Showing posts with label bundesliga. Show all posts
Showing posts with label bundesliga. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Keeper terhebat dunia buat masa ni (orang kata la)


Dikatakan beliau adalah penjaga gol terbaik dunia ketika ini. Man Utd dilaporkan beria-ria benar nak sambar Neuer ni tapi penjaga gol utama Jerman ini diwar-warkan bakal menyarung jersi Bayern Munich pada musim hadapan. The next Oliver Kahn in da house bebeh.

Satu cerita pasal Neuer ni. Selepas membantu Schalke menjuarai German DFB-Pokal Cup; menewaskan Duisburg 5-0, pemain-pemain Schalke merayakan kemenangan ini bersama-sama dengan peminat mereka. Neuer tak terkecuali.

Apa terjadi semasa sesi perayaan tersebut? Piala jatuh lagi macam si bebal Ramos dengan Sketelenburg buat? Tetttt. Salah.


Hahaha. Keeper terbaik dunia tapi nak selamatkan lempangan berpusing pon tak dapek. Mamat Schalke yg lempang dia ni geram sebab si Neuer tak nak sambung kontrak dengan Schalke. Woi, gi mampos dia la nak sambung ke tak nak. Cari la keeper lain sengal.

Tapi lu orang tengok la muka Neuer lepas kena lempang ni, hangin semacam. Kalau buat dekat Halim Napi ni, sah-sah dah arwah. Kah kah kah.

 gapo? nak gocoh? ambo bako oghe beghani mu tau dok? 

Tengok lama-lama macam pengkritik AF9 yang nyanyi lagu Biso Bonar pon ada jugak mamat ni.


Monday, May 2, 2011

Glückwunsch Dortmund!

Headlines akhbar Bild; "Viel schöner als Kate" (lebih manis dari Kate - ala bini si Prince William tu la).

Dekat Kicker pula menyebut lebih kurang 100,000 manusia dari seluruh pelosok Ruhr berpesta meraikan kejayaan Die Schwarzgelben (The Black Yellows). Tiada kekacauan berlaku, cuma ada beberapa kes pergaduhan antara penyokong yang mabuk sesama sendiri, biasa la, Jerman dengan beer, mana boleh berpisah ibarat ManUtd dengan Howard Webb.

Dortmund mengesahkan kejuaraan Bundesliga mereka setelah menumpaskan Nurnberg 2-0 didepan penyokong sendiri di Signal-Iduna Park (dahulunya dikenali sebagai Westfalenstadion) , ditambah pula pencabar terdekat Bayer Leverkusen tewas FC Koln 0-2. Ini adalah kejuaraan ke-7 untuk Dortmund, namun mereka memerlukan satu lagi kejuaraan Bundesliga untuk menambah 1 lagi bintang ("Verdiente Mesitervereine") diatas lambang mereka. Sebagai perbandingan, Bayern ada 4 bintang, so tarak hal lah! Untuk info lebih lanjut pasal bintang ni, sila baca entri ini.

Akhirnya, bini Jurgen Klopp ni dapat merasai kembali nikmat berkasih sayang setelah satu musim laki dia busy manage team dia ni.


Kevin Großkreutz menunaikan nazarnya untuk membotakkan kepala setelah memenangi kejuaraan.


Begitu juga dengan Mutt Hummels. Bukan rezeki untuk Ayu Raudah dengan Zaquan Adha nak buat macam ni nanti sebab Jang dah jauh ketinggalan dalam Liga Super.


Sesi melempar tuak


The Unity - Dortmund Ultras. Dekat Germany ada free standing area. Dan Signal-Iduna Park ni adalah stadium terbesar sekali di Jerman, almost sold-out every game. Di Malaysia, Stadium Shah Alam antara stadium yg terbesar digunakan dalam MSL, tapi yg datang? Lu tanya la mopasad sendiri.


Juara bertahan, Bayern Munich pula ketika ini semakin steady dalam pemburuan tempat ke-3 yg menjamin slot ke qualification Champions League setelah kembalinya Robben dari penggantungan. Bayern mengamok di Allianz Arena, 4-1 membantainya semi-finalis Champions League; Schalke.

Jadi sebagai penyokong Bayern, saya mengucapkan tahniah kepada Borussia Dortmund. Hampa memang layak menang, konsisten dari awal sampai habis musim, tapi musim depan tak dapat la der, Bayern ambik balik title tu.

__________________________________________

Sementara itu di Barat Daya Jerman, iaitu negara yang bersempadan dengannya; Belanda, kejuaraan liga Eredevise bakal ditentukan di perlawanan terakhir musim ini. Dan lebih manis, kedua-dua pencabar kejuaraan akan berentap sesama sendiri! The perfect way to decide a title race! FC Twente (71 mata) pendahulu liga akan menentang Ajax (70 mata) di Amsterdan Arena. Aku harap Astro akan tayang, plis Ananda Krishnan, pelissss!

Dan sebagai pengulas kem Spurs, aku tak nak cerita banyak pasal kekalahan tempoh hari, yg aku dengor, Manuel Neuer nak main kat Spurs kalau tak jadi ke Bayern, ganti si Gomes telur tu. Gomes dengar kabor dah jadi duta kain pelikat cap gajah terbang. 

Sekiyan.

Thursday, March 3, 2011

Sekitar Bundesliga



Ada siapa-siapa layan Bundesliga? Ada? Kalau tak ada, sori la, aku tetap nak tulis pasal Bundesliga jugak. Bukan apa, sekali-sekala, korang kena try tengok game Bundesliga ni. Match dia punya power, boleh beat EPL dengan La Liga. Seria A tak payah cakap la, memang dah sah-sah diorang tapau.

Sebut pasal Bundesliga, ramai akan terfikir pasal Bayern Munich. Yes, Bayern @ Hollywood FC memang tak boleh dipisahkan dengan kejuaraan Bundesliga, kalau tidak, masakan pasukan kendalian Louis Van Gaal ni gagah memegang rekod “Verdiente Meistervereine” terbanyak iaitu sebanyak 4 bintang (22 Kejuaraan). Malangya, musim 2010/11 ni dilihat tak menjadi untuk Bayern."Verdiente Mesitervereine" ni adalah bintang kejuaraan yang selalu dok tepek kat jersi atas lambang pasukan. Kat Jerman, kalau 3 kali menang liga baru boleh letak 1 bintang. Kat Malaysia pulak, ada satu team tu baru menang sekali (ekceli bukan menang liga pon) dah eksyen kemain letak. Keh keh, jangan marah naa, gurau je abe. Takkan bakor sikit pon tak boleh ye dak?

Sebenarnya persembahan buruk Bayern tak dihairankan sangat kalau tengok dari pattern pemenang kejuaraan semenjak 2005. Start tahun 2005 ni, Bayern akan menang berselang-seli, maknanyaseason ni menang, season depan kalah, pastu menang balik, pastu kalah balik. Musim lepas, Bayern menang, so musim ni, dah diramal Bayern akan menggelupur sikit. Mungkin semuanya ada kaitan dengan pemergian Paul The Octopus.

'Herbstmeister' - juara musim luruh.

Title musim 2010/11 ni sebenarnya boleh dikatakan sudah dimiliki oleh Borussia Dortmund, hanya untuk mereka lepaskan kepada pasukan lain sahaja. Sumber kekuatan Die Schwarzgelben ni terletak pada kekebalan Mark Hummels, kelincahan Nurin Sahin dan ke-power-an Lucas Barrios disamping bantuan pemain lain seperti Mario Gotze, Shinji Kagawa dan Kevin Großkreutz.

Schalke 04? Toksah cakap dia punya teruk, ada Raul Gonzales pon masih belum cukup. Werder Bremen? Lagi la teruk. Wolfsburg? Time era- McLaren dengan pasca McLaren pon lebih kurang sama. Hamburg? Performance Nistelroy tak se-perform semasa di Real dulu.

Minggu lepas, Bayern dilauk Dortmund 1-3 di Aalienz Arena. Sakit sakit. Tambah teruk bagi Bayern Munich, mereka sudahpon tersingkir dalam kempen DFB-Pokal (FA Cup utk Liga Jerman) setelah ditumpaskan Schalke 0-1 di tempat sendiri hasil jaringan Raul sekaligus membawa Schalke ke final dua musim berturut-turut untuk bertemu  MSV Duisburg. Sakit sakit.


Sebagai seorang penyokong Bayern, sudah tentu berita sebegini agak mengecewakan. Mana boleh tak kecewa, last season chempiyen Bundesliga & DFB Pokal, plus finalist Champions League,tahun ni? Hampa kau tahu tak, hampa!

Nasib baik la Champions League season ni diramal ke final jumpa Tottenham Hotspurs. Ada la jugak silverware. Tak kisah la sape menang, janji dua-dua team power. Keh keh.

Saturday, February 5, 2011

für das, was Sie alle kämpfen für Trottel?

Minggu lepas terdapat pergeseran antara Arjen Robben dengan Thomas Muller semasa Bayern menentang Werder Bremen. Ini semua berlaku selepas Muller meluahkan betapa frustratednya beliau terhadap Robben yang sering membolot penguasaan bola. Kira kes emo taknak passing la ni.



"Robben, lu jangan la kemut sangat der. Passing la kat gua. Gua menang Golden Boot masa World Cup tahun lepas. Lu tak jeles ke?"

"Hang diam la Muller. Pala juboq hang. Aku ni star hang tau dak, star!! The Flying Dutchmen"




"Tuh dia tuh dia tuh dia, eksyen kemain. Dah la muka macam Mr.Squitward dalam Spongebob. Keh keh keh"

"Ishk aku tak boleh sabaq la dengan hang ni. Mai sini aku nak sepak pungkok hang"




"Nah ambik ni. Hikmat pulasan telinga The Flying Dutchman. Dushh"

"Woi woi apa ni main telinga. Lu ni gay ke hapa Robben?"





"Huarghhh. Ingat sakit mana la lu piat telinga gua ni Robben, makin mengantok ada la"

"Haa puas hati aku, ambik hang"

"Muller,Robben, jangan la cenggini. Malu dibuatnya kita semua kalau penyokong tengok"

"Hang jangan nak masuk campuk Tomeishuk. Nama hang dah la macam pompuan. Booo."

"Ntah Tomeishuk, bajet 'tomei' la letak nama Tomeishuk. Kah kah"

"Bhabhi aku pulak yang kena bahan."




"Sudah-sudah, aku hambat hangpa dua sat lagi"

"Abang Klose, tengok la Rubiah ni. Tadi dia piat telinga saya. Sakit tau"

"Macam mana aku tak piat telinga dia ni Klose, tadi dia panggil aku Mr.Squitward. La ni dia panggil aku Rubiah. Aku FLYING DUTCHMEN la wei! Panehhhh wei paneh"

"Sabaq sabaq. Ishk hangpa dua ni. Weh hang Tomeishuk hang buat apa? Bukannya nak tolong settlekan. Ptuihh. Memang kena la nama Tomeishuk tu dengan hang, macam pondan"

"Bhabhi aku kena lagi" 




"Ah malas lah gua layan lu orang ni. Blah la lu Squitward. Baik gua balik layan karoke lagu Westlife UpTown Girl. Jiran gua *Claudia Schiffer ada dalam videoklip tu kot. Lu punya jiran ada?"

"Hang tengok tu Tomei, kuang ajaq la tu panggil aku Squitward. Memang nak kena Muller ni"

"Habih tu yang hang panggil aku Tomei tu tak pa pulak? Panggil aku Syuk la wei, Syuk. Baru la glemer sikit nama dekat-dekat dengan Syukri"

_______________________________________________

Aku harap apa yang berlaku ni tidak menjejaskan moraliti pasukan Stern Des Sudens. Come on la Bayern, nak menang Bundesliga memang dah payah, Borussia Dortmund dah jauh kat atas. Tinggal Champions League jer lagi ni. Kalau lu orang gadoh macam mana nak menang lawan Inter nanti?

Dan Bayern juga bersetuju untuk mengakhiri perseteruan mereka dengan Belanda ekoran isu kecederaan Robben dengan cara mengadakan perlawanan persahabatan antara Bayern-Belanda. Awesome. Ingatkan team macam Malaysia je suka lawan friendly dengan team-team kelab. Kejap, Robben nak main team mana nanti?



*Notakaki
Schiffer became a household name 20 years ago as the face of Guess, and now, at 39, the current L'Oréal Paris spokesmodel and face of D&G fragrance shows no signs of slowing down.

Anti-aging tip: "What I eat affects my skin," she says. "Anything that's heavy, like dairy or sweets, breaks out my complexion, and it doesn't look as fresh. When I stopped eating dairy, my skin looked nicer."

Skin saver: "Fresh carrot or apple juice and water with lemon and ginger help give my skin a healthy look." (dicilok bulat-bulat tanpa bersalah dari harpersbazaar)

(Claudia Schiffer sebelum dan selepas membaca SokerLeaks)