Showing posts with label Murai. Show all posts
Showing posts with label Murai. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Lu Murai, Gua Pipit. Apa Ada Hal?

Cakap banyak pun tak guna, burung sebesar murai copet kerja kami yang sekecil pipit ni. Kalau kami besar macam garuda, kami laser murai tu..tiuu..tiuu! Banding sendiri, murai besar ni kata dia jumpa dalam almari dia pasal artikel ni. 

Ini Murai.com.my punya sembang.

Original dari SokerLeaks.

Ini Murai.com.my punya sembang.

Original dari SokerLeaks.

Ini Murai.com.my punya sembang.

Ok cukup. Penat tahu main print screen kerat sana kerat sini macam ni. Boss gua bukan bagi gaji lebih pun, mintak bajet nak pergi Alor Setar lepas dapat jemputan daripada Kedah FA untuk majlis pelancaran jersi baru dan memperkenalkan line up 2011 pun tak dapat, inikan nak dapat gaji lebih? Tunggu la Standard Chartered dah bosan sponsor Liverpool, mungkin diorang cari SokerLeaks pula, baru bajet SokerLeaks besar sikit. keh keh keh.

Nak tahu temubual original SokerLeaks dengan Khairul Fahmi, lu masuk sini.
Nak tahu sembang Murai? Tak payah tahu la dak? Nak juga? Nah masuk sini.

Apa kata mereka? Gua nak tunggu. Apapun, kepada rakan media, individu, rakan blog, syarikat, surat khabar, majalah mangga, majalah manggis, atau apa-apa jenis yang bersifat penyiaran, kami tak minta banyak, kami hanya minta kredit. 

Kepada yang ikut kami daripada awal mungkin faham dan tahu, kami berekspresi di sini dengan cara eksklusif kami. Ada benda kami melawak, ada masa kami parody, tapi bila ada peluang, kami dedahkan benda betul yang takkan ada di 'tempat' lain.

Ya, Khairul Fahmi kami dah intebiu, wira Harimau Malaya yang bagus tapi kurang publisiti, Kunalan akan kami jejak, kami julang dan letup-letupkan namanya di sini. Kalau boleh, semua hero itu hari mahu kami julang nama mereka, kami cuba. Tunggu saja.

Kami tak dapat hantar wakil untuk jemputan Kedah FA, tapi buat penyokong Kedah, kalau lu orang nak tahu, semalam jersi baru dah launch. Nah tengok ni.

HOME

AWAY

Yang kelabu-merah tu jersi Piala Presiden

Pemain Kedah 2011.

Daripada perbualan telefon gua dengan wakil Kedah FA semalam, Amar Rohidan dah pindah dari Perlis, main dengan mereka.

Kredit gambar kepada FB Fan Page Hijaukuning.com