"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Orang kata, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan dan kemajuan manusia sejagat. Cerita tentang keindahan gadis dan kecantikan wanita huraiannya sangat meluas dan mendalam baik daripada segi adat, adab, budaya mahupun agama.
Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita punya kuasa, bila ditambahnya gula dalam kata-kata, hati lelaki seutuh Kota Melaka pun mampu roboh. Jangan cakap gua sembang, ini cerita betul, belum kena belum tahu. Wanita ibarat bintang di malam kelam buat seseorang lelaki. Tanpa bintang, tak bercahaya langit di kala malam. Nah! Kemain!
Wanita.
Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya.
Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti.
Perkara tersebut juga berlaku kepada seorang wanita bernama RosNANI.
Nani cengeng!
Selain daripada RosNANI di atas, Sokerleaks ucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di seluruh dunia. Raikan hari anda dengan senyuman dan kasih sayang.



