Aumm. Ini shuffle Celtic punya style yoww Diouf!
Old Firm derby, antara greatest football derby di mukabumi selain Merseyside derby, Manchester derby yang bakal berlangsung minggu ni , Istanbul derby antara Galatasaray vs Fenerbahce mahupon 'Klang Valley Derby' pada 12haribulan ni yang menjadi game trakhir Safee Sali sebelum berhijrah ke Pelita Jaya.
Old Firm derby ni boleh tahan dahsyat jugak. Perseteruan Celtic-Rangers ni bukannya sekadar mengenai bolasepak. Ianya lebih daripada itu sebenarnya. Old-Firm derby sering dikaitkan dengan sectarianism. Apa itu sectarianism? Mengikut apa yang ditranslatekan oleh Google, sectarianism bererti sektarianism. Fark, tak boleh harap sangat google translate ni. Senang citer cenggini lah, sektarianism ni macam perseteruan antara mazhab; macam Syiah-Sunnah atau Protestant-Catholic.
fan Rangers dikenali dengan pengibaran Union Flag manakala fan Celtic setia dengan mufler hijau-putih yang sinonim dengan Irish tri-colour
Di Old Firm derby, kerap berlaku pergaduhan antara golongan Protestant (Rangers) dan juga Catholic (Celtic). Ia juga berkait dengan fahaman politik mereka dimana kebanyakan penyokong Rangers iaitu penganut Kristian Protestant adalah secara tradisinya menyokong British Unionism.Sebaliknya, penyokong Celtic (penganut kristian Catholic) kebanyakkannya adalah berketurunan Scottish-Irish. Tapi buat masa ini perseteruan Old Firm derby ini tidaklah se-ganas seperti perseteruan tahun 80'an (berlaku rusuhan dalam padang ketika final Scottish Cup ini berlangsung, Celtic menang 1-0). Malahan ketidakganasan Old Firm derby ketika ini dapat dilihat dengan adanya fan Rangers dari golongan Catholic dan begitu juga sebaliknya.
Ahh apehal pulak aku cerita pasal mazhab-mazhab ni. Ini bukan blog serbanitas, ini bola bola. Yang sebenarnya aku nak cerita pasal 2 orang gangster di Galsgow ni iaitu El-Hadji Diouf dengan Scott Brown. Siapa tak kenal Diouf ni. Dia ni antara badboy@villain yang aku minat selain Vinnie Jonnes. Insiden ludah-meludah gocoh-bergocoh dah jadi lumrah hidup abam Diouf ni. Tapi jika lu ingat Rangers sudah cukup gangster dengan adanya Diouf, lu silap. Dekat Celtic juga ada gangster mereka iaitu kapten mereka tersendiri, abam Scott Brown. Abam Brown ni punya gedebe buleh tahan ganas; pernah menganjing fan Reading serta menujah kepala beliau terhadap Kyle Lafferty, pemain Rangers.
Dan baru-baru ni ada Old Firm derby, 5th round Scottish FA Cup. Rangers mendahului seawal minit ke-3 melalui Jamie Ness sebelum disamakan Celtic menerusi Kris Commons. Rangers kembali didepan menerusi penalti Steven Whittaker pada minit ke-41. Dan topic kita hari ni berbicara mengenai gol penyamaan Scott Brown pada minit 65, ekceli bukan gol yang nak diceghitakan, tapi celebration gol beliau yang cukup sinis nganjingannya.
(0.15), lu memang lejen Brown.
Kalau lu orang ditempat Diouf, tipu la kalau lu orang tak pissed-off. Tapi Diouf tak seperti kebiasaannya, kali ni beliau rilek dan tenang setenang pilihanraya kecil tenang (Fatty Rangers menang kalahkan ustazah Celtic, kah kah). Malah Diouf menempelak kembalik Brown dengan mengatakan “I refused to react. Why should I react to him? Nobody knows him – I’m too big and strong for him". Lu respek la Diouf ni sikit Brown, dia 2002 World Cup All-Star kau tahu tak!
Scott Brown, lu memang silap besar kalau lu buat cenggini depan Halim Napi.
*muka Brown tu memang tak menahan aku tengok, macam ultraman pon ada.
9 comments:
"Scott Brown, lu memang silap besar kalau lu buat cenggini depan Halim Napi.."
haha..xle blah la der ayat lu ni...
jersi celtic ni pesen sama je design tiap2 season..apa fans dia x bosan ke?
ahkahkah... gua sokong hadji diouf..sape abam brown ni?? penah main chelsea ke? penah main manchester united ke? gua penah main liverpool tak heran pon
Ez Puella Sapiens mesti suka article ni doh - kahkahkah!
@nami
EsPuellaSapiens sapot mana? Rangers or Celtic?
cam haram muka brown ni.
Berto:Celtic.dia boleh sebut satu-satu nama player sampai ke bangku simpanan sampai ke zaman 80an.
Sebab tu dia ni pro Kenny Daglish.
shuffle FTW!!
Post a Comment