Showing posts with label Separuh akhir Real lawan Barca. Show all posts
Showing posts with label Separuh akhir Real lawan Barca. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

LiveTweets:Dengan Kekalahan Madrid.....



Muka huduh inilah yang pernah digilai oleh awek-awek menyu.Ternyata awek-awek menyu tertipu dengan kehuduhannya.

Semalam Real Madrid kalah.Sudah jelas lagi nyata jika Real Madrid benar-benar mahukan kejuaraan mereka perlukan Zinedene Zidane di sisi mereka.Atau Francisco Franco.Apapun juara 9 kali tewas kerana tiki-taka Barca,dah kalah tu kalah je la,toksah nak ook eek ook ekk especially si mat tencho Ronaldo tu.Berikut adalah tweet gua semalam pasal kekalahan Real Madrid.Takpelah,bak kata #serbanistas,semua yang berlaku ada hikmahnya.Terima sahajalah ini sebagai suratan dari Ilahi.

Dengan kekalahan madrid,mourinho blah sb fed up dan bakal diganti arsene wenger.rindu adebayor akan terubat.

Dengan kekalahan madrid x perlu lagi lihat drama ronaldo Rooney lagi.

Dengan kekalahan madrid si ronaldo x perlu berjumpe kekasih lama gemma atkinson.luka lama berdarah kembali

Dengan kekalahan Madrid maka dobi madrid x perlu beli sabun vanish utk basuh baju.baju Madrid putih,London bandar hujan.sikit2 hujan.

Dengan kekalahan Madrid florentino perez ada alasan utk kekal mengabiskn duit lagi.

Dengan kekalahan madrid xde la fan MU tegar seperti @arilunited dan @nazrivovinski meluat dgn mat tencho cristiano ronaldo

Dengan kekalahan madrid maka terselamatlah karem benzema,mohamadou diarra dan mesut ozil dgn dosa besar minum champagne.Allah maha penyayang

Dengan kekalahan madrid dapatlah menjadikan kaka berlakon Mi Corazon yg bermaksud my heart,sb muka die mcm irwan syah.siapa jd acha x tau.

Dengan kekalahan madrid dptlah kerajaan Juan Carlos menjimatkn belanja.ini kerana mana2 kelab yg ada "real" itu adalah kelab diraja

Dengan kekalahan Madrid,Rafael Nadal dpt menumpukn fokus dlm Roland Garros dan Wimbeldon

Dengan kekalahan Madrid,akulinglung boleh memberi tumpuan dan kasih syg kpd kekasihnya yg cun. (ooppss abam linglung!)

Dengan kekalahan Madrid penduduk London warna biru tidak nostalgic teringat kenangan bersama mourinho

Dengan kekalahan madrid,@arilunited tidak akan tension melihat mourinho lari satu padang.klu die tension kesian anak die runi

Dengan kekalahan madrid kami dpt melihat gelagat shakira pacar pique yg cute.bygkn madrid menang?bosan tgk muka si tencho

Dengan kekalahan madrid,kami ada alasan nak bgn pagi kerna piala telinga besar tidak patah.

Lihat,kami di Asia turut mensyukuri kekalahan anda RT @Hasrul_Zamir: @comradenami syukurrrrr sergio ramas tak pegang piala lagi..

Kamon la madrid,ada hikmah atas kegagalan anda.seluruh warga eropah bersyukur sb kamu x rosakkn piala telinga besar dgn sergio ramos..

Tuesday, March 22, 2011

Tips-Tips Buat Bale Lawan Ramos

Semua sedia maklum Spurs akan menentang dewa Champions League suku akhir nanti. Kalau tak pernah dengar nama Spurs tu gua boleh beri sedikit pembayang, pertemuan kedua-dua pasukan ni kalau dalam Liga Malaysia boleh diibaratkan seperti Kelantan TRW menentang Pos Malaysia, atau boleh kata juga Selangor TRG lawan Majlis Perbandaran Muar. Tahu? Kalau tak tahu juga, sila google 'Tottenham Hotspurs'. Nama bajet hot, pui!

Bale. Tak hensem mana orangnya. 

Dengar-dengar ada satu nama pemain yang dicanang-canang kem Spurs yang dikepalai abam Berto, Bale namanya. Dengar cerita, right back bagus dari Brazil yang main dengan Inter pun kena makan dengan dia ni. Bagus betul gayanya kalau dengar cerita ni.


Alah, Maicon? Umur dia pun dah nak mencecah 3 series, boleh la lu makan brader. Game Real lawan Spurs nanti salah satu hiburan utama tak lain tak bukan kita boleh tengok Bale cuba memakan Ramos. Aumm!

Ramos ada makwe solid. Bale ada?

Gua akan cuba bongkar sedikit sebanyak tebiat Ramos yang gua perati dari dulu sebagai rujukan buat Bale kalau nak cari kelemahan beliau. Jadi Bale, gua tahu lu akan baca pos ni, jadi fokus dan ambil berat tips-tips ni semua.

Ramos dikatakan sebagai seorang yang suka bergurau dan funny. Rupa bentuk mukanya ketika zaman remaja yang ada serupa macam hamster dwarf sedikit sebanyak menjadi bahan gurauan. Jika Bale pandai bergurau juga, gua rasa perhatian Ramos akan terganggu dan beliau akan menjadi excited untuk layan bergurau sama. Masa tu lah peluang terbaik untuk Bale lepas dari kawalan Ramos. Ingat tu Bale, tips pertama.

Ramos pandai karaoke orangnya. Setakat lagu Cinta Kain Putih selamba tak payah tengok lirik, tarik bukan main. Dikatakan juga beliau mempunya tebiat menyanyi lagu Mariah Carey 'Heroes' sebelum setiap game. Jadi kalau Bale pandai bermain dengan emosi Ramos, masa nak menggentel tu cubalah nyanyi lagu Heroes sepotong dua. Mungkin Ramos akan hilang fokus dan bertanya, "eh kau pun tahu lagu tu?". Jadi ketika itulah Bale boleh gentel melepasi Ramos. Ingat Bale, itu tips kedua.

Suka bermain bontot. Cuba bagi dia cuit bontot, kemain suka dia kalau dapat. Nak-nak pula bontot pejal dan montok serupa abam Nurshahrul Idlan Talaha..auumm! Ha, cerita pasal bontot Nurshahrul ni, tonggek dia....memang lain macam, ye dak? Ke gua sorang yang perasan? Dem! 
Ok sambung, bila dia gembira dapat cuit bontot pejal lu tu nanti, cepat-cepat lari bawa bola, gua gerenti lu boleh lepas. Ok, itu tips ketiga.

Pernah belajar Kungfu. Yang ni dari dulu gua perati dia memang expert. Suka betul dia terbang dan melipat sana-sini. Tapi yang ni gua tak berapa arif macamana lu nak manipulasi untuk makan beliau. Gua rasa susah. Tengok saja Shaolin Soccer macamana pergi dia, memang menangis kalau nak lawan. 

Jaga baik Bale, jaga baik!

Kalau Bale gagal guna 3 tips yang gua beri ni, gua rasa tak payah berangan panjang sangat. Budak Ramos ni dah menang La Liga dan World Cup. Bale makwe pun tak ada, inikan piala, pui lagi!

Pui! Pui! Pui!