Maka hari ni kecohlah di laman sosial pasal jualan tiket final Piala Malaysia. Ada yang beratur di Shah Alam, ada yang beratur di Darul Makmur tak terkecuali yang beratur di Kota Bharu. Namun dalam pada itu, ada juga yang tak perlu beratur, goyang kaki tunggu je tiket. Aku tau, ada je yang macam ni. Terutamanya geng geng ahli politik.
Saban tahun, terutamanya kalau Kelantan masuk final isu tiket tak cukup akan timbul. Ramai beratur dari pagi, bahkan sampai berkhemah kat stadium tapi beratur tak sampai sejam, tiket habis. Kata jual beribu kat stadium, takkan tak sampai sejam dah habis? Ini fenomena biasa menjelang final. Sebab kita memang biasa hype time final. Tak semua team, tapi kebanyakan pasukan. Cuba masa peringkat kumpulan atau game liga, orang tak pandang pun.
Okay, berbalik kepada masalah. Apa cara penyelesaiannya? Untuk final ni dikhabarkan kat Stadium Darul Makmur setiap orang hanya boleh beli 2 tiket dan IC 06 sahaja boleh beli. Adakah ini benda yang bagus? Boleh jadi untuk mengelakkan orang luar beli. Ada kebaikan dan keburukan. Contoh, ramai juga orang Selangor IC 14, jadi kalau final diorang tak boleh tengok kecuali kalau KL yang masuk final. Begitu. Sistem setiap orang beli 2 tiket ni biasanya untuk elakkan ulat tiket. Benda ni dah lama, tapi pelaksanaan je yang jahanam. Tetap ada yang beli lebih dari 2. Masa aku nak beli tiket final Piala Malaysia hari tu, ramai je beli sampai 10.
Kemudian, kita dicadangkan dengan sistem online. Ini benda bagus. Mungkin ada yang kata susah kat orang kampung yang tak ada akses internet. Tapi kalau kita terus berfikiran sebegitu, sampai bila pun kita tak maju. Kat kampung pun dah ada akses internet. Benda ni boleh dididik. Atau mungkin orang kita memang pesen suka beratur sebab feel dia lain macam? Mungkin.
Tapi yang paling aku harap dibuat dan boleh kait dengan sistem online adalah loyalty caps. Benda ni dah diamalkan di luar negara. Keutamaan tiket diberi kepada siapa yang paling kerap turun ke stadium. Kira macam kumpul point bonuslink atau Kad Mesra. Keutamaan dan juga mungkin diskaun. Penyokong tegar perlu didahulukan. Mereka datang dari awal, tapi final tak dapat tiket sebab ramai penyokong time final sahaja. Sebab tu sistem online tu berkait rapat. Ini untuk keep track dengan pembeli tiket. Boleh tau rekod pembelian. Benda ni bukan kerja FAM tapi kerja FA negeri dan pengurusan kelab. Benda ni memang akan memudahkan semua orang dan menggalakkan orang ke stadium.
YANG PALING AKU BANTAH adalah allocation tiket kepada ahli politik. Aku tak kisah allocation kepada kelab penyokong unless kelab penyokong tu hanya pada nama tapi haram tak turun stadium. Even kelab penyokong pun kena buat loyalty caps atau bagi tiket hanya kepada ahli berdaftar sebelum semi final. Ini takut bila final, ramai pulak yang daftar semata nak tiket lepas tu hilang. Yang kat ahli politik tu tak payah. Pesen nak tabur untuk raih sokongan. Kalau nak jugak, pergi beratur dan beli sendiri kat stadium. Tak payah nak mengendeng mintak tiket. Kata utamakan rakyat, bila buat macam tu, bagi ke kroni. Ingat aku tak tau? Kalau nak buat, buat dari peringkat awal, bukan masa final je. Padahal orang yang diorang bagi tiket tu orang orang kaya yang lebih dari mampu untuk beli tiket. Benda ni paling aku pantang. Yang FA pun satu, pergi simpan siap siap untuk diorang ni. Patut bagi baki dari jualan yang tak habis kat stadium, bukan awal awal dah allocate. Kalau sold out, nasib dioranglah. Suruh diorang beratur sama sama kat stadium tu. Baru tau macam mana rakyat rasa. Baru berjiwa rakyat!!
Okay, itu je yang aku nak cakap pasal final ni. Bukan team aku masuk final tak bermaksud aku tak boleh komen. Maaflah Sokerleaks senyap je. Ada masa kitorang naik balik. Korang tunggu je.