Showing posts with label Barca juga gagah. Show all posts
Showing posts with label Barca juga gagah. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

7 Jam Sebelum perlawanan > Barcelona vs Manchester United

hehehehe.

sebelum perlawanan, aku nak nasihatkan supaya semua penonton perlawanan pagi nanti siap sedia untuk menyaksikan permainan Barcelona The Catalan yang cukup menghiburkan dan bukannya mengharap permainan hambar dari Manchester United.

kepada penyokong Manchester United yang 55% tu, lu orang juga kena siap sedia nak kena bahan esok pagi. kerana pastinya Manchester United akan kalah.

seterusnya, penyokong Barcelona. yearghhh!!! kita semua telah melakukan pilihan yang paling benar dari pilihan-pilihan benar yang lain. bahkan setiap inci dasar hati kita dipenuhi dengan darah berwana merah dan biru sebagai tanda kita penyokong tegar Barcelona. sekali lagi yearghhh.

kepada penyokong selain dari Manchester dan Barcelona, walaupun team lu orang gagal dalam UCL kali ini tapi pastikan lu orang juga bersedia untuk memilih pasukan yang betul-betul dan bukan bangang-bangang punya cara main.


budak-budak barcelona meraikan kemenangan ketika tahun 2009 dan selepas ini 2011.

 what the hell rudeboy?

 euwwww.


 ayam tambatan. yes. he is power!


see, how rude this boy. fakyu back!


weeekkkkkk. 


 pertembungan dua lelaki gantang di arena akhir Liga Juara-Juara.




detik-detik cemas Van Der Sar ketika UCL Final 2009








Precaution Step :
Astro Arena memang tak tunjuk malam ni. jangan nak jadi bangang pulak.

Friday, May 6, 2011

Wednesday, March 9, 2011

assalammualaikum dan selamat sejahtera.

alolololololo. ciannye dieww.

selaku wakil tunggal kem Barcelona a.k.a Arsene Wenger's hatest team, gua tanpa ragu-ragu lagi menge-up entri bagi hari ni. jadi, para pengulas semua jangan risau kalau Sokerleaks tak berentri hari ni dan abam Karem yang tidak ada benda untuk dimarathonkan hari ni.

sudah pasti perlawanan malam tadi, adalah perlawanan terkelas seumpamanya di dunia. jujur kabor, gua memang tak tengok game malam tadi. tapi gua sempat layan eurosportsnews pagi tadi. tak cukup dengan tu, nadi arena pun gua terjah. balik-balik tengok gol messi yang super-fawer-gila-punya-cantik.

kalau nak dibincangkan tentang possesion bol, gua rasa semua dah tahu sapa yang banyak pegang bola dan sapa yang banyak terajang bola. yang terajang bola tanpa berfikir tu kita awardkan untuk Van Persie. apa-apa hal, terima kasih gua kepada referee. kerana terlampau cekap mengadili game malam tadi.

tahniah juga gua buat pengulas-pengulas sokerleaks yang sedang meletakkan dahi diatas meja sambil memikirkan masa depan yang entah ke mana. mampu ke idoknya arsenal pegang cup buat pertama kali setelah sekian lama pun kita tak tahu. sama-sama kita saksikan.

jawabnya, treble tahun ni barcelona la yang pegang yep. *dada ke langit muka berlagak persis gaya riak sang arnab terhadap kura-kura.

ngeh ngeh ngeh ;D


Barcelona 3 - 1 Arsenal
Agreget Barcelona menang 4-3


Barca manhandled, completely dominated Arsenal the whole time.
1) Messi legit goal disallowed in London by ref
2) Messi was clearly tripped and fouled in Arsenal penalty box in first half today, but ref didn't give the penalty
3) Arsenal was trying to break legs and not play football in Camp Nau
4) V.Persi was the one last touched the ball when it went out, but ref gave the corner kick to Arsenal
5) Aresenal are LUCKY not to have lost 15-0 on aggregate to Barca.

Credit to Goal Mix


Friday, March 4, 2011

Tujuh Kosong & Segmen Berkenalan Dengan Enzo Zidane


"Menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China".

Waktu ramai peminat BPL sedang nyenyak tidur awal pagi tadi, Real Madrid pula enak berpesta gol melapah Malaga dengan 7 butir gol, bagus budak-budak ni. Kalau ikutkan sejarah Real Madrid, pasukan tahun ni adalah pasukan paling muda Real sepanjang penubuhan kelab. Maksudnya, itu tak ada hal, masih layak untuk menang La Liga, masih bertanding dalam Champions League dan dah layak ke final Piala Raja-Raja Sepanyol. Kemas!

Ya, bagusnya Real tak guna alasan pemain muda macam yang budak-budak Arsenal guna, pesen tak matang!

"Alang-Alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan".


Gol pertama: Xabi Alonso(A) - Benzema (G)
Gol kedua: Marcelo (A) - de Maria (G)
Gol ketiga: de Maria (A) - Marcelo (G)
Gol keempat: Ozil (A) - Ronaldo (G)
Gol kelima: Marcelo (A) - Benzema (G)
Gol keenam: Ronaldo (Penalti)
Gol ketujuh : Canales (A) - Ronaldo (G)


"Percaya apa yang kau lakukan, tabah apa yang kau usahakan, bertindak atas kemampuan, fikirkan boleh".

3 butir gol dari abam tancho, Ronaldo menjulang budak ni sebagai pendahulu dalam senarai penjaring gol terbanyak di La Liga dengan 27 gol selepas 26 perlawanan, selari dengan Messi, budak yang bergelar pemain terbaik dunia edisi sudah. Nak bandingkan 2 budak muda pengkarya hebat seni bola sepak ni memang sangat subjektif. Dari segi pandangan mata, keganjaan Messi lebih daripada Ronaldo, itu gua akui. Tapi daripada segi statistik, Ronaldo lebih handal, dan beliau juga lebih pakar menggunakan anggota badan lain selain kaki, iaitu kepala, telinga dan jubo, tidak seperti Messi yang hanya pakar guna kaki, ada sekali guna kepala dan tak ada score gol dengan anggota badan lain. Tak serba boleh orang kata. Yang paling jelas lagi nyata, Ronaldo dah berjaya di Liga Portugal (Primeira Liga Zon Sagres), hebat di English BPL dan kini mencipta nama di La Liga, sedangkan Messi masih belum mencuba nasib di luar La Liga. Harap-harap bila umur 40 nanti, Ronaldo tamatkan karier di Kelantan main dengan The Red Warrior. 14 tahun lagi punya cerita, siapa tahu?


"Jika roboh Kota Melaka, Kota Madrid masih ada".

Dalam 7 liga terbaik Eropah (Sepanyol, England, Itali, Jerman, Perancis, Portugal dan Belanda serta Holland juga Netherland), hanya Real Madrid satu-satunya kelab yang menang semua home game setakat ni. Tapi cerita banyak tak guna, tunggu Barcelona bertandang dulu, baru tahu kebal tak kebal. Apa pun, rekod ni membuktikan kekebalan Mourinho yang tak pernah kalah dalam mana-mana perlawanan tempat sendiri sepanjang kariernya dari Porto, Chelsea , Inter Milan hingga sekarang Real Madrid. Good job abam erogant!



"Mana tak tumpahnya sirap kalau tak ke baju?".

Budak ini nama dia Enzo bin Zidane, anak kepada Zinedine Zidane atau nama yang lebih 'muslim'nya ialah Zainudin Zidane. Sekarang berumur 15 tahun, Enzo ni dah ada bau-bau nak ikut jejak bapak dia. Ceritanya, masa awal-awal masuk akademi Real Madrid dulu, Real terpaksa daftarkan nama Enzo ni jadi Enzo Alan Martinez bagi melarikan beliau dari perhatian scout-scout kelab-kelab lain, dan taktik tersebut berjaya. Dah main hebat lagi bagus macam bapak, dah tentu negara panggil main, ye dak? Masalahnya, Enzo lahir di Marseille, maknya yang merangkap bini Zidane pula orang Sepanyol, bapaknya pula pelarian dari Algeria. Ketiga-tiga negara panggil budak ni main dan Enzo sekarang dalam dilema, ibarat 'diluah mati emak, ditelan mati bapak'.

Adik-adik Enzo, Luca Zidane, Theo Zidane juga sedang dalam pembikinan untuk menjadi bintang. Adik bongsu mereka Elyaz Zidane masih hisap susu botol lagi, tak tahu apa-apa pasal bola sepak. Senang cerita, ada 3 beradik, sorang main satu negara, baru lah adil.


Enzo bermain di posisi sama macam bapaknya, perancang tengah, juga berjersi nombor 10 macam bapak. Adiknya Luca pula bermain sebagai kiper, kalau kencang bolehlah ganti Casillas lepas 10 tahun lagi. Persoalannya, mampukah 3 beradik ni mewarisi skil bapak mereka meng'headbutt' pemain pasukan lawan? Kita tunggu...