Tuesday, February 1, 2011

EPL Transfers-Leaks

Atas permintaan ramai (padahal sorang je mintak), aku kasi naik jugak lah satu entri bersempena penghijrahan beramai-ramai player EPL ke destinasi baru mereka. Ini yang kompem dengan yg rumours skali aku ceghita. Cekitdaud. (susunan pasukan mengikut kedudukan Liga, keh keh). 

MANCHESTER UNITED
Tak ada apa-apa sangat yang menarik pasal MU ni selain blah-nya Federico Macheda ke Sampdoria sebagai pinjaman. Molek la tuh, abang Berba dah tengah on-form, memang payah la ko nak main, nak kene compete dengan Bebe lagi kan? Lagipon Sampdoria dah tak ada striker lepas Antonio Cassano & Giampolo Pazzini berambus masing-masing ke Milan dan Inter. Van Der Sar pula dah malas nak main lagi next season, jadi aku rasa Andres Lindegaard ni cuma akan senasib dengan Ben Foster dan Thomas Kusczak, beli tapi tak guna. Dengar ceghita SAF berminat nak sain Jordan Henderson dari Sunderland tu, siap offer Micheal Carrick lagi, tapi Steve Bruce lagi suka kalau tukar Danny Welbeck tu jadi permanent.

ARSENAL
Selain telinga kita sudah jemu dengan isu Fabregas nak ke Barca, Arsene Wenger cuma membeli seorang pemain muda dari Jepun, Ryo Miyaichi. Tak tahulah Ryo ni punya terer ada macam Ryu Street-Fighter ke tidak, aku tak sempat lagi nak tengok video skill-skill dia. Cuma takut dia ni jadi macam Junichi Inamoto je nanti. Wenger juga bagi pemain muda mereka cari experience orang kata; Aaron Ramsey (Cardiif City), Carlos Vela (Wet Brum), Vito Manone (Hull). Arsenal juga katanya dah berjaya kalahkan team lain untuk dapatkan pemain remaja Southamptoun, Alex Oxlade-Chamberlain. Hairan, Southamptoun ni terer bebenor produce player bagus, tapi main kat liga coke. Rumours pasal Eden Hazard pulak tak tau plak macam mana kesudahannya.

Ryo Miyaichi

MANCHESTER CITY
Pak Arab kembali berbelanja besar. Sheikh Mansour mengenepikan fahaman semitik beliau dengan membeli mamat Yahudi bernama Gai Assulin dari Barca. Assulin ni orang kata main macam Messi, orang kata la bukan aku kata. Selain itu, Mancini turut membeli Edin Dzeko untuk bersaing dengan Tevez dan Ballotelli sebagai penyerang The Citizens. Leaks-leaks lain, Sebastion LarssonAshley Young dan Alexis Sanchez; semua kena kait dengan perpindahan ke Man City. Emmanuel Adebahnor as yuol know, dah blah pergi Santiago Bernebeu sebagai pinjaman.

CHELSEA
Rasanya semua dah tahu pasal Nandos Torres nak ke Chelsea, harga dalam 50juta. Kahkahkah, overprice sangat la bai, Nandos ni injury-prone da, rugi je buat beli. Lepas tu nak swap sekali dengan Nicholas Anelka. Bahagian defend pula, Ancelotti beria benar nak ambik David 'Afro' Luiz dari Benfica ni. Apa-apa jer la Abrahamovich oi. Chelsea juga bercita-cita nak beli Dimitri Payet dari St.Ettiene sambil nak bagi Daniel Sturridge ke Bolton. Baguslah, kau jual prospek-prospek muda, kau beli yang tua-tua. Baguih baguih.

payet

SPURS
Harry Rednep melepaskan bekas kapten kesayangan, Robbie Keane ke West Ham serta David Bentley ke Birmingham. Giovani Dos Santos pula kembali ke La Liga untuk beraksi bersama Racing Santender, secara loan sahaja. Rednep ada jugak tambah player, dua-dua dari Afrika Selatan; Steven Pienaar dengan Bongani Khumalo. Striker? Entah, macam-macam player aku dengar Rednep ni nak beli, most of them main kat Spain. Ini penangan La Liga la ni. Guisseppe RossiFernando LorenteDiego ForlanAlvaro NegradoSergio Arguerro. Fuhh. Betul-betul Daniel Levy ni nak menang Champions League tahun ni, pasal tu la Spurs buat-buat kalah lawan Fulham masa FA Cup itu hari.

SUNDERLAND
Yang dah kompem masuk ke Stadium Of Light ni adalah Sulley Muntari (Inter) dan Stephane Sesegnon dari PSG (apa la nama punya main lucah lagi ni ada sex-sex). Yang keluar pulak Darrent Bent ke Villa dan defender Paulo Da Silva ke Real Zaragoza.

sek-sek non

LIVERPOOL
Pergh, aku tak sedar rupanya Liverpool dah naik tangga ke-tujuh masa aku tulis ni. Keh keh. Well done King Kenny. Dan semestinya berita perpindahan Torres nak ke Chelsea bakal terubat dengan kedatangan Luiz Suarez ke Anfiled. Buat Suarez, jaga-jaga masa lawan Sunderland nanti, Asamoah Gyan berdendam dengan lu tau tak? Kang kena kokak tengkuk lu nanti. Sambil itu, duit lebih tu dengar kata nak beli Andy Carrol (35juta). Ramai yang kata overrated & overprice tapi bagi aku Carrol ni berbaloi-baloi tak macam Roy Carrol. Aku pasti Liverpool bakal menjuarai Europa League tahun ini, keh keh. Buat Ryan Babel yang ke Hoffenheim, You Will Never Walk Alone to get out from Anfield, sebab Paul Konchesky akan teman lu berjalan, tapi dia lagi sedih, turun divisyen main dengan Notthingham Forest.

BLACKBURN ROVERS
Kembalinya Santa Cruz ke Ewood Park, aku rasa Blackburn dah boleh berkira-kira jual El-Hadji Diof ke Rangers. Blackburn turut menyambar Jermain Jones dari Schalke 04 dan 2 pemain muda, masing-masing dari Barcelona dan Newell Old Boys iaitu Rubern Pochina dan Mauro Formica. Chris Samba pula semakin mendapat tempat di hati Arsene Wenger & Carlo Ancelotti. Pascal Chimbonda pulak blah turun divisyen, main dengan QPR.

jones

NEWCASTLE UNITED
Habih la penyokong Toon Army semua, lepas Andy Carrol ni dah blah, siapa lagi yuol nak label 'the next Alan Shearer'? Tapi tak mengapa, 35juta pund sterling, banyak juga boleh bayar hutang kasino Mike Ashley ni kan? Aku cari juga leaks-leaks pasal Newcastle ni, tapi hampeh tak banyak selain pasal Andy Carrol ni. Cuma ada satu lagi la, Stephen Ireland nak blah dari Aston Villa ke St.James Park.

STOKE CITY
Tony Pulis berjaya meng-permanent-kan Jermaine Pennant dari Real Zaragoza selain meminjam John Carew dari aston Villa. Tuncay Sanli pula sudah mula pack barang nak berangkat ke Bundesliga, menyertai Steven McLaren di Wolfsburg.

BOLTON WANDERERS
Owen Coyle membawa masuk David Weather dari Middlesbrough sambil menambah Daniel Strurridge dari Chelsea secara pinjaman. Itu sahaja berita dari Reebok Stadium. Sekian.

David Wheater aka Mr.Squidward

BLACKPOOL
Heboh pasal Ian Holloway nak resign pasal kena denda itu hari. Rilek la bro, jangan emo-emo. FA pon satu, biaq pi la dia nak fieldkan player mana pong. Haktuih. Berbalik kepada transfer, Blackpool bakal dimantapkan lagi oleh Salehiddine Sibai dari Nimes, Andy Reid dari Sunderland dan James Beattie dari Rangers. Ingat lagi tak James Beattie? Ala yang ambik penalti tak mau pandang bola, jalan slow-slow pastu turning terus sepak. Kapten mereka Charlie Adam pulak dirumours ke Liverpool tapi tak jadi.

ASTON VILLA
Selain mendapatkan Darrent Bent (yang buat masa ini agak berbaloi untuk dimasukkan dalam team Fantasy EPL), Gerrard Houllier turut membawa masuk pemain yang pernah dilatihnya semasa jadi manager Lyon iaitu Jean Makoun. Makoun ni ni la yang score gol awesome time kalahkan Real Madrid di Champions League musim lepas. Villa turut merecruit anak kepada coach USA iaitu Micheal Bradley yang beraksi untuk Borussia Monchengladbach. Yang blah pon bole tahan ramai, John Carew (Stoke), Brad Guzan (Hull), Steve Sidwell (Fulham), Curtis Davies (Birmingham), James Collins (Shrewsburry). Ahh, banyak-banyak tulis bukan lu dengan gua kenal pon.
jin makun

EVERTON
Lepas Spurs beli Pienaar, Everton berhasrat nak beli Niko Kranjcar. Malangya Harry Rednep tak bagi. Then, spurs pula nak beli Phill Neville, Moyes pulak tak bagi sebab murah sangat (500,00 pound, kira murah sangat ni kalau dalam EPL). Everton juga melepaskan Yakubu ke Leicester City dan James Vaughan ke Crystal Palace. Chris Eagle, player terkaya Burnley pula di-leaks-kan untuk berhijrah ke Goodison Park. 

FULHAM
Kemasukan Steve Sidwell dan Gael Kakuta diharap dapat menghapuskan badi seri Mark Hughes. Fulham juga dengar kabor banyak player dia nak sambar; Amauri (Juventus), Paul Konchesky (Liverpool) dan Shaun Wright Phillips (Man City). Zoltan Gera pula diura-urakan nak pergi Blackpool. ZOLTAN!! (teringat cerita Dude, Where's My Car?)

WEST BROMWICH ALBION
Arsene Wenger menghantor Carlos Vela ke sini untuk menimba ilmu dan pada masa yang sama untuk menyelamatkan pasukan Roberto DiMatteo daripada kembali ke liga coke. WBA turut mengintai peluang membawa Amauri ke EPL selain cuba memancing Royston Drenthe beraksi di The Hawthorns. Blackburn pula dengar khabar nak bagi El-Hadji Diof berserta 8juta untuk membeli Graham Dorrans.

royston drenthe

BIRMINGHAM
Baru 6 bulan di St. Andrews, Nicola Zigic nak balik main La Liga pulak selepas dirumours ke Racing Santender. Sebastion Larsson pon dengar kabor nak kluar. Cameron Jerome pulak dipancing Stoke City. Habih tu siapa Alex McLeish beli? Yang aku tahu Curtis Davies(Aston Villa). David Bentley pulak loan dari Spurs. Obafemi Martins juga kembali ke EPL kali ni bukan bersama newcastle, tapi dengan Birmingham. Alex juga nak beli striker Sweden, Danni Advick dari IF Elfsborg. 

masuk team-team bawah ni makin malas pulak aku nak tulis. Tak apa-tak apa, sikit lagi.

WIGAN
Roberto Martinez menarik nafas lega selepas SAF tak berhasrat memanggil pulang Tom Cleverly balik ke Old Trafford. So stay lah situ tolong Wigan ni ye Tom. Tapi serius, Tom ni lagi 2,3 musim bakal jadi star hasil pemantauan aku tengok dia ni main. Player baru Wigan yang masuk adalah Adrian Lopez dari Deportivo La Coruna.  Charles Nzogbia pula entah macam mana future dia. Striker mereka Mauro Boseli pula meninggalkan EPL untuk beraksi di Seria A bersama Genoa.

WOLVES
Mick McCarthy berjaya mendapatkan pemain Spurs yang boleh tahan hebat, Jamie O'hara secara pinjaman. Itu je kot pasal Wolves ni yang patot aku tulis.

WEST HAM
Avram Grant agak sibuk dengan urusan perpindahan Januari musim ini. Wayne Bridge kembali ke London. Hai Bridge, tak takot dengan abam Terry ke? Kang gurlpren kene sodok lagi kang. Kuikui. Turut ke Upton Park adalah Robbie 'King" KeanoGary O'Neill (Middlesbrough) dan Eric Demba Ba (Hoffenheim). Ba ni macam-macam hal aku dengar, mula-mula nak ke Stoke City tapi failed medical, kat West Ham pon nyaris failed medical. Kau sakit apa sebenarnya ni Ba? West Ham bagaimanapon menolak untuk sign bekas player Arsenal, Edu. Manakala Valeron Behrami pula kembali ke Seria A bersama Fiorentina.

Ba


Ah habis jugak aku tulis, tadi sikit je lagi aku nak give up, penat. Aku siap tulis ni pukul 2 a.m. , so kalau ada leaks yang sudah betul-betul kompem macam Andy Carrol tu, lu orang betulkan la sendiri ya? Sumber aku rembat dari SoccernetGOALMirrorFootball, macam-macam lagi la. Boleh cari sendiri kat google. Sekian. Majulah Tottenham untuk EPL!

5 comments:

ahmadon the don said...

torres g chelsea woii!

Tengku Firmino said...

Good and fun articles..January transfer window so crazy..sampai terlupa dibuatnya banjir kt kg aku kat segamat tuh ha...adoi..anyways good luck to torres and welcomed to Carrol and Suarez = Carrez!!!hahaha..YNWA

Berto said...

carrol + suarez = CarRez

torres + drogba = Torrogba

tevez + dzeko + ballotelli = TeZKoLi

Anonymous said...

ohhh.

Amir Syahir said...

arap torrogba menjadi.