Showing posts with label revolusi fam. Show all posts
Showing posts with label revolusi fam. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Republik Sosialis Soviet Rakyat Merseyside - AFC Liverpool



Masa mula-mula aku google - apa menatang AFC Liverpool ni? Apakah AFC Asia cuba mengasaskan sebuah kelab Liverpool lagi di Asia? Aku menggaru-garu kepala seketika melihat AFC Liverpool ni. Rupa-rupanya bila click - ia merupakan sebuah kelab baru di Merseyside. Jadi kelab di Merseyside tidak lagi didominasi oleh Liverpool, Everton dan Tranmere Rovers semata-mata.

Jadi apakah ini satu tindakan yang sama sepertimana yang dilakukan oleh FC United of Manchester bila Malcolm Glazer takeover? Apakah fan-fan AFC Liverpool ini akan mengutuk pemain-pemain Liverpool yang kaya-kaya macam fan FC United of Manchester mencipta lagu mengutuk @rioferdy5?

Tidak, tidak. Kami Liverpool. Kami baik-baik saja. Bahkan Merseyside Derby pun kami boleh duduk sebelah-sebelah dengan fan Everton. Kami orang baik bukan macam bandar pencuri tayar Manchester atau hidung tinggi London.

The club was set up to provide a match-going experience for Liverpool fans who have been priced out of Premier League football. The club has adopted the same colours, fan songs and is based around the same community as Liverpool F.C.. The club is a non-profit organisation. The AFC Liverpool founder Alun Parry said "I've been going to Anfield since the late Seventies when I was six years old. A season ticket in the Kop cost £45 in 1985, today it's £650, which I know is a lot cheaper than some other Premier League clubs, but in inflation terms Eighties prices should equate to £98 today. He also stated that the formation of the club had nothing to do with the debated ownership of Liverpool. Parry stressed that the club was not to be estranged from Liverpool, but he hoped that it would look on AFC as a 'little brother'.

AFC Liverpool benar-benar lakukan apa yang Bill Shankly ingin lakukan - sebuah kelab sosialis. Kelab yang diuruskan sendiri oleh kelab, bermakna takde muka cukong atau pak menteri yang ada dalam kelab. Bermakna kalau kau nak uruskan kelab ni, kau nak jadi leader kau kena tanya semua orang dalam kelab.

Bila kelab diuruskan sendiri oleh peminat, segala kewangan pun datang dari peminat sendiri. Bergerak mengikut kemampuan. Hanya dengan cara ini sahaja boleh membuatkan harga pemain tidak ridiculous macam harga Bebe yang berjuta-juta pound tapi main hampeh. Cara mengharamkan pemilikan kelab seperti Sweden yang memang dah jadi sebahagian dari Soviet Scandinavia tu memang bagus. Tak guna menang Champions League kalau hutang macam Manchester United. Baik relax je macam Malmo FF.

Jadi - apa tujuan aku tulis benda ni kat Sokerleaks?

Aku mengharapkan ada orang yang sanggup mencontohi AFC Liverpool atau FC United of Manchester di Malaysia. Aku selalu dengar orang komplen - FAM bangsat, FAM celaka, FAM diktator, FAMA lebih baik dari FAM - macam-macam. Macam FC United, bila mereka menentang Malcolm Glazer mereka terus buat kelab FCUM. Macam AFC Liverpool, despite dorang ni semua masih berjiwa Mighty Reds tapi disebabkan globalisasi mereka merasakan sebagai rakyat marhein harus meneruskan Shanklyism - sosialisme melalui sukan bolasepak. Aku rasa Shankly dalam kubur terseksa tengok harga season pass kat Anfield tu. So, macam aku selalu cakap - change will not come from above. Nak mengharapkan Sultan Bola and co. ni menyelamatkan bolasepak negara macam nak mengharapkan dara Adinda Evans untuk diselamatkan.

Buat banner, berdemo, bakar bendera - buat je apa kau nak buat. Tapi ia tak jadi apa-apa kalau kau tak buat mereka jadi gerun - tubuh liga sendiri.

Macam AFC Liverpool ni - harga tiket mahal - buat kelab sendiri.
FCUM - tak puas hati dengan Glazer - buat kelab sendiri.

Kita patutnya - tak puas hati dengan FAM - buat je persatuan dan liga sendiri. Yang paling penting kita buat kerja kerana minat. Jadi website keputusan dan jadual perlawanan akan sentiasa terupdate dan tidak serabai. Barulah awesome.

Thursday, January 13, 2011

Cerpen Bolasepak:Taman Raya United FC


Seperti Johan Cruyff dan anaknya Jordi berlatih bermain bolasepak di masa senggang,Nordin dan anaknya membawa sebiji bolasepak untuk dimain.Taman Raya adalah taman yang baru dibuka di suburban bandaraya.Tetapi bagi Nordin,sungguhpun bekerja - cintanya terhadap bolasepak sangat mendalam.Begitu juga dengan anaknya Hamdan - dua orang anak beranak ini sangat mencintai bolasepak.Apa sahaja tentang bolasepak mereka akan cuba menghayatinya dengan penuh falsafah.Bukan sekadar beli jersi Manchester United kat Al-Ikhsan untuk menayang kepada rakan sebaya.Bukan - ia lebih dari itu.

Setiap petang,apabila pulang dari kerja - Nordin tanpa berkira penat terus sahaja mengajak Hamdan ke padang.Bermain bola walaupun berdua - di satu padang kosong di tepi rumah.Populasi Taman Raya yang bertambah - dari sebuah taman perumahan baru buka - dan kini mulai berpenghuni.Apabila Nordin dan Hamdan sedang berlatih - datang seorang bocah di tepi padang memerhati.Nordin memandang Hamdan.

"Pergilah ajak kawan tu main."

Hamdan hanya melambaikan tangan - dan sejak itu Rizal - bertiga mula bermain bersama Nordin dan Hamdan.Dan sejak itu,Alif,Kamal,Roger,Fateh,Sundram,Shahrul,Adam,Meng Chuan dan David sudah mula ke padang bermain bolasepak.Rata-rata mereka berusia 8 ke 10 tahun.Hamdan sudah mula memikirkan apakah ini langkah terbaik untuk mula memikirkan untuk satu kelab bolasepak di taman ini.Dari bertiang-golkan selipar - Hamdan membuat tiang gol dengan kayu.Mungkin tidak sekuat besi namun itu tidak menghalangnya dari bermain bolasepak.

Tapi seperti yang pernah dikatakan Karl Marx,material dahulu idea kemudian - tak guna bercakap tentang idea menubuhkan pasukan bolasepak kalau tidak ada modalnya.Mungkin tidak banyak yang dapat dilakukannya - tapi buat masa ini bermainlah dahulu.Datang pakcik jual air.Datang pakcik jual cendol.Datang pakcik jual goreng pisang.Dan ke padang - dan semakin ramai petang-petang orang turun ke padang - merancakkan ekonomi - sekali-sekala mereka hulur kepada Nordin kerana bersyukur ada peluang perniagaan.Dari tiga jadi sebelas kini dah boleh buat dua team.Jersi - tak payah poyo fikir pasal jersi.Apa yang diperlukan ialah sepasang kasut but murah yang berharga RM15.00 dan jiwa yang kental untuk bermain bolasepak.

Corak permainan yang dilakukan oleh Nordin menarik ramai perhatian.Lalu - pasukan jiran sebelah Taman Setia datang untuk buat friendly.Oleh kerana keseriusan Nordin - ideanya diterima ramai oleh penduduk Taman Raya.Masing-masing menderma not merah,hijau and biru - ada yang bermurah hati sampai sponsor beratus-ratus demi pasukan Taman Raya.

Hasil dari wang kutipan itu Nordin tak songlap macam YB selalu buat.Dia bina tiang gol besi,membeli jersi dan juga peralatan seperti bolasepak,bip dan macam-macam lagi.Dan semua ini datang setelah hampir 3 tahun Nordin train budak-budak tu main.Dan dengan mengkaji falsafah bolasepak Johan Cruyff dan Rinus Michels itulah - mengkaji untuk memanipulasi ruang padang serta mengkaji kekuatan diri sendiri.Dan hasil falsafah Johan Cruyff yang difahami Nordin itulah - Taman Raya membelasah pasukan Taman Setia.Di peringkat sekolah-sekolah - hampir semua anak didik Nordin bermain mewakili sekolah.Hamdan dah sampai peringkat daerah.Namun begitu - padang di tepi rumah Nordin - tak pernah mereka tinggalkan.Begitu juga dengan penduduk Taman Raya.

Tetapi takkan selamanya pemain ini akan kekal di Taman Raya - pemain datang dan pergi.Ada yang berpindah,ada yang masuk asrama,ada yang join mat rempit,ada yang masuk kes juvana - maklumlah,latar belakang banyak yang berbeza - tetapi Hamdan - dan Rizal kawan baiknya - seperti Cruyff dan Neeskens masih lagi berada di padang taman ini.Jika cukup wangnya mungkin Nordin sudah mula boleh berfikir untuk menjadi sebuah kelab bolasepak - walaupun amatur dan modalnya kecik namun dia tetap teruskan.

Sehinggalah pemaju perumahan mengambil tanah padang Taman Raya.Seluruh penduduk Taman Raya marah - tetapi undang-undang yang memihak kepada pemaju perumahan telah membenarkan pemaju membina tempat letak kereta.Selain itu penduduk Taman yang kian meningkat tidak memungkinkan pemaju untuk membuat taman rekreasi.Bagi mereka - keuntungan maksima adalah rukun iman mereka.Mereka tak peduli kalau generasi akan datang cuma tinggal generasi pemalas menghadap laptop atau sibuk mendownload lagu Justin Bieber sambil menayang iPhone terbaru.Mereka tidak peduli kalau skuad Harimau Malaya akan datang berada satu anak tangga dari pasukan tercorot di dunia iaitu Montserrat.Mereka juga tidak peduli kalau generasi anak muda ini bercita-cita nak jadi artis Akademi Fantasia,Mentor,dan apa lancau lagi berbanding bermain bola sepak.Yang penting keuntungan dimaksimakan.Tanah yang ada mesti rembat buat parking kereta,restoran McDogal atau pusat membeli belah.

Sepuluh tahun kemudian - Nordin duduk di kedai mapley menghirup teh o tanpa gula.Dalam usianya yang sudah mencecah umur 60 tahun kudratnya pun semakin menghilang.Hamdan pun sekarang dah kahwin dan ada dua orang anak.Dan Hamdan - tidak seperti ayahnya - tidak membeli but atau bola untuk anaknya.Mungkin kesibukan bekerja sebagai eksekutif syarikat pemasaran menghalang beliau untuk mesra dengan anak-anaknya.Anak-anaknya cuma mesra bila Hamdan beri wang.Nak bawa anak-anak main bola - padang takde.Masa takde.Anak-anak sibuk dengan iPhone atau paling cekai Nokia N Series.Tidak ada kenal Johan Cruyff atau Diego Maradona - tapi Faizal Tahir atau Justin Bieber.

Dalam hati Hamdan - sebenarnya dia patah hati.Dia tak mampu buat anaknya macam ayahnya.

Nordin pula duduk di kedai mapley.Dan sambil melihat gelagat anak muda dan orang ramai menonton bola - Manchester United sedang beraksi.Sambil si Javier Hernandez Chicharito menjaring gol - bising sorak sorai,si Nordin berfikir,kan bagus kalau mereka menonton di kaca TV menyaksikan Taman Raya United dari Manchester United?

Kerana Manchester United bukan milik mereka pun.Tapi apa yang mereka miliki - mereka lepaskan dan leburkan - yang nak dibanggakan tidak ada apa-apapun.