Thursday, March 31, 2011

Superstition: Tebiat Pelik Dalam Bola Sepak Siri 1

Benda alah tebiat superstition ni semua orang pun ada buat dan tebiat ni tak dapat dipisahkan dengan dunia bola sepak. Daripada secikai-cikai pemain futsal seminggu sekali hingga ke pemain professional Liga Malaysia sampailah ke pemain bertaraf bintang lima dan jurulatih, semua ada kepercayaan yang memberi semangat masing-masing. Ada yang percaya dengan stoking dan jersi ong, ada yang jadi lemah jika tak berjimak sebelum game, ada yang kena minum susu kambing masa half-time. Pehh! Macam-macam pesen.

Di era gemilang bola sepak Malaysia 80-90an dulu, nama otai dalam gambor di atas tak ada sape yang tak kenal, ye dak? Power dia lain macam, lari kencang, gentel melekat, rembat berdesup. Zainal Abidin Hassan ni  juga ada tebiat yang diamalkan sebelum mula setiap game. Kalau diperati molek-molek, dia ni akan cuit rumput sebelum masuk ke padang. Katanya perlakuan tu semacam mintak berkat, lebih kurang macam berbaik-baik dengan padang. Lain macam gayanya, tapi itulah yang beri dia lebih konfiden untuk beraksi mantap dan handal gaya Zainal Abidin Hassan, lagenda hidup bola sepak Malaysia.

Kolo Toure masa beraksi dengan Arsenal dalam perlawanan Champions League berlawan dengan AS Roma dulu pernah juga buat tebiat pelik sampai kena kad kuning. Dah memang tebiat dia masuk ke padang sebagai pemain terakhir, tapi itu hari, Gallas tengah berubat dengan physio, maka Toure tak masuk ke padang, tak mahu mengalah. Tunggu punya tunggu, kad kuninglah jawabnya. Tebiat pelik ni agaknya kalau diamalkan dua tiga orang dalam satu team macamana gaya? Mahu berlat-tali-lat dulu kat tepi padang nak putuskan siapa yang masuk last. 

Mamat ni pula percaya dengan pakai spenda terbalik masa game boleh mengelakkan daripada injured. Awal-awal menjadi, tapi lepas beberapa lama si Adrian Mutu ni akhirnya injured juga, cedera lutut berulang-ulang dan berehat lama. Maknanya tak power sangatlah superstition ni cerita dia. Jangan buat.

Masa beraksi dengan Ajax, lagenda bola sepak dunia Johan Cruyff akan menampor perut kiper beliau, Gert Bals sambil kunyah chewing gum. Chewing gum tu kemudiannya akan diludah ke belah padang pasukan lawan. Dia ni boleh kira tak mesra alam juga perangainya. Tebiat tersebut berlaku setiap game sampailah ke perlawanan akhir Piala Eropah 1969. Masa game tersebut, beliau lupa nak kunyah chewing gum masuk ke padang dan sudahnya tak dapat buat tebiat meludah benda alah tu ke padang lawan. Sudahnya, Ajax tumbang di kaki AC Milan 1-4. 

Kes ni pula boleh tahan pelik dan psaiko juga. Pele nama orangnya. Tak kenal? Pergi main ping-pong, jangan sembang pasal bola. Selepas satu perlawanan yang entah lawan apa, Pele dengan baik hati dan ikhlas beri jersi beliau kepada seorang peminat. Nak jadi ceritanya, lepas tu Pele main dah tak cemerlang dan tak power. Sepak melalut, nak score tu jangan cerita, bukan main payah. Percaya dengan ke'ong'an jersi yang dah diberi kepada peminat tu, beliau mengerah seorang kawan karib untuk pergi cari semula jersi tersebut sampai dapat. Sudahnya, kawan karib beliau 'mendapatkan' dan memberikan semula jersi tersebut kepada Pele. Lepas pada tu Pele mula kembali beraksi garang di padang, menjaringkan gol demi gol dengan penuh rasa sombong. Tapi beliau sebenarnya tak tahu yang kawan dia tu tak jumpa pun jersi asal kegemaran beliau. Jersi yang diberi ke Pele tu sebenarnya jersi lain. Kena tipu buta-buta. Kahkahkah! Tapi apapun, kepercayaan dengan jersi ong tu dah berjaya memberikan beliau semangat lebih ketika beraksi di padang.

Satu kelab bola dari Zimbabwe yang gua rasa diasaskan dari syarikat bancuh simen, Midlands Portland Cement pernah buat kerja gila. Kejadian berlaku sekitar Oktober 2008, masa tu Harimau Malaya masih malu-malu kucing lagi di arena bola sepak serantau. Percaya dengan kesan buruk 'semangat jahat', jurulatih kelab tersebut mengerah 17 pemain untuk pergi berendam di sebuah sungai bernama Zambezi. Yang buat berdebornya, sungai tu penuh buaya! Macam haram tahu! Dengan separuh rela semua 17 pemain masuk berendam dalam sungai menunggu dengan penuh rasa tak sabor arahan daripada jurulatih untuk naik semula ke darat. Lepas dah dapat lampu hijau untuk naik ke darat, 16 pemain saja muncul, seorang lagi ghaib. Tak tahu le kena baham dek buaya ke, lemas atau kena sumpahan hantu sungai. Sudahnya sampai le ni pemain tu 'hilang' entah ke mana. Yang menambahbangangkan cerita, Midlands Portland Cement kalah perlawanan lepas pada tu. Nah! Superstition sampai ke sungai, main pula ke laut!

Otai di atas ni tak pernah kad kuning sepanjang karier beliau sebagai pemain bola, apatah lagi kad merah. Ini betul-betul power lagi hebat. Dalam permainan bola sepak yang penuh dengan bergasak, sepak terajang, terjah sana-sini, dia boleh rileks penuh disiplin, tapi power. Dia ni tak akan merembat ke arah gol masa warm up sebelum mula game. Apa cerita? Sebab katanya dia tak mahu membazir gol. Hmm, boleh tahan pelik dia punya tebiat. Lepas habis separuh masa pertama, kalau dia tak berjaya score lagi, dia akan pergi tukar jersi pakai jersi lain. Kalau sampai ke sudah game pun dia tak score juga, dia akan balik ke rumah. Tapi sebelum sampai ke rumah tu dia akan singgah potong rambut, nak buang badi katanya.

Kiper hebat bukan calang-calang ni pula tebiatnya adalah melompat dan cuit palang gol sendiri lepas pasukannya sama ada Real Madrid atau Sepanyol menjaringkan gol. Apa sebabnya tak ada pula dia kabor kenapa. Tapi itulah rutin beliau yang gua perati dari dulu. Lepas menang Euro 2008, beliau perasan yang masa tu beliau tak ada jambang, bercukur licin macam teruna sunti. Maka, masa Piala Dunia 2010, Casillas terus beraksi dengan imej licin tanpa jambang. Sudahnya, Sepanyol menang Piala Dunia. Gua harap Casillas bercukur licin juga masa game lawan Spurs nanti, biar kelab tu kena bedal cukup-cukup. Baru nak berjinak-jinak dengan Champions League manalah boleh hendak melawan tokey!

Kapten Chelsea ni percaya dengan shin pad ong. Dia ni ada satu shin pad yang dipakai sejak tahun 1995. Tapi malangya masa berentap dengan Barcelona di Nou Camp pada tahun 2005, shin pada tersebut hilang, disyakki kena rembat dek orang. Menggagau juga si Terry ni mencari atas padang lepas sedor shin pad ongnya dah tak ada. Pencarian tersebut gagal dan Terry hampa. Kabornya, shin pad yang dipakai Terry sekarang adalah bekas milik Lampard, dan Terry selesa dengan ke'onga'an shin pad tersebut sebagai pengganti shin pad ong lamanya.

Pakcik di atas ni pula tebiat dia suka bercakap banyak dan berlawan mulut dengan orang lepas kalah. Ni nama dia orang tua yang buang tebiat!

Atok kesayangan peminat Mengyu ni pula tebiatnya adalah memerahkan muka sendiri bila pasukan kendaliannya tewas. Bukan semua orang boleh buat benda ni. Ini sangat rare!

Sebagai penutup, meh sini gua cerita satu lagi kisah pelik. Ini cerita pasal tebiat juga. Seorang pawang memberi amaran sebelum satu perlawanan Liga Ghana antara Wa All Stars menentang Obuasi Ashgold yang mana-mana pasukan menurunkan 11 orang pemain akan tewas. Percaya bulat-bulat, kedua-dua pasukan menurunkan hanya 10 pemain. Pemain kesebelas untuk setiap pasukan tersebut hanya berdiri tepi padang berhampiran dengan pengadil keempat, nak tunggu siapa masuk dulu baru dia nak masuk. Sudahnya, pemain Abouasi Ashgold, Phillip Boampong mengalah dan masuk dulu disusuli pemain Wa All Stars, Owusu Sefah.

Perlawanan berakhir Wa All stars 0-0 Obuasi Ashgold. Hmmm.

Bersambung dalam Superstition: Tebiat Pelik Dalam Bola Sepak Siri 2.

Tuesday, March 29, 2011

SINGAPURA, NEGARA LUAR NEGARA PERTAMA KAMI JAJAH


‎"Macam saya cakap dulu, kalau belum bersedia untuk terima benda ni lebih baik jangan join.sebab sekali terjebak, takkan ada jalan keluar lagi. Benda ni menyebabkan ketagihan"

Itulah ungkapan yang di beri pemula Ultras di Malaysia ini.

Bukan benda jahat yang ingin di lakukan. Cuma sayang diri pada Negara  dalam bola sepak semakin menebal

Seputar Dunia

Sempena minggu perlawanan antarbangsa, gua korek duit tabung adik gua sendiri untuk terbang ke seluruh dunia dengan harapan dapat menyaksikan aksi-aksi power pemain antarabangsa. Mula-mula sekali, gua terbang ke Cardiff, tengok Wales bertemu Engleng.

"Amboi Capello, mata tuju kat mana tu? Mana la kapten lu si terry tu tak gila seks, lu pon sama je.

Engleng mungkin power dalam game tersebut, tapi seperti biasa, Engleng ni time qualification je power, time Euro nanti paling jauh pon sampai quarter je gua berani bet. Lagi satu, abam Gareth Bale tak main, itu pasal depa senang sikit nak menang.

Dari Cardiff, gua tumpang bas pergi London, pergi Emirates Stadium, tengok Bagpipes lawan Samba kejap.

2 gol dari Neymar, aksi memberangsangkan dari beliau walaupon terdapat gangguan perkauman daripada beberapa orang penyokong Scotland. Dengar khabar lu nak pergi Chelsea next season? Dengan adanya David Luiz dan Ramires, gua rasa memang tak ada masalah lu nak main kat sana nanti. Tapi,

sebab tu lecturer gua cakap jangan kopipes sangat wikipedia ni masa buat esaimen

Gua tumpang lori bawak beras dari London pergi ke Madrid, tengok juara dunia, Spain beraksi lawan Czech Republik.


Ucapkan tahniah kepada David Villa, top scorer baru Spain (46 gol) yang berjaya memecahkan rekod abam Raul Gonzales (44gol). Sementara itu, striker baru Chelsea yang tak score-score lagi tu cuma menduduki tangga ke-5, dengan jaringan sebanyak 26bijik.

Gua tak sempat bermalam di Madrid, nak kejar teksi pergi Celje, Slovenia. Gua nak tengok Itali main macam mana.


Itali terpaksa mengharapkan pemain bukan kelahiran tanah Rom, Thiago Motta (mamat ni menang Piala Konfederasi 2003 bersama Brazil) untuk menjaringkan gol kemenangan. Ketandusan pemain-pemain muda menyebabkan Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) mahu meniru pendekatan yg dilakukan FAM iaitu meng-setup satu team Under-21 bermain di Seria B, sama seperti Harimau Muda A beraksi di Liga Super dan Harimau Muda B di Liga Premier.

Masa kat Slovenia tu, ada sorang pakcik ni nak pergi Hungary. Gua merayu-merayu nak tumpang dia pergi sana, team feberet gua main bai (Malaysia tetap team no.1 k).

Tiada dalam gambar; Kuyt,Affelay dan Van Persie.

ORANJE BOVEN! Belanda memang power habis. Gabungan jaringan dari pemain Spurs (Van Der Vart), Liverpool (Kuyt), Barcelona (Affelay) dan Arsenal (Van Persie) membungkuskan Hungary didepan penyokong mereka sendiri.

Alang-alang dah sampai kat Hungary, gua singgah Luxemborg, tengok Les Blues main.

Alahai, game dah habis masa gua sampai situ. France menang 2-0. Gua malas nak ulas sangat game ni, gambor pon tak sempat snap. Yang gua tau Frank Ribery dengan Patrice Evra kena boo dengan penyokong sendiri. Lawan team ranking 117 tapi menang 2-0, memang la kena boo.

Kawan gua Claudia Schiffer hantar SMS kat gua, dia tulis Germany menang 4-0 lawan Kazakhstan. Gua balas 'k' je. Sebenarnya gua suka jugak Jerman menang lagi-lagi bila Muller dengan Klose skor, mintak-mintak la power diorang dengan Jerman menjelma bila main dengan Bayern.

Gua ambik flight, terus terbang ke USA. Lionel Messi dengar khabar nak score 8 bijik kat sana nanti.

"Gua ni hebat kat Barca je, main dengan Argentina bila la nak power?" - Lionel Messi,2011.

Argentina sekadar seri 1-1 dengan USA. Tapi bila dipikirkan kata-kata Nami, "USA kuasa dunia, seri pon kira ok la tu" ada betulnya. USA pon gua rasa bakal jadi kuasa bolasepak dunia dalam beberapa tahun akan datang.

Habis satu dunia gua jelajah, terasa nak makan murtabak Singapore pulak. Jadi gua singgah stadium Jalan Besar, tengok Harimau Melaya beraksi lawan Etolie FC. Satu je gua suka pasal Etoile FC ni, gua suka penaja diorang, Ayam Brand, sardin depa memang shedap!

Tenang semua tenang! Malaysia masih power walaupon seri.

Gua tengok Malaysia memang main lawa, lagi-lagi time counter attack, fuh dah macam Belanda gua tengok style passing one-two. Goodjob King Gopal! Cuma banyak chances tak disempurnakan sehabis baik. Defend juga boleh diperbaiki, penat agaknya time 2nd half tu. Main dekat padang tiruan, orang kata cepat penat. Apa-apa pon syabas untuk pasukan negara.

Gua dengar Torres dengan Suarez dah goyang bila sebut nama Asrarudin Putra Omar dan Mahali Jasuli. Haa, jaga-jaga la lu dua orang, main kat Malaysia nanti siap-siap la kena seligi. Jamie Carragher dengan John Terry pulak sebuk google pasal Matyo dan Safee Sali. Haa chuak le tewww.

Sebut pasal Safee, gua terus pergi Kalimantan, tengok abam Safee beraksi dengan Pelita Jaya, lawan Bontang FC. 2 gol abam Safee bagi habaq hang!

background music berita Indonesia ni layan jugak ye dak?

Penat gua merantau minggu ni. habis tengok Safee main, gua teringin nak makan ikan terubuk, jadi gua niat nak singgah Sarawak kejap, bukan jauh mana pon kan?.

Sampai kat sempadan baru gua perasan passport gua hilang, demit. Sampai sekarang gua ada dekat sempadan ni. Harap-harap Putera UMNO dapat tolong gua bawak balik ke semenanjung. Alamak lupa, skarang Sarawak tengah demam pilihanraya. Lama lagi la gua kat sini, haihhh.

Sunday, March 27, 2011

Sekadar Seri.

walaupun seri, King Gobal tetap steady. itu memang kami tak nafikan. orang tua-tua kabor, kalau takut dilanda ombak, jangan berumah ditepianlah pantai. makanya, berdasarkan permainan 94 minit bercampur masa tambahan tadi, kita boleh lihat bahawa 22 pemain Harimau Malaya tidak sedikit pun ada rasa gentar yang rata-ratanya beraksi tadi. tapi cuma, dengan team ayam pun Harimau Malaya main macam jumpa YNWA bak ang. apa ada hal?

perbezaan ketinggian juga menjadi faktor kenapa bila tiap kali dapat corner mesti ada ja yang kita rasa tak sedap hati. mungkin kalau Harimau Malaya hantar K.Nanthakumar, Mahathevan, Peter Crouch, etc etc etc, mereka  ini mungkin akan menanduk bola bahkan memecahkan kepala pemain-pemain Ethouil.

ok, sekarang ni gua nak tanya, apa punca sebenar gol penyamaan tadi?

First eleven -> Reserve Player ?

atau Sharbinee Allawee punya badi?

kah kah kah!


Friday, March 25, 2011

Pilihanraya FIFA:Blatter Atau Hammam?



Korang ingat Sarawak je ke nak ada pilihanraya?

Seperti malaon-malaon yang sering bertanding dalam pilihanraya - baik Obama mahupun calon pilihanraya kecil Kerdau - mereka akan menjanjikan pelbagai janji.Segala apa lancau semua nak janji.

Dalam pilihanraya FIFA kali ini - ada dua calon.Satu Sepp Blatter "mat anti kamera" sebab nak dramatik dan unsur-unsur kemanusiaan - lagi satu malaon Mohammad Hammam yang kita kenal sebagai mangkuk yang menjadikan AFC ini lebih teruk strukturnya dari badan-badan bolasepak benua lain.

Dalam pilihanraya kali ini - aku merasakan Sepp Blatter akan menang - dan patut menang.Aku sebenarnya lagi prefer Sepp Blatter menang dari Hammam - sebab kita di sebelah Asia sudah sedia maklum - mamat ni lagi teruk dari Blatter.

Cuma aku terkesima dan terkedu - kenapa Sultan Bola tak masuk bertanding?Kalau masuk bertanding - mesti menang.Sebab dia raja-raja Melayu...tempatnya istimewa di sisi Perlembagaan..

Anyway - don't give a fuck.As long as both of candidate never do what Francisco Franco did to Spanish football - acu senapang,acu pistol..opp Linglung..Real Madrid apa khabar?

Tuesday, March 22, 2011

Tips-Tips Buat Bale Lawan Ramos

Semua sedia maklum Spurs akan menentang dewa Champions League suku akhir nanti. Kalau tak pernah dengar nama Spurs tu gua boleh beri sedikit pembayang, pertemuan kedua-dua pasukan ni kalau dalam Liga Malaysia boleh diibaratkan seperti Kelantan TRW menentang Pos Malaysia, atau boleh kata juga Selangor TRG lawan Majlis Perbandaran Muar. Tahu? Kalau tak tahu juga, sila google 'Tottenham Hotspurs'. Nama bajet hot, pui!

Bale. Tak hensem mana orangnya. 

Dengar-dengar ada satu nama pemain yang dicanang-canang kem Spurs yang dikepalai abam Berto, Bale namanya. Dengar cerita, right back bagus dari Brazil yang main dengan Inter pun kena makan dengan dia ni. Bagus betul gayanya kalau dengar cerita ni.


Alah, Maicon? Umur dia pun dah nak mencecah 3 series, boleh la lu makan brader. Game Real lawan Spurs nanti salah satu hiburan utama tak lain tak bukan kita boleh tengok Bale cuba memakan Ramos. Aumm!

Ramos ada makwe solid. Bale ada?

Gua akan cuba bongkar sedikit sebanyak tebiat Ramos yang gua perati dari dulu sebagai rujukan buat Bale kalau nak cari kelemahan beliau. Jadi Bale, gua tahu lu akan baca pos ni, jadi fokus dan ambil berat tips-tips ni semua.

Ramos dikatakan sebagai seorang yang suka bergurau dan funny. Rupa bentuk mukanya ketika zaman remaja yang ada serupa macam hamster dwarf sedikit sebanyak menjadi bahan gurauan. Jika Bale pandai bergurau juga, gua rasa perhatian Ramos akan terganggu dan beliau akan menjadi excited untuk layan bergurau sama. Masa tu lah peluang terbaik untuk Bale lepas dari kawalan Ramos. Ingat tu Bale, tips pertama.

Ramos pandai karaoke orangnya. Setakat lagu Cinta Kain Putih selamba tak payah tengok lirik, tarik bukan main. Dikatakan juga beliau mempunya tebiat menyanyi lagu Mariah Carey 'Heroes' sebelum setiap game. Jadi kalau Bale pandai bermain dengan emosi Ramos, masa nak menggentel tu cubalah nyanyi lagu Heroes sepotong dua. Mungkin Ramos akan hilang fokus dan bertanya, "eh kau pun tahu lagu tu?". Jadi ketika itulah Bale boleh gentel melepasi Ramos. Ingat Bale, itu tips kedua.

Suka bermain bontot. Cuba bagi dia cuit bontot, kemain suka dia kalau dapat. Nak-nak pula bontot pejal dan montok serupa abam Nurshahrul Idlan Talaha..auumm! Ha, cerita pasal bontot Nurshahrul ni, tonggek dia....memang lain macam, ye dak? Ke gua sorang yang perasan? Dem! 
Ok sambung, bila dia gembira dapat cuit bontot pejal lu tu nanti, cepat-cepat lari bawa bola, gua gerenti lu boleh lepas. Ok, itu tips ketiga.

Pernah belajar Kungfu. Yang ni dari dulu gua perati dia memang expert. Suka betul dia terbang dan melipat sana-sini. Tapi yang ni gua tak berapa arif macamana lu nak manipulasi untuk makan beliau. Gua rasa susah. Tengok saja Shaolin Soccer macamana pergi dia, memang menangis kalau nak lawan. 

Jaga baik Bale, jaga baik!

Kalau Bale gagal guna 3 tips yang gua beri ni, gua rasa tak payah berangan panjang sangat. Budak Ramos ni dah menang La Liga dan World Cup. Bale makwe pun tak ada, inikan piala, pui lagi!

Pui! Pui! Pui!


Monday, March 21, 2011

Akhirnya, 'The Reds' bergelar juara


Yes, pada 20 Mac 2011 di Stadium Karaiskakis (yang pada awalnya adalah sebuah velodrom), The Reds atau dalam bahasa Yunani nya berbunyi Kokkini (agak lucah bunyinya) secara rasminya menjulang kejuaraan ke -38 liga. Dihadapan puluhan ribu penyokong setia mereka, The Reds berjaya mencatatkan kejuaran liga mereka 'in fashion'  bak kata omputih setelah membenam cabaran salah satu pencabar kejuaraan, AEK Athens dengan jaringan besar, 6-0.

Penyerang Rafik Dejbour menjaringkan 2 bijik gol manakala 4 gol lagi dijaringkan oleh Olof Melberg, Davis Fuster, Kevin Miralas dan Jose Helubas. Kemenangan bergaya ini menyaksikan The Reds menjadi juara liga dengan baki 3 lagi perlawanan.

30 tahun lalu, di stadium yang sama, dengan lawan yang sama iaitu AEK Athens, berlaku satu kejadian yang dahsyat iaitu 'Karaiskakis Stadium Disaster', dimana berlaku kematian dikalangan penyokong setelah penyokong The Reds berpusu-pusu ingin meraikan kemenangan mereka dengan memasuki ke dalam padang stadium sehingga berlakunya kesesakan melampau. Secara kebetulannya, The Reds menewaskan AEK Athens dengan jaringan 6-0, sama seperti jaringan yang mereka hasilkan pada 2011.

Mujurlah kali ni tiada insiden yang tidak diingini berlaku, walaupon kita sedia maklum bolasepak Greece adalah antara yang memiliki atmosfera yang dahsyat sekali di antara liga-liga diseluruh dunia. 

Dimbimbing oleh Ernesto Valverde (bekas pemain Barcelona tapi takde lah lejen mana), The Reds hanya perlukan 2 mata lagi untuk mencatatkan club-record, dan The Reds juga masih belum tewas di kandang sendiri tahun ini. Unbeaten at home! Cuma yang tak sedapnya dikalangan penyokong mereka, The Reds mempunyai 7 orang pemain Greece, namun cuma 2 orang sahaja yang disenaraikan dalan first-eleven.

Tahniah The Reds, tahniah. Lupa nak bagitau, The Reds yang dimaksudkan disini bukanlah The Reds yang main kat EPL tu, ini The Reds kat Greece iaitu OLYMPIAKOS. Berbeza dengan Olympiakos yang berbangga dengan aksi liga mereka, 'The Reds EPL' ketika ini bertungkus-lumus mengejar tempat Europa League. Walaubagaimanapon, Olympiakos mempunyai salah sorang bekas pemain 'The Reds EPL' iaitu Albert Riera. 

selain digelar The Reds, Olympiakos juga dikenali sebagai The Red-Whites dan The Legend. Mungkin sebab itu kebanyakan  pasukan yang ada red-red ni kemain hebat. Di Malaysia, The Red Warriors bersaing hebat dengan satu lagi red iaitu The Red Giants.


 
Murung di England, Riera kembali ceria di Athens. Inilah yang dikatakan penghijrahan positif, dari tak elok berubah kepada yang baik, dari negatif ke positif. Tapi macam Torres tu lain cerita, dari tak elok berubah ke tak elok juga, keh keh.

Sekian laporan saya dari Athens. YAWN! eh silap YNWA!

chelsea 2-0 man city

3 points untuk chelsea hari ini.Thanks to David Luiz dan Ramires..Yeah, you both rock men!!

goal minit ke-79

goal minit ke-91

Hasil jaringan dari kedua-dua player Brazil dan juga ex-player Benfica ni, Chelsea sekarang nombor tiga, 9 mata di belakang MU dan hanya 4 mata dibelakang Arsenal.Mungkinkah Chelsea sempat mengejar??oh yeah,,mungkin ada harapan.

Sebelum ni, Menyu kalah di Stamford Bridge, kali ni Man City pulakk..Agaknya, Stamford Bridge memang tempat puaka untuk team-team dari Machester.

David Luiz semakin membuktikan kehenseman beliau nampaknya.Bak kata Carlo Ancelotti, "He is fantastic"..Yeah man, he is really fantastic!!Pak cik Carlo juga berkata,,
"He didn't know the atmosphere here in English football but he has shown fantastic ability from the beginning, without experience. He will be the future of Chelsea."
Brader Torres kita pula senyap je nampaknya. Sempena dengan birthday Torres (20 March), ingatkan akan ada la goal dari birthday boy.Tapi nampaknya birthday boy kita tak nak tunjuk hebat la pulak..Haish.



yeay!!menang la, kita menang!!
KTBFFH!!!

Sunday, March 20, 2011

4 hero di Kota Bharu

Seperti biasa.


1. Perlawanan antara pahlawan merah menentang penumbuk berani mati. Menyaksikan Kelantan layak ke separuh akhir dengan aggreget 5-2.

2. S. Chanturu jadi hero mula-mula pada minit ke 18. Akibat dengki dengan kehebatan Chanturu, Azwan Roya berusaha gigih dan minit ke 68 dia pun berjaya jadi hero. Ok dah dua orang hero malam ni.

3. Pada separuh masa kedua, perlawanan terhenti seketika ekoran insiden pergaduhan antara kedua-dua pasukan. Akhirnya Liew Kit Kong dinobatkan sebagai hero dalam insiden tersebut kerana berjaya menumbuk seorang pemain Kelantan dihadapan kira-kira 25 ribu penyokong The Red Warriors.

4. King of tumbuk hanya dihadiahkan kad kuning oleh pengadil FAM. Pemain Kelantan sangat bertuah kerana dimaklumkan kad merah dalam poket pengadil FAM stok untuk pemain Kelantan saja. Pemain Felda nak kad merah juga? Jangan harap.

5. Sebelum wisel penamat dari pengadil FAM, Nizad Ayub sempat menjadi hero hasil hantaran cantik dari Shakir pada minit ke 90.

6. Tamat cerita 4 orang hero di SSMIV. Tahniah Kelantan layak ke separuh akhir. Dan juga Felda United, well done.

Ni bukan dalam stadium ni. Bukan bukan. Ni luar stadium.

7. Bo lawe setaro demo, goma Kelate gomo. 

8. Kak Limah tak tengok Akademi Fantasia ke?


Friday, March 18, 2011

Suku Akhir Liga Cempien Eropah.



@Bertosyamil awal-awal lagi sudah melaungkan kepada @akulinglung - Real Madrid adalah cabaran mudah buat Spurs.Ditokok tambah pula oleh si mat pelompat kelab Nami - yang walaupun Liverpool FC - tapi disebabkan pernah tinggal di Walthamstow yang memberi solidariti kepada Tottenham Hotspur - melaungkan bahawa "Spurs:Musuhnya Habis Binasa".

Cristiano Ronaldo kali pertama pulang ke Pulau Albion selepas meninggalkan Old Trafford pada tahun 2009 yang lalu.Dan sudah pasti kepada fan-fan MU di Pulau Albion sudah pasti merindui gentelan dan gulingan serta terjunan dari pemain salah bidang ini,kerana beliau sudah pasti akan menang pingat perak Sukan Olimpik sekiranya masuk dalam bidang lompat terjun.

Pingat emas,tentulah Drogba. ;p

Sebagai solidariti Walthamstow - serta enggan meletakkan Jose Mourinho sama taraf dengan Bob Paisley - satu-satunya manager yang pernah menang Champions League 3 kali - saya mahu Harry Houdini membinasakan Real Madrid sepertimana kaum-kaum yang terdahulu sebelumnya(cheh macam #serbanistas pulak).Inter sudah menerima padah,Gattuso pun dah menyesal kerana mencekik Joe Jordan,sekarang mungkin tunggu Sergio Ramos mencekik Joe Jordan pula.Macam mana agaknya ye?



Dendam mamat si lutut longgaq John Terry kerana menyepak pengkang pada tragedi Luzhniki Moscow 2008 mungkin akan terlunas dalam perlawanan kali ni - siapa tahu.Kerana inilah punca rahsia dia kaki meronggeng tersebar.Kerana kelonggaran lututnya di malam itu punca si isteri dapat menghidu kegiatan si suami Terry yang rupanya mengkekah dan mentutuh bini member.

Apapun - tragedi Luzhniki itu biarlah menjadi sempadan.Sekali lagi - selaku fan Liverpool - saya ingin melihat Alex Ferguson untuk tidak sama taraf dengan Bob Paisley yang juara 3 kali Champions League.Saya mengharapkan John Terry tidak pengkang lagi dan ehem,kalau boleh fan Chelsea tolonglah buat banner sendiri dan tidak plagiat serta lupa membuang Shankly Gates dalam banner El Nino tu yer?



Barcelona memiliki satu impian - untuk menjadikan kelab mereka menjuarai lebih dari Real Madrid.Tetapi Barca yang ada sekarang tidak sama seperti Barca 2009.Barca yang ada sekarang kini semakin berusia dan tidak semampan dulu.Apapun,team pelombong Ukraine ini memberi satu sinar baru kepada kelab-kelab Eropah Timur.Bila kali terakhir kelab Eropah Timur menjuarai Champions League?Red Star Belgrade tahun 1992.Pun ada dua je - lagi satu Steaua Bucharest tahun 1986.Mungkinkah Eropah Timur akan menemui sinar baru selepas keruntuhan blok Soviet?



Internazionale mungkin satu-satunya harapan Itali yang tinggal - dimana Liga Itali tidak lagi seronok dilayan seperti di tahun 90an.Liga Itali sejak kes rasuah Juventus merupakan liga yang gagal.Hanya Jose Mourinho memberi sinar - sampai Materazzi menangis-nangis bila Mourinho meninggalkan Inter.

Apapun - Schalke 04 merupakan kelab yang rare jersinya di Al-Ikhsan - seperti Shaktar Donetsk.Liga Bundesliga adalah satu liga yang menarik sebenarnya.Dan siapa tahu - team Jerman ini bakal menyinar - memberi harapan kepada Jerman seterusnya mewujudkan the Fourth Reich - kali ini dalam arena bolasepak?

Ramalan tok nujum Wali Keliwon wong jowo:

Spurs menang vs Real - tapi tipis-tipis lah.Beza gol 1 gol,mungkin away goal.
Chelsea-MU - John Terry tidak dibenarkan ambik penalti.
Barca-Shaktar - mungkin Barca akan goyang di Shaktar akibat jarak jauh di Ukraine.
Inter-Schalke - diharapkan Schalke menang untuk penjualan jersinya di Al-Ikhsan.

OL club terbaik di France!!

22 Feb 2011,Gerland Stadium
1-1

Setelah draw bermain di tempat sendiri, OL melangkah ke Madrid dengan penuh harapan.


Tapi, akhirnya pulang dengan kekecewaan.

16 March 2011, Santiago Bernabéu Stadium
3-0

Gagal ke quater-final memang sangat mengecewakan supporters dan juga seluruh hidupan di france.Tahun lepas sampai semi-finals, tapi season ni quater pun tak lepas..aiyoo..sadiss betul. Yang lagi sadisss nye, tak ada satu pun club France yang layak ke quater-finals Champions League.Gua rasa Nicolas Sarkozy mesti malu, France football club semua macam lembik aja.Kalau nak harapkan OM memartabatkan taraf France football club, memang tak boleh la. Diaorang dengan Menyu pon boleh kalah.Bikin malu je.OL at least kalah dengan Real Madrid. Kalah bermaruah, takde la malu sangat.

Sedih and frust banyak-banyak pun takde guna jugak.Dah tak ada rezeki Lyon kat Champions League, nak buat macam mana.Orang kata, terima je la kekalahan tu.Out from Champions league tu satu hal, financial problem pulak satu hal lagi yang terpaksa dihadapi.


Jean-Michel Auras, presiden OL cakap, hujung season ni, dorang maybe akan terpaksa jual 2 atau 3 orang players. Michel Batos (Juventus), Lisandro Lopez (Atletico, Seville, Inter, Liverpool, Naples), Hugo Lloris( MU) .Lagi satu hal yang orang sibuk-sibuk cakap pasal OL sekarang ialah tentang pembinaan 'Le Stade des Lumières' dyorang.Stadium baru yang akan menggantikan Gerland Stadium.Tapi sekarang projet ni sure tak sure je boleh jalan ke tak.Kuasa politik yang akan menentukan sama ada projet besar tersebut diluluskan atau tidak.Haish!



Kesian kan OL.Kalah, tak ada duit, nak stadium baru orang tak bagi, memang kesian.Tapi gua tahu, macam-macam musibah pon OL kena hadapi, OL akan terus teguh dan gah.*ceh, ayat penuh keyakinan gitu*..Mereka punya ramai fans yang akan terus support and cheer for them.Yeah!!Allez OL!!


korang try la layan lagu OL ni.Tak faham lirik takpe, layan musik sudah..Terbaik punye!!n_n)v