Saturday, February 5, 2011

für das, was Sie alle kämpfen für Trottel?

Minggu lepas terdapat pergeseran antara Arjen Robben dengan Thomas Muller semasa Bayern menentang Werder Bremen. Ini semua berlaku selepas Muller meluahkan betapa frustratednya beliau terhadap Robben yang sering membolot penguasaan bola. Kira kes emo taknak passing la ni.



"Robben, lu jangan la kemut sangat der. Passing la kat gua. Gua menang Golden Boot masa World Cup tahun lepas. Lu tak jeles ke?"

"Hang diam la Muller. Pala juboq hang. Aku ni star hang tau dak, star!! The Flying Dutchmen"




"Tuh dia tuh dia tuh dia, eksyen kemain. Dah la muka macam Mr.Squitward dalam Spongebob. Keh keh keh"

"Ishk aku tak boleh sabaq la dengan hang ni. Mai sini aku nak sepak pungkok hang"




"Nah ambik ni. Hikmat pulasan telinga The Flying Dutchman. Dushh"

"Woi woi apa ni main telinga. Lu ni gay ke hapa Robben?"





"Huarghhh. Ingat sakit mana la lu piat telinga gua ni Robben, makin mengantok ada la"

"Haa puas hati aku, ambik hang"

"Muller,Robben, jangan la cenggini. Malu dibuatnya kita semua kalau penyokong tengok"

"Hang jangan nak masuk campuk Tomeishuk. Nama hang dah la macam pompuan. Booo."

"Ntah Tomeishuk, bajet 'tomei' la letak nama Tomeishuk. Kah kah"

"Bhabhi aku pulak yang kena bahan."




"Sudah-sudah, aku hambat hangpa dua sat lagi"

"Abang Klose, tengok la Rubiah ni. Tadi dia piat telinga saya. Sakit tau"

"Macam mana aku tak piat telinga dia ni Klose, tadi dia panggil aku Mr.Squitward. La ni dia panggil aku Rubiah. Aku FLYING DUTCHMEN la wei! Panehhhh wei paneh"

"Sabaq sabaq. Ishk hangpa dua ni. Weh hang Tomeishuk hang buat apa? Bukannya nak tolong settlekan. Ptuihh. Memang kena la nama Tomeishuk tu dengan hang, macam pondan"

"Bhabhi aku kena lagi" 




"Ah malas lah gua layan lu orang ni. Blah la lu Squitward. Baik gua balik layan karoke lagu Westlife UpTown Girl. Jiran gua *Claudia Schiffer ada dalam videoklip tu kot. Lu punya jiran ada?"

"Hang tengok tu Tomei, kuang ajaq la tu panggil aku Squitward. Memang nak kena Muller ni"

"Habih tu yang hang panggil aku Tomei tu tak pa pulak? Panggil aku Syuk la wei, Syuk. Baru la glemer sikit nama dekat-dekat dengan Syukri"

_______________________________________________

Aku harap apa yang berlaku ni tidak menjejaskan moraliti pasukan Stern Des Sudens. Come on la Bayern, nak menang Bundesliga memang dah payah, Borussia Dortmund dah jauh kat atas. Tinggal Champions League jer lagi ni. Kalau lu orang gadoh macam mana nak menang lawan Inter nanti?

Dan Bayern juga bersetuju untuk mengakhiri perseteruan mereka dengan Belanda ekoran isu kecederaan Robben dengan cara mengadakan perlawanan persahabatan antara Bayern-Belanda. Awesome. Ingatkan team macam Malaysia je suka lawan friendly dengan team-team kelab. Kejap, Robben nak main team mana nanti?



*Notakaki
Schiffer became a household name 20 years ago as the face of Guess, and now, at 39, the current L'Oréal Paris spokesmodel and face of D&G fragrance shows no signs of slowing down.

Anti-aging tip: "What I eat affects my skin," she says. "Anything that's heavy, like dairy or sweets, breaks out my complexion, and it doesn't look as fresh. When I stopped eating dairy, my skin looked nicer."

Skin saver: "Fresh carrot or apple juice and water with lemon and ginger help give my skin a healthy look." (dicilok bulat-bulat tanpa bersalah dari harpersbazaar)

(Claudia Schiffer sebelum dan selepas membaca SokerLeaks)

10 comments:

Amir Syahir said...

hahaa..mengekek gelak..bagus..

Unknown said...

hahaha artikel yg cam hampeh tp besh!!!!

Unknown said...

first half robben main utk bayen, second half main utk holland

full time mati mengejut tgh padang, hahaha

Berto said...

gigi Claudia Schiffer ni mcm gigi luis suarez pulak gua tengok bila tenung lama2

RABUN said...

dorang gado pasal apa eh? kalau gado pasal siapa lagi handsome pada aku dua dua tak handsome langsong!,

Tapi, kalau gado pasal claudia mana lagi cantek, sebelum atau selepas baca sokerleaks, aku leh cakap dua dua cluadia tu hodoh belaka hehe

Berto said...

@rabun
depa gaduh pasal emo taknak passing. Yg sorang tu asyik solo dribble sorang2, yg sorang lagi dok menunggu member passing kat dia

haadziq said...

kahkahkah..cam haram! xleh tahan aku baca..

Tengku Firmino said...

LAWAK BEB!!..biar lawak cenggini, pastu tak menganjingkan orang..Sokernet!! please take note!

adila zulkifli said...

cool giler.haha

mdfaizal said...

sedap2 je robben neh.
kalo nak tahu Arjen Robben ni sbnrnya main dekat Pelita Jaya FC, kira akan partner dgn Safee la nanti. mmg bijak pilihan FAS. heheh.

tak pcaya tgk wiki rasmi ni http://en.wikipedia.org/wiki/Pelita_Jaya#Current_squad