aku rasa semua orang dah tahu prinsip ini. Kalau menang dengan permainan cantik. Itu kredit. Kalau menang dengan permainan tak cantik tambah dengan bantuan penalti dari pengadil. Itu konspirasi. Kalau kalah dengan permainan cantik. Itu boleh diterima. Kalau kalah dengan permainan tak cantik. Itu mengundang kemarahan.
Kalau kalah dengan perkauman. Itu Suarez... dan Evra yang mak dia hitam.
Macam malam tadi. AC Milan menang dengan permainan yang cantik. Arsenal kalah dengan permainan serupa terkena buatan orang. Hantaran ke mana, control ke mana, tergelincir ke mana. Hantar lah sepuluh Henry sekalipun, belum tentu Arsenal boleh menang ke atas AC Milan yang ada prestij tersendiri semasa perlawanan malam tadi.
Kita tak dapat pasti lagi tentang apa masa depan dan faktor Arsene Wenger dalam Arsenal yang tampak serba tidak menjadi lewat ini. Namun, beban ini patut di letak ke atas bahu pemain Arsenal yang seakan sudah kehilangan semangat serang menyerang bertali arus pada era Invincible. Kehadiran King Henry (Farewell for King Henry) masih belum boleh dimengertikan oleh pemain-pemain belian mahal di Arsenal dan pemain-pemain senior Arsenal tentang kepentingan simpleset-piece attacking, breaking through from the middle, dribble one-and-pass dan rembatan di luar kotak penalti. Yang ada hanyalah, dan sentiasa berulang, hantaran bola sia-sia, overlap-dribble from side-back (padahal guna sistem flanker 4-5-1, kesian aku tengok Sagna), dan loophole pertahanan-pertahanan Arsenal yang masih tak ditutup.
Kita sering menyangka (mungkin Wenger menyangka), AC Milan tidak reliable untuk fitness-duration-match. Sebab sering dimomokkan dengan istilah 'kuda tua' pada AC Milan. Berdasarkan rekod match AC Milan lepas sebelum knock-out 16, AC Milan banyak melepaskan jaringan pada minit 70 ke atas. Iaitu minit di mana semua pemain akan mula bertanding kecergasan saat akhir. Selalunya kalau team 'kuda tua', waktu inilah paling bahaya kerana kecergasan mereka lebih menurun. Arsenal mungkin berkelebihan untuk lebih menyerang dengan serangan larian pantas.
Namun, AC Milan tetap AC Milan. Jaringan ketiga oleh Robinho adalah penyebab rentak Arsenal terencat, fitness-duration-match boleh campak dalam longkang tambah bila AC Milan mula menggunakan 4 pertahanan dan satu sweeper.
Serba tidak menjadi dan AC Milan tak seperti dahulu. Kalau menang dengan AC Milan, tapi tak layak pun tak guna juga. Eh? Pasukan mana tu?
Segalanya terlewat untuk Arsenal malam tadi. Tepukan hormat buat AC Milan yang bermain lebih baik. Aku sendiri jika di Serie A, lebih menyokong AC Milan berbanding Inter dan Juventus.
Tapi, aku masih optimis untuk mengatakan 'Bangkit dan Forward' pada second-leg untuk Arsenal. Letaklah dua striker selepas ini ke, ikutlah. Wenger pasti lebih tahu. San Siro ada hantu tersendiri. Dengar chant Ultras AC Milan sendiri aku meremang bulu roma. Aku harap Ultras Arsenal di Emirates boleh beri kehantuan bila second-leg. Sebab dua-dua pasukan guna penaja sama, bila bermain di stadium penaja, Arsenal mungkin boleh tapau AC Milan balik setidak-tidaknya 7-1.
Takde hal lah bhai.
Seronok Perdana Menteri kita. Eh kejap, malam tadi menyu ada game ke?
Howard Webb bersama rakan sepasukan meraikan jaringan Javier "Chicharito" Hernandez dalam perlawanan menentang Chelsea semalam. Howard semalam menjaring 2 gol selepas United ketinggalan 3-0 dengan pasukan Chelsea. Fernando Torres, walaupun perlu bertemu dengan akak netball untuk ingatkan dia jaringkan gol, memberi assist cantik kepada Juan Mata untuk jaringan kedua.
Sementara itu, Howard Webb ketika ditemui berkata, "saya cukup berbangga dengan United malam ini, kerana hari ini kita mengenangkan kejadian Munich Air Disaster, saya cukup bangga menjaringkan dua gol. Semoga selepas ini, Alex Ferguson akan turunkan saya dengan lebih kerap lagi."
Sementara itu, tidak dikesan pula mana dia Ramli. Di game Man United pun dia tidak kelihatan, di game Malaysia vs Bahrain pun tak kelihatan.
Memalukan abah betul lah kau ni Ramli.
Sekadar melopong sambil makan sandwich udang di Old Trafford.
p/s:RIP to all Busby Babes Munich Air Disaster tragedy - from Liverpool fan.
Geoff Bent Roger Byrne Eddie Colman Duncan Edwards Mark Jones David Pegg Tommy Taylor Liam "Billy" Whelan
Malam tadi semua sedia maklum ada dua perlawanan yang menjadi tumpuan di Malaysia,
1- Malaysia vs Bahrain
2- Manu vs Chelsea
Memandangkan rumah gua tiada astro, dan siaran tv1 hancur di johor bahru lagi lagi duduk di rumah flat. Gua pun keluar rumah mahu menonton game Malaysia dengan budak rumah gua sorang. Gua pusing pusing satu bandar uda, Gua usha kedai kedai mamak semua dok tayang Game BPL, Newcastle United vs Aston Villa.
Last sekali gua pergi satu kedai mamak ni duk tayang hafizal ahmad sedang mengacara siaran sebelum game Malaysia. Gua pun melepak di situ. Semangat gua nak tengok game Malaysia sambil berbaju hitam kuning malaysia.
Satu kedai tengok game Malaysia lawan Bahrain. Tak sampai 20 minit, tumpuan gua di nganggu. Ada sorang brader Malaysia suruh tukar chanel Manu vs Chelsea. Perghh.. gua menyirap, gua suruh kote, eh silap, tokey tu tukar balik, tapi duk senggih senggih, gua siap tepuk tepuk dada gua yang juga ada bendera malaysia di baju gua tu, mamak tu duk sengih sengih gak.
Gua rasa tindakan gua betul, gua blah terus dari restoran mamak tu tanpa membayar air minuman yang gua minum tadi.
Di manakah silap semua ini? Bila siaran di tukar, hanya suara kecil saja membantah, tetapi selebihnya hanya berdiam dan lebih teruja melihat game BPL itu.
Ya, gua peminat Liverpool, Andai kata ketika itu, Liverpool vs Manu, mahupun Liverpool vs Chelsea, sedangkan game tu ada perlawanan melibatkan negara Malaysia. Gua akan tetap memilih menonton game Malaysia juga.
Sebab apa? Tepuk dada tanya diri sendiri, Semua dah besar panjang, dah tahu bola sepak itu milik siapa dan anda tahu siapa anda perlu sokong.
Beberapa hari yg lepas, SokerLeaks menerima banyak email berbaur ugutan dalam bahasa yg tidak dapat dikenalpasti. Selepas digoogle translate, barulah kami mendapat tahu bahawa email ni ditulis dalam bahasa Berber, Igbo, Somali, Swahili, Oromo, dan Yoruba. Kandungan emel tersebut, yg rata-ratanya datang dari alamat UIA, mempersoalkan layanan kami terhadap pembaca SokerLeaks dikalangan warga Afrika. Mereka tanya kenapa SokerLeaks tak kaver Piala Negara-Negara Afrika.
Rupanya SokerLeaks sudah menembusi pasaran global terutamanya afrika. Mungkin kelibat Effa Owana dan Francis Doe membantu memperkenalkan imej SokerLeaks di benua Afrika ini. Sebenarnya, bukan kami taknak ulas pasal ACN (African Cup pf Nations) ni, tapi kami masih berdendam dengan beberapa brader Nigeria yg sering menjual jam tangan palsu di pejabat kami. Tapi lepas kami bahan Nigeria tak layak ACN tahun ni, terus brader Nigeria tu merajuk dan tak menjual jam tangan palsu lagi.
Sedikit sejarah mengenai ACN; edisi pertama diadakan pada 1957 dimana hanya ada 3 pasukan yg menyertainya iaitu Egypt, Sudan dan Ethiopia. Pada mulanya Afrika Selatan turut dimasukkan dalam kejohanan sulung ini namun pihak menganjur menarik balik penyertaan mereka kerana skuad Bafana Bafana ini tidak mahu menghantar multi-racial skuad (keputusan Afrika Selatan menghantar pemain dari kalangan caucasian sahaja merupakan salah satu bentuk diskriminasi terhadap warga afrika). Mesir memenangi kejohanan edisi pertama ini.
Bola rasmi ACN 2012; Comocequa dimana ia dinamakan sempena nama sungai yg menghubungkan kedua-dua negara tuan rumah (Gabon dan Eqotorial Guinea) iaitu Sg. Como
ACN adalah kejohanan dwi tahunan dan edisi tahun ini yg diadakan di Equotorial Guinea dan Gabon ini sudah mencecah edisi ke 28. Mesir mendahuli rekod kejuaraan terbanyak iaitu sebanyak 7 kali diikuti Ghana (4x), Cameroon (4x), Nigeria (2x), Rep. Demokratik Congo (2x) dan masing-masing satu dari Tunisa, Sudan, Ivory Coast, Algeria, Ethopia, Morocco, Afrika Selatan dan juga Congo. Selepas ini edisi ke-29 akan dijalankan pada tahun depan iaitu 2013. Ini kerana CAF (Konfederasi Bolasepak Afrika) mahu ACN ni diadakan pada tahun yg tidak sama dengan penganjuran Piala Dunia. Jadi 2013 akan diadakan di Afrika Selatan, 2015 (Maghribi) dan 2017 (Libya). Sepatutnya 2013 tuan rumah diberikan pada Libya tapi kerana pergolakan politik yg masih berkecamuk maka mereka tukar dgn Afrika Selatan.
Juara Terbanyak: Mesir
Mengenai trofi ACN ini pula, ini adalah trofi ke-3 yg digunakan dalam kejohanan ini. Trofi pertama iaitu Abdelaziz Abdallah Salem Trophy dinamakan sempena Presiden CAF yg pertama iaitu pakcik Abdelaziz ni la. Trofi ini seterusnya menjadi hak mutlak utk disimpan oleh Ghana seletelah pasukan The Black Stars ini menjadi pasukan pertama yg menjadi juara sebanyak 3 kali pada tahun 1978. Tahun 1980 hingga 2000, trofi yg digunakan ialah trofi Trophy of African Unity. Setelah memenangi 3 kejuaran dalam tempoh tersebut, trofi African Unity ini diberikan kepada Cameroon. Dan semenjak 2002, trofi yg ala-ala trofi Piala Dunia ini terus digunakan hingga ke edisi 28 ini. Setakat ini Mesir sudah memenanginya 3 kali berturut-turut, tak tahu la pulak kalo CAF nak bagi terus piala ni kat Mesir. Rekod penjaring terbanyak masih dipegang Samuel Eto'o.
Trofi Piala Negara-Negara Afrika semenjak 2002
Dalam kalendar CAF ini, ada 2 kejuaraan penting. Yg pertama yg ACN ini la, yg kedua pula adalah African Nations Championship. Harus diingat African Cup of Nation (ACN) dan African Nations Championship (ANC) adalah 2 kejohanan berbeza. ANC diadakan berselang dengan tahun berlangsungnya ACN. Salah satu perbezaan utama antara 2 kejohanan ini adalah ANC hanya membenarkan pemain-pemain yg bermain di liga negara sendiri sahaja, maksudnya team Sudan dalam ANC ni tak boleh ada pemain yg bermain di liga selain liga Sudan. Langkah ini bagi memberi peluang kepada pasukan Afrika mencungkil bakat baru dan memberi peluang kepada pemain liga tempatan yg terpaksa melupakan hasrat mewakili negara mereka dalam ACN (yg jauh lebih prestij) kerana sememangnya team-team yg bertanding lebih suka menggunakan khidmat pemain yg berkelana di Eropah /luar Afrika.
Trofi African Nations Chamiponship (ACN)
ACN ni selalu menimbulkan ketidakpuashatian kelab-kelab Eropah bilamana mereka terpaksa melepaskan khidmat awang hitam deme ni. Kita boleh lihat disini prestasi semasa pasukan yg bergantung kepada bintang afrika mereka sejak kehilangan tonggak utama mereka ini; Newcastle tanpa Demba Ba hanya menang 2 daripada 4 perlawanan termasuklah tewas 2-5 dgn Fulham dan tewas ditangan Brighton di Piala FA. Man City pula tanpa kelibat Yaya Toure hanya menang sekali dalam 4 perlawanan itupon menang tipis 1-0 dgn Wigan.
Satu lagi pasukan yg begitu terkesan dengan ACN ni adalah Arsenal. Dalam 4 perlawnan liga, Arsenal tak menang satu pon perlawanan. Begitu besarnya pengaruh Maruonne Chamakh ni. Takde Chamakh ni, terus Arsenal tak menang-menang. Oh lupa plak Gervinho ni main untuk Ivory Coast. Kiranya Arsenal sekarang kelihatan begitu sayur akibat ketiadaan Chamakh dgn Gervinho la ni?
Betapa terumbang-ambingnya Arsenal tanpa beliau. Ini lah dia Chamakh; lejen Arsenal no.1, mengalahkan RVP dan Henry.
Sebenarnya semua info pasal sejarah ACN ni aku cedok dekat wikipedia je. Aku tukang translate je pon. Jadi ada baiknya aku sambung terus pasal preview Suku Akhir ACN ni.
QF 1
Chipolopolo (The Copper Bullets) vs Falcons Of Jediane
71 : RANKING : 120
Naib Juara 1974,94 : PENCAPAIAN TERBAIK : Juara 1970
Emmanuel Mayuka (Young Boys) : AYAM TAMBATAN : Entah, macam takde.
Ulasan SokerLeaks: Berjaya menewaskan team favourite iaitu Senegal dan tuan rumah bersama, Eqotorial Guinea, dibantu dengan beberapa pemain yg berkelana di Eropah, Asia disamping mempunyai pemain yg pernah beraksi di Piala Kelab-Kelab Dunia bersama TP Mozembe, kelebihan besar buat Zambia berbanding Sudan yg rata-ratanya dibarisi pemain di liga Sudan sendiri sahaja.
Ramalan SokerLeaks:
Zambia menang 2-0
QF 2
Les Elephant vs Nzalang Nacional
18 : RANKING : 151
Juara 1992 : PENCAPAIAN TERBAIK : QF 2012
Satu team : AYAM TAMBATAN : Randy (Las Palmas)
Ulasan SokerLeaks: Walaupon bermain atas kapasiti tuan rumah di Malabo nanti yakni mereka akan dibantu ribuan penyokong setia Nzalang Nacional, agak mustahil untuk EQ ini menewaskan Ivory Coast selaku pasukan pilihan kejohanan. Disamping itu, berdasarkan persembahan peringkat kumpulan, EQ boleh dikatakan memiliki tuah sahaja kerana 2 perlawanan mereka memenanginya pada saat akhir termasuk perlawanan kontroversi menentang Senegal. Tempat separuh akhir nampaknya hampir pasti milik Drogba dan rakan-rakan
Ramalan Sokerleaks:
Ivory Coast menang 2-0 hasil jaringan Drogba dua bijik.
QF 3
Les Pantheres vs Les Aigles
91 : RANKING : 69
QF 1996: PENCAPAIAN TERBAIK: Naib Juara 72
Pierre Aubameyang (St.Etienne) : AYAM TAMBATAN : Seydou Keita (Barcelona)
Ulasan SokerLeaks: Kedua-dua pasukan agak seimbang kekuatan mereka dimana kebanyak pemain utama mereka menimba pengalaman di Eropah. Gabon akan menggunakan kuasa serangan 3 pemain handalan mereka; Aubameyang (digelar Neymar Gabon kerana rambut yg sepesen), Danial Cousin (ex-Hull) dan juga Bruno Mbanangoye (freekick dia lawan Morocco mmg power habis). 9 mata dari 3 perlawanan menunjukkan Gabon antara pasukan yg perlu diberi pilihan. Persembahan Mali di peringkat kumpulan pula kurang meyakinkan walaupon memenangi 2 perlawanan. Lambang Mali yg seakan-akan kumpulan gangster Melayu tidak mampu menakutkan pemain-pemain Gabon nanti.
Ramalan SokerLeaks:
Gabon menang penalti walaupon pemain jersi 9 ini, Aubameyang akan miss sepakan penalti tersebut.
QF 4
Black Stars vs The Eagles of Carthage
18 : RANKING : 59
Juara 1963,65: PENCAPAIAN TERBAIK : Juara 2004
Asamoah Gyan (Al-Ain) : AYAM TAMBATAN : Youssef Msakni (Esperence)
Ulasan SokerLeaks: Juga satu perlawanan seimbang dan bakal berlangsung sengit. Tapi diatas kertas kelebihan sedikit dimiliki oleh Ghana. Hanya Tunisia sahaja wakil Afrika Utara ketika ini dimana 3 edisi sebelum ini dimenangi oleh wakil Afrika Utara iaitu Mesir. Namun untuk Tunisia mengulangi pencapain itu agak mustahil sebenarnya bila Ghana nampaknya lebih mempunyai kekuatan seimbang disemua posisi berbanding Tunisia.
Ramalan SokerLeaks
Ghana menang tipis 2-1. Muah muah abang ni kata.
Dan selepas itu masuk la peringkat separuh akhir. Sebab dah penat menulis aku pon buat rumusan je la; Ghana lawan Zambia, Ivory Coast lawan Gabon. Ghana menang melangkah ke final bertemu dengan salah satu tuan rumah bersama iaitu Gabon yg berjaya membuat upset dgn menewaskan Ivory Coast.
Jadi final tahun ini adalah Gabon vs Ghana. Ramalan terakhir Sokerleaks, Ghana menang 2-1.
"Thanks SokerLeaks sebab ramal team saya menang" ujar Asamoah Gyan dengan bangganya.
Itulah sahaja entri AfrikaLeaks ini. Harapan kami agar Effa Owana tidak berkecil hati bila Cameroon tak layak langsung tahun ni. Dan kami juga berharap pelajar-pelajar antarabangsa UIA tidak lagi menghantar emel berbaur ugutan setelah kami menyiarkan entri African Cup of Nation ini.
Saya akhiri penulisan ini dengan video lagu rasmi ACN 2012 yg catchy habis ni.
P/S: Patice Evra berasal dari Senegal. Nampak gaya Luis Suarez jenis selidik latar belakang oppenent sebelum perlawanan ni.