Showing posts with label arsenal memang steady. Show all posts
Showing posts with label arsenal memang steady. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Ok Lah Tu Tiga Kosong


1. Nyaris nyaris gua dah nak bersabda kalau Arsenal layak.

2. Doa orang teraniaya macam gua selalu makbul. Tapi tu lah, gua doa Arsenal menang. Lupa pulak nak doa Arsenal layak. Aiseh..

Wednesday, February 15, 2012

Clash Of The Titans


Abang Besar punya last game.

lawan


Abang Besar still in the game.


Gua rasa game ini mesti cemerlang terbilang. Arsenal menang 9-0.










Astaghfirullah, tak layak ke?

Friday, December 30, 2011

Jaga-Jaga!

Lu orang jaga-jaga skit. Abang besar gua dah nak mai dah. Habeslah lu orang semua kalau abang besar gua dah masuk balik. Setakat lembu Rooney tu abang besar gua jeling sikit je dia dah menjajor pegang bola tak tentu arah. 




Eh, salah gambar.




Ha ni baru real. Kasi respek skit aaa.


Barcelona dan Arsenal memang tak dapat dipisahkan. Dua-dua sama power. Harap Arsenal dapat jumpa Menyu kat champions league nanti. Wank.

Thursday, November 10, 2011

Sukan Sea : Malaysia 2 Thailand 1

Adakah Jan Dara penyebab Thailand tewas?

Selepas kita menyaksikan kesampahan perlawanan Malaysia menentang Singapura tempohari yang berakhir sifar sifar. Ramai yang mula kurang yakin dengan jentera skuad Harimau Malaya U23 untuk mengorak langkah menentang Tentera Bergajah. Ramai juga orang cakap Malaysia memang main macam kepala takok masa lawan Singapura. Begini, kalau nak di ikutkan analogi kebinatangan. Harimau dengan Singa kalau bergaduh memang susah nak tahu siapa menang. Dua-dua sama kuat. Dua-dua sudah macam kena badi mayat kalau bertarung. Secara rekodnya, Malaysia dan Singapura kalau bertarung dalam bola sepak, macam-macam hal tak terjangka dek kepala hotak akan terjadi. Jadi, lebih baik kita tinggalkan saja cerita lawan Singapura tempohari. Ambil saja cerita kebangangan Fakhri Saarani yang seolah langsung tiada fungsi. Apa cerita?

Menentang Gajah Putih. Sebenarnya, jika diikutkan penilaian keseluruhan permainan semalam. Harimau Malaya layak mencetak lebih banyak gol. Kena palang satu, main futsal depan gol satu, one by one dengan keeper tapi sengugut satu. Seharusnya, jika nasib menyebelahi. Malaysia mampu mencetak sekurang-kurangnya 4 gol.

Apa yang kita lihat semalam ialah gaya tulen pasukan Malaysia sejak azali. Bila dah leading, jadi terlalu selesa. Leka dan alpa. Dah kena, baru tersentak nak buat balik. Lepas tu bila dah dapat gol, kembali buat main-main lagi.

Cuma aku perasan (kalau kamu terperasan lah) satu benda selepas Malaysia leading 2-1. Dalam 10 minit terakhir tu, tiba-tiba Malaysia boleh main gaya simple football serupa gaya Arsenal. Steady kemaen boleh passing bola pendek-pendek selamba badak.

Well, aku cuma nak cakap ni je. Yang steady itu Arsenal, yang main macam kepala takok itu mestilah Menyu. 

Ermm.. Kbai.


p/s : Kemboja pakai binatang apa ha?

Sunday, May 1, 2011

Budak-budak Chelsea jangan nak suka sangat..

"Jangan risau,gua tolong jaga Van Persie"

Terus terang cakap,gua tak harap sangat Arsenal menang dengan Menyu pada perlawanan tadi,nak-nak pulak bila tengok pakcik Chris Foy yang jadi refree. Orang tua ni memang diketahui umum dijadikan "refree's pet" oleh Alex Ferguson. Dia punya usaha pun kita boleh tengok,berapa kali tolong block bola dan player Arsenal. Kadang-kadang gua tengok Chris Foy ni punya defend lagi steady dari Anderson.

Tapi akhirnya yang benar tetap benar,yang batil tetap batil dan Arsenal berjaya memenangi perlawanan hasil jaringan dari Aaron Ramsey yang menggantikan Cesc Fabregas yang tiba-tiba cedera ketika latihan.

Walaupun dengan kemenangan tadi,gua masih rasa misi untuk merebut takhta EPL dari Menyu adalah sukar. Sukar untuk Chelsea. Minggu depan kalau Chelsea lebur,segala-galanya akan lebur. Oleh sebab gua jenis yang realistik,gua masih yakin Menyu akan menjuarai EPL pada musim ni..


Kamon budak-budak Menyu,senyumlah sikit...Bukan senang gua nak cakap macam ni tahu?kehkehkeh..



Additional Time : Time Micheal Owen masuk tadi,memang gua tergelak besar. Entah kenapa Alex Ferguson ingat Micheal Owen ni dapat menukar keputusan perlawanan. Siapa Micheal Owen? Dia bukan siapa-siapa..


Wednesday, January 5, 2011

siapa tak baca dia poser

Manchester United ialah sebuah kelab yang biasa-biasa je,bukan sebuah kelab yang steady seperti Arsenal. Penyokong-penyokong Manchester United juga kebanyakannya ialah golongan poser dan jenis sokong membabi buta. Tak percaya boleh kumpulkan 30 orang penyokong kelab setan merah ni secara rambang dan tanya siapa pakai jersi no 7 MU sekarang. Gua berani bet tak sampai separuh yang kasi jawapan betul. Silap-silap nama tevez pon boleh naik.

Seperti Manchester United,Barcelona juga dipenuhi dengan penyokong spesies ini. Jenis yang tak habis-habis sebut nama Messi,nama player lain sepatah haram tak tau. Scene macam ni tak payah pergi jauh,kat dalam Malaysia dah boleh tengok. Oleh sebab trend sekarang ni sape sokong Harimau Malaya dia cool,maka bersusun yang mengaku dia sokong skuad ni tapi kalau tanya nama player,asyik-asyik nama khairul fahmi che mat jugak yang diusungnya..

Sekali lagi,kumpul 100 orang yang mengaku dia fans skuad Harimau Malaya,pastu tanya kenal tak K.Gurusamy gua berani jamin mesti ramai yang tersengih dari kasi jawapan.


Sebenarnya gua nak up topik lain tapi gua tulis topik ni bila gua terdengar satu perbualan antara dua orang remaja time gua tengah melepak di bangsar tadi. Dua-dua pakai jersi malaysia dan sembang pasal bola.




Apa celaka malam ni ada game Manchester United lawan Barcelona??



Additional Time : Tepat pukul 3.45 pagi nanti,pengulas-pengulas sokerleaks terdiri daripada deus x machina dan siggplus akan memberikan ulasan tentang game MU vs Stoke City secara real dan live tapi gua nasihatkan tak payah tengok pon takpe.dua-dua team main macam celaka.