Thursday, February 3, 2011

Tribute to Gary Neville.



Gary Neville is a Red,is a Red,is a Red
Gary Neville is a Red,
He hates Scousers!


(pfft!Rooney tu Scouse apa lancau pulak?LOL fan MU!)

Berita insan paling dibenci di Anfield Road ini bersara sudah diumumkan pagi tadi.Belum reda cerita Ephiliates of Trachis is Fernando Torres pengkhianat bangsa Scouse,cerita watak pembenci utama Scouse bersara pula menjadi cerita EPL.

Sebagai BEKAS penyokong Manchester United,saya kenal sangat watak si Gary Neville.Dia dan adiknya Phil adalah gandingan adik beradik mantap - semantap Brian dan Michael Laudrup dari Denmark.Gary Nevillelah yang membawa imej Manc sejati sejajar dengan jati diri seorang yang lahir di Bury Manchester.

Semasa beliau dilantik menjadi el kapitan ada juga ramai fan-fan Manchester United terutamanya yang tak tau kedai Banger and Mash Lou Macari kat mana tapi cerita koya pasal Manchester United sangat lebat.Saya merasakan watak Gary Neville ini adalah typical Manc yang saya kenal.Kerana itu Gary Neville dipilih sebagai el kapitan menggantikan Roy Keane.

Gary Neville bukanlah satu imej tokoh captain yang hebat macam Roy Keane atau lebih ekstrem Eric Cantona,dan dia ni takdelah pintar sangat macam Gary haiwan belaan Spongebob,tapi kerana keManchesteriannya itulah menjadikan beliau dihormati di Old Trafford.Kadang-kadang dia ada gak buat lawak bodoh(macam cium badge depan fan Liverpool tapi badge kat tempat lain) atau kadang-kadang nampak cool bila tunjuk jari tengah ke Carlos Tevez.Tetapi itulah sifat Manc yang sejati - cakap lepas.Tengok sahajalah Noel Gallagher - selamba adab kutuk Ryan Giggs dalam konsert yang takde kait mengait dengan bolasepak pun,atau memanggil vocalist Blur Damon Albarn penghidap HIV.

Saya follow Manchester United sejak Bryan Robson menjadi captain.Kemudian Eric Cantona.Kemudian Roy Keane.Dan kemudian Gary Neville.Kini - selepas mengaku murtad dari Manchester United dan bersikap afootballclub(non partisan),melihat penggantinya Nemanja Vidic dengan sikap no-nonsense especially dalam defensive,menampakkan prospek kekuatan Manchester United.Dan diambang diktator-diktator sedang digulingkan di Timur Tengah,Alex Ferguson perlu berusaha keras bagi memastikan diktatorshipnya selama 25 tahun tidak digulingkan dengan revolusi seperti di Tunisia dan rusuhan di Mesir.Dia perlu gembirakan peminat-peminat Manchester United.

6 comments:

DIYSAR said...

aku inginkan giggs sbgai captain

Cob Nobbler said...

tapi abam serbia akan mengsebrenicakan ferguson kalau tak jadi captain LOL!

giggs tahun depan je kot nak bersara.

Din Guerreroz said...

Third!!!

Lagi elok skang ni bg anderson yg jadi kapten... aku nampak sinar harapan disitu...

Amir Syahir said...

aman damai mu di sana..

Berto said...

hilang sudah gangster ol-trepot

talkIZcheap! said...

abang Vidic, no hal jadik kapitan...

diktatorship kat MenYu sentiasa mendapat bless daripada fans selagi trofi-trofi masuk, kalo takde trofi, kita salahkan Glazer...