Showing posts with label Budak-budak tak paham erti sarkasis. Show all posts
Showing posts with label Budak-budak tak paham erti sarkasis. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Antara Bolasepak dan Ugama - Respond Dari Topik Semalam.



Pertama-tamanya, sebagai fan Liverpool - saya akur dengan keputusan semalam, tidak ada kontroversi, tidak ada oook dan tidak ada eeeek - Liverpool ini seperti pasukan Malaysia lawan Bahrain - power di minit awal, tapi cepat pancut. Ini hakikat. Pada hari keputeraan Seri Paduka Baginda Tuanku Kenny - saya berkata begini. Bagi saya, tidak ada malunya untuk tewas dengan pasukan Arsenal - kita perlu ingat tahun 1989 - perlawanan battle final of the final - perlawanan yang ke 38 liga tahun itu - menemukan Liverpool dan Arsenal - siapa menang jadi juara liga memandangkan kedua-dua pasukan berada di top 2 - dan Arsenal menang melalui Michael Thomas pada perlawanan itu menang 2-0 - dan langsung menjuarai liga. Tahun 2004 juga tahun dimana pasukan Arsenal adalah untouchables - satu pencapaian yang hebat - dan Liverpool di tempat kedua. Saya walaupun bukan big fan Arsenal - tapi saya masih ada deep respect dengan mereka.

Anyway, yang saya nak cakap ini bukanlah sebab Liverpool dan Arsenal, tetapi ugama dan bolasepak. Nampak seperti topik char kuey teow dan tayar lori, memang saling tak relevan - tapi sekiranya seseorang cuba mengaitkan char kuey teow dengan tayar lori kerana warung char kuey teow itu di atas lori, itu saya tak tahu.

Sebagai pembawa surah songsang yang sering membuatkan serbanistas dan "para ahli syurga yang dah tempah perabot Court's Mammoth - sebab tu cakap macam confirm masuk syurga" butthurt, saya sering dilabelkan sebagai kafir, syirik, munafik, atheist - dan macam-macam. Walhal saya lebih banyak membaca buku ugama dari kalian semua baca buku tajwid nak bezakan Idgham Maal Ghunnah dengan Igham Bilal Ghunnah. Manusia memang best nak jadi Tuhan. Maradona pun suka jadi Tuhan. Orang bina tokong untuk dia pun dia tak kisah. Cuba kalau fan-fan Aqram terutamanya perempuan sanggup membina tokong menyembah Aqram - saya rasa Aqram pun naik stim, ye dak?

Menjadi Tuhan ini best sebab kita boleh cakap apa sahaja - termasuk menjatuhkan hukum kepada orang tanpa banyak bicara dan fikir tanpa rasa bersalah. Langsung tidak ada kemanusiaan dalam diri. Nak mencarut "babi kau admin Sokerleaks, cibai mahai mak kau belen kena gangbang kongkek dengan rempit Kulim, berani kau mempermainkan ugama aku" - pun takde rasa bersalah. Ini macam mencuci baju dengan najis. Ini macam masak nasi dengan pasir.

Ketaksuban manusia dalam bolasepak memang teruk, contohnya hooligan yang bergaduh dan bergocoh sesama sendiri walhal dorang pun tak main bola. Or like what Isham Rais said, "biawak mamak tengok bola". Ketaksuban manusia ini sering membawa padah, macam taksubnya seorang Tengku Berunai terhadap penulis Awek Chuck Taylor sampai sanggup travel jauh-jauh demi nak jumpa penulis buku itu, tapi sayangnya penulis buku tu pun tak sanggup. Akhirnya membawa hati yang lara dan penuh kecewa. Ada level ketaksuban sampai peringkat membunuh, macam Super Clasico River vs Boca - kalau takde yang mati atau pecah kepala - bukan bolalah tu namanya. Bukankah itu bercanggah dengan nilai-nilai bolasepak yang mementingkan persahabatan dan kesepakatan?

Dan begitu juga dengan ketaksuban manusia dengan ugama - mereka rasa mereka cukup holy untuk sound orang lain sedangkan mereka sendiri tak tahu beza antara Izhar Halqi dan Ifha Hakiki. Mereka sendiri tak tahu apa beza surah Makkiyah dan surah Madaniyyah. Mereka sendiri tak pernah tahu yang Umar Khayyam pernah berkata "susu basi halal tapi kenapa wain jernih haram"? Sebab mereka ini semua adalah burung kakak tua - yang bercakap tapi tak tahu apa yang dicakap. Ketaksuban manusia dengan ugama ini lebih serius dari ketaksuban manusia terhadap bolasepak - ketaksuban manusia dalam ugama ini menyebabkan peperangan. Bush, seorang Kristian evangelist - Republican yang memang berpegang teguh dengan konsep "Jesusland" - berperang Iraq yang berugama Islam. Begitu juga Israel-Palestin, begitu juga Iran-Iraq.

Sebenarnya masalah utama bukannya tentang bolasepak atau ugama, tapi soal taksub. Aku tak pernah kisah pun apa yang kau percaya atau apa yang kau sokong, tapi ketaksuban membuatkan orang terus dunia ini jadi makin tak selamat, makin bodoh dan makin bengong.

Jadi, aku harap mereka yang bising-bising pasal ugama ini boleh ban Eric Cantona yang berkata "you can change your political party, you can change your religion but you cannot change your football club". Masalahnya, ketua pemuda PAS - Nasruddin Tantawi pun - adalah fan MU.

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Orang kata, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan dan kemajuan manusia sejagat. Cerita tentang keindahan gadis dan kecantikan wanita huraiannya sangat meluas dan mendalam baik daripada segi adat, adab, budaya mahupun agama.

Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita punya kuasa, bila ditambahnya gula dalam kata-kata, hati lelaki seutuh Kota Melaka pun mampu roboh. Jangan cakap gua sembang, ini cerita betul, belum kena belum tahu. Wanita ibarat bintang di malam kelam buat seseorang lelaki. Tanpa bintang, tak bercahaya langit di kala malam. Nah! Kemain!

Wanita.

Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya.


Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti.


Perkara tersebut juga berlaku kepada seorang wanita bernama RosNANI.


Nani cengeng!

Selain daripada RosNANI di atas, Sokerleaks ucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di seluruh dunia. Raikan hari anda dengan senyuman dan kasih sayang.