Adakah Jan Dara penyebab Thailand tewas? |
Selepas kita menyaksikan kesampahan perlawanan Malaysia menentang Singapura tempohari yang berakhir sifar sifar. Ramai yang mula kurang yakin dengan jentera skuad Harimau Malaya U23 untuk mengorak langkah menentang Tentera Bergajah. Ramai juga orang cakap Malaysia memang main macam kepala takok masa lawan Singapura. Begini, kalau nak di ikutkan analogi kebinatangan. Harimau dengan Singa kalau bergaduh memang susah nak tahu siapa menang. Dua-dua sama kuat. Dua-dua sudah macam kena badi mayat kalau bertarung. Secara rekodnya, Malaysia dan Singapura kalau bertarung dalam bola sepak, macam-macam hal tak terjangka dek kepala hotak akan terjadi. Jadi, lebih baik kita tinggalkan saja cerita lawan Singapura tempohari. Ambil saja cerita kebangangan Fakhri Saarani yang seolah langsung tiada fungsi. Apa cerita?
Menentang Gajah Putih. Sebenarnya, jika diikutkan penilaian keseluruhan permainan semalam. Harimau Malaya layak mencetak lebih banyak gol. Kena palang satu, main futsal depan gol satu, one by one dengan keeper tapi sengugut satu. Seharusnya, jika nasib menyebelahi. Malaysia mampu mencetak sekurang-kurangnya 4 gol.
Apa yang kita lihat semalam ialah gaya tulen pasukan Malaysia sejak azali. Bila dah leading, jadi terlalu selesa. Leka dan alpa. Dah kena, baru tersentak nak buat balik. Lepas tu bila dah dapat gol, kembali buat main-main lagi.
Cuma aku perasan (kalau kamu terperasan lah) satu benda selepas Malaysia leading 2-1. Dalam 10 minit terakhir tu, tiba-tiba Malaysia boleh main gaya simple football serupa gaya Arsenal. Steady kemaen boleh passing bola pendek-pendek selamba badak.
Well, aku cuma nak cakap ni je. Yang steady itu Arsenal, yang main macam kepala takok itu mestilah Menyu.
Ermm.. Kbai.
p/s : Kemboja pakai binatang apa ha?
13 comments:
kemboja pakai katak pisang
yup,betul time 10 minit terakhir,style jer maen short pass
simple football? bebudak siam keletihan barangkali.
10 minit last sebab thai maen 10 org, so byk ruang ada n pemain kita main macam tak pernah gua tengok main diorang macam tu. huh
yang main macam kepala takok itu mestilah Menyu.
hahahahaha setujuk! setujuk!
kemboja mn ada binatang...dia ada bunga je.. bunga kemboja
kemboja dia punya binatang adalah biawak
kemboja sendiri adalah binatang . binatang betei kemboja itu .
team kita mudah alpa.......
mestilah maskot die bunge kemboja...apara....
bukan match ni je... match yg lepas2 pun kalau terperasan memang malaysia akan main simple football kalau dah leading dan rasa selesa...
celaka apa depan gol pun nak main timang-timang bola lagi, aku ingat dia nak score ala pele. sape nama player yang nganjing tu?
kemboja pakai nickname The Royal Khmer
sokernet pakai kepala bana.. lu orang pakai kepala takuk.. haha.. get a life dude..
Post a Comment