Thursday, June 21, 2012

Takbir!


Ana tak mahu cakap banyak. Selama ini sudah ada banyak buku-buku tentang Islam, seperti buku dari sahabat ana Azhar Idrus bercerita tentang ente sekalian bertanya pada sahabat ana itu, tetapi ana mengambil saf yang lebih ke hadapan lagi - dengan mengajak sahabat-sahabat ana semua untuk merenung kembali kejayaan para Muslimeen di bumi Eropah yang penuh dengan orang kafir dan atheist. Mereka inilah yang mengubah dunia Eropah. Seperti para-para pejuang satu ketika dahulu, kini mereka berjuang dalam bentuk bolasepak.

Ana mempersembahkan, Muslimeen United.

Kisah 20 orang pemain Muslim yang telah berjaya di dunia. Sayang sekali ketika buku ini ditulis, Nazmi Faiz masih belum berlatih dengan Beira Mar. Jika ada terbitan kedua insya-Allah akan ada adik Nazmi Faiz ini, dengan syarat dia tidak bersekedudukan dengan perempuan Portugal.

Ini adalah pemain-pemain Muslimeen United dan kisah mereka yang ana tulis untuk semua. Semoga mereka terus berjaya dan menakluk, kalau tidak dalam cara peperangan, kita gunakan dengan cara bolasepak. Takbir!



Save KLFA


Hari Selasa yang lepas, perlawanan di antara KL vs Kelantan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat yang merupakan Home sementara pasukan KL terpaksa dijalankan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV kerana ketiadaan wang untuk host home game. Hasil jualan tiket perlawanan ini KAFA serahkan kepada KLFA atas usaha untuk menyelesaikan krisis kewangan yang dihadapi oleh KLFA. Persoalannya, adakah setiap perlawanan Home game Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai The City Boys akan diadakan di venue Away? Dan berapa banyak pula team sanggup membantu KLFA? Aku tak rasa semua akan tolong kerana setiap pasukan (kecuali beberapa seperti Kelantan) mempunyai masalah kewangan mereka sendiri.



Ini satu perkara yang menyedihkan dan memalukan bagi pasukan yang terletak di Ibu negara Malaysia dan dikelilingi syarikat-syarikat gergasi tetapi tidak mampu mencari penaja untuk menjana kewangan? Ia seperti seorang manusia yang bekerja di kilang F&N tapi mati kehausan. Apakah tiada inisatif atau usaha dari pihak KLFA untuk menyelesaikan krisis kewangan ini? Jika ada, nampaknya usaha itu masih tidak cukup dan perlu lebih effort. Seriously.




KL sebelum ini ada ramai player berstatus bintang. Azman Adnan, Safee Sali, Lim Teong Kim,Subadron Aziz, Azrul Amri Burhan, Shebby Singh dan antara yang latest adalah Yong Kuan Yong yang ada di dalam skuad Ong Kim Swee ketika Harimau Muda menang pingat emas bola sepak Sukan SEA 2011 yang lepas. Striker utama negara, Safee Sali pun pernah bermain untuk Kuala Lumpur pada tahun 2003-2005.

Ketika Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Tan Sri Elyas Omar menikmati zaman gemilang di mana menang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut iaitu dari 1987-1989. Kali terakhir Kuala Lumpur memenangi piala adalah pada tahun 1999 di mana mereka menang Piala FA.



Persoalannya, bagaimana pasukan seperti Kuala Lumpur boleh mengalami masalah kewangan? Kuala Lumpur boleh dikatakan antara sleeping Giant dalam Bola sepak Malaysia? Adakah Kuala Lumpur akan mengalami nasib yang sama seperti Leeds United dan Nottingham Forest di England? Both team merupakan antara gergasi di liga bola sepak England suatu masa dahulu dengan bergelar juara liga dan Eropah terutamanya Nottingham Forest yang bergelar Juara Eropah 2 kali berturut-turut ketika dipimpin Brian Clough. Sekarang Nottingham dan Leeds tidak lagi bermain di liga utama, tetapi tersekat di Liga Championship, namun ada tanda kebangkitan terutamanya dari Leeds yang sebelum ni menanggung kerugian besar di bawah Peter Risdale. Leeds kini sedang bermain di Liga Championship di England dan berusaha untuk naik ke EPL selepas bermain di League One selama 3 tahun.



Sama dengan apa yang bakal terjadi kepada KL. Kuala Lumpur dikatakan bakal jatuh bankrap dan ada rumours mengatakan KLFA akan bubarkan pasukan kerana kekurangan dana. Jatuh ke liga perdana itu sudah pasti selepas KL tak menang dalam semua perlawanan Liga Super tahun ni. Tapi untuk disband team kerana tiada dana itu utter bullshit. Diharap perkara ini mampu diselesaikan dan KLFA akan put more effort untuk mencari dana. Be creative. Ramai anak kota yang mahu membantu tapi tidak tahu bagaimana caranya. Jangan duduk di ofis goyang kaki sahaja, keluar dan reach out kepada semua anak kota di luar sana. Semoga KL akan dapat diselamatkan.

Save KLFA

Tuesday, June 19, 2012

Selamat Berjaya Blackburn Rovers

Blackburn Rovers hari ini mengumumkan perlantikan bekas pemain Malaysia dan pengulas terkenal Shebby Singh sebagai Director of Football.



"I still believe Steven Gerrard's best position is right back"



Saya mengucapkan Selamat Berjaya kepada Steve Kean.

Monday, June 18, 2012

Kenapa Memilih Pasukan Yang Salah dan Lemah? Bincangkan



Lelaki Oren A ; "Ni yang gua rasa nak cabut sut gua ni"

Lelaki Oren B ; "Mau rileks sat, bukan ada orang kenal kita pon"


Komen abang ; Oranje lah sangattt.










Saturday, June 16, 2012

Statistik : Liga Super Perak vs Johor FC


statistik penuh perlawanan


maklumat terperinci perlawanan


Sekarang aku faham 1001 sebab mengapa ramai yang mengagumi liga luar berbanding liga tempatan. Ini sahaja yang termampu, ini sahaja standard permainan bola sepak di Malaysia. Moga pemergian Nazmi Faiz ke Portugal mampu memberi impak yang lebih positif kepada sukan bola sepak Malaysia suatu hari nanti.

Kadang-kadang aku terfikir, apakah kriteria-kriteria yang diperlukan untuk perlawanan yang bersiaran secara langsung? Sedangkan masih ada perlawanan yang lebih menarik untuk ditonton turut berlangsung. Dengan pengurangan pasukan dalam Liga Super musim hadapan, mampukah liga tempatan menarik minat penyokong untuk terus menonton?


Thursday, June 14, 2012

Gempar : Kepala Robben Dilaporkan Pecah


Nama binatang ini ialah Ayam Belanda. Bincangkan.

Salam 2-1 dari Persatuan Peminat Memilih Jerman EURO 2012. (PPMJ2012)

Nasihat abang;

Jangan pilih pasukan yang lemah seperti pasukan yang berkait dengan rajah di atas.

Sunday, June 10, 2012

Lakonan power The Oranje



Wajah ceria Van Persie, kebangangan Arjen Robben, kecelaruan Ibrahim Afellay, kekangkangan Sktelenburg semuanya menjadi malam ini. Malam yang sesuai untuk memperdayakan semua penyokong pasukan Euro yang lain. Sebagai sebuah pasukan yang power, Belanda memang diketahui umum gemar memberikan harapan palsu kepada pasukan lain supaya mereka berada di zon yang selesa dan kurang berjaga-jaga pada masa akan datang.


Engko orang tunggu, engko orang tunggu! Match lepas ni Belanda score sampai muntah!



Wednesday, June 6, 2012

Boys In Green

Kenapa Republic of Ireland mampu membuat upset dan sekaligus menjulang Kejohanan Eropah tahun ini?
Sebab yang pertama;

Giovanni Trappatoni atau Il Trap. Antara jurulatih terulung Eropah dengan 10 kejuaraan liga di 4 liga berbeza (setanding dengan Jose Mourinho). Walaupun kurang berjaya ketika mengemudi Itali, nasib Trappatoni dijangka bakal menyerlah bersama Ireland tahun ini.

Sebab yang kedua;

Ukhwah diantara pemain sangat kuat. Hal ini berbeza ketika kempen Ireland di Piala Dunia 2002 yang menyaksikan kapten pasukan Roy Keane bertelingkah dengan pengurus pasukan; Mick McCarthy. Biasa la, budak Menyu memang poyo. Jadi dengan ketiadaan pemain MU dalam skuad ireland tahun ini, pastinya peluang lebih cerah untuk layak ke pusingan seterusnya.

Ermm, tu je la kot sebabnya. Biasa la, team underdog ni tak payah kecoh sangat, kena buat rileks je. Jadi untuk kempen Ireland dalam peringkat kumpulan nanti, ini adalah ramalannya;

Lawan Croatia (menang 2-1)
Lawan Spain (menang 3-2)
Lawan Itali (menang 2-0)

Ah, mudahnya kumpulan C ni. Tak tercabar langsung budak-budak Irish ni. Apa-apahal dengarkanlah football anthem paling bersemangat untuk Euro 2012 kali ini.


COYBIG!

Tuesday, June 5, 2012

Vamos! Vamos! Argentina!



Selaku "quilembera" Albiceletes yang abadi - aku berada dalam kem Argentina. Apa? Mana ada Argentina dalam Euro? Siapa cakap aku nak ulas pasal Euro?

Pada perlawanan menentang Ecuador dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 - pasukan Albiceletes dengan selambanya menapau Ecuador 4-0 - melalui jaringan power iaitu menantu abah - Sergio Aguero, Gonzalo Higuain, Lionel Messi (kau balik Catalan lah!) dan Angel Di Maria. Dengan lima perlawanan - 3 menang 1 seri dan 1 tewas (ni mesti team gunung Andes) - Argentina masih lagi mendahului dalam group CONMEBOL Piala Dunia 2014. Tanpa Brazil dalam group ini bukannya pasukan Argentina mampu memandang remeh benua Amerika Latin yang power ini.

Pada 9 haribulan ini tatkala ramai manusia akan ke Poland dan Ukraine, aku menongkah arus dengan menonton live streaming perlawanan antara Argentina dan Brazil yang akan berlangsung di Metlife Stadium di New York, USA. Lepas tu tunggulah game sampai bulan 8 - lawan Jerman - friendly nanti. Satu perlawanan pun jadilah nak ulas.

Vamos vamos Argentina!

Monday, June 4, 2012

Achtung! In Germany We Trust!

Arena EURO sudah hampir tiba. Apa pasukan pilihan kamu? Yang kamu pengulas Sokerleaks, dah tak reti-reti pilih pasukan pilihan untuk menjuarai EURO 2012? Goyang kaki je tahu.

Seperti biasa, aku memilih pasukan yang kuat, tangkas dan pantas. Seperti traktor yang bakal merobek benteng-benteng Sepanyol yang lembik, mahupun si botak dari Belanda. Apatah budak hingusan dari England, heh. Ini yang perlu kamu gerun. Jerman bukan pasukan sebarangan.


Hanya kumpulan rock Jerman saja yang berani nyanyi lagu bahasa Melayu setakat ini yang aku nampak. Kamu ingat senang?


Saturday, June 2, 2012

Bakpe gocoh-gocoh ni?

Selesai perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Filipina, berlaku 1 insiden di fesbuk yang boleh dikatakan hangat. 2 ikon bolasepak tempatan kelihatan menempelak satu sama lain.








Dalam hal ini, SokerLeaks tak menyebelahi kepada mana-mana pihak. SokerLeaks cuma menyokong tindakan Cahaya Penawar. Dia lah Cahaya, dia lah Penawar. Hidup Cahaya Penawar!