Showing posts with label argentina. Show all posts
Showing posts with label argentina. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Vamos! Vamos! Argentina!



Selaku "quilembera" Albiceletes yang abadi - aku berada dalam kem Argentina. Apa? Mana ada Argentina dalam Euro? Siapa cakap aku nak ulas pasal Euro?

Pada perlawanan menentang Ecuador dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 - pasukan Albiceletes dengan selambanya menapau Ecuador 4-0 - melalui jaringan power iaitu menantu abah - Sergio Aguero, Gonzalo Higuain, Lionel Messi (kau balik Catalan lah!) dan Angel Di Maria. Dengan lima perlawanan - 3 menang 1 seri dan 1 tewas (ni mesti team gunung Andes) - Argentina masih lagi mendahului dalam group CONMEBOL Piala Dunia 2014. Tanpa Brazil dalam group ini bukannya pasukan Argentina mampu memandang remeh benua Amerika Latin yang power ini.

Pada 9 haribulan ini tatkala ramai manusia akan ke Poland dan Ukraine, aku menongkah arus dengan menonton live streaming perlawanan antara Argentina dan Brazil yang akan berlangsung di Metlife Stadium di New York, USA. Lepas tu tunggulah game sampai bulan 8 - lawan Jerman - friendly nanti. Satu perlawanan pun jadilah nak ulas.

Vamos vamos Argentina!

Tuesday, July 12, 2011

Menantu Abah...



Dalam politik Malaysia, adalah standard menantu, mentua, sepupu, sepapat, adik beradik, saudara, laki bini join politik. Baik yang berbaris baik yang berpakat ataupun berkita. Sama je. Kronisme dan nepotisme adalah perkara yang tak dapat dimaafkan.

Tapi tak semua kronisme ni busuk dan jahat seperti yang didakwa pembangkang (walhal dia pun sama gak ada kronisme dan nepotisme), ada juga kronisme dan nepotisme yang bagus. Contohnya Theodore Rossovelt dan Franklin Delano Rossovelt - dua Presiden Amerika yang genius. Theodore Rossovelt membangunkan Barat Amerika Syarikat hingga California hari ini menjadi negeri paling maju di Amerika. Franklin pula walaupun menghidap polio tapi masih lagi membangunkan Amerika dari negara penuh dengan hutang pasca Great Depression kepada sebuah kuasa besar dunia yang menang perang dalam Perang Dunia Kedua.

Di Malaysia, kita tahu mat ngantuk zzzz berharap dengan menantu abah. Di Argentina, walaupun otai macho gangsta sudah dibuang akibat kegagalan paling sial dengan Jerman(dendam Italia 1990 masih belum terbalas) - tapi kita tahu ada sinar disebalik menantu abah yang bernama Sergio Aguero. Mamat ni punya cemerlang sampai aku hampir terlupa pemain terbaik dunia sekarang ni berasal dari Argentina tapi tak timbul-timbul. Siapa eh nama dia? Oh dia orang Barcelona. Entah kenapa dia main kat Argentina entah.

Oh mamat siapa entah tu akhirnya ada assist kepada Angel Di Maria yang walaupun cemerlang di Real Madrid tapi masih tidak melupakan asal-usulnya. Bagus Mourinho. Good job - mendidik anak-anak buah dengan baik dan sempurna.

Anyway - lawan Costa Rica - pfft, are you kidding me? Ini bukan standard Argentina der. Hari tu seri dengan Colombia sebab awek Gerard Pique. Tapi Costa Rica takde awek comel macam awek Gerard Pique tu kena belasah. Bolivia? Bolivia ni memang negara badi. Dari kena belasah 6-1 kat La Paz, dari djaman Che Guevara mati dibunuh - negara ni memang suwey sikit bagi Argentina.

Syabas menantu abah - Sergio Aguero. Dan lihatlah jaringan-jaringan dari Argentina Copa America!

Saturday, July 2, 2011

Review Argentina vs Bolivia.



Dulu, ada seorang player di Liverpool FC yang melepaskan bola dari celah kelengkang lalu gol. Bill Shankly punya mengamuk masa tu. Dia kemudian meminta maaf kepada Bill "Boss, sorry bos, saya tak sepatutnya bukak kelengkang saya sebesar tu."

Bill Shankly membalas, "bukan salah kau. Patutnya mak kau yang tak bukak kelengkang masa beranakkan kau dulu."

Anyway, Ever Banega, tu quote aku untuk kau hari ini. Bola celah kelengkang, pfft!

Nasib baik menantu abah jaring gol cun - kalau tak, mau mengamuk hangin aku satu hari ni!

Monday, June 27, 2011

Vamos Futbol: River Plate Relegated..



Imagine Manchester United relegated.
Imagine Real Madrid relegated.
Imagine Celtic atau Rangers relegated.
Imagine Kelantan relegated(yang ni mungkin no surprise kot).

110 tahun River Plate tidak pernah relegated. Djaman 110 tahun tu tahun bila beb? 1901? Tu djaman Queen Victoria England. Djaman masa tu even Revolusi Bolshevik pun belum ada lagi. Soviet Union tidak wujud - Russia masa tu lagi mundur dari negara India. Djaman 1901 ni masa ni Amerika hanyalah negara pekan koboi. British rules the world.

Sebagai fan Boca Juniors dulu kini selamanya, aku tumpang bersimpati dan turut bersedih. Aku rasa kurang serinya kalau tidak ada rival dalam pertandingan. Kau ingat kalau Man United relegated - aku sebagai fan Liverpool suka ke? Langsung tak kau tahu? Bosan takde rival. Takkan dengan Everton kot, dengan Everton carik-carik bulu ayam je kot. Boleh duduk sebelah-sebelah lagi. Kalau Boca takde River macam Sith takde Jedi. Macam BN takde Pakatan Rakyat. Macam Israel takde Palestin. Bosan doh.

Sebagai fan Boca Juniors gua bersimpati dengan Daniel Passarella. Gua juga bersimpati dengan Ariel Ortega. Kepada Angel Labruna. Juan Jose Lopez memang tak bernasib baik. Macam pada season Apertura dulu Angel Cappa awal-awal memang menyengat - mula-mula power gila sial susah nak kalah. Sampailah Estudiantes, Valez Sarsfield dan Arsenal di Sarandi on form.

Masuk si Jose Lopez langsung padam hancus. Lemau macam biskut meri masuk angin.

Anyway dalam Apertura/Clausura tahun ni paling form bagi aku ialah Valez Sarsfield. Team ni memang mantap tahun ni and well deserved champion. Arsenal di Sarandi pun power dan lebih power dari Arsenal di Islington London. Boca bagi aku tahun ni tengah-tengah, power sangat pun tidak, terror sangat pun tidak.

Sekian laporan Vamos Futbol gua kali ni, dah lama rasanya gua tak buat laporan Vamos Futbol sebab gua takde internet pagi-pagi nak tengok podcast.