Showing posts with label arsenal kelab berlevel tinggi. Show all posts
Showing posts with label arsenal kelab berlevel tinggi. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Arsenal Musim Ini

Rest In Peace Robin Van Persie

Hatta Sir Ferguson sudah melaungkan bahawa kini mereka mempunyai skuad pembunuh dengan kemasukkan Van Persie sekalipun, Arsenal tetap Arsenal. Tak gentar dengan benda kecil ni. Kecoh lah brader.

Kena ingat bahawa keluarnya striker dari Belanda ini, yang semua orang tahu pasukan Belanda tak lepas peringkat kumpulan masa EURO2012 lepas, yang semua orang tahu Van Persie tak boleh nak bantu pasukan negaranya pergi ke suku akhir. Apa yang boleh diharapkan lagi dengan rekod kasut emas itu?

Keluar Van Persie, Arsenal menerima kemasukkan 3 pemain antarabangsa Sepanyol, Jerman dan Perancis. Tiga pasukan yang at least ke quarter-final. Dan ketiga-tiga pemain ini iaitu Lukas Podolski, Oliver Giroud dan Santi Cazorla telah beraksi pada EURO 2012 lepas. Keyakinan untuk Arsenal melakukan upset pada season ini masih ada. 

Dengan perlantikkan Varmeleen sebagai kapten (yang diketahui suka nak bergaduh macam era-era Viera dan Campbell), kami di kem Arsenal yakin tiada lagi jolokan 'tim budak sekolah' selepas ini. Kalau boleh, bila jumpa Manchester United nanti, tumbuk saja muka Rooney yang memang muka macam mintak penumbuk. 

Arsenal bukan skuad pembunuh. Kami skuad flanker. Flanker juga membunuh. Cuma membunuh dari belakang. Jaga-jaga.



p/s : Arsenal 6 Sunderland 0. Optimis.

Friday, August 17, 2012

Surat Perpisahan Buat Robin Van Persie

Disclaimer : Surat ini dipenuhi dengan kata kata kesat, luahan emosi tak terkawal dan mungkin menyebabkan air mata bergenang.



Ke hadapan Robin Van Persie,

Pada tahun 2004, kami mendapat berita seorang pemain dari Feyenoord telah dibeli oleh Arsene Wenger dengan harga 2.7M. Seorang pemain yang mempunyai masalah displin yang teruk, perangai serupa setan sehingga menjengkelkan Bert Van Marwijk. Ya, permain tersebut ialah engko Van Persie. Namun begitu, seperti biasa kami percaya terhadap Arsene Wenger seperti Wenger mempercayai bakat engko. Ya, kami percaya.

Robin Van Persie,

Setahun sudah berlalu, engko dah start cedera. Takpe, kami faham. Kalau taknak cedera, baik main layang layang ye dak? Tapi bila tahun berikutnya, engko injured lagi, kami dah start geleng kepala. Tahun tersebut juga menyaksikan engko kena tahan polis sebab disyaki merogol. Celaka! Kat mana kitaorang nak letak muka ni? Tapi Wenger percaya lagi ke engko, bekap engko dan kitaorang terpaksa buat buat tak dengar pasal kes rogol ni. Akhirnya barulah kes engko tu gugur dan engko didapati tak bersalah. Berapa banyak engko kasi ke court woi?

Van Persie,

2007, engko injured lagi? Dalam badan engko tu tulang ke kaca?

Persie,

Dah 4 tahun engko bersama Arsenal, tahun ni la baru engko start main banyak sikit walaupun ada jugak cedera ringan sini sana. Tahun ni kitaorang dah boleh senyum tengok engko main bola.

Pussy,

Tahun ni kalau engko ingat kontrak engko tinggal setahun lagi, dan engko kemain lagi manis mulut sign kontrak lanjutan. Engko ingat tak engko cakap mende masa tu? Engko ingat tak setan? Kejap, gua tolong quote.

 "My heart is with Arsenal and I just can't picture myself in a different shirt."
Ni apa cakap lain, buat lain ni brader? Mereputlah engko!

Babi,

2010, tahun ni macam biasa, engko main separuh season je sebab injured.

2011, Fabregas blah balik kampung dan engko jadi captain. Tahun ni, keajaiban terjadi, engko takde injured teruk pun. Kitaorang tak nafikan engko memang power, engko memang power. Engko jaringkan gol serupa orang gila season ni. Torres dengan Andy Caroll pun tak berani angkat muka tengok engko. Tapi bila masuk tahun berikutnya....*tarik nafas*

Engko umumkan kat laman web rasmi engko yang engko taknak sign kontrak. Faking! Eksyen! Dari gaji 130K yang Arsenal tawarkan, engko taknak berunding langsung. Dan akhirnya engko buat keputusan untuk join *tarik nafas" Manchester United.

Gua tak marah engko nak pindah, engko nak pindah pergi neraka pun engko pindah lah tapi apahal nak pergi Menyu woi? Engko tahu tak berapa kali engko injured time kat Arsenal dan kitaorang masih lagi bersabar layan engko macam raja?

25 kali madefaker! 

Fabregas time beria nak balik kampung sanggup ambik pay cut tapi engko yang konon-kononnya nak kejar trofi, bukan duit tu dengar kata siap dapat gaji 200+K. Engko tahu kenapa Arsenal tak menang trofi? Sebab engko la bawak malang! Start engko masuk Arsenal la tetiba je Arsenal tak menang trofi. Okay, okay, engko ada menang FA Cup dengan Arsenal tapi time tu engko banyak duduk bangku simpanan je. Cilake, tak pasal pasal gua jadi percaya benda khurafat sebab engko punya pasal.

*hembus nafas*

Takpelah Van Persie, kitaorang harap engko bahagia la pakai jersi alas meja tu. Terima kasih untuk semua sumbangan engko pada Arsenal. Terima kasih untuk semua jaringan gol, untuk semua assist, untuk semuanya. Tapi engko jangan nak sembang kencang la yang engko konon-kononnya fans no 1 Arsenal.


Engko bakar gambar ni sekarang, engko bakar sekarang!


Bila engko jumpa Arsenal lain kali, gua harap engko dapat belajar erti penyesalan. Atau kitaorang yang belajar erti penyesalan sebab jual engko..Kakaka. Tapi kalau tak jual, engko bukan nak sign kontrak lahanat! Baik jual dari biar mereput kat bangku simpanan.


Sudah sudahlah Van Persie. Engko mainlah bola elok-elok, kalau kena tackle dengan Koscielny nanti jangan tanya kenapa. Walaupun pahit untuk kitaorang terima, kitaorang akan try melepaskan engko pergi. Semoga engko tenang di alam barzakh. Dan akhirnya nanti, Arsenal tetap Arsenal, sebuah kelab paling power dan In Arsene We Trust.



PS: Pecah kaca pecah gelas, Kitaorang harap engko meretak macam gelas.





Dengan kesempatan ni gua nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca Sokerleaks khususnya Gooners dengan kata-kata, bertabahlah. Akhir season nanti, kita tengoklah siapa yang boleh ketawa. Robin Van Persie atau kita. 


Tapi engko Van Persie, kalau engko datang melutut mintak maaf raya nanti sekalipun, jangan harap gua nak maafkan!

Tuesday, December 13, 2011

Spurs Kalah? HAHAHAHA

Muka orang dah nak kalah.


Muka orang dah nak menang.


Muka orang kalah dan kalah dengan bangang.


Muka orang menang dan menang dengan genius.






Seriously, memang juruletih Spurs ni kat rumah selalu buat kenduri tahlil orang mati ke?

Sunday, May 1, 2011

BSH - Bapak Segala Highlight #1

  • Game paling bosan dimenangi oleh Blackpool menentang Stoke City. Jangan kata gol,satu kad kuning pun tak keluar dalam perlawanan ni. Diaorang main bola ke duduk bersembang dalam padang ni?
  • Chelsea memenangi perlawanan menentang Tottenham Hotspurs dengan satu jaringan yang kompem-kompem bola tak lintas line dan satu jaringan lagi yang kompem-kompem offside. Ni budak Gomes ni pun satu hal jugak,teringin sangat nak jadi Almunia ke?
  • Bolton dikalah oleh Blackburn dengan jaringan tunggal dari Ollson. Celaka Bolton ni,time lawan Arsenal kemain power lagi,ni main macam celaka pulak. Babi!
  • Sunderland diayamkan oleh Fulham di gelanggang sendiri dengan 3 jaringan tanpa balas. Budak-budak Sunderland ni kemain down lagi sekarang,bergaduh dengan makwe masing-masing ke apa?
  • Ni satu lagi team asyik down,Aston Villa gagal menandingi West Brom yang hanya bermain dengan 10 orang. Perlawanan berakhir dengan West Brom 2 - 1 Aston Villa dan akhirnya gua faham kenapa Gerard Houllier boleh kena sakit jantung..
  • Perlawanan di antara Wigan dan Everton berakhir dengan keputusan seri satu sama. Baines terpaksa menunjukkan kepada Arteta cara mengambil sepakan penalti yang sempurna dan bukannya sepak macam orang ada saka..

  • Dua biji gol pada lewat permainan oleh Pazzini memastikan kemenangan Inter Milan dan seterusnya menangguhkan pemain-pemain AC Milan meraikan kejuaraan mereka merebut takhta Serie A.

  • Real Madrid kalah lagi,kali ini dengan Zaragoza. Macam biasa The Special One bermuram durja dan Real Madrid masih meneruskan tradisi bermain dengan 10 orang selepas Ricardo Carvalho dilayangkan kad merah.
  • Barcelona kalah lagi dengan Real,kali ini dengan Real Sociedad. Aksi lakonan air mata,cuit bahu terus jatuh terguling-guling sambil tutup muka tidak lagi berjaya memastikan kemenangan mereka apabila Mascherano menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan pada minit-minit akhir permainan selepas terikat dengan satu jaringan.

  • Borrusia Dortmund akhirnya sah memegang takhta Bundesliga selepas kemenangan 2 - 0 ke atas Nurnberg. Sekarang mari kita teka berapa ramai pemain muda Borrusia Dortmund ni akan kekal pada musim akan datang?
  • Schalke 04 tetap unggul selaku pasukan ajaib yang layak ke semi final Champion League selepas dikalahkan oleh Bayern Munich 4 - 1. Lebih ajaib ialah apabila kelima-lima jaringan dihasilkan oleh pemain Bayern Munich sendiri.



Sementara itu di Stamfor Bridge,Abang John The "Wife Sitter" Terry kemain lagi yakin mengatakan esok Arsenal akan berjaya menandingi Menyu di Emirates.

Sekarang kasitahu gua,siapa Terry?Dia bukan siapa-siapa.

Arsenal tak perlukan orang seperti Terry untuk membodek,membakar semangat dan memuji secara membabi buta. Setakat bola tak lepas line pun nak kira gol,setakat gol offside pun kira gol apa jadah sangat la pendapat player dari pasukan sebegini.

Kalau esok Arsenal menang bukan demi Chelsea,bukan demi John Terry,bukan demi memalukan Menyu dan juga bukan demi bandar London tetapi demi penyokong-penyokong Arsenal!

Sunday, February 6, 2011

Empat,Satu,Dua Puluh,Empat

Ini bukan 4 - 4 tapi 4 point


Seri 4 - 4 selepas mendahului 4 - 0 memang tidak boleh diterima akal.
Tapi seri dengan team no 10 memang boleh diterima akal

Kalah dengan team no 20 memang tidak boleh diterima akal.
Tapi susahnya menyamai rekod The Invisible Arsenal memang boleh diterima akal.

Menang dengan team di puncak liga tapi masih berada di dasar liga memang tidak boleh diterima akal.
Tapi kalah dengan team di dasar liga memang buat kami nampak sangat tidak mempunyai akal.



Bersara sebelum club dimalukan memang panjang akal




Additional Time : Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

Sunday, January 16, 2011

Level Tertinggi


Arsene Wenger merupakan antara dan mungkin satu-satunya pengurus kelab bola sepak yang berlevel tinggi. Sesuai dengan wajahnya yang kacak,hidung mancung,rambut sikat tepi,pandai memberikan pose yang nampak maskulin dan berkaliber,Wenger berjaya menjadikan Arsenal sebuah kelab yang menampilkan permainan bola sepak yang berlevel tinggi dan menghiburkan.

Baru-baru ini Wenger telah berjaya memenangi anugerah World Coach of Decade(gua saja tulis dalam inggeris,nampak gah sikit) iaitu satu anugerah yang tidak akan dimenangi oleh manager seperti Rafa Benitez ataupon Zainal Abidin Hassan walau mereka hidup berjuta tahun sekalipon.

Selain dari itu,Wenger juga cekap mencungkil bakat-bakat pemain bola sepak sehingga berjaya menjadi pemain-pemain yang berlevel tinggi seperti Thierry Henry,Cesc Fabregas dan bukannya pemain berlevel neraka seperti kyrgiakos,obertan,ramires dan lucas..Sehingga waktu entri ini ditulis,Arsenal meneruskan status level tingginya iaitu Arsenal berjaya membenam West Ham United dengan 3 jaringan gol walaupon main secara biasa-biasa sahaja.




Dua orang manusia di atas ini pula merupakan contoh manager berlevel rendah yang menguruskan kelab yang juga berlevel rendah. Tua bangka,tidak kacak,tidak pandai memberikan pose yang menarik dan tidak mempunyai aura seorang pengurus yang cekap. Si tua di sebelah kiri sedang menangisi nasibnya di rumah dan manusia di sebelah kanan pula akan menangisi nasibnya lagi sehari dua..