Seperti biasa.
1. Perlawanan antara pahlawan merah menentang penumbuk berani mati. Menyaksikan Kelantan layak ke separuh akhir dengan aggreget 5-2.
2. S. Chanturu jadi hero mula-mula pada minit ke 18. Akibat dengki dengan kehebatan Chanturu, Azwan Roya berusaha gigih dan minit ke 68 dia pun berjaya jadi hero. Ok dah dua orang hero malam ni.
3. Pada separuh masa kedua, perlawanan terhenti seketika ekoran insiden pergaduhan antara kedua-dua pasukan. Akhirnya Liew Kit Kong dinobatkan sebagai hero dalam insiden tersebut kerana berjaya menumbuk seorang pemain Kelantan dihadapan kira-kira 25 ribu penyokong The Red Warriors.
4. King of tumbuk hanya dihadiahkan kad kuning oleh pengadil FAM. Pemain Kelantan sangat bertuah kerana dimaklumkan kad merah dalam poket pengadil FAM stok untuk pemain Kelantan saja. Pemain Felda nak kad merah juga? Jangan harap.
5. Sebelum wisel penamat dari pengadil FAM, Nizad Ayub sempat menjadi hero hasil hantaran cantik dari Shakir pada minit ke 90.
6. Tamat cerita 4 orang hero di SSMIV. Tahniah Kelantan layak ke separuh akhir. Dan juga Felda United, well done.
Ni bukan dalam stadium ni. Bukan bukan. Ni luar stadium.
7. Bo lawe setaro demo, goma Kelate gomo.
8. Kak Limah tak tengok Akademi Fantasia ke?

